Pages

Search This Blog

Sunday, March 26, 2017

DAY 11: Driving to Kaikoura (Part 2)



Previous Post: DAY 11: Kaikoura (Part 1)



Sebelum tu, BOOK la Campervan dengan Wendekreisen dari link ni. Berbaloi baloi tau sewa dengan Wendekreisen. Murah dan servis terbaik. Secure you booking dari link ni tauuuu.. hehe. 

BOOK! CLICK HERE. 


31 Aug 2015: Overnight at Donegal House, Kaikoura

Perjalanan diteruskan. Makin banyak lagi kami jumpa dengan seal. Bersepah sepah tepi jalan sampai tak larat tengok dah ha. Before bukan main excited lagi. hahahaaaha.

Perjalanan kami ditemani hujan gerimis dengan angin kuat dari sebelah laut. Memang sejuk. Cantiknya pemandangan sepanjang jalan kami. Subhanallah. Lautan luas terbentang, ombak besar. Tak macam dok nampak kat tempat kita. Besarnya bumi Allah ni. Banyak lagi yang kita tak tengok ciptaanNya. 







Comel betul la seal ni.. Elok ja bersidai tepi tepi jalan raya tu. Kalau kena langgaq ni naya ja. haha.

Satu lagi yang famous dekat Kaikoura Coast ni ialah dia punya crayfish atau lobster. Kat NZ ni lain sikit. Kalau kat tempat kita lobster ni udang laut, crayfish udang air tawar. tapi kat sini crayfish tu ialah udang laut. So, jangan confuse ya.

Yang paling famous dan recommended oleh banyak banyak traveler dan jugak Trip Advisor ialah Nin's bin. Uniknya Nin's Bin ni, terletak tepi jalan, tepi pantai. Sepanjang jalan kosonggggg ja. Tak nampak penempatan, tiba tiba nampak restoran dia kecik ja dalam bentuk macam caravan Volkswagen Combi tu. Comel sangat. Secomel seal seal yang dok bertenggek tu.

Memikirkan kami kat New Zealand ni tak makan lagi makanan local sebab asyik masak sendiri je kami pun cuba lah. Last saya makan lobster besar ni masa pergi Korea dulu. First time makan lobster masa kt Korea. Husband pulak, yang kat NZ ni ialah pertama untuk dia. Tak pernah kami. alahaiii...nampak sangat lobster ni makanan yang jarang kita jumpa dan makan di malaysia. Satu sebab harganya yang mahal. tapi sekarang rasanya dah banyak. kalau dulu dulu tak mampu nak makan. Sekarang Alhamdulillah, rezeki dapat makan. Bercakap pasal lobster ni nama pulak tak makan. hahaha... Boleh ni suggest kat husband pergi cari. Erk??? haha.

Crayfish kat Nin's Bin ni memang fresh. Katanya baru tangkap semalam. Kat ekor crayfish aka Lobster ni dah tulis harganya. Memang mahal actually tapi dah alang alang, rasa p lah. Kami ambik yang paling kecil berharga NZD 44 di masak rebus dan perah lemon ja. Ada lagi masak lain tapi ini paling murah dan diyakini halal.

Ya Allah.. sedap sungguh!. isinya kenyal, tebal, fresh. Memang sedap!! padahal makan dengan perahan lemon saja. Tambah pulak makan menghadap laut Pacific. Seriuosly experience yang sangat mahal bagi saya yang takkan saya lupa sampai bila bila. Syukur Ya Allah.

Kepada yang lalu Kaikoura wajib singgah sini ye. 


Cantiknya...Aduhai...rasa mcm nak pergi lagi nihhh....


CRAYFISHHHH..!!! Nyummyyy.






Semangat dok mengopek...

Kusyukkk...sedap wey..mau tak kusyuk. hahaha

NIN'S BIN CRAYFISH - FAMOUS IN KAIKOURA

Arrrrrhhhh.... Hampa jeles dak? haha

Sejuk tau dak makan kat luaq ni. Nampak mcm syok.. Eh, memang syok pun. kah!


Lepas dah siap makan kami pun meneruskan perjalanan. Tak lama dari tu kami pun sampai Kaikoura. bermulalah misi mencari tempat nak bermalam. Semestinya apps Rankers la yang kami guna. 

haaaa...jumpa dah tempat nak tidoq.

Senang sangat. Dah siap siap tunjuk kat mana campsite free dan kena bayar, berapa harga. Ada apa kat situ. Semua siap!. Sila guna yang ini untuk kemudahan nak cari tempat bermalam. 

Kami kemudian nampak satu ni namanya Donegal House Site. Site ni memang owner Donegal House tu buat untuk orang tumpang parking dan bermalam. Luas tempatnya. Dia tambak tanah batu helookkk.. Tepi tu ada sungai kecik ada itik dok berenang renang. Seriously sangat peaceful. Walaupun tak ada apa2 facilities kami dah seronok sangat dah. cantik, tenang. Lagi pun dah biasa free camping. ye, kat Donegal ni free. Park saja. 

kebetulan dekat jugak nak keluar ke main road and dekat dengan toilet. Dekat tu tak lah dekat sangat. Kira ke naik kereta la jugak. dlm 4-5 km macam tua. kahkah!.

Macam biasalah, kami sebelum tidur pergi cari toilet dulu. Selesaikan segala hajat. Takat nak cuci muka ambik wuduk tu kami just guna air tap dari sinki van kami je. Siap hangat lagi ayaq tu...

Cuaca memang mendung macam ni sepanjang jalan. Tak jumpa matahari. 







Kami masuk town dan jalan jalan. Then terjumpalah satu bay ni, tak ingat nama.. herrr.... Kat sni banyak tourist stop tengok seal bertenggek. Banyak sangat mak mak seal naik dan beranak kat darat ni. Anak anak dia tidur kat situ. COMEEYYYY!!!



Cubaan berani husband. Alah...anak ni tak garang. Cuba kena tang mak dia tengok. melompat la takut. haha.


yang ini dah besaq sikit. Ada lagi baby bay dari ni. Comey kan.? mata bulatttt.

Seal pup. So cuteeeee!!!

Ada mat saleh baik masa ni nak tolong ambik gambaq kami dua. hehe.

Takut sebab mak dia garang...Sekali dia nganga...ternganga hang... haha





Habis spend masa kat sini, lama jugak dok tengok seal kat sini kami pun pergi la tengok campsite kami di Donegal House tu. 

Tengah siap siap nak masak makan malam.







Petang ni saya saja bukak cerita dalm ipad. Kami layan telemovie Maid Raya. hahahaa.. Bukan main semangat dok layan cerita tu dalam van. Husband pertama kali tengok Zul Arifin berlakon. Boleh pulak dia dok kata macho jugak Zul Arifin berlakon. Eh? kahkahkah!

Malam tu kami pergi New World cari susu kopi feveret kami. Ni ha susu kopi tu. Sodapppp gila. 

Botol kecik. Botol besaq susah sangat nak jumpa. Selalu mesti habis. Memang laku keras nihh.

Ini botol besaq. Boleh la cuba nanti ya.

Dinner kami malam ni, ikan trout masak masam manis, sayur goreng dan telur dadar.. Hah..! Sedap. Nikmat. Kenyang sungguh. Again thanks to Pak Brahims!

Maka berakhirlah malam kami untuk hari ni. Besok kami akan bergerak balik ke Christchurch. Kami semakin hampir menamatkan trip kami. Oh so sad!!

Di Christchurch kami tinggal dua malam. Insyaallah. nanti kita sambung lagi ya. Bye.




Sunday, February 5, 2017

DAY 11: Kaikoura (Part 1)



31 Aug 2015: Blenheim to Kaikoura via State highway 1.

Perjalanan diteruskan. Alhamdulillah cuaca sejuk saja pagi ni. Saya nak sangat tunjuk on maps perjalanan dari Blenheim to kaikoura tetapi unfortunately currently Google Maps tak tunjuk jalan yang kami guna. Currently laluan ke Kaikora sudah di re-route kesan daripada gempa bumi baru ni dan menyebabkan tsunami kecil di pantai Kaikoura. So yeahh...tak dapat nak tunjuk.

Sedih sangat masa tau berlaku gempa bumi. As inform by Wendekreisen representative, keadaan di sana kembali seperti biasa. Check out email drom Stacey Brown.



So, jangan risau boleh pergi. Yeayyyy!!!

Post ini akan ada banyak sangat gambaq... So, please bear with it and enjoy ja la. hehe

View kami nak ke Kaikoura memang laut sepanjang jalan. Luasnya lautan... Pantai all the way dan ombak pun besar besar. Hujan sikit time ni. Belah kiri kami adalah Lautan Pacific. 

Tak jauh sangat pun nak ke Kaikoura. 

Lautan luas menjadi pemandangan kami. Ini la rupa jalan kat sana. Lenggang ja.

Sangat cantik kan tapi mau tau laa, tobat dalam punya. 


Alahai rindu sangat

Masa dalam perjalanan, kami ternampak ada restoran. Dia tulis Pacific Ocean Experience. So kami pun singgah. tak pergi pun restoran tu. Kami parking then jalan kaki pergi pantai belakang tu. Seriously cantik sangat and ada nacam kubah, pondok yang dibina dengan kayu kayu. 

Kat sini kami jumpa dengan budak perempuan nama Maya, umur 5 tahun. Comel sangat Maya ni. Sangat friendly. Datang dengan mak dia. Mak dia pergi kutip batu. Tak sure pulak untuk apa. 

Lama jugak kami melepak kat sini sambil seronok dok berkawan dengan Maya. 


Ini lah dia.... pondok apa tak sure. 

We found dead seal.. Pity!!!

Ternampak ada seal mati. Kesian. Punca kematian tak dapat dikenalpasti

Keadaan dalam pndok

Meet Maya, such a lovely, cute and friendly little girl

Amacam, berani nak p berenang kat sini?

Selamba ja mak dia p mana, tinggal anak dia dengan kami. hahaha

Sebab muka kami tak nampak macam penjenayah kot...kahkahkah


Tu mak Maya.

Best sangat kat sini. layannn view. 

Syok sungguh padahai sejuk ketaq

Tak ingat berapa lama dok main kat sini. Yang pasti agak lama. Syok sangat... hahaaa

Sejukkkk.....


Bermain ombak dengan Maya. 


Selepas habis main dengan Maya, kami pun terus gerak. Banyak lagi nak jumpa ni. Mau 3, 4 kali berhenti. hihi... 

Masa jumpa Maya tu kami belum jumpa lagi seal seal bertenggek tepi jalan. Right after that baru kami start nampak banyak gila seal dok bersidai tepi jalan. Like seriouslyyy banyaaakkk sangat!!!! We are so excitedd..


Breathtaking view...





Ini rupa tepi jalan tu.. memang beberapa inci ja dengan laut. Eh, meter, tipu sangat inci.. Saja la nak metafora hiperbola sikit.




Haaaaaaaaa...tudia, jumpa dah dia...Banyak ya amat. Kami dok waaa...wowww...weee...haaa... ternganga mulut punya syok ni. Tak tau nak habaq syok dia lagu mana.. Sebab view dekat sangat. Dia punya 'peqak' (teruja) tu tak terkawal. Asyik nak stop saja tepi jalan tu. Kami lalu sini still awal, nak dekat tengah hari. Air tengah surut so banyak la seal. So, better pergi lalu awal, kalau air pasang maybe tak nampak la seal dok bersidai ni. 

Yang ni dah mati. Kesian,,, hukhukhukk

Tuuu...sedap dia lena. 

banyak kan?? kan..kan...Comeelll
 Sedang kami jalan dok ralit tengok seal ternampak la creatures ni. Elephant seal namanya. gagah balik Malaysia cari nama dia. Ni mesti kes air bawak ni. So, melekat la kat situ. Besaq gedabakk!!

Kami pun punya teruja, seronok... Dok terkekek kekek kat situ...

Woooww...weeee...wwuuuu...keluaq belaka lah.

Pergi dekat

Heerrr...Besaqqq

Sekali dia nganga hanggg...

Ini paling dekat berani pergi..hahaha



Tidoq...berehat, penat dia berenang sampai sini. 





Warna seal nak sama dengan batu....



Muka excite benorrr

Then on the way kami singgah di Ohau Seal Colony. Saya la yang beria beria nak singgah sini. Dah pin dalam kepala wajib singgah sini sebab nak tengok anak seal. If you're lucky you'll spot a fur seal pup swimming in the waterfall pool.
Ohau Stream Walk ni exactly tepi jalan. If dari Blenheim, location sebelah kanan. Kena jalan sedikit masuk dalam hutan and akan jumpa sungai with air terjun.

During winter seal pup akan datang ke stream ni untuk berehat kononnya. Maybe sebab winter at the sea is too cold so depa p berkampung kat stream ni. Since kami p winter, high chance kami akan jumpa dengan anak anak seal yang comel comel ni. 

Alhamdulillah. memang rezeki. Ada 3 ekor seal dok bersuka ria berenang kat pool tu. Teruja ya amat laaaa dapat tengok. Apa lagi, ciwi la...Seronok tak sangga dapat tengok. 

Seronok depa dok berenang, lompat lompat kuak lentang kat situ. Masa kami kat situ, memang tak ada orang lain. Maybe awal lagi kot. Takut tu ada la jugak nak masuk tapi redah ja. nak jumpa seal punya pasal. Bukan takut apa sebab kat situ memang sunyi sangat. Kereta pun jarang jarang lalu. 

Kami pun masuk lahhhh....


Sign board depan trail

10 minutes walk only

Ini la trail nya

Tara... dah pun sampai. 

Spotted, seal pup dok syok berenang. 


Aksi kuak lentang

Tudia tudiaaaa tudia..comel gila



3 ekor anak seal


Sangat comel. They really enjoy swimming at the pool. 

Ini depan kat are parking. Tu laut. Satu pengalaman dan view yang sangat baru untuk kami. 

Parking area. Tak ramai pun orang. Masa kami sampai, just kami dua ja. 

Baru ada orang lain sampai. Kami nak gerak dah.
Selepas berseronok melayan seal pup yang comel comel tu kami pun dengan berat hati bergerak meninggalkan Ohau Stream Walk.

Ok la cukup dulu untuk kali ni. Jauh lagi perjalanan ni. Belum sampai Kaikoura lagi ha..

Kita tamatkan dulu post ni. Insyaallah, nanti kita sambung. Saya nak share video nanti.

Sebelum tu jangan lupa kalau nak book Wendekreisen, please la please make booking dari link bawah ni. Boleh la dapat komisyen sikit. Berpeluh jugak nak siapkan entry ni ha.. hehehehehe..

Ok lah. Bye.!!

Lots of love...

 BOOK NOW

NEXT POST. CLICK HERE!