Saturday, February 16, 2013

#LANGKAWI 2ND TRIP

Assalamualaikum w.b.t


Eh?Langkawi lagi? Here is the link about my previous trip to Langkawi, #Langkawi.
Tadak tempat lain ka nak p? /nobigdeal ...Well, alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki dan kesempatan yang Allah bagi kerana dapat bercuti sepuasnya semasa semester break kali ini. First trip pergi dengan parent, so tak berjalan sangat. Banyak habis masa kat rumah tok je. But second trip ialah trip muda-mudi bersama cousins and siblings. ahakkss..

Trip ni just main terjun terjun ja..Planning tak proper sangat, sekadar nak lepas gian untuk snorkeling. Wehuuuoo.. Berbekalkan semangat yang ada, saya contact dengan sedara di Langkawi, mintak tolong carikan package snorkel yang murah untuk kami. Well, muda mudi kan, mana nak ada duit sangat. Bab duit memang kena planning betul-betul. 
Daripada research saya dengan mr. Google, ada banyak website and blog pasal Snorkeling di Langkawi. Mostly harga around 100-120 seorang. So, dah ada makcik pakcik, kakak sedara kat kampung, so saya rasa depa mesti ada contact kan. Mana tahu boleh dapat 10-20 murah. 
Di Langkawi, pulau yang terkenal dengan aktiviti snorkel ialah Pulau Payar. 
Apa yang teruknya, ini adalah kali pertama nak p Pulau Payar..MashaAlla, jakunnya, nama ja orang Langkawi tapi tak pernah pergi. Berpuluh tahun hidup, rasa macam sia-sia kalau tak pergi kan./floor

Alhamdulillah, sedara saya inform yang dia ada kawan yang buat menda alah package snorkeling ni. Dia bagitahu, harga untuk seorang ialah RM 90. Haaa,apa lagi,murah tu..Kira jadi la kan... hihihikk.

Nak compare dengan percutian saya dan keluarga ke Krabi tu jauh lebih murah. Tapi tak apa, melancong dalam negara sendiri, mahal sikit pun tak apa asalkan dapat pengalaman dan boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi perlancongan di Malaysia. Ewaaahhhh.... :D

Kebetulan kami pergi semasa cuti Hari Raya Cina sebab ye lah, time ni jelah semua orang cuti kan.. Disebabkan risau tak ada tempat, kami booking 2 hari sebelum. Booking mesti full payment. So, yay or nay, mesti kena jadi jugak. Saya diberitahu untuk snorkel memang kena booking sehari sebelum.

Sebenarnya, untuk snorkeling ada 2 pakej iaitu,

1. Snorkel tepi pantai.                               - RM 90-120 seorang
2. Di platform -Langkawi Coral namanya.  - RM 200-220 seorang

Untuk dapatkan services ni, boleh pergi ke Jeti Kuah and terus ke kaunter, bukan kaunter jual ticket nak ke Kuala Kedah or Kuala Perlis tu tau.. Kaunter lain but its actually sebelah menyebelah ja pun... Boleh dapatkan maklumat lanjut di sana. Ada banyak syarikat menawarkan pakej snorkeling, pilih saja mana suka.

Apa yang membezakan dua pakej ni ialah pakej 1, snorkel tepi pantai, so kurang adventure and  interesting sebab kalau nak tengok ikan dan batu karang mestila tengah laut kan. Penat jugak lah, nak berenang dari pantai ke tengah laut. Tepi pantai ni ada pasir dengan daun kering ja ponggg..Tapi jangan risau, anda akan dapat tengok ikan yang sama sebab di tepi pantai ada disediakan tali ke pelampung di tengah laut. Ada dua pelampung yang lebih kurang macam platform tapi yang biasa-biasa ja. Kira macam pitstop la sebelum nak sampai tengah laut tu. huhu

Pakej 2, kita akan snorkel di tengah laut, di mana ada platform, feri akn berhenti sebelah platform dan kita akan berkampung atas platform tu. So, lagi cantik coral yang kita boleh tengok.

Kalau nak kepuasan maksima and ada duit boleh la pilih pakej 2.....
Harga pakej adalah termasuk alatan untuk snorkel seperti jaket dan goggle beserta lucnh box.Diingatkan jacket adalah wajib untuk aktiviti snorkeling di Pulau Payar.

Feri akan bertolak dalam pukul 9pagi so haruslah berkumpul di jeti kuah seawal 8.30pagi. Once dah booking, bila tiba hari kita just pergi ke kaunter and mereka akan pakaikan pass gelang, sticker tag and kupon makan tengah hari.
Antara kemudahan yang ada di Pulau Payar ialah tandas dan surau. Tetapi tiada air tawar, air paip pun air masin.Bergetah badaaannn..haha /hmm

Now, here we go some photos of Pulau Payar.



Itulah yang saya kata platform tu, memang tengah laut.

Jaga-jaga,ada baby shark so no fish feeding here!



At first shot of snorkeling im a bit disappointed cause i cant even see anything under the sea. Just ada daun kering and keledak pasir. But then, i discovered the sea life when i swum a bit far from the beach. I saw many fish with different colours and shape. It was fascinating...My cousin and I was amazed. It was her first time, so she must be happier than i am. Its good to spend the day with them. Even, my little boy cousins was extremely enjoyed his time. He's even swum further than us, adults. What a brave young man. He said to me, 'tak puas lagi la'. Haahahaa...Now, we are all addicted to snorkel. Its all my faults for inviting them to join my brother and i. Lepas ni memang confirm akan banyak la planning nak pergi try snorkel kat pulau lain pulak. /please

 Masing-masing sengih ja..With cousins and siblings.Yang tak best, sunburrrnnnn!

In photo below, boleh nampak ada dua pelampung petak kat tengah laut tu kan. Di situ ada pautan tali yang we all boleh hold onto. It will help those who cant swim to go to the middle of the sea. But if you are best swimmer, it must be an advantage for you. Oh! so jealous.

  Our lunch box!




Bertolak 9pagi dan pulang dalam pukul 3ptg. Dalam 8 jam macam tulah. Actually, tak puas sangat snorkel. 2-3 sahaja kat Pulau. Pergi balik naik feri dah 2 jam. Tolak briefing, makan, tukar baju and prepare segala bagai seriously tak puas. Bukan nak complain tapi perlu ada satu usaha yang lebih mantap dalam memastikan kepuasan setiap pengunjung serta kebersihan Pulau. Mungkin patut disediakan kemudahan air tawar.

Antara aktiviti wajib yang boleh dikunjungi sekiranya ke Langkawi ialah, aktiviti sukan air di Pantai Cenang. Kali ini tak sempat nak main-main kat Cenang sebab tak cukup hari dah.. hurmm.. Next time. Insyaallah. Kami just jalan-jalan makan angin ja kali ni.


Us....

So, itu saja story pasal our vacation at Pulau Langkawi Permata Kedah../bye


Thanks & Regards,
SitiSakinah

Saturday, February 2, 2013

Photo of the day.

Assalamualaikum.
Hari ni sangat busy smpi tak sempat duduk.Ke hulur ke hilir and paling teruk terlupa kenduri kawan kawin.terukknyyaaa hang!! Haha

Hari ni dalam sibuk2,petang td mak ajak pergi beli ikan dekat Kuala Kedah..Kami pergi kat satu area tu memang tepi sungai,bot-bot nelayan park kat situ lepas pulang dari menangkap ikan kat laut. Ikan kat situ semestinya fresh,baru naik dari laut kan...
Jadinya dapat lah snap sikit gambar di sekitar situ dan terasa nak share di sini untuk tatapan anda semua...

Semua gambar adalah dari kamera phone saya..Tak tahu lah kenapa tapi saya suka gmbar sunset,pokok-pokok and awan beserta langit...They always look beautiful and amazing if being captured in the right way and angle...Yeah..itupun if i got the angle...Hope you all like it..





Jambatan Tok Pasai

Langit Senja...

Perkampungan Nelayan
 


Regards,
SitiSakinah

Monday, January 28, 2013

#LANGKAWI

Assalamualaikum and good day to all..


This post is about my balik kampung story last week. It was an amazing 3 days that I have spend with my family. Yes, my kampung is in Langkawi. Ayah saya anak jati Langkawi, where my mak pulak from Perlis. 
Almost two years tak balik kampug since nenek  meninggal pada tahun 2011. Dulu, dari kecik-kecik baby lagi tiap-tiap tahun raya mesti balik langkawi. Raya pertama memang wajib raya kat langkawi. Mak always mengalah dengan ayah. Kami semua tak pernah first raya kat Perlis. hahaha..Well, thats my mak!

Semenjak ayah dgn mak jadi tok wan and mak tok, kami dah tak balik langkawi. Rumah sendiri dah jadi kampung. Anak cucu semua berkumpul kat sini. Seriously, I wish I could turn back time where I can play with mercun during malam raya and buat lemang together and of course pagi raya. Ramai-ramai pergi masjid and after raya prayer, beratur mintak duit raya. And also, walking around satu kampung Bukit Temin tu with geng, mintak duit raya from house to house. Alah, zaman kami dulu, bukan banyak mana pun dapat. Satu rumah, seringgit ja paling banyak. Tapi tak kisah, janji dapat. Punya seronok pakat dengan sepupu sepapat pergi meraya tu lebih bermakna dari value duit raya tu sendiri.  haha.

Raya kat Langkawi memang best, dengan suasana kampungnya, meriah dan sangat-sangat tak boleh dilupakan. It was the best experiences in my life. I would never have that in any where else in this world. And tahun ni Insyaallah nak ajak ayah balik raya Langkawi cause abang-abang yang bekeluarga mostly tahun ni first raya rumah sebelah isteri depa. So, kami yg bujang ni nak angkut beg naik feri p Langkawi..

Cerita balik kampung kali ni penuh dengan agenda melawat rumah sedara mara and pusing-pusing Langkawi. Bukannya buat apa pun, just jalan-jalan. Kebetulan waktu kami balik, musim cuti Maulidur Rasul and ramai yang datang dari selatan pulak pakat sambung cuti Thaipusam,so ramai la yang plan pergi sana kan. Dah tu katanya musim bonusss, lagi lah.
Betapa sesaknya jeti Kuala Kedah tu Ya Rabbi......Packed sangat!!!! Tapi berkat kesabaran we all successfully arrived at Kampung Bukit Temin around 3.30 pm. Tiket dari Kuala Kedah pukul 12.30 tp 1.30 baru dapat naik feri. Feri delay punya la lama..

Nah! Tengok la gambar yang saya sempat snap pakai Iphone saya yang qualitynya tak seberapa. Kamera bawak tapi memory tertinggal dalam card slot laptop. Ha.....elok sangat. Pandai sguh hang. All the pictures are captured around rumah nenek and sekitar kawasan popular Langkawi. 

And..and...balik kampung kali ni berkesempatan mencuba buat karas. Apa tu karas? Orang utara sebut jadi kaqaih. Mak menakan (mak saudara) saya memang pakar dalam buat kuih tradisional nih dan dia ada perusahaan membuat karas secara kecilan bersama dengan anak dan menantu dia..Jom tengok....

Gambar-gambar sekitar rumah nenek and saudara mara.

Ini la karas (kaqaih)

Proses mengetuk karas menggunakan tempurung kelapa. (thats me tengah try ketuk karas),hasilnya okeylah buat masuk perut sendiri. Nak jual tu tak dapat laaaa. heee.

Inilah alat-alat untuk membuat karas beserta adunan tepung.

Tempurung karas

Ini rumah ayah kat kampung. Ayah buat sendiri rumah ni bersebelah dengan rumah nenek. We all semua membesar di langkawi. Anak kedua sampai la yg keempat semua lahir di Langkawi. Memang sejati Langkawi..hihi..Ayah cakap kayu papan rumah ni dah berusia hampir 150 tahun tapi masih utuh berdiri. O_O

Kelapa Pandan. Pagi-pagi kait buah nyioq ni untuk buat pek nga(lempeng kelapa). Seronoknya duduk kampung. Semua ada keliling rumah. Main petik-petik ja....

Pek Nga untuk sarapan pagi.

Tomatoes.. 

Pokok kelapa yang melayut tinggi. 

Kerabu pelam beronok (beqonok)
 
One word, Magnificient....

Gambar ni ada nenek tengah siang ikan puyu and haruan untuk dibuat ikan perkasam. Banyak gila ikan. Sedapnya kalau boleh buat gulai (kari ) ikan puyu. Time ni dekat rumah saudara ayah.

Ikan haruan dan puyu.

Peaceful...


*Gambar sekitar Pantai Kok dan Perdana Quay.

Jalan nak ke Pantai Kok and Cable Car

Pantai Kok (dinasihatkan untuk tidak mandi kat sini, banyak obor-obor)


Perdana Quay

Sunset

*Jalan-jalan Datai Bay.




Teluk Datai.



Pulau yang seberang sana tu dah Thailand ye kawan-kawan.



So,to those yang merancang untuk pergi bercuti boleh la pilih Langkawi sebab Langkawi merupakan destinasi percutian favourite. Upcoming Chinese New Year ni maybe akan ke Langkawi lagi sebab nak pergi jalan-jalan pulau and snorkel with brothers and cousin. Insyaallah, kalau pergi kita update story kat sini. 

Hope to see you all again...

Regards,
SitiSakinah

Tuesday, January 22, 2013

PENANG STREET ART

Assalamuaikum..hye alls.Wheew,finally im back to the keyboard. Now im at my hometown spending my 1 month of semester break with familiaaaa...yehooo!

I have so many things and plan which i ve thought about it since a months before the holiday started. Well, be an engineering student is not something u can take lightly. Especially im on my final year now. First semester is over and it was a blasts, memorable and hectic of course. Struggling with assignments and projects all made me to strictly appreciate this holiday..It such a precious!!!

So,its been about a week now im at home. And on last sunday my brothers and me, we went to Penang to hola hola, jimba jimba together. Well, out of 8, only 3 of us still study and we decided to go hang out together because we got more free time compare to other siblings. Before you get stress with work, why not kita guna all that plenty free time to hang out kan...plenty la sgtttt!! Huhu.
And maybe this Thursday nak pergi Langkawi. Kampung saya kt sana. Jadinya cuti panjang mestilah nak balik kampung and sudah alang-alang tu kita pergi la menyelam seround dua.Itu pun kalau big daddy mahu support ongkosnyaaaa.

Back to the title, ini kali nak cerita pasal yang p Penang tu lah. Memang dh lama smpan hajat nk pergi tgok street art kat Penang. So, about 3 pm, i drove all the way to Penang. Bila smpai je terus pegi Georgetown sbb lokasi street art tu kat sana. 
 
Bukan senng nk jmpa actually cause the art is spreading around the town. Patah kaki jugak kalau nak jalan cari satu-satu. Certain old wall sahaja yang mempunyai lukisan. Semua lukisan ini dilukis oleh Ernest Zacharevic berasal dari Lithuania. Setiap lukisan membawakan maksud yang tertentu dan mempunyai perspektif berbeza mengikut orang yang menilainya.  

Untuk memudahkan pencarian, we stop by at souvenir shop which selling  postcard and maps. We also asked the owner where are the locations. Besides, we bought some postcards cause on it wrote the exact street name. If tak jumpa boleh la tanya org sekeliling and they will tell you the direction.They were so helpful and open-handedness. 

Okey,stop mumbling, jom kita tengok apa yang ada. Jeng..jeng..jeng..

All the buildings and shop looks old but I just love the way is it. Its cool beb! Truly give me a feeling of 19th century. 
 



 "Boy on a bike" at Ah Quee Street.
 

My lil brother.


"Listen to the hidden voice."


"Little children on a bicycle" at Armenian Street.


Messy me!


Old town house.


Hey kiddo, let sister help you. =P


"Little kids with his dinosaur kite"

I guess Ernest didn't manage to get the real police bike. ehe!

Siblings.

Yes, it has another art on the wall but I couldnt reach to all of them since, it is just a short visit. We have to hurry to perform solat Asar. Maybe next time I will come again and get picture will all the mural. Insyaallah.
Hope you all enjoy it and if you plan to visit Penang make sure this place be on the list. 


Regards,
SitiSakinah

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...