Friday, May 20, 2016

I AM SORRY - ITINERARY AND SUMMARIZE TIPS ON MY FACEBOOK

Assalamualaikum,

Mintak maaf. Tak sempat sangat sangat nak update story. Sekarang tengah sarat. Dah 37 weeks. Lenguh pinggang tak terkata. Balik kerja terus pancit. hihihi.


Kat sini saya nak share link kat FB saya. Saya buat ringkasan tips and share full itinerary since ramai yang email mintak itinerary. Album ni berstatus public, jadi semua orang boleh view. Insyaallah. 


CAMPERVAN ROADTRIP TO SOUTH NEW ZEALAND ALBUM


Lots of love!


Regards,


Siti Sakinah Munirah.

Monday, May 2, 2016

DAY 7: LEAVING QUEENSTOWN (Pt.1)



27 Aug 2015 - Queenstown - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Cardrona - Blue Pools - Haast

Assalamualaikum dear readers yang setia. 

Perjalanan diteruskan lagi untuk hari kami yang ke-7. Alhamdulillah, semua berjalan lancar and finally dah separuh trip kami selesai. Banyak yang kami lihat dan belajar and pengalaman ni mengajar kami untuk lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyusun perjalanan. Tak sabarnya nak ke destinasi seterusnya. 

Keluar dari Queenstown nak menuju ke Haast dan route kami pada hari ke-7 seperti maps kat bawah ni. Kami singgah di beberapa town kecil of Otago region seperti Arrowtown, Cromwell, Cardrona and Wanaka. Semua town ini kami cuma singgah and spend masa sekejap sahaja. Town kecil tapi mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kalau ada banyak masa, nak saja singgah setiap town tidur serba satu malam.

Menuju ke West Coast region of South New Zealand, kami disajikan dengan permandangan yang agak berbeza dari sebelumnya. Geography semakin berubah dan semestinya tetap cantik dan indah. Definitely amazing, subhanallah. Mana-mana sudut pun tak jemu.




Setiap hari yang baru, semasa dalam perjalanan, kami akan bincang hari ini nak drive sampai mana and plan nak singgah overnight di mana. So, cadangannya nak tidur di Haast. Masa ni memang tak ada langsung gambaran Haast tu macam mana. Yang kami tahu, sebelum sampai Haast, akan pass Makaroa, and di sini ada tempat menarik iaitu Blue Pools. 

Dari Lake Hayes, kami gerak pagi dan menuju ke Queenstown. Macam biasa, suhu memang sejuk sangat, rumput membeku. Berbakul bakul baju kena pakai baru boleh rasa selesa sikit. Belanja sikit lagi gambar di Lake Hayes.


Nicely park, our John Andrew.
Reflection at Lake Hayes. Tak jemu mata memandang.

For info, Lake Hayes ini dikatakan salah satu 'the most photographed lake in New Zealand' or 'mirror lake'/ Kat New Zealand ni memang banyak mirror lake. Semua pun mirror. Sebab tasiknya yang tenang then reflect pulak gunung-gunung. Memang serius cantik. Macam Lake Hayes ni, reflects mountains of the Wakatipu Basin.

Berdekatan dengan Lake Hayes tu, kami singgah Arrowtown. Pekan kecil macam pekan koboi je yang terkenal dengan industri gold mining. Yes, pekan kecil saja, tapi banyak emas kauuuuuuu...

Arrow Thai Food. Thai Food di mana mana.

Sejukkkk...Nampak macam terik kan, panas je tapi tidak betul sama sekali.
Salah sebuah souvenir shop di Arrowtown.
Bulat mata cik kiah nampak emas... Mengelip mengelapp....

Tudia, memang cantik emas dia.. Terpukau mata melihat. Orang perempuan mana tak suka emas. Kalau kaya, duit berkepuk saya confirm rembat satu sebab design dia unik. Dalam loket tu ada gold flakes and ada diamond kat sekelilingnya. Tak sure original diamond or batu cubical zircon. Kalau diamong confirm la riban riban. Mana nak cari diamond bawah seribu cik kak oiiii....Kalau ada tu menipu la ceritanya, batu zircon la tu.

Cukup la berangan, kita move on ye dik.. Kami pun dengan syahdunya meninggalkan pekan Arrowtown.

Semasa dalam perjalanan kami ikut signboard nak ke Cardrona melalui Crown Range Road. Tapi for info, jalan ni agak mencabar. So, end up kami patah balik. Crown Range ni merupakan jalan shortcut nak ke Wanaka. Naik bukit tu nanti terus turun Cardrona which is dekat dengan Wanaka. And jalan ni orang guna untuk ke Coronet Ski Area.  Masa naik sikit tu, dah terasa gayat, dengan kona yang tajam, aduhh, hati resah. Demi keselamatan, tak apalah ikut jalan jauh sikit. Tak kisah la kann....

Sedikit info pasal Crown Range Road
Crown Range lies between Queenstown and Wanaka. The road over the range, known as the Crown Range Road, is the highest main road in New Zealand. It reaches an altitude of 1121 metres, which does bring challenges. In winter, the road is often covered in snow and ice, making for very difficult driving conditions.

The highest main road okkk???? Kalau naik kereta ok la. Kami tak cukup yakin, and one thing kesian kat John Andrew nak meneran, kang sepanjang jalan stress ja, risauuuu baik lah tak payah kan.

So, kami ambil route State Highway 6 melalui Cromwell. Best jugak ikut laluan ni, boleh nampak Kawarau Bungee Jumping. Haaaa....

Tak jauh dari Queenstown, dari tepi jalan nampak dah bridge untuk bungee jumping. Kami singgah melawat kawasan je. Memang dari awal lagi tak bercadang nak main. No budget. hihi


Tu haaaa.....Kawarau bridge.
List harga untuk aktiviti kat sini.



ada orang tengah get ready nak terjun...

Sungai kawarau



Setelah itu, perjalanan diteruskan lagi, kami singgah pulak Cromwell. Pekan yang terkenal dengan ladang buah buahan nya. Nanti sepanjang jalan nampak orang jual buah2.. Kami pun singgah makan real fruit ice cream. Tengah sejuk makan ice cream, aishhh.... 

Ice cream dia,,,,,sedap sangat sangat sangat. Tak terkata, rasa keaslian buah buahan dalam ice cream tu. 

Stop dulu kat sini, nanti kita sambung yea.Insyaallah, saya akan share video orang buat ice cream real fruit tu. Nak menambah lagi keterujaan korang. hahahahahaaa...Ampun.

Assalamualaikum. Lots of love.

 Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK HERE





PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...