Previous Post: DAY 11: Kaikoura (Part 1)
Sebelum tu, BOOK la Campervan dengan Wendekreisen dari link ni. Berbaloi baloi tau sewa dengan Wendekreisen. Murah dan servis terbaik. Secure you booking dari link ni tauuuu.. hehe.
BOOK! CLICK HERE. |
31 Aug 2015: Overnight at Donegal House, Kaikoura
Perjalanan diteruskan. Makin banyak lagi kami jumpa dengan seal. Bersepah sepah tepi jalan sampai tak larat tengok dah ha. Before bukan main excited lagi. hahahaaaha.
Perjalanan kami ditemani hujan gerimis dengan angin kuat dari sebelah laut. Memang sejuk. Cantiknya pemandangan sepanjang jalan kami. Subhanallah. Lautan luas terbentang, ombak besar. Tak macam dok nampak kat tempat kita. Besarnya bumi Allah ni. Banyak lagi yang kita tak tengok ciptaanNya.
Comel betul la seal ni.. Elok ja bersidai tepi tepi jalan raya tu. Kalau kena langgaq ni naya ja. haha.
Satu lagi yang famous dekat Kaikoura Coast ni ialah dia punya crayfish atau lobster. Kat NZ ni lain sikit. Kalau kat tempat kita lobster ni udang laut, crayfish udang air tawar. tapi kat sini crayfish tu ialah udang laut. So, jangan confuse ya.
Yang paling famous dan recommended oleh banyak banyak traveler dan jugak Trip Advisor ialah Nin's bin. Uniknya Nin's Bin ni, terletak tepi jalan, tepi pantai. Sepanjang jalan kosonggggg ja. Tak nampak penempatan, tiba tiba nampak restoran dia kecik ja dalam bentuk macam caravan Volkswagen Combi tu. Comel sangat. Secomel seal seal yang dok bertenggek tu.
Memikirkan kami kat New Zealand ni tak makan lagi makanan local sebab asyik masak sendiri je kami pun cuba lah. Last saya makan lobster besar ni masa pergi Korea dulu. First time makan lobster masa kt Korea. Husband pulak, yang kat NZ ni ialah pertama untuk dia. Tak pernah kami. alahaiii...nampak sangat lobster ni makanan yang jarang kita jumpa dan makan di malaysia. Satu sebab harganya yang mahal. tapi sekarang rasanya dah banyak. kalau dulu dulu tak mampu nak makan. Sekarang Alhamdulillah, rezeki dapat makan. Bercakap pasal lobster ni nama pulak tak makan. hahaha... Boleh ni suggest kat husband pergi cari. Erk??? haha.
Crayfish kat Nin's Bin ni memang fresh. Katanya baru tangkap semalam. Kat ekor crayfish aka Lobster ni dah tulis harganya. Memang mahal actually tapi dah alang alang, rasa p lah. Kami ambik yang paling kecil berharga NZD 44 di masak rebus dan perah lemon ja. Ada lagi masak lain tapi ini paling murah dan diyakini halal.
Ya Allah.. sedap sungguh!. isinya kenyal, tebal, fresh. Memang sedap!! padahal makan dengan perahan lemon saja. Tambah pulak makan menghadap laut Pacific. Seriuosly experience yang sangat mahal bagi saya yang takkan saya lupa sampai bila bila. Syukur Ya Allah.
Kepada yang lalu Kaikoura wajib singgah sini ye.
Cantiknya...Aduhai...rasa mcm nak pergi lagi nihhh.... |
CRAYFISHHHH..!!! Nyummyyy. |
Semangat dok mengopek... |
Kusyukkk...sedap wey..mau tak kusyuk. hahaha |
NIN'S BIN CRAYFISH - FAMOUS IN KAIKOURA |
Arrrrrhhhh.... Hampa jeles dak? haha |
Sejuk tau dak makan kat luaq ni. Nampak mcm syok.. Eh, memang syok pun. kah! |
Lepas dah siap makan kami pun meneruskan perjalanan. Tak lama dari tu kami pun sampai Kaikoura. bermulalah misi mencari tempat nak bermalam. Semestinya apps Rankers la yang kami guna.
haaaa...jumpa dah tempat nak tidoq. |
Senang sangat. Dah siap siap tunjuk kat mana campsite free dan kena bayar, berapa harga. Ada apa kat situ. Semua siap!. Sila guna yang ini untuk kemudahan nak cari tempat bermalam.
Kami kemudian nampak satu ni namanya Donegal House Site. Site ni memang owner Donegal House tu buat untuk orang tumpang parking dan bermalam. Luas tempatnya. Dia tambak tanah batu helookkk.. Tepi tu ada sungai kecik ada itik dok berenang renang. Seriously sangat peaceful. Walaupun tak ada apa2 facilities kami dah seronok sangat dah. cantik, tenang. Lagi pun dah biasa free camping. ye, kat Donegal ni free. Park saja.
kebetulan dekat jugak nak keluar ke main road and dekat dengan toilet. Dekat tu tak lah dekat sangat. Kira ke naik kereta la jugak. dlm 4-5 km macam tua. kahkah!.
Macam biasalah, kami sebelum tidur pergi cari toilet dulu. Selesaikan segala hajat. Takat nak cuci muka ambik wuduk tu kami just guna air tap dari sinki van kami je. Siap hangat lagi ayaq tu...
Cuaca memang mendung macam ni sepanjang jalan. Tak jumpa matahari. |
Kami masuk town dan jalan jalan. Then terjumpalah satu bay ni, tak ingat nama.. herrr.... Kat sni banyak tourist stop tengok seal bertenggek. Banyak sangat mak mak seal naik dan beranak kat darat ni. Anak anak dia tidur kat situ. COMEEYYYY!!!
Cubaan berani husband. Alah...anak ni tak garang. Cuba kena tang mak dia tengok. melompat la takut. haha. |
yang ini dah besaq sikit. Ada lagi baby bay dari ni. Comey kan.? mata bulatttt. |
Seal pup. So cuteeeee!!! |
Ada mat saleh baik masa ni nak tolong ambik gambaq kami dua. hehe. |
Takut sebab mak dia garang...Sekali dia nganga...ternganga hang... haha |
Habis spend masa kat sini, lama jugak dok tengok seal kat sini kami pun pergi la tengok campsite kami di Donegal House tu.
Tengah siap siap nak masak makan malam. |
Petang ni saya saja bukak cerita dalm ipad. Kami layan telemovie Maid Raya. hahahaa.. Bukan main semangat dok layan cerita tu dalam van. Husband pertama kali tengok Zul Arifin berlakon. Boleh pulak dia dok kata macho jugak Zul Arifin berlakon. Eh? kahkahkah!
Malam tu kami pergi New World cari susu kopi feveret kami. Ni ha susu kopi tu. Sodapppp gila.
Botol kecik. Botol besaq susah sangat nak jumpa. Selalu mesti habis. Memang laku keras nihh. |
Ini botol besaq. Boleh la cuba nanti ya. |
Dinner kami malam ni, ikan trout masak masam manis, sayur goreng dan telur dadar.. Hah..! Sedap. Nikmat. Kenyang sungguh. Again thanks to Pak Brahims! |
Maka berakhirlah malam kami untuk hari ni. Besok kami akan bergerak balik ke Christchurch. Kami semakin hampir menamatkan trip kami. Oh so sad!!
Di Christchurch kami tinggal dua malam. Insyaallah. nanti kita sambung lagi ya. Bye.
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.