Monday, August 1, 2016

DAY 7: LEAVING QUEENSTOWN (Pt.2)


27 Aug 2015 - Queenstown - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Cardrona - Blue Pools - Haast

Alhamdulillah. Saya kembali menyambung kisah perjalanan bulan madu kami. Syukur Ya Allah, saya juga telah selamat melahirkan baby girl pada 15 Jun 2016 yang lepas. Hari ni baru habis pantang sangat sangat.

hehe...mesti semua geram kan, baca punya baca sekali cerita tergantung. Sorrrryy yee... harap harap korang tak marah dan berhenti membaca blog saya. hahahaaa..

Seperti dijanjikan on last entry, saya nak share video real fruit ice cream di Cromwell kan.. Ok, saya akan tunaikan janji saya. 
Selamat menonton!. Banyaknya ice cream dia cedok, dengan mix berries lagi.. nyumm..nyumm... Mohon jangan terliur... 



Lepak makan ice cream kat parking. Sejuk pun boleh bantai ice cream lagi. hahahahaa..
Ladang buah di Cromwell. Kiri kanan jalan jumpa ladang buah. 


Skydive..Sapa nak buat boleh simpan duit.

Town Cromwell terkenal dengan hasil buah buahan diaorg.. Memang banyak sangat buah apple la, orange la, anggur, strawberry and macam macam. Kami pun ambil kesempatan beli sebungkus ada mix fruit dalam tu. Tak ingat dah harganya berapa tapi murah la yang pasti. 


Selepas siap makan ice cream, kami meneruskan perjalanan kami ke Wanaka. Actually nak ke Cardrona nak kena lalu Wanaka dulu. Tapi kalau korang ikut jalan Crown Range Road tu akan terus turun Cardrona. By the way, Wanaka dengan Cardrona tak jauh mana pun. Dengan view yang tidak pernah mengecewakan, confirm tak rasa apa punya lah..

Apa yang ada kat Cardrona ni? Ha....kat sini ada hotel pertama di New Zealand. Sejarahnya boleh baca di Wikipedia. hahahaha..

Ini lah dia hotel pertama dan tertua di New Zealand.


Dan ini satu lagi tarikan Cardrona iaitu Bradrona. Apapun ta bolehhhh la...

Setelah habis tengok tengok di Cardrona, kami pun berpatah balik dan singgah di Wanaka jap. Nak pergi tengok pokok yang famous kat Wanaka ni yang orang panggil 'Lone Tree of Wanaka'. Kenapa lone? Ha...sebesar besar tasik tu tiba tiba ada sebatang pokok kat dalam tasik tu. Bukan tumbuh tepi tasik tau tapi dalam tasik. Agak pelik la... Pokok ni pun turut berubah mengikut musim. Since kami pergi time winter, pokok tu memang kering lah.. Tak ada daun haaa...


Famous lone tree of Wanaka.... 


Hehe...

Kalau dah ke Wanaka, wajib lah singgah Puzzling World Wanaka. Tapi kami tak masuk pun. Tengok kat luar je.. Agak mahal nak masuk, dalam 20-30 NZD tak silap untuk seorang. Lagipun kurang berminat. Dalam nya ada la macam trick eye painting and puzzling games. Kami pun tak sure, kalau nak tau, boleh la korang masuk. Or boleh check out story from other blogger.





Jauh lagi perjalanan nak sampai Blue Pools. Kami bercadang nak stop dan bermalam di Haast. Tujuan nak ke sini sebab nak tengok air terjun biru jernih gila babeng yang namanya Blue Pools terletak dekat Makaroa, which is sebelum sampai town Haast. Masa ni kami masih lagi ignorance pasal Haast. 


Kami menyusuri State Highway 6 yang agak sunyi. Memang tak ramai yang lajak sampai ke North. Mostly, akan pergi sampai Queenstown dan balik ke Christchurh. Jadi jarang jarang nak nampak campervan or RV sepanjang perjalanan kami. On the way, kami melalui Lake Hawea yang tidak kurang cantiknya. Dia punya mirror memang jaw drop. Lake Hawea ni besar, jauh jugak perjalanan kami still dok nampak Lake Hawea ni. 


Lake Hawea









Permandangan nak ke Makaroa semakin landai view kiri kanan, dah tak berbukit sangat.. Dan semakin ke pendalaman, sunyi dan line telefon koi hilang.. Seriously, sunyi..sepanjang puluh kilometer, cuma hutan kiri kanan. Kawasan ni banyak DOC camping site yang sangat sesuai untuk orang yang tak takut hutan dan gelap. Lepas habis jalan Blue Pools, kami berhenti dekat satu spot ni. Mula mula konon nak stay kat situ tapi tak jadi. Banyak kali jugak stop, ada satu sudah ada mat saleh park. Situ macam confident sikit tapi tak jadi jugak.. Hahahahaha...Walhal, saya dan husband pun macam la tak biasa. Masa zaman uni selalu hiking and tidur dalam hutan gelap. Bezanya itu tempat kita, ramai ramai pulak. Ini berdua je, tak sanggup nak park campervan kat site yang gelap gelita bila malam malam. Haihhh..seram. 




Punya la jauh perjalanan, masuk hutan keluar hutan, jumpa sungai, tak jumpa sungai, baru la sampai. Agak cuak jugak masa tu....Betul ke ni, sebab sunyi and agak lewat dah... Tapi masa tu kebetulan ada RV jugak join singgah Blue Pools. Haaa, geng abang abang long dari Malaysia. Seronok seyh jumpa orang Melayu kita... Diaorang ni siap bawak joran pancing lagi pergi Blue pools tu. Semangat nauuu.... Kami laki bini masuk dulu, geng abang long ni dok lepak lagi dekat carpark. Elok kami siap, nak gerak balik, baru nampak diaorg. Lama ngat lepak, santai betul ehhhh....

Blue Pools ni sangat la cantik, subhanallah....Airnya biru jernih sejernihnya... Terkedu kami nengoknya... Excited, punya la cantik. 


Parking tepi jalan dan masuk hutan sikit. 30 min walk.


Jambatan pertama.


Jalan lagi...



Taraaaaaaaaaaaa.............Amacam?

Selama dojk baca baca blog, mat saleh terjun je tapi rasanya bukan time winter. Tapi diaorang apa kisah....Diikutkan kepala ting tong tu mau dia terjun jugak dalam keadaan sejuk pun.. hahahaha..



Memang rasa nak terjun. Kalau summer, dah turun mandi nihh...


Ha...kena lalu jalan ni nak pergi ke Blue Pools. Masuk hutan dulu...

Selesai dekat Blue Pools, kami pun teruskan perjalanan ke haast. Ya Allah, pekan Haast sunyi sangat sangat sangat. Macam pekan mati. Masa on the way, kami singgah jap tepi sungai, konon nak ambik gambar. Then ada couple mat saleh, kitaorang borak borak. Diaorang cadang nak tidur kat haast jugak tapi katanya Haast macam ghost town. So, depa cancel and decide nak continue perjalanan. Alaaammaakkk...cane ni. Couple ni dari North nak ke Queenstown, diaorang stop cari kayu api. Nak camping agaknya....

Pekan Haast sangat kecil, kami sampai dalam pukul 7 lebih dah gelap, kedai semua dah tutup, ada beberapa buah rumah je dalam town tu. Masa tu macam eh....betul ka ni? 

Kami pusing pusing cari campsite. Kononnya nak free camping je tapi dengan gaya tempatnya ni memang takdak harapan la... Selepas survey beberapa tempat, eh, beberapa ke? Ada pun dua ja...hahaha.. Last kami decide masuk Top 10 Holiday Park Haast. Ini confirm selesa dan selamat. Gituuuu....

Sampai pun dah gelap, risau kot kot kaunter dah tutup ke. Alhamdulillah, masih ada orang. Selesai reg and bayar, kami pun park campervan and mulakan rutin biasa. Malam tu cuma ada 2 campervan dan 1 RV. Family mat saleh ni dari Australia. Ada anak laki kecik dua orang, diaorg siap berBBQ lagi kat situ. 

Ini dia Holiday park Haast. Pagi keesokannya sebelum keluar kami ambik gambar dulu.








Perjalanan yang panjang, tidur lena nyenyak kami malam tu. Dapat pulak hot shower. Syahduuuu....  Tak sabar nak teruskan perjalanan esok pulak. 

Insyaallah, jumpa next entry. 

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.
 BOOK YOUR CAMPERVAN HERE


4 comments:

  1. saya ada pm kt fb..cuba check kt fb under inbox file others

    ReplyDelete
  2. hai sis, saya pon berjaya book transport dari Wenderkreisen, tah2 John Andrew hampa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pegi...kalau no plat ada tulis John Andrew tu betul la tu...klau sama bole la share gambar nanti yer..:)

      Delete

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...