Monday, April 28, 2014

VICTORIA STATION, THE HOUSE OF STEAK

Assalamualaikum




Siapa suka western food? Angkat tangan.......Yayy....Saya!!!Saya adalah pencinta daging. Sangat! haha. Can't resist, especially lamb.
By the way, semalam berkesempatan ke Victoria Station cawangan di USJ Taipan. Last night is my first dine-in at VS. 
The restaurant environment completely classic, old skool, which definitely, sememangnya taste saya. Cewahh... Dalam restoran ada gerabak kereta api. Boleh bayangkan tak? Meja makan pun dalam gerabak kereta api tu. So, I give VS 5 stars for their interior and decoration. Stunning!


Kepala kereta api. Mana dia ambik pun tak tau lah. :D

View dari meja saya. Nice kan?


Ok, macam mana pula dengan menunya? VS served both western and seafood. It has lobster, salmon, lamb, beef and chicken and also salads. Emmm...nyummy..Saya ni hantu kambing, suka sangat-sangat dengan daging kambing so I choose, VS Rack of Lamb and my friend ordered, Grilled Lamb Cutlet. Tak sabar saya nak bagitahu yang their steak was sooooo nyummy. I was like, give me one more plate please!!! I want more. Ini steak is totally the other level of steak, bukan level William, bukan level Murni ok. TGI pun kalah tipis dengan VS punya steak. Or maybe taste saya lain dari anda semua, mungkin anda rasa TGI lagi sedap. Jadi, kena lah cuba VS dulu. Ok?
The meat was so tender, you don't even need a toothpick after the meal, juicy, well marinated and fresh. Tak puas makan sepinggan sebab sedap. Tapi itulah, portion dia macam tak cukup penuh untuk perut ni.

/floor

Harga?ok..just nice, worth the food you gonna eat. Tengok orang lain order Lobster, rasa terliur je, tapi tak apalah...itu next round pulak. InsyaAllah. Apologize for low quality photos as saya cuma guna iphone4 cabuk saya je and tambah pulak dengan lighting kat situ yang ala-ala malap,romantik romantok. At least ada gambar kan...

 


Grilled Lamb Cutlet, RM 44.90
VS Rack of Lamb, RM 47.90


All meal is served with bun and butter spread.
Truly said, saya sangat enjoy dinner semalam. I had good food with great environment, relax and peaceful. Kalau tengok orang-orang lain yang datang pun semua level-level kayo kayo. So saya pun buat kesimpulan, patutlah orang kaya suka makan kat restoran mahal. Habis, dah penat-penat kerja, mesti lah nak enjoy makan yang sedap, puas hati dekat tempat yang selesa macam di VS. Ini saya share link from Bangsar Babe mengenai Victoria Station cawangan Damansara. Gambar dia lagi menarik, tempting.. 

 
Victoria Station 
Station USJ 21 & 23, Jalan USJ 10/1G (Taipan),
UEP Subang Jaya,
47620 Selangor
Tel:
03-5637-3388 03-5636-7508

Setakat ini saja update saya mengenak kisah makan malam saya semalam di Victoria Station. Selamat Mencuba! /bye





Regards,

Thursday, April 24, 2014

I'm a big girl

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 2014 sudah hampir 4 bulan berlalu. Haish.. Ya Allah, tak tahu macam mana nak memulakan ayat. Berabad saya tak jengah sini. Kali ini kata hati saya macam la.... macam bertekad nak teruskan menulis semula. Hehe. Macam ok macam. InsyaAllah.
Tujuan menulis dan ada blog ni bukan untuk cari publisiti ok? Tapi untuk tatapan diri sendiri, masa hadapan dan nak berkongsi apa yang boleh dikongsi. Biarpun tak ada orang nak baca blog saya ni, tak apalah. Cewaahh..

Nampaknya, dah dekat setahun saya tak menaip. Kekok pulak jari jemari je. Tapi skill tu masih ada sebab semedang dok menaip report-report thesis dan assignment, cuma isinya berbeza sikit. Satu bahasa orang putih, satu bahasa orang Melayu.

Untuk pengetahuan anda semua, bersesuaian dengan topik saya di atas, I'm a big girl now. Ala-ala macam lagu Fergie, Big Girls Don't Cry tu... Semua dah selesai, tinggal kahwin and berkeluarga je. Hehe. Saya ni dah nak 25 tahun ini. Saya dah dapat Ijazah pertama saya dalam Mechanical Engineering tahun lepas bulan Oktober, haaa..nampak tak betapa lama tak update dalam blog. Syukur, hasil titik peluh dari sekolah rendah, menengah, matrikulasi, berpuluh tahun berjuang untuk sampai ke tahap ini. Terima kasih kepada semua, Mak Ayah, keluarga, kawan-kawan, cikgu, pensyarah, mak cik, pok cik, kucing and semuanya lah :)


Bersama dengan ayah saya yang awet muda. 59 tahun dah. =D>
 
With classmate, Ling Ng

My other classmate, Nad. Single lagi ni. Boleh try :D
  
Sekarang ini, hari ini, saya dekat office. hahaha. Bos tak ada 3 minggu pergi honeymoon, sedap dok menulis blog kan. Tapi tak pe, asal keja siap semua, boleh je ngadap sekejap.
6 bulan sudah bekerja, bukan sebagai engineer pun, cuma executive biasa saja. Biasalah, mula-mula, pengalaman pertama so tak nak lah cerewet sangat. Alhamdulillah, ada juga company yang nak hire saya.

Selain dari itu, saya sekarang sedang menuntut as a part time Master student di Universiti Putra Malaysia, UPM. Syukur Ya Allah, diberi peluang berharga ni. Ramai yang tanya saya macam nak sambung Master. Tak susah, InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan share kat sini bagaimana prosesnya. Saya further dalam bidang Engineering Management, konon-konon nak jadi manager lah kan. haha..
Ada jugak yang tanya, kenapa nak sambung Master lagi, bukannya boleh naik gaji pun if setakat jadi engineer, since most company, degree sudah cukup untuk dapat kerja. Tapi saya bukan mengerja gaji. Tapi tak bermakna duit tak penting. Orang baru nak mula hidup macam saya, duit sangatlah critical especially zaman hari ni yang penuh persaingan. Saya mahukan lebih pengetahuan dari segi aspek lain pula. Tak salah kan. Tahukah anda, dalam masa 10-15 tahun akan datang, Ijazah Sarjana Muda mingkin hanya la kelayakan biasa, who knows kan? As kemajuan teknologi, ekonomi akan berubah, bertambah maju jadi of course dalam bidang pendidikan juga takkan ketinggalan. 
With my colleague during last year team building. We are having a game at Escape Room, The Curves

Lastly rutin harian saya sekarang, siang kerja, malam pergi kelas. Ada jugak kelas weekend. Memang penat bekerja and belajar, tapi syukur alhamdulillah, semuanya mudah bagi saya. Allah permudahkan jalan bagi hambaNya yang berusaha dan ikhlas. Semoga kita semua berjaya dalam hidup. InsyaAllah.
Later, insyaAllah, ada rezeki saya akan update semula apa-apa cerita yang patut. Ada banyak yang saya nak share, banyak aktiviti sepanjang saya tak update. Jumpa lagi. Jaga diri semua. 




Regards,

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...