PREVIOUS POST: DAY 6: WAKING UP IN QUEENSTOWN (Pt.1)
26 AUG 2015: Queenstown and Queenstown
Sambung jalan jalan pekan Queenstown. Bandarnya tak besar, kecik saja. Walking distance kebanyakkannya. Tujuan utama kami kat Queenstown ini ialah nak ke DF Souvenirs. Kedai souvenir murah, ini based on review orang lain and terbukti memang murah bila kami sendiri ke sana if nak compare dengan kedai lain.
Nyamannya berjalan di pekan Queenstown, angin dia sejuk sejuk, memang syok la. Bersih, terurus, rasa nak pindah p duduk sana. Aih, rindunya..Queenstown juga merupakan pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti yang merangsang 'adrenaline 'bak kata orang putih. Boleh main macam macam, ada shootover boat la, sightseeing cruise, nak main kayak, nak naik swing bagai semuanya boleh berurusan disini. Ada banyak operator, pilih je. Yang penting kena ada duit. No money, no talk hokeyyy...
Kami pun nampaklah kedai kedai yang famous kat sana seperti Fergburger. Memang ramai, melimpah ruah pengunjung restoran tu. Kami tak adalah teringin nak mencuba sebab meragui kehalalan burger tu. Adalah lebih baik masak sendiri. Kat Queenstown senang sangat nak bertembung dengan pelancong lain yang senegara. Bila dan jumpa tu sengih sengih je lah.. Memandangkan kami memang kat Queenstown ni untuk makan angin sahaja, so tak lama la spend masa, lagi pun dah petang. Kami nak balik campsite awal sikit nak siap-siap untuk dinner dan berehat.
Tak lama kami kat sini, kami pun bergerak keluar tapi sebelum tu kami singgah New World Queenstown untuk beli barang basah sikit. Apa lagi kalau bukan salmon. hehe. Nyum nyum.
Malam kedua kami kat sini memang rileks dan bertenang saja. Rehat bersungguh sunguh selepas beberapa hari menghabiskan masa atas jalan. Seriously korang nanti kena duduk lama sikit kat Queenstown sebab banyak aktiviti boleh buat. Tambah pulak, campsite Lake Hayes tu free tapi maximum stay 3 malam sahaja. Masa kat sana, kami memang suka beli sayur yang tak pernah jumpa kat Malaysia. Segala jenis macam kami beli and rasa. Lepas tu dah kat Malaysia, dok terbayang bayang, mengidam nak makan sayur New Zealand. Arhh....dah sudah hang. Mana nak cari? ahahahaaaa...
Malamnya
tidur lena and azam nak bangun awal esok untuk memulakan perjalanan ke
Arrowtown dan seterusnya ke Wanaka. Untuk info, kami tak ke Glenorchy.
Rasa macam rugi la jugak sebab tak pergi, Glenorchy salah satu tempat
wajib jugak tapi kami risau dengan bajet petrol kami yang dah terlebih.
Cek cek, jauh jugak Glenorchy and then, nanti kena patah balik, so kami
cancel. Korang nanti pergilah yea...Kalau tak satg menyesal, jangan
salahkan den pulak. haha. Enough writing, jom kita layan gambaq pulak.
Nampak tak harga pakej tu, NZD 325. Tak mampu. Tengok saja. |
Famous burger in Queenstown. Orang datang dari serata dunia untuk merasai burger kat sini. |
Shopping street di Queenstown. |
Parking free only for 15 minutes. |
DF Souvenirs di Queenstown Mall |
Rileks rileks tepi tasik. |
Bang, ikan trout sekati.. hehe |
Tempat lain memang rare nak jumpa macam ni, tapi kat Queenstown, ini normal. Ala, jem sikit je punn. |
Sebelum
mengakhiri part kali ni, saya nak share video New Zealand kami..
Yehuuu...akhirnya siap jugak.. Punya la lama nak edit, asyik tak jadi,
jenuhh bertahun baru la menjadi.. Video ni tak available untuk version
Mobile, saya pun tak tahu kenapa, katanya ada kena mengena dengan
copyright. Pelik, walhal, lagu saya beli original dari iTunes, footage
semua kita sendiri punya. Apapun tak boleh Youtube ni. heh.. Geram pulak
rasa. Selamat menonton. For better quality and experience, mohon tengok
dalam HD yea. hihihi... So, kita stop kat sini dulu. Insyaallah, kita sambung nanti. I will be back very soon.
Assalamualaikum.
Assalam sis, mohon di sambung :)
ReplyDeleteterima kasih sebab singgah baca blog saya. Insyaallah, over the weekend ni mmg ada plan nak update. :)
Delete