Showing posts with label Experiences. Show all posts
Showing posts with label Experiences. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

BUSAN KE SEOUL WITH KTX #titatitikekorea

Assalamulaikum.

Ya Allah syukur, akhirnya saya ada kesempatan untuk update post about my trip to Korea September last year. Ya, Sept, tahun lepas punya. uhuuu.. ampun. I was so freaking busy with work and my master. Melompat lompat siak, dia punya busy tu... But, tak dak la 24/7 busy. Masa tu kadang ada tapi dihabiskan dengan bermalas malasan. Seriously said, blogging really need a lot of hardwork. Respect and hats off to those blogger yang consistent dalam blogging. 

Sekarang ni tengah cuti semester. No class, no assignment, my weekend has become a  weeeeeeeekkkkkeeeeeennnndddddd now. Yeayyy! I will try to post every details of my trip to Korea ok. InsyaAllah. He hooo...

Tanggal 4 Sept 2014, awal pagi sudah bergerak ke KLIA2. Since tak ada check in luggage, tak lah kelam kabut sangat nak kena sampai like awal gila. Our Asia Asia flight pkul 8.30 pagi kot tak silap. Inilah akibatnya tangguh tangguh kan update blog. Kan dah lupa... 



Semasa dalam flight, ramai orang Korea. Datang melancong Malaysia gamaknya. Kebetulan jugak, saya duduk sebelah ahjumma (untie), orang Busan. Dia datang duduk KL sebulan. Lamaaa betoi. Habis merata dia berjalan. Well, yang terkejutnya, nampak senoi ja (opss...sorry ahjumma) tapi husband and wive ni ada rumah di Mont Kiara kot. Depa beli kondominium, RM 700 K on 2011. I was in shocked!! Kayooo weyy.. So, kami pun borak borak la..Mujur english nya boleh tahan. And ada dia pesan, time kami pergi tu, Korea ada sambutan macam Hari Raya kat Malaysia katanya. So banyak public transport akan full. Dinasihatkan beli awal. Time tu tak ambik kisah sangat, assume macam ada ada je tiket. Sekali, malangnya, semasa hendak balik ke Busan, memang betul, tiket KTX sold out. Phewwww..... nantikan kisahnya nanti. Naik apa kami? :j

Alhamdulillah, selamat mendarat tapi lambat sikit sebab kapal kami berlegar legar di udara tunggu turn nak mendarat. Masa dok pusing pusing tu, hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira dan terujanya hati saya dan my partner, cik Atika. Dua dua dok lawan tengok sama sendiri pastu sengih. I still remember that feeling. Duration perjalanan dok ada dalam 6 jam.

Urusan imigresen berjalan lancar. Tiada soal jawab. Rasanya orang imigresen tu dah biasa tengok muka muka macam kami ni. Huhu.. Selepas keluar tu, terus cari tempat untuk solat and buat hajat apa yang patut. Dalam Gimhae airport ada satu bilik iaitu changing room. Keluar exit pintu tu, belok ke kiri, dekat dgn toilet and kedai serbaneka. Kami solat disitu. Kebetulan ada satu group aweks dari Malaysia pun datang nak solat jugak.

Selesai solat, kami terus pegi ke kedai serbaneka untuk beli Bee Card, macam kad touch n go untuk kemudahan nak naik train, bas and taxi sepanjang kami di Korea. First top up, 10,000 Won. Harga kad pulak 2500 won. Seriously kad tu memang main touch je, tak sempat nak tengok berapa kena potong at every swipe and touch. So, agak agak la ye. Part ni memang tak dapat nak tolong cerita, tapi yang pasti 10,000 won tu cukup untuk 2 hari depends on berapa kali naik transport.

Makanya setelah itu bermulalah pengembaraan kami berdua. 



GIMHAE AIRPORT TO SEOUL 



Ada beberapa cara untuk ke Seoul. 

1. KTX (keretapi laju, 3hours)

2. Mungunghwa (keretapi slow, ada byak stop, 6 hours)

3. By bus (7 hours)



Untuk KTX booking, harga boleh checkout at my pre-departure post here KTX ticket booking


Mula sekali kena cari train untuk ke Gupo Station. Instead of pegi ke Busan station yang jauh, sejam plus semata mata nak catch KTX train untuk ke Seoul, boleh pergi Gupo Station yang lebih dekat. Jalan keluar sikit dari Gimhae airport, lintas jalan ke seberang and walk to the right. 

Dari Gimhae International Airport station, ambil train line purple untuk ke Daejeo. From Daejeo, kena jalan keluar dari stesen tu, untuk ke Gupo Station (brown line). Like about 500 meter. 

Senang! Tanda arah kat sana mudah, so don’t worry! And, banyak gila tangga, I can tell you. Since sedar diri,  saya galas backpack untuk memudahkan kaki bergerak. Kesian kat cik tita, dia bawak beg tarik, semput jugak lah nak menanggung. Is ok babe, I always there helping you, Kan???

Dalam light rail from Gimhae International Airport to Daejeo station. Hati riang.

Tanda arah keluar untuk ke Gupo Station

Kena jalan kaki, turun tangga untuk ke Gupo Station. 


Gupo Station
Claim ticket KTX.Cik tika, awat muka berkerut???
Btw, masa online booking tu kita kena masukkan kad kredit details and terus bayar. Di kaunter ni, kami just claim ticket. Bawak slip yang sudah di print, tunjuk and dapatkan pass untuk KTX. Masa booking, tak ada masa tau, pukul berapa sampai nanti, claim, nanti dia bagi ticket with time train yang seterusnya. Urusan di kaunter alhamdulillah, semua OK. Staff sangat friendly and very sweet. Memula gabra jugak sebab ada masalah masa nak key in reference number. Tapi rupanya dia salah key in tempat lain kot, sebab tu tak boleh. Anyhow, kami dapat jugak ticket untuk ke Seoul.
Ticket ni boleh guna untuk whole day bagi line yang sama company dengan KTX. Act, ada jugak yang kata beli terus lebih murah compare tu booking online. Rasanya macam betul lah tapi memandangkan kami sampai lewat petang, risau ticket habis, so we decided to advance booking. Tapi masa nak balik semula ke Busan ada kisahnya. Sendiri mau ingat, beli lah KTX ticket awal awal. uhuhuuuu


 SEOUL STATION TO GOM GUESTHOUSE

Selepas 3 jam perjalanan, kami sampai Seoul Station. Alhamdulillah. Dalam train konon nak tidur la, tapi hati terlalu gembira sampai tak boleh nak tidur. Seat KTX sangat selesa and ada wifi free..Apalagi, upload satu dulu masuk instagram. Macam tak percaya, sampai akhirnya kami ke Seoul. Dok tengok dalam drama TV saja sebelum ni, sekali dapat jejakkan kaki ke Seoul city, I'm so grateful.. So much. 

Keluar dari Seoul Station dan turun ikut tangga ini untuk ke Metro subway


Sampai Seoul station, melilau pulak kami berdua mencari arah nak ke Gom guesthouse. Atika yang tolong buat kerja booking-booking guesthouse ni. Booking dimana? di Agoda or booking.com, ada banyak so pilihlah yea. 
Untuk ke Gom guesthouse rupanya tak yah naik train pun, jalan kaki je. Tapi mau taulah jauhnya macam mana. Disebabkan guna laluan bawah tanah, tangga banyak pulak. Adehh.. Jalan punya jalan, sampai lah kami ke hostel. 

Macam yang sudah saya cerita on my pre-departure post, saya sarankan jangan ikut cara saya. Ya, buang masa. Konon nak save duit tiket flight tapi at the end of the day, sama saja. Adalah lebih baik, fly from KL pegi Seoul, balik pulak from Busan ke KL or sebaliknya. So, travel sekali sahaja dengan KTX. Jimat masa and kos almost same and mungkin lebih jimat. Taknak cakap and fikir lagi sebab sukar nak terima kenyataan ni, taknak mengaku tapi inilah hakikat. Hahahahaaaaa. InsyaAllah, ada rezeki kita pegi lagi dengan husband pulok tp nak pegi time spring, autumn ka.. Ha..romantik ke idok?? haha

Alhamdulillah. Begitu lah berakhirnya hari pertama kami di bumi Korea.


Lintas jalan, seberang sana kat dalam lorong kecik tu terletaknya Gom guesthouse

Gambar siang, yang malam punya masa baru sampi gelap pulak. :P





This is our bedroom, toilet kat luar, sharing with other guest.
Living hall. Tak sempat nak lepak sebab banyak habiskan masa kat luar. huhu
Tempat tinggal sangat memuaskan, bersih dan teratur. Pagi2 boleh le ke dapur and makan roti bakar with jem. Its free provided by the owner. Malam tu tidur lena sebab penat gila. Dinner pun makan instant topokki, share berdua. Tak larat nak pikir pasal makan. Solat, then tidur. Esok banyak lagi aktiviti. 

InsyaAllah, jumpa lagi on next post. 

Love Yourself, Cherish the moments, take care of yourself.

Regards,




Monday, January 28, 2013

#LANGKAWI

Assalamualaikum and good day to all..


This post is about my balik kampung story last week. It was an amazing 3 days that I have spend with my family. Yes, my kampung is in Langkawi. Ayah saya anak jati Langkawi, where my mak pulak from Perlis. 
Almost two years tak balik kampug since nenek  meninggal pada tahun 2011. Dulu, dari kecik-kecik baby lagi tiap-tiap tahun raya mesti balik langkawi. Raya pertama memang wajib raya kat langkawi. Mak always mengalah dengan ayah. Kami semua tak pernah first raya kat Perlis. hahaha..Well, thats my mak!

Semenjak ayah dgn mak jadi tok wan and mak tok, kami dah tak balik langkawi. Rumah sendiri dah jadi kampung. Anak cucu semua berkumpul kat sini. Seriously, I wish I could turn back time where I can play with mercun during malam raya and buat lemang together and of course pagi raya. Ramai-ramai pergi masjid and after raya prayer, beratur mintak duit raya. And also, walking around satu kampung Bukit Temin tu with geng, mintak duit raya from house to house. Alah, zaman kami dulu, bukan banyak mana pun dapat. Satu rumah, seringgit ja paling banyak. Tapi tak kisah, janji dapat. Punya seronok pakat dengan sepupu sepapat pergi meraya tu lebih bermakna dari value duit raya tu sendiri.  haha.

Raya kat Langkawi memang best, dengan suasana kampungnya, meriah dan sangat-sangat tak boleh dilupakan. It was the best experiences in my life. I would never have that in any where else in this world. And tahun ni Insyaallah nak ajak ayah balik raya Langkawi cause abang-abang yang bekeluarga mostly tahun ni first raya rumah sebelah isteri depa. So, kami yg bujang ni nak angkut beg naik feri p Langkawi..

Cerita balik kampung kali ni penuh dengan agenda melawat rumah sedara mara and pusing-pusing Langkawi. Bukannya buat apa pun, just jalan-jalan. Kebetulan waktu kami balik, musim cuti Maulidur Rasul and ramai yang datang dari selatan pulak pakat sambung cuti Thaipusam,so ramai la yang plan pergi sana kan. Dah tu katanya musim bonusss, lagi lah.
Betapa sesaknya jeti Kuala Kedah tu Ya Rabbi......Packed sangat!!!! Tapi berkat kesabaran we all successfully arrived at Kampung Bukit Temin around 3.30 pm. Tiket dari Kuala Kedah pukul 12.30 tp 1.30 baru dapat naik feri. Feri delay punya la lama..

Nah! Tengok la gambar yang saya sempat snap pakai Iphone saya yang qualitynya tak seberapa. Kamera bawak tapi memory tertinggal dalam card slot laptop. Ha.....elok sangat. Pandai sguh hang. All the pictures are captured around rumah nenek and sekitar kawasan popular Langkawi. 

And..and...balik kampung kali ni berkesempatan mencuba buat karas. Apa tu karas? Orang utara sebut jadi kaqaih. Mak menakan (mak saudara) saya memang pakar dalam buat kuih tradisional nih dan dia ada perusahaan membuat karas secara kecilan bersama dengan anak dan menantu dia..Jom tengok....

Gambar-gambar sekitar rumah nenek and saudara mara.

Ini la karas (kaqaih)

Proses mengetuk karas menggunakan tempurung kelapa. (thats me tengah try ketuk karas),hasilnya okeylah buat masuk perut sendiri. Nak jual tu tak dapat laaaa. heee.

Inilah alat-alat untuk membuat karas beserta adunan tepung.

Tempurung karas

Ini rumah ayah kat kampung. Ayah buat sendiri rumah ni bersebelah dengan rumah nenek. We all semua membesar di langkawi. Anak kedua sampai la yg keempat semua lahir di Langkawi. Memang sejati Langkawi..hihi..Ayah cakap kayu papan rumah ni dah berusia hampir 150 tahun tapi masih utuh berdiri. O_O

Kelapa Pandan. Pagi-pagi kait buah nyioq ni untuk buat pek nga(lempeng kelapa). Seronoknya duduk kampung. Semua ada keliling rumah. Main petik-petik ja....

Pek Nga untuk sarapan pagi.

Tomatoes.. 

Pokok kelapa yang melayut tinggi. 

Kerabu pelam beronok (beqonok)
 
One word, Magnificient....

Gambar ni ada nenek tengah siang ikan puyu and haruan untuk dibuat ikan perkasam. Banyak gila ikan. Sedapnya kalau boleh buat gulai (kari ) ikan puyu. Time ni dekat rumah saudara ayah.

Ikan haruan dan puyu.

Peaceful...


*Gambar sekitar Pantai Kok dan Perdana Quay.

Jalan nak ke Pantai Kok and Cable Car

Pantai Kok (dinasihatkan untuk tidak mandi kat sini, banyak obor-obor)


Perdana Quay

Sunset

*Jalan-jalan Datai Bay.




Teluk Datai.



Pulau yang seberang sana tu dah Thailand ye kawan-kawan.



So,to those yang merancang untuk pergi bercuti boleh la pilih Langkawi sebab Langkawi merupakan destinasi percutian favourite. Upcoming Chinese New Year ni maybe akan ke Langkawi lagi sebab nak pergi jalan-jalan pulau and snorkel with brothers and cousin. Insyaallah, kalau pergi kita update story kat sini. 

Hope to see you all again...

Regards,
SitiSakinah

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...