BE HELPFUL, HANDFUL, FULL OF HANDS...
Assalamualaikum.fuh...fuh...jampi sikit keyboard nih, mudah mudahan akan jadi semakin rajin untuk update blog.hehu.
Entri kali ni lebih kepada nak menasihati, complaint dan seangkatan dengannya. Orang Malaysia memang kaya dengan budi bahasa dan sifat bekerjasama yang utuh dan mapan ibarat aur dengan tebing..
Terima kasih kepada mereka yang membuat Malaysia dikenali dengan sifat sedemikian. Tetapi tidak kurang ada orang yang suka merosakkan susu sebelanga yang nenek saya buat dengan setitik nila. Ciss, kurang hajaq hang noh.
Mereka ini hanya segelintir sahaja namun mereka berjaya mempengaruhi orang lain untuk turut serta menjadi pemalas macam mereka. Saya sangat tidak faham kenapa orang boleh jadi malas semalas malasnya. Mana mai pun tak tau orang macam nih.
Sebenarnya dalam nak menjad helpful, handful and full of hands ni tak susah. Bukan semua orang mampu membantu dari segi duit ringgit dan harta benda. Kita boleh menjadi helpful dengan pelbagai cara lain.
Hampa semua mesti pernah pergi shopping mall kan? Tecso, Giant, Jusco and yang paling dekat dengan rumah sewa saya di Melaka ni Mydin lah.
TROLI....Susah sangat ka nak kembalikan troli yang hampa guna ke tempat dia balik. haish, yang ni lah part yang paling saya tak suka orang Malaysia selalu buat.
TROLI barang dibiarkan bersepah, kadang-kadang dia tinggal ja belakang kereta orang lain. Silap hari bulan tayar troli tu berpusing, terkena pulak kereta orang. Ya Allah. malas sungguh hampa ni. Tak paham akuh. Marah ni marah!
So, lepas ni please lah tolong kembalikan troli tu. Apalah salahnya tolong brader bangla tu. Tak rugi malah dapat pahala lagi. Hampa sedaq tak bila hampa mula tinggal troli tu, orang lain akan mula anggap perbuatan itu boleh. Sah di sisi undang-undang. Orang akan kata macam ni, " Eh, dia tinggai troli rata-rata boleh ja." Habis semua orang ikut perangai buruk hang. Kalau hang buat benda baik, orang ikut insyallah sampai ke kubur pahala hang dapat.. Tak gitu??
So, kakak-kakak, abang-abang, adik, mak cik pak cik, tunjukkanlah sifat tolong menolong yang digembar gemburkan selama ni. Jangan hanya menjadi seperti indah khabar dari rupa. Buang lah sifat pemalas tuh.
Bukan susah pun nak jadi,,
HELPFUL, HANDFUL and FULL OF HANDS.
Chill..Bye.Assalamualaikum.
Regards,
SitiSakinah
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.