Assalamualaikum
Alhamdulillah, I am here untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai parawisata kami ke Kansai, Jepun pada Januari 2018 yang lalu. Bulan Januari mestilah winter kan. Musim sejuk yang dah hujung. Overall, sejuk di Osaka still tolerable. Cuma yang tak tahan ialah masa angin tiba tiba bertiup.
Flight Ticket
Kami beli almost setahun awal pada 12 March 2017.Of course lah semasa Air Asia ada buat promo flight. Masa tu Air Asia tengah buat Promo Free Seat. Kami cuba banyak destinasi tapi Kansai ni macam inviting sangat.
Jadi kami pun decide nak pergi Kansai. Pilih tarikh, check out dan bayar.
Total cost tickets untuk 2 dewasa, 1 baby (below 2 years) ialah
RM 1928 (termasuk luggage 40 kg pergi balik, makan dan pilih seat)
40 kg tu untuk seorang saja. Jadi semua check in under nama suami saya, Asyraf.
Flight | Depart | Arrive | |||||
D7 1 Low Fare |
|
| |||||
D7 2 Low Fare |
|
|
Seat kami ambik twin seat pergi balik sebab nak selesa, al maklum lah, ada anak kecil kan. Masa tu Siti Aisyah baru 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, travel dengan Aisyah sangat mudah. Dia seolah olah faham apa yang berlaku, dan dia tahu dia bukan dekat rumah jadi tak boleh perangai macam macam sangat. haha. mungkin lah..... sebab dia menampakkan behaviour yang sangat matang dan bertoleransi berbanding kalau di rumah.
Penginapan
Kami decide untuk membuat tempahan melalui Airbnb. Travel dengan anak kecil, mesti nak selesa dan mereka adalah priority, jadi tinggal di rumah is the option we have. Alhamdulillah, ada banyak pilihan terutamanya di Osaka. Kalau di Kyoto agak limited. Penginapan di Kyoto lebih murah. Kami dapat rumah besar tapi harga murah berbanding di Osaka. Rumahnya tak lah besar, lebih kurang macam studio house saja tapi cukup lengkap serba serbi. Ada dapur,toilet, washing machine, katil, sofa dan segala kelengkapan yang buat kita seolah olah di rumah sendiri.
Website Airbnb: https://www.airbnb.com
KYOTO AIRBNB
Kami mula buat booking pada 25 October 2018. Semestinya booking hanya boleh buat selepas kita dah plan itinerary lah. Tak boleh semberono booking saja. Masak lah nanti. Di bawah adalah booking kami untuk penginapan di Kyoto. Kami stay di Kyoto 501 Apartment, hosted oleh Ai.
Ai ni owner rumah ni tapi dia tak tinggal sekali lah. Airbnb ada banyak option, boleh pilih. Ada host yang sewakan bilik saja, dan kita tinggal bersama dan boleh guna kelengkapan dalam rumah or pilihlah yang private macam ni. Ala ala macam homestay dekat sini lah.
Total RM 538.84 untuk 4 hari 3 malam. Memang affordable sangat kan? Cumanya masa check in tu agak lambat, sudah tu check out awal, tak macam hotel.
Tapi ini tak lah menjadi masalah, kalau kita rancang masa baik baik. Insyaallah.
Thursday,
Jan 18, 2018
Check in Anytime after 3PM
|
Sunday,
Jan 21, 2018
Check out 10AM
|
---|
Guests
2 adults, 1 infant
|
---|
Amount
RM538.84
|
View Receipt
|
---|
OSAKA AIRBNB
Boleh nampak kan perbezaan ketara kos penginapan dia Kyoto dan Osaka. Osaka ni bandar utama, jadi sememangnya tak dapat nak elak.
Tapi di Osaka kami stay agak lama iaitu 5 hari 4 malam. Tapi harga satu malam di Osaka pun memang dah tinggi pun. Dan rumah di Osaka jauh lebih kecil berbanding di Kyoto. Kyoto memang sangat besar untuk sebuah studio apartment.
Host di Osaka ialah Mr Ian, orang Germany yang berkahwin dengan wanita Jepun dan menetap di Jepun selama berbelas tahun. Ian ni best sebab dia akan datang pickup di station dan bawak ke rumah dengan kereta dia. Nanti dia akan demo apa yang patut pasal rumah dan rule penting.
Di Kyoto tak ada host yang datang. Cuma dia dah siap siap bagi guideline, apa boleh dan apa yang tak boleh. Semua ni common sense lah, bila berada di tempat orang, mesti lah ada adapnya kan. Jangan buat macam kat tempat kita pulak.
Sunday,
Jan 21, 2018
Check in 4PM - 2AM (next day)
|
Thursday,
Jan 25, 2018
Check out 11AM
|
---|
Guests
2 adults, 1 infant
|
---|
ITINERARY
Di bawah ini adalah peta Kansai secara keseluruhannya. Antara daerah Kansai ialah Osaka, Kyoto, Nara. Actually mereka panggil daerah ni "prefecture".
Osaka Prefecture, Kyoto Prefecture, Nara Prefecture. Saya panggil daerah sajalah, senang faham kan.
Permulaan trip kami ialah ke Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe. Tapi kesudahannya Nara terpaksa skip sebab tak sempat. Ada insiden yang buat kami terpaksa skip.
Nak tahu, kena lah follow dan baca blog sampai habis. hehe.
Basically, ini adalah summary itinerary kami. 17 JAN 2018 Departed from KLIA2 to KANSAI AIRPORT. Flight pukul 2.30 pm. Mengambil masa 6 jam 30 minit. Arrived KANSAI AIRPORT at 11.00 pm Spend a night at the airport. 18 JAN 2018 Naik Haruka Express Train terus ke Kyoto. Perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit. Check in Airbnb Kyoto. 19 JAN 2018 KINKAKUJI TEMPLE BAMBOO FOREST TOGETSU BRIDGE 20 JAN 2017 GION KIYOMIZUDERA 21 JAN 2018 OSAKA CITY Check in Osaka Airbnb 22 JAN 2018 OSAKA TOUR! Osaka Castle Shinsaibashi Dotombori 23 JAN 2018 MOUNT ROKKO SNOW PARK, KOBE 24 JAN 2018 KAIYUKAN (OSAKA AQUARIUM) 25 JAN 2018 Ramen Honolu BookOff (shopping kedai bundle) Osaka Airport BALIK TRANSPORTATION (TRAIN AND ETC) Transportation & Entrance Fee Paid for Mama and Baba saja. Aisyah bawah umur FREE lagi. Untung berjalan time anak kecik. Tiket flight murah, tiket train tak payah, entrance fee FREE. DETAILS ICOCA/ HARUKA 5200 YEN X 2 = 10,400 YEN 💴 ICOCA TOP UP Approximately 3000 YEN X 2 = 6000 YEN 💴 1 DAY OSAKA AMAZING PASS 2500 YEN X 2 = 5000 YEN 💴 https://www.osaka-info.jp/ KAIYUKAN PASS (Osaka Aquarium) 2550 YEN X 2 = 5100 YEN 💴 *Include entrance fee dan tambang subway/bus untuk sehari. MOUNT ROKKO PASS (Rokko Snow Park) 1000 YEN X 2 = 2000 YEN 💴 *Include Naik bas dari Mikage, Kobe Train station, naik cable car, dan bas ke snow park sahaja. Dari tempat tinggal nak ke Mikage, Kobe tu kena pakai Icoca or beli ticket train macam biasa. ENTRANCE FEE ROKKO SNOW PARK Entrance Fee 1600 YEN X 2 = 3200 YEN 💴 Sewa Sledge 🛷 500 YEN Kinkakuji Temple 400 YEN X 2 = 800 YEN 💼 STORAGE BAG
Kami simpan bag dua kali. Satu dekat Osaka Station masa hari dari Kyoto ke Osaka. Kena simpan bag sebab nak jalan pergi makan. Takkan nak heret kan. Lagipun check in pukul 4 pm.
Satu lagi on last day dekat Namba. Checkout pukul 11 am, flight balik pukul 10 pm. So sebelum nak ke airport, jalan jalan tu kenalah simpan bag. Locker ada banyak dekat train station. Tapi selalu penuh. Jenuh pusing satu station cari yang kosong.
Osaka Station 700 YEN X 2 LOCKER = 1400 YEN Namba Station 500 YEN X 2 LOCKER = 1000 YEN Jadi, setakat ini saja untuk kali ni. Nanti kita sambung cerita details lagi, Insyaallah. Hope you all enjoy reading my blog. Boleh follow saya dekat IG @sitisakinahishak Thank you. |
---|
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.