Saturday, October 1, 2016

DAY 8: FOX GLACIER

28 Aug 2015: Haast - Fox Glacier - Franz Josef - Lake Matheson - Ross






Assamualaikum.


Amacam Blue Pools, cantik tak? cantik gila en...en..en.. 

Ni nak share route kami hari ni. Kami drive sampai ke Ross dan bermalam disitu. 





Pagi ni kami dengan semangatnya meneruskan perjalanan menuju ke Fox Glacier. Menggunakan State Highway 6 kami pun menuju ke detinasi. Pagi ni cuaca suram sikit macam nak hujan then memang hujan tapi tak lebat. Apapun view kiri kanan memang lawa. 

Ini antara view kami sepanjang menuju ke Fox Glacier. Layannnn...





Ini kira macam RNR. Kami stop sekejap regangkan otot. Ada public toilet, boleh la kalau sesiapa nak lepaskan hajat.




On the way tu kami terjumpa Salmon Farm dan singgah. Sebab tak sempat pergi farm yang dekat Twizel, kami pun singgah yang ini. Kecik je tapi kira halal la kan.. Kami pun beli la dua ketul Salmon buat bekalan since harga boleh tahan murah jugak.




Ini ja kolamnya. ikan salmon ni hidup dalam air yang datang terus dari air bukit. Bukan air paip tadah tu ye.


Jangan sangka kolam kecil tak ada apa..Ikannya haaa... Jenuh edit nak bagi nampak ikan kat dalam tu....

Perjalanan sepanjang West Coast ni memang nampak hijau je. Sangat menyenangkan. Sedap mata memandang. 

Masa sampai ke Fox Glacier kami tercari cari jugak macam mana nak pergi tengok Glacier tu. Based on bacaan, katanya kena trekking naik. And ada juga just tengok dari look out point je. Cari dan cari, of course dengan follow sign board kami pun sampai. Location ni agak jauh dari main road. Tak susah pun nak cari. Follow sign board je. Mesti jumpa. Masa kami sampai orang tak ramai, and probably orang dah habis trekking. Tempat ni macam bahaya sikit so maybe tak ramai prefer nak pergi. Dinasihatkan jangan pergi terlalu lewat sebab nanti kang tak boleh masuk pulak. Nak trekking ni free je. Just kalau petang takut air naik, so tak boleh trekking. And one thing, kalau dah nak gelap memang membahayakan. 

Masa trekking, hujan renyai renyai tapi redah je lah.. Memang mengah la mendaki ha....walau tak tinggi mana tapi penat oii... Sejuk tapi berpeluh... So, boleh agak la penat dia macam dia. Dah lama tak hiking, pancit la apa lagi.

Actually track ini untuk yang nak tengok free tapi dari jauh je. Sebenarnya tak lah jauh sangat. Boleh nampak agak dekat, just tak boleh nak pergi lebih dekat and pegang glacier tu. If korang ada budget lebih boleh ambil tour and ada guider bawak pergi jalan dekat dengan glacier. 

Sepanjang trekking, kena hati hati. Ada banyak kes kematian jugak sebab berlaku runtuhan. Batu kat sini akan bergerak hari hari so runtuhan boleh berlaku bila bila masa. Jadi berhati hati okey.




Information board. Dia akan update condition track untuk hari tu, ok ke tak. Tu tulis GOOD mean ok lah. Walking hour 1 hour tu adalah mengikut kaki mat saleh ok. hahahaaa..


Perubahan landscape glacier dari tahun 2008 ke 2014 semakin berkurang. Glacier mencair akibat pemanasan global. Nak lagi best, boleh naik heli tapi mahal la dik non...




Ini ha track nya...Jalan ikut penanda hijau kuning tu. 




Runtuhan batu batu. Tengok, batu dia kaler oren.


Sikit lagi nak sampai.... 


Inilah dia glacier tu... Ais batu yang keras kejung. Beratus ribu tahun untuk cair..Tapi sekarang semakin cepat cair sebab suhu bumi kian meningkat. Salah siapa??? Manusia la....






Zoom dekat lagi..






Gambar style apa tak tahu laaa...

Hujan pun makin nak lebat, kami pun cepat cepat trekking balik. Basah lencun la jugak. huhu. Masa ni dah tengah hari, pukul 12 lebih. Kami plan nak singgah Lake Matheson pulak. Lake Matheson ni terkenal dengan gelaran ' mirror of the Alps'. Memang cun sgt. Untuk nak dapatkan reflection yang perfect air haruslah safe and sound. Malangnya hari hujan, memang punah la harapan. 

Semasa kami sampai di parking lot tu memang hujan lebat sangat. Then, husband pun suggest apa kata kita masak untuk makan tengah hari. He volunteer to cook salmon. Good idea sangat. Sambil tunggu hujan berhenti kan....Perut pun kenyang. Sejuk sejuk macam ni memang la lapar je perut ni.


Ini ha signboard. 




Simpang nak ke Lake Matheson


Prep for Salmon


Tara....ini lah lunch kami..... Sedap sangat sangat. nyum nyum.

Setelah hujan mula renyai sikit, kami pun decide untuk pergi jugak. Cuba nasib walhal dah tahu pun memang tak kan dpt punya. Masa trekking tu dalam hati memang menyumpah jugak, kecewa sebab jauh..... jalan punya jalan tak sampai lagi. Kona kona siap dalam hutan tu, daki bukit turun bukit tak sampai. Hujan lagi, and then hari makin gelap. Dah tu kami berdua je yang ada. Tak nampak orang lain. Dalam hati dah tak sedap tapi layan kan je. Dah datang jauh jauh, haruslah tak sia siakan peluang. Berjalan sehabis habisan. Enjoy jeeee...

Serius cakap, hati rasa tak syok sebab hari makin gelap...Jauh weyh tera nak sampai ke lokasi yang kami nak pergi tu. Kalau hari tak hujan, cerah memang cantik. kecewanya sebab hujan pulak.. kalau tak memang jadi scene photography la pulak kt dlm hutan tu. Kami jalan laju laju dalam kesejukan. Dah la winter, hujan lagi, basah kuyup, terketaq ketaq. hahahaha..


Ada la terserempak dengan few mat saleh tapi diaorg dah patah balik. Sesampainya di lokasi, lagi lah bertambah kecewa. Apa pun tak dak..hahaha... But its ok. Setiap perjalanan pasti ada cabarannya kan. Kita merancang je, yang lain tu terpulang pada rezeki.

Ada restoran kat sini tapi dah hujan, mananya nak ada pelanggan... Hmmm..kami tak masuk pun. Tumpang lalu je.


Lalu tepi farm, ada la satu group lembu ni. Heran je dia tengok kami. 
Jauh gila. Masa ni macam dah give up. Tak nak pergi tapi suami den beria ia ajak. So, marilah kita trekking lagi.
Ini lah dia tasik yang sepatutnya ada reflection Alps kat belakang tu tapi nan hado haaa....
Sepatutnya kalau cuaca elok masa tu, ini la viewnya....Geram kan??? (Source: google)
Ini satu lagi (source: google)

Lepas tu kami pun berjalan balik. Hujan semakin lebat, berlari la kami, ala-ala macam cerita hindustan gitu.... Basah bersama. hikhikhikkhikk.. Kami singgah isi petrol kat town Fox glacier dan nak isi tong gas. Sekali untie stesen tu timbang, dia kata banyak lagi ni. Tak perlu topup. Bagus sekali.....




Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan. Misi seterusnya ialah nak cari tempat bermalam pulak. Sepatutnya kami kena free camping saja malam ni, sebab semalam dah berhabis duit tidur dekat holiday park. Namun begitu, kami tak jumpa tempat yang sesuai. Sepanjang jalan kami cuma hutan kiri kanan, pekan pun kecil sangat. Kiranya, kita dah ke arah pendalaman South Island. And one thing, area ni kurang famous dikalangan pelancong kot, just orang local je... Selang jarak antara satu kampung and next jauh gila. suka hati panggil kampung, tapi dah memang macam kampung suasananya. 

Wonder kami macam mana orang kat ceruk ni pegi sekolah, beli barang sebab town memang super la jauh. Jalan punya jalan, sampai la kami di pekan kecil nama Ross. Then kami decide stop kat sini dan cari tempat tidur. Melilau lah kami, last last kat situ jugak.. sebab kecik sangat Ross ni. 


Based on apps, ada satu campsite dekat hotel Empire Historic ni. Masa kami sampai tu, gelap je kat area ni, and nampak la hotel nya. Cuma tak pasti kat mana parking site. Selepas dah penat pusing, tambahan dengan suasana gelap mengehadkan lagi pencarian kami. Kami pun beranikan diri, park and masuk ke bar Historic Empire Hotel tu. 


Phewwwww....bukak je pintu semua orang stare dekat kami. Mesti diaorg curious dari mana datang lah dua orang ni tengah malam.. Kat dalam tu ada bar, ramai orang and bising. Kat luar sunyi je. Sekali masuk, rupanya orang kat Ross semua berkumpul kat sini kot. Then kami pun pergi ke seorang bar tender ni and tanya. Dia kata memang ada site right next to the hotel. Yang kami nampak sebelah hotel tu ada satu area, ada cabin satu deret tengah renovate. Tak gelap, tak cerah. 


Yes, kat sini lah.... selesai bayar, sangat murah, NZD 15 for two. The cheapest cumanya tak ada power. Kami dapat guna kitchen and toilet and most importantly space to parking and dijamin tak kena saman. haha. 


Kami pun dah letih sangat, seharian atas jalan. Kami pun siap siap mandi and masak for dinner yang simple and go to sleep. Malam ni hujan renyai renyai, cuaca sejukkkkk...


since time ni dah hujung winter and kami semakin ke north, hujan agak kerap sebab transition nak ke spring and semakin kurang sejuk.




Dengan ini berakhirlah hari ini. Jumpa next post. Insyaallah.

Book your campervan here. Boleh la I dapat commission.. hehe. 



 BOOK HERE


Lots of love.



Monday, August 1, 2016

DAY 7: LEAVING QUEENSTOWN (Pt.2)


27 Aug 2015 - Queenstown - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Cardrona - Blue Pools - Haast

Alhamdulillah. Saya kembali menyambung kisah perjalanan bulan madu kami. Syukur Ya Allah, saya juga telah selamat melahirkan baby girl pada 15 Jun 2016 yang lepas. Hari ni baru habis pantang sangat sangat.

hehe...mesti semua geram kan, baca punya baca sekali cerita tergantung. Sorrrryy yee... harap harap korang tak marah dan berhenti membaca blog saya. hahahaaa..

Seperti dijanjikan on last entry, saya nak share video real fruit ice cream di Cromwell kan.. Ok, saya akan tunaikan janji saya. 
Selamat menonton!. Banyaknya ice cream dia cedok, dengan mix berries lagi.. nyumm..nyumm... Mohon jangan terliur... 



Lepak makan ice cream kat parking. Sejuk pun boleh bantai ice cream lagi. hahahahaa..
Ladang buah di Cromwell. Kiri kanan jalan jumpa ladang buah. 


Skydive..Sapa nak buat boleh simpan duit.

Town Cromwell terkenal dengan hasil buah buahan diaorg.. Memang banyak sangat buah apple la, orange la, anggur, strawberry and macam macam. Kami pun ambil kesempatan beli sebungkus ada mix fruit dalam tu. Tak ingat dah harganya berapa tapi murah la yang pasti. 


Selepas siap makan ice cream, kami meneruskan perjalanan kami ke Wanaka. Actually nak ke Cardrona nak kena lalu Wanaka dulu. Tapi kalau korang ikut jalan Crown Range Road tu akan terus turun Cardrona. By the way, Wanaka dengan Cardrona tak jauh mana pun. Dengan view yang tidak pernah mengecewakan, confirm tak rasa apa punya lah..

Apa yang ada kat Cardrona ni? Ha....kat sini ada hotel pertama di New Zealand. Sejarahnya boleh baca di Wikipedia. hahahaha..

Ini lah dia hotel pertama dan tertua di New Zealand.


Dan ini satu lagi tarikan Cardrona iaitu Bradrona. Apapun ta bolehhhh la...

Setelah habis tengok tengok di Cardrona, kami pun berpatah balik dan singgah di Wanaka jap. Nak pergi tengok pokok yang famous kat Wanaka ni yang orang panggil 'Lone Tree of Wanaka'. Kenapa lone? Ha...sebesar besar tasik tu tiba tiba ada sebatang pokok kat dalam tasik tu. Bukan tumbuh tepi tasik tau tapi dalam tasik. Agak pelik la... Pokok ni pun turut berubah mengikut musim. Since kami pergi time winter, pokok tu memang kering lah.. Tak ada daun haaa...


Famous lone tree of Wanaka.... 


Hehe...

Kalau dah ke Wanaka, wajib lah singgah Puzzling World Wanaka. Tapi kami tak masuk pun. Tengok kat luar je.. Agak mahal nak masuk, dalam 20-30 NZD tak silap untuk seorang. Lagipun kurang berminat. Dalam nya ada la macam trick eye painting and puzzling games. Kami pun tak sure, kalau nak tau, boleh la korang masuk. Or boleh check out story from other blogger.





Jauh lagi perjalanan nak sampai Blue Pools. Kami bercadang nak stop dan bermalam di Haast. Tujuan nak ke sini sebab nak tengok air terjun biru jernih gila babeng yang namanya Blue Pools terletak dekat Makaroa, which is sebelum sampai town Haast. Masa ni kami masih lagi ignorance pasal Haast. 


Kami menyusuri State Highway 6 yang agak sunyi. Memang tak ramai yang lajak sampai ke North. Mostly, akan pergi sampai Queenstown dan balik ke Christchurh. Jadi jarang jarang nak nampak campervan or RV sepanjang perjalanan kami. On the way, kami melalui Lake Hawea yang tidak kurang cantiknya. Dia punya mirror memang jaw drop. Lake Hawea ni besar, jauh jugak perjalanan kami still dok nampak Lake Hawea ni. 


Lake Hawea









Permandangan nak ke Makaroa semakin landai view kiri kanan, dah tak berbukit sangat.. Dan semakin ke pendalaman, sunyi dan line telefon koi hilang.. Seriously, sunyi..sepanjang puluh kilometer, cuma hutan kiri kanan. Kawasan ni banyak DOC camping site yang sangat sesuai untuk orang yang tak takut hutan dan gelap. Lepas habis jalan Blue Pools, kami berhenti dekat satu spot ni. Mula mula konon nak stay kat situ tapi tak jadi. Banyak kali jugak stop, ada satu sudah ada mat saleh park. Situ macam confident sikit tapi tak jadi jugak.. Hahahahaha...Walhal, saya dan husband pun macam la tak biasa. Masa zaman uni selalu hiking and tidur dalam hutan gelap. Bezanya itu tempat kita, ramai ramai pulak. Ini berdua je, tak sanggup nak park campervan kat site yang gelap gelita bila malam malam. Haihhh..seram. 




Punya la jauh perjalanan, masuk hutan keluar hutan, jumpa sungai, tak jumpa sungai, baru la sampai. Agak cuak jugak masa tu....Betul ke ni, sebab sunyi and agak lewat dah... Tapi masa tu kebetulan ada RV jugak join singgah Blue Pools. Haaa, geng abang abang long dari Malaysia. Seronok seyh jumpa orang Melayu kita... Diaorang ni siap bawak joran pancing lagi pergi Blue pools tu. Semangat nauuu.... Kami laki bini masuk dulu, geng abang long ni dok lepak lagi dekat carpark. Elok kami siap, nak gerak balik, baru nampak diaorg. Lama ngat lepak, santai betul ehhhh....

Blue Pools ni sangat la cantik, subhanallah....Airnya biru jernih sejernihnya... Terkedu kami nengoknya... Excited, punya la cantik. 


Parking tepi jalan dan masuk hutan sikit. 30 min walk.


Jambatan pertama.


Jalan lagi...



Taraaaaaaaaaaaa.............Amacam?

Selama dojk baca baca blog, mat saleh terjun je tapi rasanya bukan time winter. Tapi diaorang apa kisah....Diikutkan kepala ting tong tu mau dia terjun jugak dalam keadaan sejuk pun.. hahahaha..



Memang rasa nak terjun. Kalau summer, dah turun mandi nihh...


Ha...kena lalu jalan ni nak pergi ke Blue Pools. Masuk hutan dulu...

Selesai dekat Blue Pools, kami pun teruskan perjalanan ke haast. Ya Allah, pekan Haast sunyi sangat sangat sangat. Macam pekan mati. Masa on the way, kami singgah jap tepi sungai, konon nak ambik gambar. Then ada couple mat saleh, kitaorang borak borak. Diaorang cadang nak tidur kat haast jugak tapi katanya Haast macam ghost town. So, depa cancel and decide nak continue perjalanan. Alaaammaakkk...cane ni. Couple ni dari North nak ke Queenstown, diaorang stop cari kayu api. Nak camping agaknya....

Pekan Haast sangat kecil, kami sampai dalam pukul 7 lebih dah gelap, kedai semua dah tutup, ada beberapa buah rumah je dalam town tu. Masa tu macam eh....betul ka ni? 

Kami pusing pusing cari campsite. Kononnya nak free camping je tapi dengan gaya tempatnya ni memang takdak harapan la... Selepas survey beberapa tempat, eh, beberapa ke? Ada pun dua ja...hahaha.. Last kami decide masuk Top 10 Holiday Park Haast. Ini confirm selesa dan selamat. Gituuuu....

Sampai pun dah gelap, risau kot kot kaunter dah tutup ke. Alhamdulillah, masih ada orang. Selesai reg and bayar, kami pun park campervan and mulakan rutin biasa. Malam tu cuma ada 2 campervan dan 1 RV. Family mat saleh ni dari Australia. Ada anak laki kecik dua orang, diaorg siap berBBQ lagi kat situ. 

Ini dia Holiday park Haast. Pagi keesokannya sebelum keluar kami ambik gambar dulu.








Perjalanan yang panjang, tidur lena nyenyak kami malam tu. Dapat pulak hot shower. Syahduuuu....  Tak sabar nak teruskan perjalanan esok pulak. 

Insyaallah, jumpa next entry. 

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.
 BOOK YOUR CAMPERVAN HERE


PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...