Monday, July 16, 2018

VIDEO TRIP TO JAPAN, WINTER 2018


Assalamualaikum.

Cerita belum start lagi tapi dah upload video dulu ye.

Bukan apa, nak bikin panas sikit. Nak naikkan semangat supaya rajin update blog ni.
Insyaallah.

Video ni fully dirakam menggunakan Iphone 6s Plus sahaja, dan edit menggungkan aplikasi iMovie yang sudah tersedia ada dalam handphone ni.

Terlalu banyak footage sampai tak tahu nak edit macam mana. After beberapa kali review, edit, review dan edit, inilah hasilnya. Maaf atas segala kekurangan, saya tak mahir sangat dalam bab editing video ni. Ini pun saya buat ikut sedap hati saja. Tak ada belajar dekat mana mana pun trick or technique.

Video sebagai kenang kenangan. Memang seronok bila tengok balik. Rasa puas. Tak sama macam tengok gambar.




Insyaallah, nanti saya kembali untuk post seterusnya


Terima kasih. 

Friday, July 13, 2018

PREPARATION TO KANSAI JAPAN 10 HARI

Assalamualaikum

Alhamdulillah, I am here untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai parawisata kami ke Kansai, Jepun pada Januari 2018 yang lalu. Bulan Januari mestilah winter kan. Musim sejuk yang dah hujung. Overall, sejuk di Osaka still tolerable. Cuma yang tak tahan ialah masa angin tiba tiba bertiup.

Flight Ticket 

Kami beli almost setahun awal pada 12 March 2017.Of course lah semasa Air Asia ada buat promo flight. Masa tu Air Asia tengah buat Promo Free Seat. Kami cuba banyak destinasi tapi Kansai ni macam inviting sangat.

Jadi kami pun decide nak pergi Kansai. Pilih tarikh, check out dan bayar.

Total cost tickets untuk 2 dewasa, 1 baby (below 2 years) ialah 

RM 1928 (termasuk luggage 40 kg pergi balik, makan dan pilih seat)
40 kg tu untuk seorang saja. Jadi semua check in under nama suami saya, Asyraf.


FlightDepartArrive
D7 1
Low Fare
KULKuala Lumpur
Wed 17 Jan 2018
02:15PM
KIXOsaka - Kansai
Wed 17 Jan 2018
09:40PM
D7 2
Low Fare
KIXOsaka - Kansai
Thu 25 Jan 2018
10:00PM
KULKuala Lumpur
Fri 26 Jan 2018
04:00AM



Seat kami ambik twin seat pergi balik sebab nak selesa, al maklum lah, ada anak kecil kan. Masa tu Siti Aisyah baru 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, travel dengan Aisyah sangat mudah. Dia seolah olah faham apa yang berlaku, dan dia tahu dia bukan dekat rumah jadi tak boleh perangai macam macam sangat. haha. mungkin lah..... sebab dia menampakkan behaviour yang sangat matang dan bertoleransi berbanding kalau di rumah.

Penginapan

Kami decide untuk membuat tempahan melalui Airbnb. Travel dengan anak kecil, mesti nak selesa dan mereka adalah priority, jadi tinggal di rumah is the option we have. Alhamdulillah, ada banyak pilihan terutamanya di Osaka. Kalau di Kyoto agak limited. Penginapan di Kyoto lebih murah. Kami dapat rumah besar tapi harga murah berbanding di Osaka. Rumahnya tak lah besar, lebih kurang macam studio house saja tapi cukup lengkap serba serbi. Ada dapur,toilet, washing machine, katil, sofa dan segala kelengkapan yang buat kita seolah olah di rumah sendiri.


Website Airbnb: https://www.airbnb.com


KYOTO AIRBNB

Kami mula buat booking pada 25 October 2018. Semestinya booking hanya boleh buat selepas kita dah plan itinerary lah. Tak boleh semberono booking saja. Masak lah nanti. Di bawah adalah booking kami untuk penginapan di Kyoto. Kami stay di Kyoto 501 Apartment, hosted oleh Ai.

Ai ni owner rumah ni tapi dia tak tinggal sekali lah. Airbnb ada banyak option, boleh pilih. Ada host yang sewakan bilik saja, dan kita tinggal bersama dan boleh guna kelengkapan dalam rumah or pilihlah yang private macam ni. Ala ala macam homestay dekat sini lah.

Total RM 538.84 untuk 4 hari 3 malam. Memang affordable sangat kan? Cumanya masa check in tu agak lambat, sudah tu check out awal, tak macam hotel. 

Tapi ini tak lah menjadi masalah, kalau kita rancang masa baik baik. Insyaallah. 
Kyoto 501 Japanese Private Apartment
Entire home/apt hosted by Ai

Thursday,
‌J‌a‌n‌ ‌1‌8‌,‌ ‌2‌0‌1‌8‌
‌C‌h‌e‌c‌k‌ ‌i‌n‌ ‌A‌n‌y‌t‌i‌m‌e‌ ‌a‌f‌t‌e‌r‌ ‌3‌P‌M‌
Sunday,
‌J‌a‌n‌ ‌2‌1‌,‌ ‌2‌0‌1‌8‌
‌C‌h‌e‌c‌k‌ ‌o‌u‌t‌ ‌1‌0‌A‌M‌
Guests
2 adults, 1 infant

Amount
RM538.84
View Receipt


OSAKA AIRBNB

Boleh nampak kan perbezaan ketara kos penginapan dia Kyoto dan Osaka. Osaka ni bandar utama, jadi sememangnya tak dapat nak elak.

Tapi di Osaka kami stay agak lama iaitu 5 hari 4 malam. Tapi harga satu malam di Osaka pun memang dah tinggi pun. Dan rumah di Osaka jauh lebih kecil berbanding di Kyoto. Kyoto memang sangat besar untuk sebuah studio apartment.

Host di Osaka ialah Mr Ian, orang Germany yang berkahwin dengan wanita Jepun dan menetap di Jepun selama berbelas tahun. Ian ni best sebab dia akan datang pickup di station dan bawak ke rumah dengan kereta dia. Nanti dia akan demo apa yang patut pasal rumah dan rule penting.

Di Kyoto tak ada host yang datang. Cuma dia dah siap siap bagi guideline, apa boleh dan apa yang tak boleh. Semua ni common sense lah, bila berada di tempat orang, mesti lah ada adapnya kan. Jangan buat macam kat tempat kita pulak. 




Sunday,
‌J‌a‌n‌ ‌2‌1‌,‌ ‌2‌0‌1‌8‌
‌C‌h‌e‌c‌k‌ ‌i‌n‌ ‌4‌P‌M‌ ‌-‌ ‌2‌A‌M‌ ‌(‌n‌e‌x‌t‌ ‌d‌a‌y‌)‌
Thursday,
‌J‌a‌n‌ ‌2‌5‌,‌ ‌2‌0‌1‌8‌
‌C‌h‌e‌c‌k‌ ‌o‌u‌t‌ ‌1‌1‌A‌M‌
Guests
2 adults, 1 infant

Amount
RM813.02


View Receipt

ITINERARY

Di bawah ini adalah peta Kansai secara keseluruhannya. Antara daerah Kansai ialah Osaka, Kyoto, Nara. Actually mereka panggil daerah ni "prefecture".

Osaka Prefecture, Kyoto Prefecture, Nara Prefecture. Saya panggil daerah sajalah, senang faham kan.
Permulaan trip kami ialah ke Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe. Tapi kesudahannya Nara terpaksa skip sebab tak sempat. Ada insiden yang buat kami terpaksa skip.
Nak tahu, kena lah follow dan baca blog sampai habis. hehe.


Basically, ini adalah summary itinerary kami.


17 JAN 2018

Departed from KLIA2 to KANSAI AIRPORT. Flight pukul 2.30 pm.
Mengambil masa 6 jam 30 minit.
Arrived KANSAI AIRPORT at 11.00 pm
Spend a night at the airport. 

18 JAN 2018

Naik Haruka Express Train terus ke Kyoto.
Perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit.
Check in Airbnb Kyoto. 

19 JAN 2018
KINKAKUJI TEMPLE
BAMBOO FOREST
TOGETSU BRIDGE

20 JAN 2017
GION
KIYOMIZUDERA

21 JAN 2018
OSAKA CITY
Check in Osaka Airbnb

22 JAN 2018
OSAKA TOUR!
Osaka Castle
Shinsaibashi
Dotombori

23 JAN 2018
MOUNT ROKKO SNOW PARK, KOBE

24 JAN 2018
KAIYUKAN (OSAKA AQUARIUM)

25 JAN 2018
Ramen Honolu
BookOff (shopping kedai bundle)
Osaka Airport

BALIK




TRANSPORTATION (TRAIN AND ETC)


Transportation & Entrance Fee

Paid for Mama and Baba saja. Aisyah bawah umur FREE lagi. Untung berjalan time anak kecik. Tiket flight murah, tiket train tak payah, entrance fee FREE.

DETAILS 


ICOCA/ HARUKA
5200 YEN X 2 = 10,400 YEN ðŸ’´

ICOCA TOP UP
Approximately 3000 YEN X 2 = 6000 YEN ðŸ’´


1 DAY OSAKA AMAZING PASS
2500 YEN X 2 = 5000 YEN ðŸ’´


https://www.osaka-info.jp/osp/en/facility/free


KAIYUKAN PASS (Osaka Aquarium)
2550 YEN X 2 = 5100 YEN ðŸ’´
*Include entrance fee dan tambang subway/bus untuk sehari.


MOUNT ROKKO PASS (Rokko Snow Park)
1000 YEN X 2 = 2000 YEN ðŸ’´
*Include Naik bas dari Mikage, Kobe Train station, naik cable car, dan bas ke snow park sahaja. Dari tempat tinggal nak ke Mikage, Kobe tu kena pakai Icoca or beli ticket train macam biasa.



ENTRANCE FEE

ROKKO SNOW PARK
Entrance Fee 1600 YEN X 2 = 3200 YEN ðŸ’´
Sewa Sledge ðŸ›· 500 YEN

Kinkakuji Temple
400 YEN X 2 = 800 YEN


💼 STORAGE BAG

Kami simpan bag dua kali. Satu dekat Osaka Station masa hari dari Kyoto ke Osaka. Kena simpan bag sebab nak jalan pergi makan. Takkan nak heret kan. Lagipun check in pukul 4 pm.
Satu lagi on last day dekat Namba. Checkout pukul 11 am, flight balik pukul 10 pm. So sebelum nak ke airport, jalan jalan tu kenalah simpan bag. Locker ada banyak dekat train station. Tapi selalu penuh. Jenuh pusing satu station cari yang kosong.

Osaka Station
700 YEN X 2 LOCKER = 1400 YEN

Namba Station
500 YEN X 2 LOCKER = 1000 YEN


Jadi, setakat ini saja untuk kali ni. Nanti kita sambung cerita details lagi, Insyaallah. Hope you all enjoy reading my blog.

Boleh follow saya dekat IG @sitisakinahishak

Thank you.




Thursday, May 31, 2018

COME BACK POST

Assalamualaikum,

Lamanya tak post Last New Zealand posting pun tak siap.

Tuntutan kerja, keluarga dan juga business buatkan saya terpaksa abaikan blog ni.

but knowing sampai hari ni masih ada lagi yang refer blog saya untuk trip New Zealand, I am so happy. Seriously bersyukur sebab saya dapat ramai kenalan baru.

Ada beberapa orang yang sudahnya click macam kawan. Syukur.

By the way, last January 2018, saya dan suami serta anak kami yang berumur 1 tahun 7 bulan masa tu telah ke Osaka. Trip kami adalah semasa musim sejuk.

Kami ke Kyoto dan Osaka selama 8 hari keseluruhannya.

Saya akan share itinerary ke sana dan juga tips travel bersama anak kecil. Insyaallah. Saya akan buat ringkas saja untuk kali ni. Mungkin tak dapat nak share details sangat. But I will try. Insyaallah.

Saya harap sangat update saya nanti akan memanfaatkan anda semua yang merancang untuk ke sana.

Jadi jangan lupa singgah ye nanti.

Jumpa lagi

Lots of Love.

Thursday, August 3, 2017

DAY 13: TOUR CHRISTCHURCH

3 SEPTEMBER 2015

Jap..jap....Sebelum tu, BOOK la Campervan dengan Wendekreisen dari link ni. Berbaloi baloi tau sewa dengan Wendekreisen. Murah dan servis terbaik. Secure you booking dari link ni tauuuu.. hehe. 


BOOK HERE!


Hari ni bangun je kami terus ke pekan Christchurh. Post untuk kali memang banjir dengan gambar. Seharian kami pusing Christchurch tau. So, korang tengok lah sampai muntah.

Destinasi pertama ialah Botanics Garden. 

Alangkah bestnya kalau dah Spring. Banyak bunga tapi baru je habis winter. Celah mana nak datang bunga nya cik kak oiiii....

hehehe... Ada la bunga sikit sikit. Kira halal lah. Daripada pokok kering je kan. 

Taman ni Mashallah, subhanallah, memang besaq. Mujur lah winter, tak penat sangat bila berjalan banyak. Parking di tepi taman dan kami pun berjalan kaki. Untungnya sewa campervan size van biasa macam kami ni senang nak jumpa parking. 

Kalau oversized camper macam RV agak susah sikit lah. Jenuh pusing mencari parking tapi jangan risau, insyallah ada parking.



Kering sajok. Ini patutnya taman bunga ros. 

Rasa macam Alice in Wonderland pulak.

Ini dah kenapa ha????

Cubaan ambik gambar dengan timer. Tak sempat nak lari duduk

Gigih kami ni...Usaha tangga kejayaan. Inilah hasilnya


Yeayyy...ada bunga.

Seronoknya.......Warga emas keluar jumpa geng gosip kat taman

Satu lagi kegigihan.....









Banyak sangat gambar. Nanti kita sambung lagi yea.

See yaaaa.....

DAY 12: KAIKOURA TO CHRISTCHURCH (Pt.1)


2 September 2015: Kaikoura to Christchurch


Sebelum tu, BOOK la Campervan dengan Wendekreisen dari link ni. Berbaloi baloi tau sewa dengan Wendekreisen. Murah dan servis terbaik. Secure you booking dari link ni tauuuu.. hehe. 


Pagi ni kami bangun dengan freshnya. Bermalam di Donegal house sangat tenang, cuaca malam ni sedap sedap je. 

***I am missing New Zealand while I am writing this. rasa nak nangis sekarang sebab it took me almost 2 years to finish it. I am very sorry.***

Ok sambung...

Macam biasa bangun pagi, breakfast dan keluar dari van regangkan otot. Bestnya Donegal house ni, malamnya tak gelap sangat. Sebab ada lampu dari hotel sebelah tu pastu nampak kereta lalu lalang kat jalan depan.

Recommended untuk korang yang nak overnight di Kaikoura secara percuma tapi make sure campervan ada Self Contained ye.

Hari ni kami akan meneruskan perjalanan ke Christchurch. Pit stop terakhir kami. Maka akan berakhirlah roadtrip kami pusing South Island. Perasaan bercampur baur. 

Sedih nak tinggalkan bumi New Zealand. Semasa kat sana, ada kami bincang lepas 10 tahun kami akan kembali. hmm... lamanya 10 setahun. haha

Kami gerak keluar dari Donegal House sambil dalam hati berkata, kami akan kembali. Camp site adalah yang terbaik jugak selepas Lake Hayes. Free kan, memang best. Bukan apa, kawasannya itu yang selesa, sesiapa pun suka. kan? 

Macam biasa, cari toilet dulu dan kemudian perjalanan diteruskan.

Kawasan sekitar camp site Donegal House. Bersih, lapang and its free

Nampak tu, situ ada seorang uncle duduk dalam tu. dia kira permanent residence. orang sana memang ramai tinggal macam ni. Jimat. rumah sana kan mahal. 

OHHH....Christchurch.

View kami masih lagi laut luas. Cantik sangat. Tak bosan sekalipun. Cuaca pula hujan, seolah memahami hati kami yang hujan menangis dalam hati. Sedih dan hiba hendak meninggalkan Kaikoura. 

Kami menggunakan State Highway 1. Sebelum saya menyambung penulisan ni, saya ada baca, Sate Highway 1 masih lagi ditutup akibat tsunami yang lepas. 

Kepada yang ada nak ke Kaikoura sila study dulu route. Boleh check di website tourism New Zealand.



Bila lagi nak dapat tengok view macam ni.

Allahu...memang cantik sangat. 


Christchurch 112 km

Dah start jumpa bukit, tanah lapang hijau semula.

Ini tandanya berakhirlah view laut kami

Ada jugak ladang anggur

Sekawan biri biri. First time nampak biri biri ada tuan sekali. hehe


Sampai dah 

Aim kami hari ni nak pergi ke Akaroa. Saya memang beria sangat nak pergi Akaroa sebab tempat ni cantik sangat. French settlement yang pertama di sini.

Pekan kecil saja. Agak jauh dari Christchurch. Cadangan awal nak overnight di Akaroa ni kemudian plan nak recce pakej naik boat tengok Dolphin kat sini. Iye, ada Dolphin.... 




Nak ke Akaroa mengambil masa dalam 1 jam 30 minit plus. Memang jauh dan jalan dia bukit bukit. Mashaallah. Ingat tak jumpa dah jalan kona kona. Sekali hambik.


Sebab pekan Akaroa ni terletak disebalik bukit, so kena lah redah bukit dulu. 


Nasib tak menyebelahi kami. Peralihan cuaca dari Winter nak ke Spring, kami memang jumpa dengan hujan saja sepanjang jalan. Sampai di Akaroa pun hujan agak lebat. Sedih. Hilang mood kami nak bermalam di sana. 


Kami pusing dan lepak sekejap (dalam van je) lepas tu decide balik semua ke Christchurch. Ada rezeki kita jumpa lagi.


Akaroa memang cantik. Tak sangka bila kami sampai sana. Bukit bukit, lapang hijau. Menawan di mata.








Cuaca tidak menyebelahi kami. Tak apalah, ada rezeki kita datang lagi.




Boleh naik cruise tengok Dolphin.










Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke Christchurch semula. Agak lewat petang kami sampai di Christchurch.


Selepas cari cari, kami pun jumpa satu tempat Free camping di Lincoln. Agak jauh dari Pekan tapi selesa kat sini sebab ada Public Toilet. Yeayyy!!


Campsite ni pun jumpa guna apps Rankers. Coes Ford Camping Ground, Lake Ellesmere. Seriously tempat ni memang mendamaikan. Agak pendalaman, terperosok jugak nak cari tapi jangan risau. Ikut je waze. Insyaallah sampai.


Dekar sini ada banyak campervan yang tinggal secara tetap dekat sini. kabin pun banyak. Orang New Zealand kan memang ramai tinggal dalam kabin sebab nak jimat. Kos rumah di NZ agak mahal. Orang immigrant usually tinggal dalam kabin. 


Walaupun ramai tinggal macam ni, tempat ni langsung tak tercemar. Terjaga, bersih rapi. Cuba bayangkan kalau di Malaysia ada tempat bagi tinggal free, pasang khemah, parking cabin macam di sini. Entah apa yang jadi Wallahualam...



Bersih sungainya.... Nasib baik sejuk, Tidak dah terjun



Bermalam kat sini ada banyak lagi campervan lain.


Public Toilet kat sini.

Malamnya kami settle down awal. Masak, makan dan tidur awal. Memang chill je malam ni. Rileks. yelah, dah nak balik kan. Dah boleh start mengemas. Campervan tu dah macam rumah, Kain baju semua dalam almari. Semua nak kena lipat dan pack. Agaknya macam mana lah yea. After 2 weeks kan.


Esoknya adalah hari untuk tour pekan Christchurch pulak.


Insyaallah. Sambung next post.


Lots of Love.


Terima Kasih sudi baca dan follow.


PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...