PREVIOUS POST: DAY 8: FOX GLACIER
29 Aug 2015: Ross - Hokitika - Greymouth - Punakaiki Pancake Rocks and Blowholes - Wakefield (Edward Baigent Reserve)
Malam kami di Ross pun berakhir dan paginya kami bangun hujan sikit renyai renyai. Cuaca pun mendung sahaja. Semendung hati kami yang memikirkan tak berapa hari lagi nak tinggalkan New Zealand. Oh No....!!!
Apapun perjalanan masih jauh. We will enjoy the moment to the fullest. Ada banyak lagi cabaran menanti. Gituuuu..
Below is our route for today. Perjalanan yang agak panjang. Dari Ross kami meneruskan perjalanan ke town seterusnya iaitu Hokitika...Selama ni sedap mulut dok sebut Hokikita, but eventually, its HO-KI-TI-KA okey..! Kemudian Greymouth baru lah sampai ke Pancake Rocks.
Lepas tu, continue our journey to Nelson dan bermalam di Edward Baigent Reserve site. Jom kita layan cerita untuk hari ini.
Talking about HO-KI-TI-KA, haritu ternampak satu post oleh Backpacking Matt dekat FB. Kat sini ada satu hidden germs. Jadinya saya nak share dengan semua, so nanti hampa semua boleh p kalau rasa nak p la kan..
|
HOKITIKA GEORGE
Source: FB Backpacking Matt |
Amacam? rasa seram je kan tengok air dia.. Rasanya air sungai ni bersambung dengan Blue Pools kat Haast tu kot. Eh...memandai ja.hehe. Kenapa la air dia biru macam tu... Kan best kalau boleh tiruk. hehe.
Ok..Cukup cukup... jom sambung cerita pengembaraan kita. Kami singgah di pekan Hokitika minum kopi sekejap panaskan badan. Masa ni hujan...... Agak clueless bila hujan. Kami pun pusing sikit town nya, kecil saja town ni, pusing pusing kat situ jugak. Kami jumpa New World and singgah sekejap beli susu kopi.. hehe.. ketagihan seyhh... Lepas tu asyik tak ada stock je.. Tu yang geram, asal nampak New World or apa2 mart, mesti singgah cari susu kopi feveret kami.
|
Terjumpa Indo Mee.. tak beli pun.. hee |
Keadaan jalan nak ke Punakaiki memang lalu tepi bukit, kiri gaung, kanan hutan. Cuaca masih lagi hujan masa ni. Apapun kita enjoy saja. Bukan senang nak merasa hujan air kat NZ. Dah alang sampai rasa semua. Kenapa la tak hujan salji... Saja la ni, nak suruh kita mai kat dia lagi.. Amboi, mengada sangat New Zealand ni tau.
|
Gambar agak blurrryyy tapi nak share jugak. Nak tunjuk yang ni view kami nak ke Punakaiki. hehe |
Ini pekan Hokitika yang terkenal dengan Jade. So kat sini banyak kedai souvenir jual jade. Kami just stop by minum kopi ja, tak masuk pun kedai jade. Ada banyak kedai jade, pilih la mana satu nak masuk. Kedai tu betul betul mengadap menara jam ni.
As yang saya tahu, tak ramai orang travel sampai sini. Terpulang pada you all punya planning. Macam saya tulis sebelum, ada yang sampai Queenstown then cross balik Christchurch. Yang penting kita dapat merasai pijak kaki ke bumi Kiwi ni.
|
Pukul 9.20 pagi..... Gambar gloomy je sebab kurang pencahayaan and saya dah tiada kerajinan nak edit and add watermark. hahahahaaa... |
Ini lah contoh bridge one way kat sana. Boleh kata 70% bridge one way. Kena tunggu turn and tengok sign who should go first.
|
Ini town Greymouth |
|
Hujan dan hujan...Perjalanan diteruskan |
Kami pun keluar dari town dan masuk semula ke hutan hutan. huhu.
Jalan nak ke Punakaiki cenggini la ye.. Ini dia punya highway lah, State Highway 6 melalui tepi tepi bukit dan gaung. About 1 hour plus kami pun sampai ke Pancakes Rocks. Kenapa kami memilih nak ke sini sebab tempat ni unik dan menarik serta mempunyai sejarah yang tersendiri.. Nanti kita cerita kat bawah.
|
Lain kan dari view sebelum semasa di Canterburry. |
|
View kami semasa dalam perjalanan nak ke Punakaiki.
Kalau tengok map, laut yang tepi ni Tasman Sea yang bersambung dengan South pacific ocean. New Zealand ni kepulauan yang dikelilingi laut. On maps, NZ ni kecik coet je. Negara down under.
|
|
Dia punya waves..Besaq punya....Laut dalam dan luas.... |
|
Gagah walaupun dalam hujan...Hujan renyai renyai...(renyai la sangat) |
Alhamdulillah. Sekali sampai Pancakes Rocks and Blowholes, hujan pun dah reda. Boleh la kami berjalan dengan senang lenang. Nak masuk free. Ini yang best New Zealand, masuk tempat macam ni free. Dah la dijaga dengan rapi, bersih pastu tidak pulak mintak visitor and tourists macam kita ni bayar. Ada setengah tempat di suruh bayar nak masuk tapi tak dijaga. Sedihhh...
Batu batu limestone kat sini membentuk seperti Pancakes sebab itu diberi nama sebegitu. Tapi bukan la ianya berbentuk macam ni senang senang je. Macam alkisah Moeraki Boulders tu. It takes a while to make a pancake - 30 million years actually!
Yes. 30 juta tahun.....!!! Kat sini just follow track yang dia dah buat. Seriously tempatnya cantik sangat dengan permandangan laut luas, ada pancakes bersusun susun. Cuma tak boleh makan je.. Mana nak dapat kalau bukan kat sini kan?. It took about 20-40 minutes for one round. Kami kat sini tak la lama sangat, habis pusing track tu dah gerak sebab hujan makin nak lebat. Sejuk oiiii..... Naik beku jari tangan ha..
Saya cuba nak translate ke dalam bahasa tapi tak mampu nak bagi ayatnya cantik. So, untuk tidak mengubah maksud asal saya kekalkan dalam English ye. Lebih mudah nak faham.
"The Pancake Rocks at Dolomite Point near Punakaiki are a heavily eroded limestone area where the sea bursts through several vertical blowholes. The foundations of the Pancake Rocks were formed 30 million years ago when minute fragments of dead marine creatures and plants landed on the seabed about 2 km below the surface. Immense water pressure caused them to solidify into layers of more resistant limestone and softer, thin, mud-rich layers. Gradually seismic action lifted the limestone above the seabed where water, wind and salt spray eroded the softer layers leaving a "pancake" like stack of harder limestone. "
-Souce: http://www.westcoast.co.nz/
|
Tepi laut and ombak yang besar and tinggi. Sangat cantik dan mendamaikan. |
|
Sini ada share stories. Kejadian alam yang menakjubkan. Allah Maha Besar. |
|
Nampak tak, macam pancakes yang disusun kan? |
|
Air laut melalui celahan batu. Cantik sangat. |
|
Banyaknya pancakes. Ini dapat la snap sikit blowholes yang jadi. |
Terlupa nak ambik gambar kawasan keliling and tracknya. So I pick one from Google to show kat you all.
Setelah kenyang melihat pancakes ni kami pun meneruskan perjalanan. Alkisahnya hari ni macam biasa tak tau nak tidoq kat mana. Main redah jaaa... On the way tu kami ternampak sign board 'Seal Colony' so apa lagi excited la kami nak tengok seal. Gagah la masuk simpang and pergi Tauranga Bay tu.
Sesampainya, dalam hujan hujan kami pun mendaki la tracks kat situ. Kena daki okay. Tak dekat la pulak. Jauh dan tinggi ha. Nak tengok seal punya pasal, sekali tengok dari jauh ja. Aiseeeymannn.. tapi fret not, esok esok nya kami dapat tengok seal dekat dimata... tungguuuuu..
|
Terjumpa burung ni. Tak sure burung apa. Kiwi kan? basah kuyup dah, tak mampu nak kenalpasti. |
|
Inilah seal nya... |
View kami tak dekat macam ni. Ini sebab zoom guna kamera. Yang sebetulnya almost tak nampak seal sebab nak sama colour dengan batu.
Sedapnya depa dok bersantai kat sini.Kemudian kami dengan hati yang gumbira dapat tengok seal dari jauh pun meneruskan perjalanan kami menuju ke Nelson.
Seriously jauhnya perjalanan kami nak ke Wakefield. Kami plan nak cari tempat park on the way sebab hari dah makin lewat tapi apakan daya, tak jumpa town yang sesuai. Ate jumpa hutan kiri kanan, ladang, nak sampai town Nelson jauh la lagi.
Semakin menghampiri Nelson, kami pun on apps Rankers cari campsite and jumpa la satu dekat Wakefield. Mulanya nak pergi terus ke Nelson tapi sebab dah lewat so pasrah je lah. Tidur di Wakefield. Alhamdulillah, campsite ni best, selesa.
Masa kami sampai di campsite, belum gelap lagi tapi sebab tempatnya agak tercerok and sign board yang tunjuk arah nak ke sini kecil, kami mengalami kesukaran jugak nak cari. Masa sampai, campervan kami je yang ada kat sini.
Tak sangka kami sudah pun berada di Tasman Region.
|
Sejuk mata memandang kehijauan |
|
Cantik sungguh sungai ni. Agak agak banyak ikan Salmon tak? huhu |
|
Berkabus sebab hujan ja seharian. |
|
Kabus...even dah nak petang. |
|
Entering Murchison |
|
Pekan kecil, Murchison yang kami lalu along the way. |
|
Selepas naik bukit, turun bukit, bengkang bengkuk, kami pun jumpa la tanah yang landai sikit ha. |
|
Menghampiri Nelson, makin banyak nampak ladang anggur. Menarik kan muka bumi New Zealand ni. |
|
Beginila rupanya bila kerusi tu di susun susun jadi la katil macam ni. hehe.. Dah hari keberapa baru nak tunjuk. Sebab tu la kena baca cerita NZ ni sampai habis. Ada banyak surprise lagi ha... |
Ini kawasan sekitar Edward Baigent site yang kami ambik keesokan paginya. Sebab kami sampai pun dah malam kan. Site ni ada sungai kat tepi and ada rumah orang seberang sungai tu. Cantik tempat ni, bersih, ada tempat untuk BBQ, ada public toilet. Ha, bila campsite free pastu ada public toilet memang best. Selesai dah segala masalah. Ingatkan Lake Hayes, Queenstown. Ada public toilet jugak.. Setel. hihi.
|
Dinner kami malam ni. Brahims jadi penyelamat. yang bestnya, brahim yang kami bawa memang cukup-cukup until our last day. |
|
Ini sungainya. Sorry, kualiti gambar kurang sebab awal pagi and guna SJCAM je. |
|
Add caption |
|
Rajin pulak time ni ambik Panorama |
Edward Baigent Reserve Reviews Boleh check out link untuk reviews about this site. Rankers sangat sangat membantu kami di sana.
Esok paginya kami bangun seperti biasa dan meneruskan perjalanan. Of course sebelum gerak kami pergi toilet siap-siap. Precious betul toilet ni kan. And yes, macam biasa tak mandi jugak. Cuci muka, gosok gigi dalam van je. Sejuk......nasib la air sinki campervan ni ada heater. Dapat lah basuh muka, ambik wudhuk dengan air suam-suam. Lega dan nikmat tu, Allah sahaja yang tahu.
Sekian untuk kali ni. Kita jumpa next entry. Mohon kepada siapa decide nak book dengan Wendekreisen, boleh send inquiry and secure booking through this link.
Bye.