Showing posts with label Best food in Melaka. Show all posts
Showing posts with label Best food in Melaka. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Perhentian Kuih Kampong, Ujong Pasir Melaka



Assalamualaikum.Hye ollss. Tak lain tak bukan, entri kali ni juga pasal makan. Sorry ye, ampun ya sebab selalu buat hampa semua dalam keadaan lapar dan teringin. hehe.
Entri kali ni memang pasal makan tapi lain sikit menu dia..ha teddddiiiiiiaaaaa.. Sejajar dengan nama warong ni, Perhentian Kuih Kampong, mereka memang menyajikan pelbagai jenis kuih tradisional. Paham-paham je la kan, sekarang ni memang agak sukar nak jumpa kuih-kuih zaman tok nenek moyang kita ni. Especially nak cari yang betul-betul sedap macam arwah tok dok buat dulu-dulu.
Pencarian saya kali ini memang tidak sia-sia kerana, kuih-kuih di sini memang the right one. The one yang dicari-cari, akhirnya ku temui juga. If di Alor Setar, ada satu warong yang menjual pelbagai jenis kuih talam tapi yang kat sana tu warong kecil saja. Yang ini memang besar, dan variety kuihnya juga pelbagai serta banyak and berwarna warni gituuuu.... Apa yang penting sekali, rasa dia memang sedap. 
Kalau dapat bawak mak ayah mai sini, mesti depa suka. Cek berani jamin....hehe.
Warong ini terletak di Ujong Pasir (sebelah penjara lama).

Jadi, jom kita tengok sikit gambar yang saya ambik nih. Kalau teringin, esok boleh pergi. Selain kuih, di sini juga ada makanan lain seperti, nasi lemak, asam pedas, nasi ayam, pisang goreng and etc. Pendek cerita segalanya ada. Boleh pilih...pilih...pilih...
Takmau tulis panjang sebab tau dah, orang bukan nak baca sangat. Kita biar gambar yang menceritakan segalanya. Macam Yuna kata tu, setiap gambar ada cerita. haaaaaa... :D


Barisan kuih talam.Ada talam ubi keladi,jagung,ubi kayu,kacang hitam.Banyak lagilah





Kuih kacang nyonya. Tak sempat nak rasa hari tu. Next time will do.


Jangan buat main, siap masuk paper lagi kot...


Pelancong di luar sana, ini pun boleh jadi salah satu tempat yang wajib di lawati..Confirm puas hati. Okey,till next time. Bye. :D

Regards,
SitiSakinah

Tuesday, October 16, 2012

Sight-seeing Jonker Walk


Jonker Walk is one kind of most popular place in Melaka. By maintaining the old building structure, it has a vintage value that attracts thousand tourists. There will be a night market along the street during  weekend.  
I just love the environment there especially at night. The lighting and crowded really give a mood of street life. 

Traditional wear. :)


Kids will love this, even the adults also stop to look over. hehe
Antiques stuff. 



This remind me of my childhood. I also kept the cap instead of throw it away.
Sangat rare!

There are so many opportunities in life, that the loss of two capabilities is not necessary debilitating. As they can do something for living, that mean we are all the same. Sometimes, perfect people used to be weaker than them, especially from the part of live spirit and attitude.


Toka Yaki and Quail Egg Balls. Didn't try it yet. 

What I got that night, running man Lee Gwang Soo and Kim Jong Kook. 
Yeah, I'm Kpop!



If you plan to spend your holiday in Melaka, make sure you put Jonker Walk on your schedule. It is a must! You will enjoy  night street life there. :D

Regards,
SitiSakinah.

Monday, October 15, 2012

Amigo Steak and Grill

Assalamualaikum.

Di tengah kesibukan membuat kerja ni, tiba-tiba teringat kisah kat Amigo. Kunjungan ke Amigo ni adalah yang pertama. Walhal, dah lama dduk Melaka tapi asyik tak sempat nak singgah. Ada ja halangan datang menimpa. hehe. Actually, sekarang saya tengah baca journal untuk final year project saya. Ya Allah, hanya Engkau mengetahui betapa hambaMu ini bersusah payah menyiapkan satu hal task nih. Punya la renyah, nak belek satu-satu sampai lah paham. Its kinda hard, actually the most hardest to get a frame of each journal. Bukan satu ye nak kena paham, tapi berpuluh. O Allah, give the strength. 

Masalah besar mula berlaku apabila kepala dok teringat makan. haaaa.. sampai bila kerja tak siap lagu nih. Jenuh...jenuh..jenuh.. 

So, jom cepat-cepat kita layan sikit pasal Restoran Amigo Steak and Grill nih. Then, boleh continue kerja.



Amigo's Menu 

Di Amigo, mereka bukan sahaja menghidangkan makanan western malah turut menyajikan anda dengan hidangan selerea Jepun seperti sushi dan teppanyaki. Mujuq saya ni kurang berkenan dengan Japanese food, so pendek cerita jimat duit.
Harga untuk setiap hidangan sememangnya berpatutan. Berbaloi dengan portion yang anda dapat. Gerenti kenyang sampai esok pagi. hehe.



My partner's meal ; Lamb Cutlet with black pepper sauce. Seriously tidak mengecewakan! Marvelous.!! (RM 21.00)
The sauce is being poured. (RM 22.00)
 Awesome..Mendidih baq hang...heyh, ayaq liuq meleleh tu, lap lekaih.hehe.
 Haa...yang ini gedik. Manjang nak interframe. :D


Amigo Steak and Grill address,
Add:21,23,
Jalan Melaka Raya 8,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka.
Tel:06-283 2684,
06-283 2686
Fax:06-283 2684
Email:amigosteakandgrill
@gmail.com
Time:5.30PM ~ 12.00AM
(MON to SUN)

Dok cangak apa lagi? Aku tau hampa nak,malam ni p teruihhh...


Regards,
SitiSakinah.

Monday, October 8, 2012

Makan Best Melaka!

SIGNATURE OF MELAKA.

Assalamualaikum everyone. 


Well, before ni saya pernah post pasal medan ikan bakar Muara Sungai Duyung. Di sebabkan asyik pergi tempat yang sama berulang kali so kali ni saya bertukar arah ke Crystal Bay pulak. Melaka mempunyai banyak port ikan bakar yang terkenal seperti, Umbai dan Alai. Memula plan nak pergi Muara Sungai Duyung tapi, ada orang tu cakap, apa kata try Crystal Bay pulak sebab ini dah tahun terakhir nak tinggal kat Melaka. Alang-alang, jom pergi tempat yang belum pernah pergi.. 

Medan Selera Ikan Bakar Crystal Bay ni ada banyak-banyak gerai, so kena pilihlah yang mana berkenan. Seperti biasa pelayannya akan cuba menyakinkan pelanggan untuk singgah makan di gerainya. Kami memilih makan di gerai no.2. Maybe, next time pergi kena try gerai lain pulak. Insyaallah. :D

Kemudian, pencarian sajian pun bermula. Berlakulah perbincangan nak msaka apa dan apa. Memandangkan kami berdua je, so tak dapatlah nak ambik banyak-banyak. Satg tak habis membazir.. haipppp. Sapa tau tu ikan apa? Kalau teka betul, dah boleh kahwin la tu.

Time duduk tu, tiba-tiba je my partner tu rasa apa yang kami ambik tadi mcm tak cukup. Dia pun bangun dan tambah sotong dua ekor. Takpalah, kebetulan perut memang banyak free space. hehe.


Ikan Jenahak, udang dan ketam. Aummmm!
Ini wajib kena ada k!
Side dish, Jelly Kelapa. Eh! dah mcm kat Nandos pulak.
Ketam goreng..Rangup gitu. Sodap!
Ikan Jenahak masak 3 rasa. Meleleh! (sebelah lagi masak bakar cili)
Haaaa...ini special, menu baru. Udang Bakar Season. Bomb sangat!
See,, isi dia so pejal. Guarantee fresh dari lautan!
Sotong goreng tepung. (seriously, ini better dari Muara Sg. Duyung)
Ini untuk 2 orang makan. Sah-sah perut tong. haha!


Sebelum pergi melahap, saya sempat singgah kejap ambik angin dekat tepi pantai. Agaknya, itu la dia Crystal Bay nye.. Jangan tanya, ada crystal ke tak na... hoho.



Apa tunggu lagi? Nanti datang Melaka boleh lah cuba yea. Rasanya memang sedap, memuaskan hati. Harga pulak berpatutan. Hari tu, perut memang full sampai ke tengah malam.. Tidur pun lena. haha.
Insyaallah, nanti saya akan update lagi beberapa entri pasal tempat makan jugak. 
See ya.


Regards, 
SitiSakinah

Monday, August 6, 2012

Ceritera Hujung Minggu

Ceritera Hujung Minggu.

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua. 

To those yang bercuti, nikmatilah cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat dan kepada yang bekerja, buat lah kerja tu dengan penuh dedikasi yea..

Hari ni aku kerja oke, tapi sedap ja menga'update' blog kan.haha. Nama pun intern, kerja apa lah sangat.

So, aku nak bercerita mengenai menu berbuka puasa kami adik-beradik pada hujung minggu yang lepas nih. Siang-siang cenggini suka pulak nak kongsi pasal makanan kan. Aku ni sangat beruntung sebab kakak ipar aku suka nau dengan memasak. Hari-hari pun makan kat rumah. Seronok! Walaupun dia bekerja dan berbadan dua sekarang ni tapi masih lagi kuat dan rajin masak untuk kami ni makan (aku, abang aku a.k.a suami dia). Semoga Allah memberkati dan merahmati kakak ipar ku, Suhaida Azmi.. Aku ni tolong tengok ja. haha

Sebab portion yang akan di masak tu sikit so tak banyak yang aku boleh tolong. Setakat tolong cuci pinggan dan mengemas meja je. ekekeke. okey lah tuh!

Hari sabtu, kak ida masak kari kepala ikan. Amek hang.. sedap ooo..Kuih pulak, pagi-pagi lagi kak ida dah sibuk tanak pulut untuk buat pulut panggang versi terengganu. Penyediaannya sama macam dengan pulut udang dan pulut pisang (orang utara panggil pulut dakap) cuma berisikan ikan. Meh, cuci-cuci mata dan air liur tuh....



Dan seterusnya makanan ruji kami,hahaha...Peria katak goreng. Hari-hari abang aku goreng peria ni. Sedap! Rasanya crunchy sebab digoreng bersama tepung. Penyediaannya pun mudah, Potong peria nipis-nipis. Kemudian basuh dan rendam dalam air garam untuk buang pahit peria. Kemudian sediakan tepung untuk mengoreng (kami guna tepung cap tangan), tepung tu campurkan dengan serbuk rempah. Gaulkan kan kepingan peria yang dipotong dan gorenglah ia garing-garing. Memang marvelous... 

Kemudian hari Ahad pulak, menu special NASI DAGING.
Nasi daging ni mostly ada dekat belah utara sana. Kot sebelah selatan ni memang payah nak jumpa. Mak aku selalu buat nasik ni masa zaman-zaman aku sekolah dulu..

Ini adalah cubaan kali kedua kakak ipar aku membuat nasi daging. First time buat kurang menjadi, rasa memang sedap cuma nasi kembang sikit. Tetapi kali ini berbekalkan pengalaman pertama, nasi daging kami menjadi...Yehuuuuu...Memang peroi elok dan rasanya memang tiada tandingan. Walawehh..lepas berbuka, mata semua ke bawah, mengantuk sebab ceduk nasi tak hingat. Beras basmathi pulak lagi. huhu.


Nasi daging.

Ini daging masak kurma. Lapaq la pulak aih.

Ini pulak sambal cicah dengan kerisik. Sedap..sedap..sedap!



Walaupun di perantauan, tetapi aku tetap rasa seperti berada di rumah. Terima Kasih yang tak terhingga buat kakak ipar tersayang. Jangan jemu memasak yea. hihi. 
Aku ni dikira beruntung, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang suka masak dan makan.hihi. Mak pandai masak, kakak aku sendiri juga merupakan chef yang tak kerja sebagai chef. Sebab kakak aku ni ambil diploma bidang masakan tapi kerja customer services. Dapat pulak kakak ipar, superb dalam memasak.  Aku ni pulak boleh la jugak memasak..Tak daklah pandai tapi boleh la masak yang ala kadar. Kalau aku tak tau sangat, ada banyak tok guru aku boleh mintak tunjuk ajar. :D
Untuk mendapatkan resipi boleh la visit blog masak kakak ipar aku nih. Ada banyak jenis masakan yang dia kongsikan dekat blog masaknya tu. Cuma, aku tak pasti resipi nasik daging dengan pulut panggang tu dah di update or belum. So, checkitdout!  daridapurkecah


Regards,
SitiSakinah

Thursday, May 31, 2012

IKAN BAKAR MUARA SG DUYUNG.

Assalamualaikum. Selamat hari khamis semua.

Actually today nak share sikit pasal last week punya activity. huh, punya la lambat nak update story kan. Insyaallah lepas ni saya akan rajinkan diri update lelaju selepas kejadian okey?

Sabtu dan Ahad yang lepas saya pergi jalan-jalan cari makan. Kebetulan my boyfie tu gaji and dia datang melawat saya di Melaka. ^______^

On saturday we went to Medan Ikan Bakar Sungai Duyung to have our dinner. It was about my sixth time i went there. if not mistaken la. rasa mcm lebih dari 6 kali ja. al maklum la sejak jadi rakyat melaka ni kan. hehe.Comparing between muara sungai duyung and others medan ikan bakar macam umbai and alai, i prefer muara sungai duyung more sebab suasana dan makanannya (of course). The taste not really different but muara sg duyung lagi best.. If you all yang pernah datang Melaka, you mesti tau restoran ikan bakar parameswara kan? kan? kan? I should tell you this, muara sungai duyung is better.In fact, tempatnya even more comfortable and near to banda hilir.

here i nak share few pictures..i really into their sotong goreng tepung. marvellous, yummy and crispy.


Ini meals untuk dua orang la k, ada sotong goreng tepung, kupang and sepahat masak cili, ikan siakap bakar cili sebelah and sebelah lagi masak tiga rasa and sayur cendawan (takde gambar sebab dah habis dulu..hehe). Alhamdulillah, kenyang and it cost about RM 60++. Sekali sekala makan macam ni memang best. And make sure you prepare an empty tank okey. If not, nanti tak habis, membazir pulak! 

Then on sunday morning kami pergi terjah nasi lemak ujong pasir (berdekatan perkampungan portugis sana) but unfortunately nasi lemak nya habis..memang tak dak rezeki kami la kali ni. 1st time nak try tp tak dapat. ='(
Tapi kami tidak menyesal sama sekali kerana lontong          ( menu yang tinggal) sangat memuaskan hati.. ^__^
Memang sedap, tip-top....!

Tediaaaaa...lazat sekali. Next time kena pergi awal sikit supaya dapat try nasi lemak dia pulak. Nasi lemak ujong pasir ni memang famous di kalangan orang Melaka sendiri dan juga pelancong yang datang. haa..nnt if datang Melaka jangan lupa try okey?


Ini lah warung nasi lemak ujong pasir. Seperti selalu, warung macam ni memang tidak pernah kecewakan saya. hihi..Tentu anda juga...
Insyaallah lepas ni kalau ada tempat menarik lagi, saya share kat sini.

Salam.

Regards,
SitiSakinah

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...