25 AUG 2015 - Te Anau - Milford Sound - Queenstown
Assalamulaikum.
Maafkan saya sebab hari tu tak update habis. Tiba2 perut tak selesa. So kena take break. jadi kita sambung OK?
Selepas melalui jalan yang kona kona, naik turun bukit, akhirnya kami sampai Milford Sound. Terus ke kaunter untuk beli tiket. Ada dua tiga kami pergi tapi yang ada kosong and harga berpatutan and sesuai waktu tu hanya Jucy. Harga tiket kami seorang NZD 77.00. Wheeeewwwww...paling mahal yang kami spend setakat ni selain dari isi petrol and groceries. Takpa, nanti kita jimat part lain ya..
A little bit about Milford Sound, source: Wikipedia
Kalau korang ada follow Myo Oh Chentaku, dia naik campervan tu la g honeymoon kat North island dgn bini dia.. Memang lawa tapi mahai nokks. Bukan taraf kami nak hire yang ni. |
3 tier cruise. |
Sejuk duduk atas ni tapi syiok. |
Air terjun pelangi |
Bahagian dalam cruise |
Cantik sangat sangat. |
Sejuk tapi matahari tetap silau. |
Seal dok berjemur atas batu...seronok dia tidoq! |
Saujana mata memandang, Subhanaallah, cantik dan magikal ciptaan Allah. Syukur Alhamdulillah, dapat merasa menikmati keindahan alam yang luar biasa. Sungguh saya cakap, sangat cantik! Tak tergambar dengan kata kata.
Sekali sekala ternampak air terjun kecil kecil yang tinggi mengalir dari bukit bukit tu...Aihhh....Lawa baq hangggg...
Selama 1 jam 45 minit cruise, kami memang duduk kat atas saja sebab kalau boleh tak mau lepaskan momen momen cantik kat sekeliling tu. Dah bayaq mahai, tak pasai la nak lepaih macam tuuu jaaa...Mau ingat. hahahahahahaaa.
Full protection...hehe |
Selfie cuk cak...laki aku silauuu...mengenyittt. |
Cruise akan bawak kita pergi dekat satu waterfall ni, super tinggi. Dah lupa la nama apaa air terjun ni. Serius dekat sampai air terjun tu mencurah curah masuk dalam cruise and kena semua orang. So, kalau teringin nak merasa, sila pakai rain coat or nak selamat pakai water proof terus. Satu pengalaman yang best untuk kami. Terjerit jerit, terkinja kinja orang bila kena air terjun tu...
Sangat berbaloi join cruise ni. Permandangan sangat sangat awesome. Alhamdulillah, sepanjang cruise cuaca cooperate very well. Puas hati, serius. Kena masukkan activiti dalam itinerary korang kalau p NZ nanti ok. Insyaallah.
Selesai ja kat Milford, kami cepat cepat gerak dan meneruskan perjalanan ke Queenstown. Kami bercadang nak stay kat sana dua malam. Kira nak rileks rileks lebih sikit kat town.
On the way balik kami singgah sat kat tepi jalan, main main salji..hehe. Peluang jangan dilepaskan kalau dah muncul depan mata.
Teruja my husband dapat pegang salji buat pertama kali nya.... |
Uwaaaaaaaaaaaa...rindunyaaaa. |
Selepas tu kami pun singgah ada satu tempat ni namanya The Chasm. Ada air terjun yang sangat deras. Dari parking lot tu kena jalan sikit. Kat sini jumpa lagi burung Kea. Sempat la main-main dengan burung tu. Bukan main jinak lagi.
Cantik...tenang ja kat sini. Bebas dari pencemaran. |
Singgah lagi kami kat satu tempat ni... Mirror Lake yang tak di komersialkan...Dah nampak ada kereta singgah, kami pun tarik hand break berhenti la...Nak tengok juga ada apa... Memang tak rugi! |
Amacam? geram tak? Memang la geram.. Saya ni geram sangat sangat, rasa macam nak terbang malam ni jugak pergi sana. hehe.
On the way balik, hari dah semakin gelap.... |
Lepas puas main ais, tengok mirror lake, kami drive straight ke Queenstown and macam biasa malam ni kami gamble lagi cari free campsite. Sampai je kat Queenstown, kami memang melilau jugak cari campsite and masa tu dah gelap. Almost sejam juga kami pusing cari campsite and dengan menggunakan apps, kami ada jumpa campsite best tapi tak sure jalannya. Maklum dah gelap kan, macam risau risau nak main masuk ja padahal dah betul. Tambah pulak dengan sign kecil cinonet memang kelaut la nak nampak. So, kena berhati hati dengan sign board and harap drive dan cari dengan penuh sabar. Insyaallah, akan jumpa. Thanks suami, awak sangat la bersabar. Saya kagum!
After pusing pusing dekat jalan yang sama banyak kali, kami ternampak ada campervan Jucy masuk satu lorong dengan lajunya. Kami dah nampak lorong tu tapi tak confident langsung nak masuk. So, kami pun ikut ja campervan tu. Alhamdulillah, memang ada campsite kat situ. Its free!. Namanya Lake Hayes.
Dah masuk and parking, kami siap borak dengan mat salleh yang kami iku tu, dia kata dia dah survey tempat ni petang tadi and bagitahu ada public toilet kat hujung sana. Inilah campsite paling best kami duduk. Free tapi ada public toilet yang super dekat gila. Parking pulak elok depan tasik. Memang syahdu permandangan kat situ. Dia punya sejuk jangan ditanya. Sekali angin tasik tu mai, memang meremang la jawabnya. hahahaha.
Kami pun lekas siapkan makan malam and buat apa yang patut macam cuci badan sikit sikit, solat and tiduurrrrrrr... Hari yang panjang but so much muchhh fun. Malam yang sejuk sangat and terjaga sampai berkali kali.
Tidur dulu... Esok kita sambung lagi. Insyaallah.
Lots of love...
NEXT POST CLICK HERE