Minggu kedua bagi semester ke-4 akhirnya muncul. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar 2011 sudah pun mencapai harinya yang ke-10. Semoga fasa pertama 2011 ini membawa anda ke arah matlamat yang ingin dicapai bersama-sama usaha dan diiringi doa. Pastinya semua telah berazam itu dan ini sewaktu menanti kemunculan 2011 dan kepada yang belum ada azam baru anda masih boleh menyimpan azam dan hajat 2011 kerana masih belum terlambat lagi.
Daku kini sedang berkira-kira, counting days untuk bercuti semula. haha.. Baru masuk seminggu dan berangan nak cuti panjang. Bila dikenang-kenang result semester lepas, alahai....seriau darah-darah yang menyusuri urat-urat badan ini.
Sebelum hendak berseronok dan bergembira ketika cuti CNY nanti daku harus merpersiapkan diri dengan soldadu perang yang lengkap kerana daku bakal menghadapi ujian pertengahan semester ; mid term test. Kemungkinan test termodinamik dan mekanik mesin akan diadakan sebelum cuti.
Jadi apa perlu buat?
Cik Siti, silalah study sebelum masuk ke kelas dan semak semula nota selepas habis kelas. Jangan jadi orang yang zero before and after. Rugi kalau jadi orang yang macam itu. Kalau tak mahu sejarah semester lepas berulang, bersedialah untuk berubah. Carilah apa-apa alternatif untuk menguatkan semangat di jiwa dan cuba cari ayat-ayat yang boleh jadi pemujuk hati, penenang jiwa serta penguat minda. Begitu juga rakan-rakan diluar sana cubalah jugak yea. Sama-sama kita memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan di masa lalu, kesilapan yang membawa kepada sesalan.
Insyaallah.
Lotsa Love,