Monday, December 26, 2016

DAY 10: Nelson to Blenheim (Part 2)


30 Aug 2015: Wakefield - Nelson - Havelock -  Picton - Blenheim


Assalamualaikum.


Jom sambung lagi kisah perjalanan kami.


Selepas singgah di Havelock sekejap, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kalau ikut perancangan, kami akan ke Picton dulu. tapi masa atas jalan terpeasan sesuatu masa lepas sign board and tengok maps.


Tengok pada signboard, nampak macam Blenheim lagi dekat tapi sebenarnya kami jumpa Picton dahulu selepas havelock. Sebab ikut shortcut. 


Disinilah bemulanya persoalannya... Kalau kami straight, kami akan ke Blenheim terus, dan tak akan lalu Picton lagi. Macam tu, tak complete la roadtrip ni kalau skip Picton. Then, kami pun discuss dan tukar route. Which is ke Picton dahulu. Kami ikut Queen Charlotte Drive. Naik bukit, turun bukit, terus Picton. Dari Nelson tadi sampai Havelock guna State Highway 6.


Nampak tak, kalau lalu State Highway 6 and 1 tu memang kami sampai Blenheim dah. Tak kuasa lagi nak naik ke Picton. Mujur tersedar awal. Masa perjalanan sama je tapi distance yang kami guna lagi pendek. Sebab jalannya yang berbukit and sempit. Its not main road pun. Jalan raya ni mainly used by local. 





Masa ni ikut waze lah apa lagi...Di bawaknya ikut jalan bukit bukit. Seriously cuak tapi best sebab dapat tengok environment rumah orang kaya kaya yang bina tepi lereng bukit and siap ada yacht sendiri. haaah... Cuaca baik sgt hari ni, cerah and suam suam. Besttt!



Rumah orang kaya... 




Ihsan dari Google. Malborough Sounds. Unbelievable, ini la yang kami saksikan. 

Masa ni dah tengah hari. Kami pun jalan punya jalan sambil layan view, almaklum la, John Andrew kami bukan boleh speed up sangat. Memandu dengan syahdu gitu. Saya memang recommend sangat route sebab cantik viewnya, dapat tengok Marlborough Sounds. The view sangat breathtaking. 



View dari tepi jalan, lereng bukit, kita akan drive pusing sebesar besar tasik ni sampai la Picton.

Sekali sampai dah Picton. Picton ialah sebuah bandar pelabuhan. Banyak kapal kapal besar kat sini. If you guys travel from North Island by ferry, you all akan berlabuh kat sini lah. Picton port.


Kat sini bau macam kat IKEA seyh, bau kayu pine. Tongkang dok angkat kayu kayu ni naik pergi mana tak tahu.









Kat Picton kami lepak santai santai je. Cari makan. Terjumpalah fish and chips. Pekannya tak busy sangat pun.


Caffe Molinari, kami order fish and chips satu set buat alas perut. Kononnya alas perut. Sekali berlambak. Dah kongsi dua orang pun still kenyang sangat.














Kawasan ini yang paling dekat dengan port. Itu sana tu, laut. Kami berkelah pun tepi port. Orang panggil Harbour la kan. Banyak la orang kaya parking yacht depa kat sini. 


Tudia fish and chips nya...2 Fish of the day battered wheat and 1 chips scoop, NZD 11.60.








Semangat 
Eh...eh..jumpa geng. hehe.




Singgah sini isi minyak bagi penuh dulu since murah. Ini antara yang termurah la, NZD 1.969/ litre


Husband suruh ambik gambaq keta. Susah suami gila keta antik ni. Rindu la tu kat Austin Mini dia.
Perjalanan diteruskan ke Blenheim. Malam ni kami tidur di sini. Blenheim merupakan bandar industri wine. Ada banyak sangat ladang anggur. Sebesar besar alam, luas pandangan mata. Blenheim pun merupakan bandar yang paling banyak menerima cahaya matahari seperti Nelson jugak.

Bila summer, suhu kat sini sampai 30 degree jugak. Masa kami kat sini, time winter so tak adalah panas sangat. After all, lebih panas compare dengan tempat lain di South NZ. Paling sejuk Lake Tekapo dengan Queenstown la...huhu



Lets head to Blenheim. Dah nampak sign Christchurch, menandakan perjalanan kami mengelilingi South Island hampir sampai ke penghujungnya... *cry a river*










Dari Picton ke Blenheim dekat je, tak sampai sejam drive dah sampai. Kami pun mulalah mencari mana nak tidur. Disebabkan tak jumpa kat mana nak free camping, dengan berpandukan Rankers, kami pun buat keputusan masuk tidur di campsite di Blenheim Backpackers and Motor Camp.


Review yang kami baca pasal campsite ni tak lah bagus sangat. Katanya full sebab ramai immigrant. Legal immigrant of course yang datang for break dari banyak negara macam Germany, UK and etc untuk mengisi masa cuti buat kerja part time petik buah anggur. 


Memang ramai la anak-anak mat saleh muda muda kat sini. macam macam bangsa ada. Kitaorang just blend in je la and buat macam biasa. Facilities ok lah, complete. Bersih, cuma dengan diaorg ramai ramai rasa macam kurang selesa sikit sebab tempat ni diaorg dah conquer. Lantaklah, satu malam je pun.









Area untuk yang nak pacak khemah. I tell you, memang ada yang tidur dalam khemah ni. Bebudak tu la..Jimat maybe. 


Source: google. At that time, penuh orang melepak kat sini. 


Ini pathway nak ke toilet and kitchen.
Keesokan paginya kami bangun awal and get ready nak meneruskan perjalanan. Macam biasa refill air dalam tank and buang waste apa yang patut. 



Melalui State Highway 1, kami menuju ke Kaikoura sambil melepasi ladang anggur. 


Kuruih keding pokoknya sebab winter kan.











Sampai sini dulu. Insyaallah, akan saya sambung lagi dalam post seterusnya. Jangan bosan dulu, sebab ada banyak yang best best dekat Kaikoura. Rugi kalau tak baca, hahaha..

Kami jumpa Seallllll...siap banyak gilaaa...


Waduh waduh. 


Assalamualaikum. Lots of love.


Booking campervan macam kitaorang di link bawah ni. Click here!



 BOOK HERE

NEXT POST CLICK HERE

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...