SELERA BERBUKA MEE JAWA.
Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah yang tak terhingga pada-Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk beribadat dalam Ramadhan-Mu yang paling istimewa ini. Tahun ni aku berpuasa di Kuala Lumpur. Al-maklum, dh jadi orang KL ni kan.Key-ell lah sahngat! Puasa kawan-kawan macam mana?
Puasa aku tahun ni sederhana saja berbanding tahun sebelum ni.. Yang penting amal ibadah kita diterima.Gituu.. Tahun ni aku tak banyak mengidam, kalau tahun lepas puasa kat rumah, mengidam segala bihin. "Mak, hari ni nak masak ni, masak tu." Lebih kurang macam tulah dialog aku kat mak aku hampir setiap hari. :D
Btw, back to the title, hari Ahad lepas berkesempatan berbuka puasa di luar. Sekali sekala tukar mood. Aku memang dah lama teringin nak pergi restoran Mee Jawa ni. Dari memula dia bukak cawangan kat solaris dutamas lagi tapi asyik tak dapat. Kali ni, alhamdulillah, berkat bulan puasa kata orang dapat lah pergi.
Dah nama pun restoran MEE JAWA, kena lah try mee jawa kan..Menunya simple saja, harga berpatutan, murah sangat, portion pun banyak. Gerenti FULL! Yang perut tong pun boleh FULL! Insyaallah. :D
Inilah di rupa mee jawa yang aku order. Sedap weh! Serius.Pinggan dia gorilla punya besar, kuah dia pekat. Aih..terliuqqq!
Teman setia aku pulak order nasi putih dgn sambal sotong. Sambal sotong nya okey, just nice lah. Aku masak sedap sikit kot. Kami jugak order wantan goreng sbg side dishes, orang putih kata.
Wantan goreng yang rangup dan lazat!
Begitulah kisah berbuka kami pada 9 Ramadhan lepas. Kenyang sungguh. Terlanjur dah keluaq, kami singgah MidValley dan aku pun berjaya membeli purse baru, mengantikan purse aku yang dah rabak dulu. Macam biasalah, jenama pilihan tetap hati, Charles&Keith. RM99.90 aku pun berjaya masuk dalam mesin duit depa. Amin...
Lawa tak? Lawa kan..kan..kan? Ehe..saja ja nak bagi hampa jeles. So setakat ini sahaja kisahnya. Selamat Berbuka!..Jangan boros, jangan membazir ketika berbelanja di bazar. Seeloknya masak lah di rumah. :D
Do check out its other many exciting dishes in its menu. It has other outlets in Puchong, Tropicana and Pavillion KL too.
Regards,
SitiSakinah
Do check out its other many exciting dishes in its menu. It has other outlets in Puchong, Tropicana and Pavillion KL too.
Mee Jawa Restaurant
A1-G2-09, Solaris Dutamas,
No.1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: (603) 6205 5566
Business Hours: 8am – 10pm daily
A1-G2-09, Solaris Dutamas,
No.1, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: (603) 6205 5566
Business Hours: 8am – 10pm daily
Regards,
SitiSakinah
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.