Ceritera Hujung Minggu.
Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua.
To those yang bercuti, nikmatilah cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat dan kepada yang bekerja, buat lah kerja tu dengan penuh dedikasi yea..
Hari ni aku kerja oke, tapi sedap ja menga'update' blog kan.haha. Nama pun intern, kerja apa lah sangat.
So, aku nak bercerita mengenai menu berbuka puasa kami adik-beradik pada hujung minggu yang lepas nih. Siang-siang cenggini suka pulak nak kongsi pasal makanan kan. Aku ni sangat beruntung sebab kakak ipar aku suka nau dengan memasak. Hari-hari pun makan kat rumah. Seronok! Walaupun dia bekerja dan berbadan dua sekarang ni tapi masih lagi kuat dan rajin masak untuk kami ni makan (aku, abang aku a.k.a suami dia). Semoga Allah memberkati dan merahmati kakak ipar ku, Suhaida Azmi.. Aku ni tolong tengok ja. haha
Sebab portion yang akan di masak tu sikit so tak banyak yang aku boleh tolong. Setakat tolong cuci pinggan dan mengemas meja je. ekekeke. okey lah tuh!
Hari sabtu, kak ida masak kari kepala ikan. Amek hang.. sedap ooo..Kuih pulak, pagi-pagi lagi kak ida dah sibuk tanak pulut untuk buat pulut panggang versi terengganu. Penyediaannya sama macam dengan pulut udang dan pulut pisang (orang utara panggil pulut dakap) cuma berisikan ikan. Meh, cuci-cuci mata dan air liur tuh....
Dan seterusnya makanan ruji kami,hahaha...Peria katak goreng. Hari-hari abang aku goreng peria ni. Sedap! Rasanya crunchy sebab digoreng bersama tepung. Penyediaannya pun mudah, Potong peria nipis-nipis. Kemudian basuh dan rendam dalam air garam untuk buang pahit peria. Kemudian sediakan tepung untuk mengoreng (kami guna tepung cap tangan), tepung tu campurkan dengan serbuk rempah. Gaulkan kan kepingan peria yang dipotong dan gorenglah ia garing-garing. Memang marvelous...
Kemudian hari Ahad pulak, menu special NASI DAGING.
Nasi daging ni mostly ada dekat belah utara sana. Kot sebelah selatan ni memang payah nak jumpa. Mak aku selalu buat nasik ni masa zaman-zaman aku sekolah dulu..
Ini adalah cubaan kali kedua kakak ipar aku membuat nasi daging. First time buat kurang menjadi, rasa memang sedap cuma nasi kembang sikit. Tetapi kali ini berbekalkan pengalaman pertama, nasi daging kami menjadi...Yehuuuuu...Memang peroi elok dan rasanya memang tiada tandingan. Walawehh..lepas berbuka, mata semua ke bawah, mengantuk sebab ceduk nasi tak hingat. Beras basmathi pulak lagi. huhu.
Nasi daging.
Ini daging masak kurma. Lapaq la pulak aih.
Ini pulak sambal cicah dengan kerisik. Sedap..sedap..sedap!
Walaupun di perantauan, tetapi aku tetap rasa seperti berada di rumah. Terima Kasih yang tak terhingga buat kakak ipar tersayang. Jangan jemu memasak yea. hihi.
Aku ni dikira beruntung, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang suka masak dan makan.hihi. Mak pandai masak, kakak aku sendiri juga merupakan chef yang tak kerja sebagai chef. Sebab kakak aku ni ambil diploma bidang masakan tapi kerja customer services. Dapat pulak kakak ipar, superb dalam memasak. Aku ni pulak boleh la jugak memasak..Tak daklah pandai tapi boleh la masak yang ala kadar. Kalau aku tak tau sangat, ada banyak tok guru aku boleh mintak tunjuk ajar. :D
Aku ni dikira beruntung, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang suka masak dan makan.hihi. Mak pandai masak, kakak aku sendiri juga merupakan chef yang tak kerja sebagai chef. Sebab kakak aku ni ambil diploma bidang masakan tapi kerja customer services. Dapat pulak kakak ipar, superb dalam memasak. Aku ni pulak boleh la jugak memasak..Tak daklah pandai tapi boleh la masak yang ala kadar. Kalau aku tak tau sangat, ada banyak tok guru aku boleh mintak tunjuk ajar. :D
Untuk mendapatkan resipi boleh la visit blog masak kakak ipar aku nih. Ada banyak jenis masakan yang dia kongsikan dekat blog masaknya tu. Cuma, aku tak pasti resipi nasik daging dengan pulut panggang tu dah di update or belum. So, checkitdout! daridapurkecah
Regards,
SitiSakinah