Wednesday, February 23, 2011

Ilmu dan Bakat



Ada ilmu tak ada bakat pun tak boleh maju. 
Contohnya sekarang ni ramai yang semakin obses dengan fotografi dan edit2 gambar guna photoshop. 
Semua orang pun nak jadi cameraman,camerawomen kan? 
Tapi boleh ke semua orang tu hasilkan satu karya gambar yang berkualiti dan memang betul2 cantik da boom? Itulah persoalannya. 
Mungkin si dia itu ada ilmu. Tahu selok belok macam mana nak menggunakan kamera contoh DSLR la kan..
Dia tahu segala jenis mode, ISO, aperture, focus dan bagai2 itu. 
Tetapi yang menjadi masalah sekarang ini, dia ada ilmu sahaja tanpa punya bakat. Bakat apakah itu? 
Jawapannya KREATIF. 

Nak jadi photographer yang bagus tak perlukan kamera yang mahal, asalkan dia tahu  macam mana nak hasilkan angle dan dapatkan scene yang menarik serta bijak dalam membuat kombinasi warna. Dan yang penting sekali beliau tahu maksud di sebalik gambar yang diambilnya. Beliau boleh mengekspresikan sebuah cerita melalui scene yang diambilnya. Tak gitu?

Bakat boleh diasah? Yeaa...memang! Nak asah pisau kena ada pisau. Tapi kalau memang tak ada bakat, nak asah apa, gigi?hahahaha..
Maksudnya disini ialah apabila kita lihat dia boleh melukis sikit so kita asah bakat melukis yang sedia ada untuk jadi pro
Bila dia ada suara yang agak sedap untuk menyanyi, kita ajar lah dia untuk jadi pro.
If kita nampak dia itu ada tanjak jadi doktor, engineer, ustaz, ustazah, hafiz, hafizah, pembaca berita dan bagai itu kita bimbinglah dia ke arah bakat yang sedia ada. Tak gitu?



Maybe you can learn the theory but you cannot master that thing because you don't have the talent.We can seek knowledge but we cannot easily got the talent. Talent is gifted.

Kesimpulannya ilmu berkait rapat dengan bakat. Bakat boleh dikembangkan bila kita ada ilmu. Ilmu boleh disampaikan. Tak rugi kalau kita cari. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan bakat yang ada. Make it alive and prove your talent.


This is my fevret blogphoto. Damn Impressive
click >>> kudegraphy





Saturday, February 12, 2011

A Copy Paste




Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Muhammad Irfan Attari

Ikut Suka Hati!



Assalamualaikum. walaweh,,,lama gila tak masuk sini. Beruban sudah blog hamba. nyehehe..
Kali ni i'm back with more rocks and roll. Banyak batu je nak buat ape, asyik roll-roll je pun xboleh jugak kan. Apa aku merapuh nih. miahaaha.
Agaknya daku dh sewel kot. After balek cuti CNY ni daku ada sikit weng la. Suka hati la aku nak weng ke hapa? 
Eh, suka hati? apa tu?

Bila bercerita tentang isu suka hati ni memang macam2 lah yg kita boleh kupas. 

Yea....betul! Kita memang boleh buat ikut suka hati kita tapi sedarlah bahawa dalam dunia ni bukan kita seorang je. Ramai lagi.. Banyak hati yang kita perlu jaga. Berderet-deret sampai kadang-kadang terlepas pandang. 

Itulah, sapa suruh suka-suka hati je, kan dah ada orang terasa tu!
Kita tak boleh buat ikut suka, buat sesuatu main ikut redah ye kawan-kawan. Hal ini kerana, tindakan kita itu boleh mengundang masalah. Bukan orang lain tapi diri sendiri jugak. Cuba kalau dalam nak membuat sesuatu keputusan tu biarlah diteliti dahulu segala baik-buruknya. 
Mintak pandangan orang lain. Banyakkan berdoa semoga diberi petunjuk. Jangan terburu-buru.

Kita tidak boleh buat sesuka hati terutamanya apabila kita bekerja dalam kumpulan. Bila nak buat discussion tu, bincanglah elok-elok. Cuba dengar pandangan dari orang lain dengan terbuka. Jangan asyik nak suruh orang ikut kita je. (Opps...terasa hamba.)

Itulah dia.. Pandang kiri, pandang kanan ramai orang di sekililing kita. Kebanyakan perkara yang berlaku memerlukan kita berkongsi dengan orang lain. 
So, Don't You Dare untuk buat SESUKA HATI !!!





PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...