Thursday, October 29, 2015

DAY 3: OTEMATATA TO NUGGET POINT LIGHTHOUSE (Pt.2)

Assalamualaikum

NAK BOOKING CAMPERVAN MACAM KAMI NAIK TU? BOLEH BOOK DARI SINI




 BOOK HERE
BOOK HERE

Im so sorry sebab lambat untuk come back. Saya kurang sihat sikit lately so tak dapat nak get back to update. 

Mesti tak syok kan, baca sikit kemudian sekali nak next, terbantut da.....tak habis. Rasa macam nak kentut tapi tak lepas. Tak gitu? kikikiki...

Well, sekarang rumah kecil kami sudah ada unifi. Internet berkelajuan tinggi gitu, semangat nak update blog and siapkan video footage kami ke New Zealand semakin berkobar kobar. Percayalah, post sebelum ni saya hanya guna personal hotspot handphone saja. Tak sampai sebulan 2 GB nan hado lagi dah. Habis terus!



Following dari post sebelum ni kita stop kat Dunedin city. 

Semasa di Tunnel Beach lagi hari pun dah nak gelap. Seingat saya dalam pukul 5 lebih. 

Bercerita tentang perjalanan kami malam tu sangat la panjang. Ini semua gara-gara suami saya yang ambitious. Dia kata lagi jauh kita pergi lagi mudah perjalanan untuk esok. Tempat tidur pulak, kita tengok mana yang ok,  kita masuk. Kalau nak tidur holiday park pun tak apa la sebab dah dua malam kita free camping. Camera pun dah out. Teringin jugak nak tidur ada heater kan.  
Saya pun termakan dengan kata kata nya dah bersetuju. Tak sabar, siapa tak nak heater, dapat hot shower. Saya pun dengan lajunya angguk terus "Ok, jalan jauh sikit malam ni." 

Trip kami ni macam main redah saja ikut sedap rasa. Hahaha.

Kami melalui Highway 1 di malam yang gelap. Kereta pun jarang jarang. Arah kami semakin keluar dari wilayah Otago, semakin terpencil. Selepas Otago ialah Southland region. Maksudnya wilayah paling selatan dan bandar terbesar Southland ialah Invercargill.

Plan asal ialah tidur di wilayah yang berdekatan dekat Purakaunui Falls. Air terjun bertingkat yang super cantik. Kami dua sememangnya peminat tegar waterfalls. 

Selepas sejam drive dan melepasi pekan pekan kecil yang bagaikan hidup segan mati tak mahu, kami pun mula buat kira kira, kalau jumpa pekan yang besar dan meriah sikit, kita stop kat situ sajalah. Main gamble. Dalam kotak fikiran, kalau tak ada macam mana? Saya mengaku ada sikit takut dan risau tapi simpan dalam hati, tak sebut dekat husband. Saya tak nak dia turut risau. hihi. But seriously he is such a calm person. Rilekssss je. Heran aku. 
Untuk perkongsian, peta region di South Islan New Zealand. Print screen dari website, newzealand.com


Alhamdulillah, kami sampai ke Milton yang pekannya agak besar dari sebelum ni. Kira macam ada kehidupan sikit lah. Masa tu dalam pkul 8 malam. Awal la lagi. Kami decide masuk campsite. Kat sini tak ada la Top 10 Holiday Park. Yang ada hanya basic campsite. Boleh park dan guna facilities. Melilau jugak kami cari. Tempat parking luas, padangnya betul betul tepi main road, cerah sebab ada lampu jalan. Kami suka dan dapat merasakan selesanya tidur kat situ malam ni. 

Dua tiga kali pusing keluar masuk cari macam mana nak register. Selalunya dari yang saya baca akan ada honesty box tapi tak ada pulak kat situ, and berapa bayaran pun tak ada. Penat kami cari, almost give up, tiba tiba saya ternampak sign board kecil bertulis, 'caretaker'. Rupanya dia lah yang jaga tempat tu. Sedap dia berehat dalam cabin tu. Pelik jugak, tak akan la dia tak dengar bunyi van kami. 

Selesai buat bayaran, kami pun ambil kunci untuk bukak box power supply dan cucuk. Bayaran dikenakan adalah NZD 15 seorang. Kira murah ni......! Toilet and kitchen dia pun selesa. Happy teramat sangat time ni. Dok bayang syoknya mandi, heater....Waaaaahhh!

Tetapi................
Power supply tu tak berfungsi. Kami pun tertanya apa yang tak betul? Van yang rosak? Ke power supply kat sini tak ON? agak hassle time tu, siap tukar try parking kat site lain. Pun tak boleh. Heater tak boleh ON and same goes to plug. Tak menyala. Haru! 

Habis bercelaru la jugak, dengan penat, bertambah lagi frust kami. Kami pun call technical support Wendekreisen untuk bertanya. After dah cakap cakap, explain bla bla, berjuta kali cek dan cucuk still tak boleh, dia advise kami untuk pergi ke pusat service centre di Invercargill. 

Ya Allah, Invercargill was like jauh lagi bro!.

Dengan perasaan kecewa, kami pun pergi mintak duit return from owner tu. Mula mula dia tak nak bagi sebab dia kata its not my problem. Tapi lepas explain semua, dia pun pasrah return balik NZD 30 kami. Musnahlah cita cita nak tidur dengan selesa malam tu.

Bukan tu ja, berkecai jugak impian nak pergi Purakaunui Falls. Kami tak boleh nak biarkan campervan macam ni. Kalau betul ada yang rosak, mesti kena baiki kan? Nak tak nak, kami kena pergi jugak Invercargill malam tu. So, esok awal pagi kami terus boleh pergi bengkel untuk cek van kami. 

Namun begitu, kami tak nak lepaskan satu lagi tempat iaitu Nugget Point Lighthouse. Dah la terpaksa abandone Purakaunui Falls, lagi nak skip Nugget Point, memang tak laaaaaaaaaaaa.....

Dalam perjalanan, sambil study study dengan Google dalam line 3G yang sendu sebab kawasan terpencil kan, kami buat keputusan untuk pergi ke Nugget Point Lighthouse malam ni jugak! 

Dari Milton ke Nugget Point mengambil masa hampir 2 jam. Husband pun dengan tenang drive John Andrew membelah malam yang gelap. Lama sikit dah jalan tu berkurang la rasa stress, even saya pun terkejut saya tak ada rasa nak bebai sebab mungkin kami sudah pun dari awal siapkan mental, mesti ada cabarannya travel macam ni. So, here it is. Inilah cabarannya. Saya pun terkejut dengan diri saya yang entah macam mana boleh jadi sangat calm. Hurmmmm....

Kami sembang and buat macam biasa sepanjang perjalanan. Penat tu memang tapi just enjoy the moment sajalah. Ye dok?

Husband pun bukan main speeding jugak sebab nak sampai cepat sikit katanya. Kami pun belum makan apa lagi selain dari breakfast dekat Oamaru pagi tadi dan makan roti kering dalam van. 

Kami semakin menghampiri Nugget Point tapi before tu jumpa Kaka Point dulu. Pekannya pun kecil. Kami tak tahu apa yang ada di Nugget Point tu. Entah ada tempat untuk campsite ke tidak. Of course ada search tapi sumber tu macam samar samar sikit. 

Nak naik ke Nugget Point tu kena lalu jalan yang bumpy, sebab jalan tu gravel saja. Tak ada tar. Jaaaaaauuuuuhhhh kedalam. Lalu tepi pantai, kona kona baring jalan dia, mendaki daki, jenuh teran. Malam pulak, rasa macam tak syiok la sangat sebab tak nampak apa sangat. Kami sampai dekat atas tapi seriously gelap and no camping allowed!.

Semasa kami melalui tepi pantai tu, dah ternampak ada campervan lain parking kat situ. Ada sebuah dok park elok and tinggal sikit lagi space untuk park lagi satu campervan. Macam dah memang tersedia untuk kami. 

Masa tu, dah decide, kalau kat atas tu tak boleh park, kita join depa ni sajalah. 

Then, patah balik, memang kami parking belakang van tu. Kat situ pun tak boleh free camping tapi kami tawakkal saja. Mohon tak ada la pihak berkuasa rajin nak ronda sampai sejauh tu and tak ada orang local yang report. 

Masa tu hati rasa lega sangat, akhirnya perjalanan kami untuk hari tu berakhir jugak. Cepat cepat kami prepare untuk masak dan siapkan diri untuk tidur. Malam ni, kami masak kari daging and sayur brocolli. Dah tadi kita borong mutton satu kilo kan... Makan pulak dengan nasik briyani yang kami dapat masa singgah dia Masjid Al Huda. Alhamdulillah. sedapnya, kenyangnya tak terkata. Syukur alhamdulillah. Hilang semua penat.

Kari mutton with broccoli goreng. Nyum nyum!
Masa ni, water supply pun makin kurang. Air pun kena catu..hahahaha..Mencabar ke idok trip gini? 

Apapun, Alhamdulillah, walaupun tidur betul betul tepi curam yang ada laut tepi, anginnya kuat sangat, cuaca kurang mencengkam malam ni. Tidur lena, walhal awalnya saya sebut dekat suami,

'Macam mana kalau tiba tiba Tsunami.'?? 

Yelah, ombak dia jenis tinggi tingi bak hang, deraihhh punya. Mesti la cek takuut! Husband pun, 

'Aish, apa la awak ni. Jangan la doa yang tak elok.'

kikikikikiiii....

Insyaallah, nanti kita sambung hari ke 4 next entry ok.

Thanks so much for reading!

NEXT POST CLICK HERE

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...