24 AUG 2015 - Nugget Point Lighthouse - Invercargill - Bluff - Te Anau
Assalamualaikum.
Well, I am back. Very sorry sebab lama menghilang sebab saya eheemmm ehemmm...tengah pregnant 4 bulan. Alahan super teruk sampai berkali kali pengsan and warded. Langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Cukup sekadar pergi kerja, balik rumah terlentang, habis battery terusssss. Allah, bukan senang nak jadi seorang ibu. Banyak cabarannya.
Alhamdulillah, sekarang getting better cuma kena jaga pemakanan. Jangan makan yang baby tak suka, satg dia punya marah.......habis semua flat. Kemain baby eh, buli mama dia.
Baiklah, jom sambung.
After pusing pusing Lighthouse, kami pun gerak keluar dari situ. Destinasi kami ialah Invercargill city. Sebab utama ialah nak pergi service centre cek apa masalah van kami. Kan masa nak masuk campsite dekat Milton tu, power supply tak masuk.
Before sampai Invercargill, kami singgah beli kopi di Gore untuk panaskan badan. Masa tu hujan sepanjang jalan. So, coffee the best and sangat diperlukan. Husband ajak berhenti kat mana mana sekejap, minum kopi and same time breakfast sekali. Tak syok sambil kereta bergerak nak buat itu ini.
Cafe Ambient at Gore |
Ujian demi ujian kami lalui, ini ujian lain pulak. Ujian tahap dewa punya. Streeeessss!!
Masa tu kan hujan, entah macam mana husband main masuk satu lorong ni, dia ingat ada la tempat boleh singgah sat. How come sayang, itu resident area, rumah orang, macam kampung kampung. Tak mungkin ada tempat. Why not kita balik main road and straight lagi, mana tau kalau ada rest area. Masa nak u-turn tu la berlaku nya sesuatu yang paling mintak jauh jauh. Tayar masuk dalam selut. Rumputnya nampak hijau je, tapi sekali tayar masuk, habis. Tersekat teruk. Berjam jugak kami dua orang dok adjust tapi tak jadi.
Dua tayar sekali..haruih masuk dalam tanah. |
Masa ni kami punya sejuk, terketaq ketaq....Dengan hujannya lagi.....
Saya jalan and cuba cari pertolongan but tak ada yang dapat nak tolong. Siap kena ligan dengan anjing. Tempat kejadian actually sebelah dengan rumah orang tapi macam sunyi sepi. Kami assume tak ada orang. Dah habis ikhtiar, saya paksa jugak husband suruh try jugak ketuk. Mana tahu kalau ada. Ya Allah, adddaaaaaaaaaa... Seorang untie dah berumur, Marilyn katanya da 72 yo. Dia call one of dia punya neighbour, Peter untuk tolong kami. Katanya ada trekta besaq boleh tarik van kami. Punya besaq trekta dia... Sekelip mata ja dia tarik. Siap!
Peter yang baik hati.. |
Basah lencun...haha |
Padahai kami punya bergelut dalam hujan tu, dok try sampai nak hangit tayar van tu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hambamu ini ketika itu. Peter ni pun dan berusia jugak. Super friendly. Dia asyik cakap no problem, its small matter. Kami rasa bersalah terpaksa kacau Marilyn. Marilyn pun punya la baikkkk..Tak tau nak habaq.
Selesai cakap thank you semua, kami pun bergerak menuju ker Invercargill. Kopi pun dah sejuk. hahahahaha...So, korang nanti hati hati especially semasa hujan. Jangan la mandai mandai. Rumput tu drama ja, konon keraih tapi lembut...hurmmmm..
Masuk je Invercargill terus waze service centre tu. Berkali kali jugak la pusing and tanya orang, waze pun bukan boleh percaya sangat. Invercargill ni tak besar sangat macam Dunedin tapi ada semua yang diperlukan if barang keperluan habis ke. Boleh la singgah New World untuk restock barang keperluan.
Sampai service centre terus masuk and bagitahu apa masalah. That time I tak follow, just tunggu kat waiting room. And masa tu ada untie, rupa macam orang Maori. So, borak2 dengan dia sambil menunggu. Sekejap je lepas tu dah siap. Diaorg buat test and memang tak ada apa masalah. Semua boleh guna. So, kami pun agak mungkin power supply dekat campsite tu yang problem. Errmmm... tak apa la. Kita move on je. Malam ni kami mesti masuk campsite... Eeeiii...tak sabaqnya.
Hujan saja tengah hari di Invercargill. Tak ada singgah mana pun..Dok nampak Te Anau saja. |
Sampai service centre terus masuk and bagitahu apa masalah. That time I tak follow, just tunggu kat waiting room. And masa tu ada untie, rupa macam orang Maori. So, borak2 dengan dia sambil menunggu. Sekejap je lepas tu dah siap. Diaorg buat test and memang tak ada apa masalah. Semua boleh guna. So, kami pun agak mungkin power supply dekat campsite tu yang problem. Errmmm... tak apa la. Kita move on je. Malam ni kami mesti masuk campsite... Eeeiii...tak sabaqnya.
Tapi sebelum tu, kami singgah Bluff dulu. Tanah yang paling hujung untuk South Island ni. Tak ada la apapun kat situ tapi tetap nak pergi jugak. Cuma ada tanda jalan color kuning tu. Bluff ni adalah yang paling hampir dengan South pole. Actually, Bluff ialah kawasan port so jalan dia agak bumpy and lubang banyak sebab lori treler besar yang menggunakan jalan tu. So, hati hati ya...
Kami kat Bluff just sekejap saja. Plus hujan pulak and kat situ memang tak ada apa kecuali ini,
Snap gambaq sikit, kami pun bergerak keluar dari sana menuju ke Te Anau. Masa tu dah petang jugak. Around pukul 4 lebih. Dah nak gelap so kena cepat gerak untuk sampai ke Te Anau. Maklum saja van kami tak boleh nak laju. Kena bawak ala ala romantic gitu. Perjalanan dari Invercargill ke Te Anau mengambil masa dalam 2-3 jam jugak dengan van kami tu. Melalui State Highway 94, perjalanan ke Te Anau akan melalui kawasan kampung, byak ladang ladang yang terbentang luas. Well, memang itu lah New Zealand.
So, kat bawah boleh nampak route kami, from Kaka Point tu which is the closest to Nugget Point Lighthouse, drive patah balik ke State Highway 1 and singgah dia Gore, Invercargill and Bluff. Then drive naik semula ke atas pergi Te Anau.
Sampai Te Anau, hari pun dah gelap. Tak dapat nak tengok apa sangat. Tapi pekan dia hidup. Nampak penuh since ini lah pitstop untuk nak pergi ke Milford Sound. Semua ada kat sini. Walking distance je. Masa tu dalam fikiran kami nak masuk Top 10 Holiday Park saja sebab nak puaskan hati yang dah berapa hari tak masuk campsite. Agak mahal kalau nak compare dengan campsite lain which is NZD 22 untuk seorang. Kami redha and masuk je. Kebetulan ada kosong lagi. Bayar and park.
Bestnya, semua facilities ada. Rasa puas sangat. Tip top. Bersih dan first time kami rasa meriah sebab adanya traveler lain kat situ. Ramai ramai dok mencuci pinggan and masak kat kitchen. Kami masak dalam van jugak sebab malas nak mengangkut barang semua pergi kitchen. Just guna untuk cuci periuk pinggan saja.
Hilang penat lelah, akhirnya kami dapat tidur dalam kehangatan, dapat pasang heater malam ni. Before tu dup dap nak cucuk power supply. Risau takut kejadian sama berulang namun kami silap, heater boleh ONNNNN....Semua gadget boleh charge. Ya Allah...Syukur.
Hilang penat lelah, akhirnya kami dapat tidur dalam kehangatan, dapat pasang heater malam ni. Before tu dup dap nak cucuk power supply. Risau takut kejadian sama berulang namun kami silap, heater boleh ONNNNN....Semua gadget boleh charge. Ya Allah...Syukur.
Dinner kami malam ni. *Tetiba rindu sayur NZ. Fresh fresh dan segar dan sedap!! Kuah black pepper tu guna yang serbuk instant bawak dari Malaysia. Lamb tu yang kami beli di Dunedin. Nyum nyum.. |
So, malam tu kami dapat mandi hot shower, masak sedap-sedap. Phewww......Lega..Nikmatnya! Tidur dengan lena malam ni. So, itu saja untuk masa ni. Esok pepagi kami bangun and bersiap untuk ke Milford Sound. Jumpa next entry. Insyaallah.
Thanks for reading.
Tengah tengah menaip ni terasa rindu sangat dengan kenangan kat sini. Banyak cabaran dan yang paling penting semuanya mengajar kami untuk kekal kental. Gitu......
Tengah tengah menaip ni terasa rindu sangat dengan kenangan kat sini. Banyak cabaran dan yang paling penting semuanya mengajar kami untuk kekal kental. Gitu......
Lots of love. :)
Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.
NEXT POST CLICK HERE
Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.
NEXT POST CLICK HERE
wah...cepat la hapdate...hihihih baru day 4 ni..
ReplyDeleteInsyaallah..tengah pulun ni. entry Te Anau ke Milford Sound panjang. Banyak gambaq. ambik masa skit. terima kasih sebab follow cerita saya yang tak seberapa ni. Much Appreciated..
ReplyDelete