Tuesday, February 9, 2016

DAY 6: WAKING UP IN QUEENSTOWN (Pt.1)


26 AUG 2015: Queenstown and Queenstown

Pagi ni bangun di Lake Hayes, Queenstown. Mak aiii...sejuk, rumput pun beku. Hrrrrrr..... Nak jalan kaki p toilet pun ketaq ketaq. Solat pun ambil air sinki dalam van sebab ada hot water. Lega sikit.... Tapi kalau nak bisnes, kena la juga jalan ke tandas. 

Queenstown merupakan bandar yang sering menjadi persinggahan pelancong selepas ke Milford Sound sebab dekat. Driving hours dalam 3-4 jam lebih juga melalui State Highway 94 dan 6. Perjalanan yang agak jauh sebenarnya. Sebab tu ramai jugak yang end up bermalam di Te Anau lagi satu hari sebelum ke Queenstown. So, untuk nak elakkan benda ni berlaku, ramai orang awal awal pagi dah keluar ke Milford Sound sebab lepas tu nak kejar ke Queenstown pulak. Kalau jadual flexible ok la, kalau tak, memang kena careful dengan masa sebab distance yang jauh especially winter, siangnya pendek. Jalan Milford Sound pulak mencabar minda, so elakkan drive terlalu lewat malam yea. 

Route dari Milford Sound to Queenstwon. 




Well, Lake Hayes campsites is the best. Luas dan sangat cantik. Memang puas hati. Khabarnya kalau peak season, penuh dengan vehicle kat situ sampai tak cukup space.  

Hari ni kami memang lambat lambat sikit bersiap since tak ada apa nak dikejarkan. Kami pun nak tinggal kat Queenstown 2 malam. Chill sajalah...

Breakfast macam biasa kuah semalam dipanaskan and dibuat kuah cicah dengan roti. And tidak dilupakan, kopi panas. Memang heaven!

Tadaaaaaaaaaa.....This is Lake Hayes! 2 malam kami kat sana. Puas hati sangat sangat. Recommended! 



Rutin setiap pagi...Kemas tempat tidur. Bukak semula semua cadar and selimut, simpan kat compartment. Rindunya nak tidur dalam van. hihi.
Rumput membeku...

Yang petak hijau tu tak beku sebab ada van parking situ semalam. Sejuk wei!
Semalam meriah kat site ni, ni bangun pagi tinggal ini ja. Yang lain dah gerak.
Keluar ja dari Lake Hayes, kami pergi pam minyak dulu and cari topup. Data dah habis. Tak paham baru berapa hari data dah habis. Terus topup 1G. Kalau kat Malaysia, 1G boleh tahan sebulan, pelik jugak lah, kat NZ 500MB seminggu pun tak cukup... Hurrrrrrmmmm....

Aktiviti kami yang pertama di Queenstown ialah pergi ski....Bukan nak main ski pun, pergi tengok ja mampu. Tak ada bajet nak main. Actually, dalam fikiran kami nak main tube. Sebab pernah terbaca dalam satu blog ni, depa main tube. Nampak macam sangat best tapi malangnya semasa kami ke sana, dah tak ada benda alah tube ni. Sudah tak beroperasi. Kecewa. Tak dapat merasa nak chair lift. *nangis*. Tak tahu lah untuk season 2016 ni macam mana. Kalau time korang pergi, dia dah bukak balik, dapat la main. Weee..bestnya.

Kalau nak tau macam mana main tube tu, boleh usha blog akak ni, Best, I jealous. hahahahaha.

http://blueewoke09.blogspot.my/2011/10/south-island-new-zealand-part-7.html

Tak apalah, tak ada rezeki kami. Perjalanan nak naik The Remarkables, memang mencabar. MasyaAllah.... Rasa macam nak pengsan duduk sebelah tu. Husband relaksss ja.. Van kami jenuh teran, lepas tu bunyi periuk  pinggan keting keting kat belakang sebab separuh jalan ada tar, semakin naik ke atas, separuh lagi jalan batu batu saja. Scary Ya tuhan...Tinggi, kona kona, yang scary lagi, tak ada divider, nampak gaung terang terang kat tepi. Mengucap banyak banyak la masa nak naik tu. hahahahaaa..

Masa naik tak ambik gambar sebab dok khusyuk ambil video. So, kalau nak tau macam mana mencabarnya jalan nak naik ke ski area, kena la pergi. 


Bila sampai atas je, tiba tiba nampak landai ja and salji semakin memutih. Time ni sunglass sangat perlu. Silau menqelitt salji tu bila kena cahaya matahari. hiks.



By the way, nak bagitahu sikit, kami tak buat banyak aktiviti di Queenstown di atas sebab budget. Since dari awal post, saya ada banyak kali bagitahu kami punya trip yang serius budget, jimat kaw kaw. Kami memilih untuk sightseeing and buat free activities. 

Mungkin ada yang fikir rugi la tak buat apa apa, dah sampai pun kan! Well, itu semua hanya sekadar option. Sama ada buat atau tidak, yang penting kami happy. Menjejakkan kaki ke New Zealand and pusing whole island ialah tujuan utama kami. Queenstown menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai. Serious banyak beb! Yang penting kena ada duit. So, untuk kemudahan semua orang, saya akan provide list aktiviti yang boleh dilakukan di sana nanti. Insyaallah. 


Alhamdulillah, selamat sampai.

Ini lobi...Kami bertanya kat kaunter tu untuk main tube, dan kemudian, kami pun kecewa sebab dah tak ada.
 Mahalnya la nak main ski kat sini...So, lupakan saja..Dia ada banyak jenis package. Kalau untuk yang dah ada gear, expert and tak perlu sewa and lesson, just beli tiket untuk lift pass saja. Naik chairlift tu. Harganya NZD 99.00. Teriakkk!! 

Kalau tak ada apa2, nak rent gear, nak lessons and lift pass, seorang untuk adult, NZD 190.00. Teriak kuaaaaaaaaaattt lagi. uwaaaaa!!!
 
Tu orang pakat pakat kalut pakai gear nak main ski. Penuh orang kat sini. Time peak untuk main ski.
Naik travelator

Chairlift ni la, kami tak dapat naik. Dapat tengok pun jadi lah.
Seronok adik adik ni main salji.

Jalan jalan ambil gambar... Kat atas ni terik sebab tanah tinggi, koi dekat dengan matahari kan... Tapi tetap sejuk. Tengok ketebalan baju saya tu.. Berair jugak hidung dok lama lama kat atas ni. 

Lompat lompat atas salji, pegang salji puas puas. Ikut hati nak golek golek buat drama kat situ tapi ku tahan kan aja...Ramai orang, segan la dah besaq gajah, serupa macam budak budak. Padahal dalam hati ciwi, dapat tengok salji. 



Naik pakai travelator, nak turun kena jalan sbb tak ada untuk turun.


Melaut orang datang sini nak main ski. Kami tengok saja boleh. Seronok tengok adik adik kecik lagi, dah pandai main ski. And ada pak cik and mak cik serupa nenek moyang pun aktif lagi main ski. Kagum betul. Semangat diaorg. Actually, ada ramai je tourist lain yang naik tapi tak main macam kami jugak. 


Chairlift ni banyak level. Dah sampai station atas nun, boleh lagi naik untuk stesen lain dan seterusnya...Alahaaaiii, geram.. Depa naik sampai atas tu, pastu luncur turun ke bawah. Nampak tak manusia kecik kecik atas tu dok meluncur turun. Macam best ja kan.... kan kan....


Dari jauh haluihh ja orang yang main ski tu..
Penuh dengan orang, tengok la parking nya pun penuh.


Dah puas enjoy kat atas tu, kami pun turun. Macam ni jalan nya...Kona kona, tinggi, and curam. Bawah tu Queenstown.
Kona rapat.....
On the way turun kami singgah kat view point ni. Kena panjat sikit nak naik atas ni. Angin kuat, nasib tak melayang oii..
Pandangan dari  atas, nampak tak van kami?

Pengalaman pertama kali dalam hidup pergi ski area ni memang la sampai bila-bila tak akan saya lupakan. Sama juga dengan husband. Its our first time. Alhamdulillah. Nanti esok-esok kita pergi ski area kat negara lain pulak. Jepun pun best, katanya cost untuk snow activites kat sana murah. hoho......
Bagi kami activities kat New Zealand agak pricey sikit, bab lain maybe ok. So, kalau rasa nak buat banyak activity, prepare duit lebih sikit ye.. 

Turun dari Remarkables kami jalan jalan bandar and shopping souvenir sikit untuk dibawa balik. Insyaallah, sambung next entry ok. 

Bye bye..

Lots of love.

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK HERE



NEXT POST CLICK HERE

6 comments:

  1. Salam... alahai... tak puas baca... bila nak update?

    quenstown ni memang always bersalji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...hihi..sy dlm proses nak update next chapter.. tak lah sentiasa bersalji kakpah.sbb sy pegi time winter so byk salji.hihi..tp ni dh hujung winter, tak jmpa sgt salji tepi jalan..kalau peak winter, lagi byk salji...heee...

      Delete
  2. hi awak! bestnya baca ALL ur NZ journey...definitely akan follow as guide nanti. baru tgh plan2 nak pegi tis year during winter. hehe. nnt update lagi k..suka baca n tgk pixs! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Nia. Thank you very much.. Saya dah update next part. Hope you enjoy. :) nanti dah pergi jangan lupa saya yea...hehehe

      Delete
  3. salam awak. nak tanya, nak sampai ke tempat salji awak ambil gmbr tu ada kena bayar2 apa x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...x kena apa2 bayaran...just drive naik je ke ski area tu..kalau nak buat aktiviti br kena bayar...

      Delete

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...