Monday, December 26, 2016

DAY 10: Nelson to Blenheim (Part 2)


30 Aug 2015: Wakefield - Nelson - Havelock -  Picton - Blenheim


Assalamualaikum.


Jom sambung lagi kisah perjalanan kami.


Selepas singgah di Havelock sekejap, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kalau ikut perancangan, kami akan ke Picton dulu. tapi masa atas jalan terpeasan sesuatu masa lepas sign board and tengok maps.


Tengok pada signboard, nampak macam Blenheim lagi dekat tapi sebenarnya kami jumpa Picton dahulu selepas havelock. Sebab ikut shortcut. 


Disinilah bemulanya persoalannya... Kalau kami straight, kami akan ke Blenheim terus, dan tak akan lalu Picton lagi. Macam tu, tak complete la roadtrip ni kalau skip Picton. Then, kami pun discuss dan tukar route. Which is ke Picton dahulu. Kami ikut Queen Charlotte Drive. Naik bukit, turun bukit, terus Picton. Dari Nelson tadi sampai Havelock guna State Highway 6.


Nampak tak, kalau lalu State Highway 6 and 1 tu memang kami sampai Blenheim dah. Tak kuasa lagi nak naik ke Picton. Mujur tersedar awal. Masa perjalanan sama je tapi distance yang kami guna lagi pendek. Sebab jalannya yang berbukit and sempit. Its not main road pun. Jalan raya ni mainly used by local. 





Masa ni ikut waze lah apa lagi...Di bawaknya ikut jalan bukit bukit. Seriously cuak tapi best sebab dapat tengok environment rumah orang kaya kaya yang bina tepi lereng bukit and siap ada yacht sendiri. haaah... Cuaca baik sgt hari ni, cerah and suam suam. Besttt!



Rumah orang kaya... 




Ihsan dari Google. Malborough Sounds. Unbelievable, ini la yang kami saksikan. 

Masa ni dah tengah hari. Kami pun jalan punya jalan sambil layan view, almaklum la, John Andrew kami bukan boleh speed up sangat. Memandu dengan syahdu gitu. Saya memang recommend sangat route sebab cantik viewnya, dapat tengok Marlborough Sounds. The view sangat breathtaking. 



View dari tepi jalan, lereng bukit, kita akan drive pusing sebesar besar tasik ni sampai la Picton.

Sekali sampai dah Picton. Picton ialah sebuah bandar pelabuhan. Banyak kapal kapal besar kat sini. If you guys travel from North Island by ferry, you all akan berlabuh kat sini lah. Picton port.


Kat sini bau macam kat IKEA seyh, bau kayu pine. Tongkang dok angkat kayu kayu ni naik pergi mana tak tahu.









Kat Picton kami lepak santai santai je. Cari makan. Terjumpalah fish and chips. Pekannya tak busy sangat pun.


Caffe Molinari, kami order fish and chips satu set buat alas perut. Kononnya alas perut. Sekali berlambak. Dah kongsi dua orang pun still kenyang sangat.














Kawasan ini yang paling dekat dengan port. Itu sana tu, laut. Kami berkelah pun tepi port. Orang panggil Harbour la kan. Banyak la orang kaya parking yacht depa kat sini. 


Tudia fish and chips nya...2 Fish of the day battered wheat and 1 chips scoop, NZD 11.60.








Semangat 
Eh...eh..jumpa geng. hehe.




Singgah sini isi minyak bagi penuh dulu since murah. Ini antara yang termurah la, NZD 1.969/ litre


Husband suruh ambik gambaq keta. Susah suami gila keta antik ni. Rindu la tu kat Austin Mini dia.
Perjalanan diteruskan ke Blenheim. Malam ni kami tidur di sini. Blenheim merupakan bandar industri wine. Ada banyak sangat ladang anggur. Sebesar besar alam, luas pandangan mata. Blenheim pun merupakan bandar yang paling banyak menerima cahaya matahari seperti Nelson jugak.

Bila summer, suhu kat sini sampai 30 degree jugak. Masa kami kat sini, time winter so tak adalah panas sangat. After all, lebih panas compare dengan tempat lain di South NZ. Paling sejuk Lake Tekapo dengan Queenstown la...huhu



Lets head to Blenheim. Dah nampak sign Christchurch, menandakan perjalanan kami mengelilingi South Island hampir sampai ke penghujungnya... *cry a river*










Dari Picton ke Blenheim dekat je, tak sampai sejam drive dah sampai. Kami pun mulalah mencari mana nak tidur. Disebabkan tak jumpa kat mana nak free camping, dengan berpandukan Rankers, kami pun buat keputusan masuk tidur di campsite di Blenheim Backpackers and Motor Camp.


Review yang kami baca pasal campsite ni tak lah bagus sangat. Katanya full sebab ramai immigrant. Legal immigrant of course yang datang for break dari banyak negara macam Germany, UK and etc untuk mengisi masa cuti buat kerja part time petik buah anggur. 


Memang ramai la anak-anak mat saleh muda muda kat sini. macam macam bangsa ada. Kitaorang just blend in je la and buat macam biasa. Facilities ok lah, complete. Bersih, cuma dengan diaorg ramai ramai rasa macam kurang selesa sikit sebab tempat ni diaorg dah conquer. Lantaklah, satu malam je pun.









Area untuk yang nak pacak khemah. I tell you, memang ada yang tidur dalam khemah ni. Bebudak tu la..Jimat maybe. 


Source: google. At that time, penuh orang melepak kat sini. 


Ini pathway nak ke toilet and kitchen.
Keesokan paginya kami bangun awal and get ready nak meneruskan perjalanan. Macam biasa refill air dalam tank and buang waste apa yang patut. 



Melalui State Highway 1, kami menuju ke Kaikoura sambil melepasi ladang anggur. 


Kuruih keding pokoknya sebab winter kan.











Sampai sini dulu. Insyaallah, akan saya sambung lagi dalam post seterusnya. Jangan bosan dulu, sebab ada banyak yang best best dekat Kaikoura. Rugi kalau tak baca, hahaha..

Kami jumpa Seallllll...siap banyak gilaaa...


Waduh waduh. 


Assalamualaikum. Lots of love.


Booking campervan macam kitaorang di link bawah ni. Click here!



 BOOK HERE

NEXT POST CLICK HERE

Thursday, December 1, 2016

DAY 10: Nelson to Blenheim (Part 1)

PREVIOUS POST: DAY 9: Punakaiki Pancake Rocks and Blowholes

30 Aug 2015: Wakefield - Nelson - Havelock -  Picton - Blenheim

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita. Hari ni perjalanan panjang jugak. Cross 2 big cities. Lihat permandangan yang sungguh cantik sekali. Satu sudut lain New Zealand.

Pagi ni kami keluar dari campsite Edward Baigent dan menuju ke Nelson. Sebuah city yang terletak di kawasan Tasman Bay. Dekat juga dengan National Park Abel Tasman. National Park ni famous jugak actually tapi kami tak pergi sebab agak jauh. 

Nelson juga adalah city yang dapat cahaya matahari paling banyak. Kira bandar paling panas di New Zealand. Kira kalau kat Malaysia ni macam Kedah or Perlis tu. 

Kemudian kami terus ke Picton, sebelum tu singgah town Havelock dan berakhir di Blenheim. Kami tidur di situ malam ni.



Antara town yang kami lalu sebelum sampai ke Nelson. Town Brightwater, Hope dan Richmond. Masuk je kat sini, dah mula nampak ladang anggur terbentang luas tapi pokoknya togel. Ye lah, winter kan.. Tak ada daun. Nelson and Blenheim ni memang tempat untuk tanaman anggur dan pembuatan wine. 






Kami sampai di Nelson city awal pagi. Kedai pun banyak belum buka dan tak sibuk lagi. So, memang heaven la berjalan. Walhal kalau dah sibuk pun, tak ada la hectic sangat. Still santai lagi. Kebetulan hari ni Ahad, kami jangka mesti ada market. Tapi tak pasti betul ke ada and di mana. 

Pusing pusing then parking untuk walking around the city. Best sangat. Lain macam rasanya berjalan dalam city tempat orang ni. 

Macam biasalah, pekannya sangat bersih, peaceful dan menarik. Masa lepak dekat sini baru lah rasa kurang sejuk sikit. Tapi still pakai tebal jugak. Orang local tu lain la, singlet pun jadi dah.

Seronoknya jalan time winter ni, banyak mana jalan pun, letih tu kurang terasa sebab sejuk. Jadinya memang seronok la jalan. Tak ingat menapak, habis khatam jalan. haha. 

Kami parking betul depan jalan kedai ni. Pastu, mula la cari cari kopi. Masa tengah jalan jalan tu ternampak satu iklan kecil je. Dia tampal dekat meter parking bagitahu ada Sunday's Market hari ni. Kami pun eksited la time ni. As expected!!

Kawasan kedai kedai


Jalan - jalan


Cantik kan pekan. Sangat rilek sebab memang tak busy langsung.

Jalan punya jalan, tak jumpa kat mana. Almost give up jugak sebenarnya tapi tabahkan hati, kami patah balik ke tempat iklan tu and tanya orang local. Lama la jugak kami menapak mencari market tu. Sekali tempatnya kena masuk belakang kedai. Kat tengah tu ada kawasan lapang. Di situ la market nya. Tak besar pun, kecil je. Orang local jual barang preloved macam buku, DVD, kasut, barang perhiasan and banyak lagi la.. 

Di sini terkenal juga dengan madu asli dipanggil Madu Manuka. Terjumpa sorang uncle ni jual madu. Surprisingly pandai cakap melayu sikit-sikit. Rupanya selalu ke KL hantar madu nya tu. Katanya ada ladang sendiri and dia proses sendiri madu yang dijual. madu Manuka ni antara madu yang terbaik lah. Madu ni dihasilkan lebah dari bunga manuka (Lepstospermum scoparium) yang hidup secara liar di hutan New Zealand dan juga Australia. Maksudnya, nak dapat madu ni memang haruslah dari NZ and Australia semata. 

For info, madu ni adalah barangan terkawal NZ. So if nak beli banyak rasanya kena declare. Kami beli sikit je. 3 botol kecil je pun tp declare jugak and masa nak balik tu, imigresen tu tanya ada bawak keluar madu dari NZ tak, kami cakap adalah and dia mintak tunjuk. Bila dah dia tengok tu, dia senyum je. Yelah, sikit coet je... Tak heran la dia. 

3 botol kecil dengan harga NZD 40. hermmmm... tak tahula nak kata mahal ke murah. Yang penting dapat la merasa. Rupanya memang lain dengan madu biasa kita makan tu. Dia agak pekat dan warna pudar2 tu..



Ini lah market nya...Punya la bersusah payah nak jumpa. 








Lepas dah penat pusing, kami pun bedal beli kopi dekat untie Tatoo. ha, kenapa tatoo?? 

See, badan dia penuh tatoo.. Kedainya pun promote tatoo.. huhu. sempoi...
Lepas tu kami pun lepak dan berehat dekat depan Church sambil pekena kopi. Churchnya kat seberang jalan tu ha...

Muka memang sememehhhh....tak lalu nak tengok. hahahahah.




Since season almost nak masuk Spring, pokok pun dah ada yang mula berbunga bunga cinta..

Pokok depan Church





Berani buat berani tanggung...Dah warning, kalau masuk nanti susah mau keluaq....

Haih...macam penat dah nak menaip. Tak apa, teruskan saja. Post ni memang panjang dan banyak gambar. I hope you all tak penat membaca dan scroll page ni.. hehehehh

Setelah itu, kami pun gerak keluar dari Nelson dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. 



Kesian pokok ni....Sebatang kara..eh...

Highway 6 dari Nelson nak ke next stop ni dah lain macam pulak view nya. Naik bukit itu pasti. Kiri kanan hutan pokok pine. Terasa macam dalam movie Twilight pulak.









Alkisahnya, tengok pada sign board tu, Blenheim dah dekat, Picton jauh lagi. Tapi kami pergi Picton dulu baru Blenheim sebab ikut jalan lain. Haaa... Ini memang tiba2 decide tengah jalan masa dok belek maps dalam Ipad.

Agak lama jalan tu, kami ternampak satu stop tepi jalan. Macam R&R la jugak. Kami pun singgah jap, rehat-rehat. Ambik nafas, fefeling kejap. hahaha..



Perjalanan pun masih jauh lagi kan. So, elokla rehat sekejap. 
Ambik cahaya matahari.
Menu harian, roti roti roti.







Lebih kurang sejam lebih perjalanan, kami tiba di sebuah pekan nama Havelock. Pekan yang famous dengan mussels. Kekdahnya, kat sini banyak hasil tangkapan siput mussels tu.


Tapi malangnya, restoran semua tutup. Tak pasti kenapa, so tak dapat la nak merasa. Kami just jalan2 dan pergi ke harbour berdekatan kawasan sekitar.



Awan tu macam gula-gula kapas
Havelock ni pekan kecil saja, ada la beberapa lot kedai yang beroperasi seperti kedai serbaneka.






Ini bot - bot yang park dekat harbour havelock.




Tak lama kami di Havelock. Siap pusing, kami pun meneruskan perjalanan. Next stop kami ialah Picton. 

Kita stop sampai sini dulu ye. Insyaallah. nanti kita sambung part 2. Banyak lagi yang nak cerita. 


Jangan jemu tau...


Bye.


Kepada yang bercadang nak ke New Zealand dan menyewa kenderaan. Boleh la ke link ni. Dapat la merasa sikit komisyen bila uols secure booking through this link.



 BOOK NOW

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...