Wednesday, October 7, 2015

DAY 3: OTEMATATA TO NUGGET POINT LIGHTHOUSE (Pt.1)

Assalamualaikum

23 AUG 2015 - Otematata to Duntroon (Elephant Rocks), to Oamaru, to Moeraki Boulders, to Dunedin, to Nugget Point Light House

Kembali menyambung cerita honeymoon adventure kami.. Hari ini, hari ketiga merupakan hari yang panjang bagi kami. Tengok pada tajuk dah tahu kan...

Kepada yang baru singgah boleh cek previous post. 


Bermulalah 2 hari kami tanpa kamera. Yang tinggal SJCAM and ipad saja yang boleh guna sebab dua gadget ni boleh charge guna charger kereta. Kamera? Tak dok. Simpan dalam bag. Al maklum la, dua malam free camping tak ada power supply so tak dapat charge kamera. hukhuk. Tapi tak apa, itu bukan penghalang.... Perjalanan tetap diteruskan. Kita ada kamera dalam kepala, snap pakai mata.... hihi..



Keluar dari Otematata, kami terus drive ke Duntroon. Kami singgah sekejap kat Duntroon untuk ke toilet. Gosok gigi, cuci muka, segarkan diri apa yang patut. And isi air dalam botol botol kosong. Sebab dah 2 hari free camping, water tank kami dah kosong. Kena isi and simpan air nak guna untuk masak dan cuci apa yang perlu. Kami tak menyempat nak berhenti cari dump station. Well, dump station tak semestinya ada di holiday park saja. Ada banyak disediakan. Kadang kadang kat public toilet pun ada. Kekdahnya, kena cari. 

Sedikit mengenai pekan Duntroon. Malas nak translate.....


"The Vanished World Fossil Centre is also located in Duntroon, just along the road from the hotel. North Otago & the surrounding Waitaki District are renowned for their striking geological formations & landforms along with the amazing amount of fossils found in the area. 25 million years ago the land around Duntroon, now 400 metres above sea level, was the ocean floor. Extinct marine animals died & left their bones which were fossilised over time." 

Elephant rocks yang kami nak pergi ni memang dekat Duntroon. So, tak jauh dari public toilet yang kami singgah tu, jalan terus sikit ada simpang ke kanan. Ini kalau dari arah Otematata. Make sure perhati betul betul sebab potential nak terlepas simpang tu memang ada. Signboard dia kecik je, warna kuning. Ada tulis elephant rocks. 


Kami sampai kat elephant rocks sangat awal. Tak ada satu orang pun kat situ kecuali kami dua. Cuma van kami, dah ladang kiri kanan, lembu and biri biri..heee..Itu Elephant Rocks kami yang punya!!


Cantik sangat dia punya view, tambah angin pagi yang sangat la sejuk kan.. Agak memeranjatkan kami, rupanya Elephant rocks ni kat private land. Bukan kawasan yang hang suka hati main redah. Mulanya kami pelik sebab pagar tu tutup, tak ada jalan masuk. Batu batu tu kat dalam seberang pagar tu. Eh, macam mana gayanya ni.... Nak parking pun tepi tepi jalan tu, jalan dia pun sempit, macam jalan dalam kampung tu. Dah tu, kami pun park van and jalan pergi dekat pagar tu. Ada sign board....tulis arahannyaaaa...

Baca baca, dibenarkan masuk tapi sila jangan menganggu.. Ada gate kecik boleh bukak, tolak ja....OK?


Di sinilah berlakunya pegambaran cerita Narnia dan Lord of The Rings. Sapa perasan? haha. Saya bukan peminat movies ni, so tak da nya nak kisah. Yang penting tempat ni lawa dan ada sejarahnya tersendiri. Elephant Rocks ada di kawasan yang sejauh 5 km. Tak kuasa la tour semua. Kami pergi yang paling dekat saja.


Lalu ikut sini. Ada gate kecil kat sebelah gate panjang ni.
Our John Andrew dibawah sinaran mentari pagi.
Besar batu kat sini, antaranya setinggi 200 meter.
Berlatar belakangkan gunung ganang dan bukit bukau. Cantik!!
Eh..ehe... excited pulak husband i nampak lembu fernleaf ni.. haha



Cuaca sejuk gila especially pagi pagi hari. Sambil jalan badan ketaq ketaq mcm kena letrik.. Dia punya angin lagi menambahkan kesejukan. herrrrrr
Kami tak lama kat Elephant Rocks, jalan jalan sikit, ambil gambar and continue our journey to next town, Oamaru, the Victorian Precinct. 

Kami singgah Oamaru untuk breakfast and cari kopi. Masa kami awal awal masuk ada sign board besar bagitahu ada farmers market hari tu, hari Ahad... So, rezeki kami nak tengok rupa farmers market depa.

Nak bagitahu yang kami sampai Oamaru dalam pkul 9 pagi. Punya awal lagi....Mana taknya, 5.30 dah ada atas jalan kan. Well, early birds catches the worm!


Ini museum, bukan tempat budak budak punk.

Kami pusing pusing pekan Oamaru melilau cari farmers market tu.. Dah tak jumpa tu, kena la bertanya. Kami park van betul betul depan Steam Punk Musuem and pergi ke i-site untuk tanya location market. Husband pulak, nampak toilet, berlari pergi toilet.. huhu.. Toiletnya seriously heaven, masuk toilet OKU tu, ada sink, puas hati weyyyy....Mohon faham. kuikuikuikuiiii....

Orang kat I-site siap ambik brochures, ada maps dah kat situ. Rupanya dekat. Walking distances je..... Oamaru merupakan pekan terbesar di North Otago. Pekan ok, its town, bukan City. Kalau city tu lain...City tu lagi besar macam Dunedin, Invercargill and Christchurch. Gituuuu...



Basikal untuk disewa dengan i-site. Bangunan kat sini semua bercirikan zaman Victorian dahulu kala.






Jumpa jugak farmers market, kami ternampak kedai jual homemade bread, kami pun beli roti dengan harga NZD 7.00 buat breakfast and beli cofffeeeeee! Yeayyy!! Roti dia super padat and berat. Kaya dengan bijiran dan gandum... Makan sekeping dah kenyang... Alhamdulillah. Berbaloi baloi...



Beli roti
Flat white satu...Cappucino satu...
Market nya kecik ja, ada beberapa stall saja tapi kira ok la kan...Boleh meets local people, tengok activity diaorg dengan lebih dekat. Market tu dekat dengan Harbor, so kami park van kat situ and lepak situ untuk breakfast. Haihhhh....best gila.. Asal breakfast ja, view nak over kan.... hihi.... 


Preparing breakfast..
Had  our breakfast next to the Harbor.
Kami dress baju tidur je masa ni. Dari pagi tadi.. Sampai la ke Moeraki Boulders, husband tanya, tak nak tukar seluar ka? Seluar ni kang nanti nak guna pakai tidur. Hmmm...betul la jugak....Tukar la pakai jeans. Actually, lagi comfortable and warm pakai seluar fleece Uniqlo ni compare to jeans. Beli kat bundle jeeee seluaqnya.. Sepuluh hengett..Berbaloi gituu!..

Dari Oamaru, kami meneruskan perjalanan ke Moeraki Boulders. Pantai yang ada batu bulat bulat. Attraction yang terkenal di South New Zealand. Tak jauh sangat perjalanannya. Ditambah pula masih awal pagi, jalan lenggang and bukak tingkap sikit sambil jalan..Rasa angin New Zealand.. pergh...... tak tau nak habaq mcm mana rasa. Sejuk yang mengembirakan semua urat urat salur darah. Menari menari gitu....Eh..over!!

Moeraki Boulders terletak luar bandar Dunedin, dari Oamaru singgah p sini and then drive ke Dunedin. On the way je. Pergi New Zealand wajib singgah sini ya!



Nak turun ke pantai ada 2 access. Satu access ada restoran and kedai souvenirs. Kalau nak dekat boleh turun ikut kedai tapi kena bayar or beli apa2 kat dalam kedai tu. Satu lagi kena parking jauh sikit and jalan kali. Kami ni semua pun nak bajet so jalan jela, tak jauh teraaa mana pong.  

The Boulders Moeraki ada banyak "batu" bulat bulat macam bola di pantai Otago New Zealand. Batu batu ni sebenarnya terbentuk di dasar laut kira-kira 60 juta tahun dahulu. Malas nak translate, sila baca fakta di bawah. hehe


"Scientists explain the boulders as calcite concretions formed about 65 million years ago. Crystallization of calcium and carbonates around charged particles gradually formed the boulders in a pearl-like process that took as long as four million years. The soft mudstone containing the boulders was raised from the seabed around 15 million years ago; waves, wind and rain are excavating them one by one."  


Dahulu kalanya ada banyak tapi semakin kurang sebab batu ni lama-lama akan pecah. Sorry, quality gambar tak berapa sebab guna ipad and sjcam saja. Kan best kalau Fujifilm XM1 kami ada battery..hukhuk.

Pinjam gambar Google yang lawa skekk..kuikuikui (source: fineartamerica)
 


Apa style ni?? hihihi





 Selepas selesai dekat Moeraki, kami terus gerak ke Dunedin. 



Di Dunedin, destinasi kami ialah Steepest Street in the world, Railway Station, Tunnel Beach and nak cari daging halal. hehe. Disebabkan Dunedin adalah bandar yang besar, potential nak dapat daging halal tu ada. Tapi sikit je la... Kebetulan hari kami pergi tu ahad, banyak kedai tutup. 

Masuk je Dunedin, kami nampak University of Otago. Dunedin ni banyak student je, sebesar besar kawasan tu majoritinya bangunan university. Ada banyak lagi bangunan lain dan keluar sikit dari city banyak resident area. 

Dunedin city definitely besar walhal tak besar mana pun compare dengan city kat Malaysia. Tapi nak compare dengan town yang kami dah pergi sebelum tu, kira besar la kan. Terasa la macam bertamadun sikit bila jumpa ramai manusia. haha



Nampak ja railway station, terus kami cari parking. Macam bangunan Sultan Abdul Samad kat KL tu ja kan.. Kalau baca sejarah New Zealand ni ditemui orang Europe yang datang berlayar. Antara yang terawal Abel Janszoon Tasman, dan lepas tu Captain James Cook. Patut la ada dua gunung kat sana namanya Mount Cook dan Mount Tasman. Tapi penduduk asal New Zealand adalah orang Maori. 

Dan New Zealand juga merupakan negara di bawah British Union sebab tu bendera dia ada lambang British tu. Dia dulu kala lagi join British dan rakyat dia disuruh jadi British army. Lain pulak dengan kita dijajah oleh British. Gituuu.. Saya tak ada pandai sangat bab sejarah ni so tak banyak la nak tulis. Nak tahu, boleh baca sendiri yeaaa....


Lama kami tunggu bas tu jalan, tapi tak jalan pun..So, ambil je la gambaq.
Spring is comingggggg.....

Lepas tu kami pergi cari Steepest Street in the world, Baldwin St.  Sumpah curam gila jalan dia. Jalan nak masuk rumah orang!! Nak cari jalan macam ni memang kena guna waze lah...On waze, tak jauh pun.. dekat saja.

Sedikit mengenai Baldwin Street:





"Baldwin Street, in Dunedin, New Zealand is the world's steepest residential street, according to the Guinness Book of World Records. It is located in the residential suburb of North East Valley, 3.5 kilometres (2.2 mi) northeast of Dunedin's city centre."



Larat tak naik panjat naik?
Rumah pun dibina senget ikut jalan tu.


Rumah dibina senget ikut bentuk jalan.....

Di Dunedin ada Islamic Centre yang jugamerupakan masjid. Kami singgah untuk solat jamak dan husband sempat berborak dengan imam kat situ. Katanya suasana kat sana agak menyedihkan. Community Islam makin kurang. Dulunya ramai student Malaysia, masjid tu meriah sikit tapi sekarang dah kurang katanya.

So, bersyukurlah kita hidup kita yang majoriti Islam. Mudah untuk kita buat amal ibadat. Yang penting kat mana kita pergi pun, ramai Islam atau tak, kita kena sesuaikan diri sebab Islam ni mudah cuma kita sahaja yang suka menyukarkannya. And wajiblah kita menghormati agama lain juga. 



Selesai solat, siap dapat nasi briyani lagi, kami teruskan perjalanan ke Tunnel Beach. Sebelum tu kami singgah ke Krazy Price Mart beli daging halal. Dapat beli 1kg frozen mutton. Info kedai ni pun kami dapat dari imam Masjid Al Huda tadi.


Disebabkan tak ada gambar lain nak tunjuk rupa kedai, paksa juga letak gambar ni dengan muka saya yang berlemoiiihh.
All meats are halal babeyhhh..!

Agak sukar saya nak percaya, Tunnel Beach yang secantik ni terletak di belakang kawasan perumahan. Kalau GPS or waze bawak korang pergi taman taman, lalu rumah orang, pastu destinasi kita adalah pantai mesti kita cuak kan. Betul ka ni? 

Seriously tak sangka...Dalam fikiran kami, Tunnel Beach ni jauh dari bandar, tapi rupanya dekat gila dengan Dunedin city. Rasanya dalam 10 km je. 

Kami sampai Tunnel Beach dah petang jugak. Nak turun ke cliff Tunnel Beach ni mencabar sebab track nya sangat steep..Lepas tu, nak naik balik memang lagi la sakit kan.Termengah mengah kami laki bini. Dah lama tak hiking, sekali dia bagi, hambik hang...pacak punya...jenuh mendaki..hahahahaaaa


Entrance nak ke Tunnel Beach. Nampak tak jalan dia, curam ke bawah. huhu



Track nak turun ke Tunnel Beach. Curam ya amat!





Dari kejauhan. Subhanallah... Cantiknya!








Tak berani nak naik sampai hujung tu.. Seriauuu...
Dekat Tunnel Beach ni ada satu terowong ada tangga untuk kita turun ke bawah, kawasan pantai tu. Kalau air tak pasang, boleh la turun macam kami turun ni ha. terowong ni gelap, ye la, mana nak ada lampu. Kalau tengahari maybe cerah lagi. Memula tak mau turun tapi aihh,,, rugi la kalau tak turun kan.

Haaa...lalu kami pun turun. 










After Tunnel Beach, kami meneruskan perjalanan lagi. Well, cerita hari ni belum habis. Panjang lagi tapi kita sambung lain kali ok.



Insyaallah. 


Thanks for reading.


Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK WENDEKREISEN HERE

NEXT POST CLICK HERE

2 comments:

  1. hi, keep on updating! i would like to know more as im planning to go there too next year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..insyaallah.. sy skrg tgh alahan teruk, baru pregnant.. tgh mencari mood nk update. susah hati jugak tgok blog ni dh lama tak update. I will come back. tq for your interest and support.

      Delete

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...