Friday, October 17, 2014

BUDGET KAHWIN- MANAGE YOUR INCOME

Assalamualaikum

Harini entry bukan nak sambung cerita pasal Korea. Saya belum bersedia lagi nak share cerita tu sebab sekarang ni ada cerita lain nak share. 

Drum roll pleaseeee... 

Ceritanya macam ni, saya ni tak lama lagi nak melangsungkan perkahwinan. Itu cerita dia. Tak da la suspend mana pun.

Oleh yang demikian, entry ini saya nak share macam mana saya manage income saya untuk persiapan perkahwinan. Saya masih amateur, baru bekerja selama setahun, enjoy pun belum habis lagi, baru nak merasa duit sendiri, jadinya saya mengaku saya tak ada savings. Bukan tak ada langsung, ada tapi sikit sangat.Lepas dah pergi Korea hari tu ada baki sikit beda buat semangat. Boooo....
Tak payah nak boooo sangat lah.. Macam la awak tu banyak duit simpanan sangat.

Gaji kecik saja, lepas tolak duit sewa, utilities yang lain, apa sangat yang tinggal kan. Nak hidup di kota raya yang serba expensive ni. 

Jadi saya plan untuk buat pembelian sedikit demi sedikit dari sekarang. Sekarang ni Oct, gaji Oct saya dah plan untuk beli kain buat baju nikah dan cincin untuk lelaki. 
Memang nampak gedik sangat sebab lambat lagi majlis nya pun. Tapi sedar diri, duit tak banyak and semua sendiri tanggung. Tak ada yang sponsor. Korang yang parent sponsor tu beruntung sangat. Hargailah mak ayah, dah bela besar panjang, nak menikah pun mak ayah sponsor, kalau tak jaga hati mereka baik-baik lagi tak tahu la cakap apa.....

Buat masa ni memang ayah saya tak sebut apa-apa pasal sponsor kahwin. So, bawa beringatlah, abang-abang and kakak dulu kahwin pun semua atas duit sendiri. Gentleman habis abg iollsss..

Saya suka merancang awal dan sukakan perancangan yang rapi kerana saya tak nak kelam kabut, nanti sendiri yang penat.

Saya gunakan excel untuk store semua benda pasal PROJEK KAHWIN saya.
Ada sheet untuk Budget and cost, timeline, vendor and source. 

Misal kata, gaji bersih selepas tolak hutang dan sebagainya, RM 2000.

Saya akan spend RM 1000++ untuk beli barang kelengkapan setiap bulan. Bulan ni beli sikit, bulan depan beli sikit. Kalau nak menabung sampai cukup 10ribu memang sampai sudah tak jadi 'mejelis' nanti.

Table yang saya buat adalah seperti di bawah. Boleh dijadikan bahan rujukan buat semua bride to be. 

Saya dah tetapkan bajet untuk setiap perkara yang nak dibeli dan kemudian saya akan memastikan untuk tidak belanja lebih dari bajet. InsyaAllah.

Table di bawah ni adalah bajet yang ditetapkan setiap bulan dan perancangan belian saya. Saya akan mula dari sekarang sehinggalah Mei. Bulan Jun tu reserve untuk yang ringan-ringan sahaja. 





Nampak tak kemudahannya di situ? 2 bulan sebelum majlis dah boleh rehat since majlis dirancang pada bulan Julai.
To all bride to be, rancanglah baik-baik, gunakan masa yang ada supaya tak kelam kabut. Without plan, you plan to fail. Nak ke fail? Memang la tak mau.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi fasa ini. InsyaAllah. Amin.

Love Yourself, Cherish the moments, take care of yourself.

Regards,
  

 

Friday, October 10, 2014

Sweet Escape to South Korea - Pre Departure.

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog hari ini. Dah lama jugak saya peram al-kisah backpack trip saya ke Korea with my BFF. 
Lama dah mengidam, dream on nak pergi Korea, sejak budak-budak sekolah lagi, sedari layan drama Winter Sonata.. cewahh..asyik dream on dream on, tapi tak dapat-dapat.

Then, bila start kerja, ada gaji and duit sendiri, saya pun reward la diri saya. Jadi, ke korea la kita. Alhamdulillah.

We went to Korea on 4th Sept until 8th 2014 in which that time almost end of summer. Suam suam suku nak masuk Autumn. Kalau la anjak sikit tarikh departure, mesti dapat merasa autumn kat Korea. But that's ok, rezeki kita dapat time tu. Alhamdulillah. It was fabulous trip and yeah, I can say HECTIC. 5 days to cover Busan and Seoul. As this is budget trip, so faham-faham sajalah.. Trip redah kasi pecah orang kata..

Ok. Let's get started. 
Entry kali ini saya nak share pasal our pre-departure to Busan. We booked our tickets on 15 March 2014 at RM 697.00 (return), KL-BUSAN-KL, without luggage. Murah ke idak? Sebenarnya ada lagi murah.
Lebih kurang sebulan ke dua bulan sebelum tu, saya ada check ticket lagi murah which at RM 500+ kot. Tapi time tu I was indecisive so terlepas la yang murah itu. Well, namanya bukan rezeki kita. 

Actually, selepas dah pergi and balik, saya rasa berbaloi if beli ticket KL-Busan or Seoul and then beli Busan or Seoul to KL. Ceritanya, lebih kurang je. Masa beli tu kononnya nak jimat sebab we choose to travel from Busan-Seoul by train but ended up it cost us the same, and probably more than that. Ada la sikit penyesalan tapi is OK. Dah itu rezeki kita yang ditetapkan. 

So, my advise, beli ticket KL-Busan, then travel to Seoul by train, balik KL from Seoul or vice versa. Save time and energy. 

Masa booking ticket with AirAsia, belum memerlukan no. passport, nanti masa nak online check-in and nak print boarding pass baru masuk no. passport. Make sure passport ada 6 bulan sebelum expire date. Kalau tak, menangis dekat depan gate perlepasan tu. 

Ticket, checked! Passport, checked!

Ticket itinerary confirmed then, kita pun study lah pasal Korea. Where to go, where to stay, what to do, what to, what ta semua melalui bacaan. Google je, berderet keluar blog pasal travelling to Korea. Ramai orang Malaysia dah pergi, so tak susah nak dapatkan information. You can also find other tourists itinerary online. Easy like nut. Ini trip single saya dan BFF saya, cik Atika. Yes, berdua kami ke Korea. #titatiakekorea (pegi cari kt IG) hehe.

Saya pun mula membuat itinerary dalam excel sheet and collect as much information from all the sources I found online. 
Perkara pertama ialah cek Guesthouse. My friend Atika was the one who responsible to book our stay in Korea. We used Agoda by the way. If you wish to visit Korea with family, boleh check AirBNB.com. Lagi besttttt. More like homestay lah. Ada peluang tinggal serumah dengan orang tempatan. Untung-untung dapat yang best, boleh jadi kawan. Since, ini trip berdua, kami choose stay dorm sahaja. Jimat. So, before kami booked guesthouse, saya list down potential one and list kan details each of it as per below.... Senang nanti nak decide.  

 
Checklist for guesthouse in Seoul
Lebih kurang few weeks sebelum pergi, we are done with guesthouse booking. Booking and terus bayar. 2 malam di Gom Guesthouse, Seoul and 2 malam di Suk Bak Guesthouse, Busan.

Tips penting untuk memilih guesthouse, make sure ianya terletak dekat heart of the city and dekat dengan subway. Jimat masa and tenaga. Lagi satu, sila workout before nak pergi, kalau tak nanti pancit.. Serious, banyaknya tangga and banyaknya guna kaki. Kaki sangat berharga. 

Guesthouse checked!


Memandangkan kami beli ticket flight dari KL ke Busan dan travel ke Seoul pada hari yang sama arrive Busan, saya kenalah purchase KTX ticket iaitu kereta api laju ke Seoul secara online. Boleh pergi ke website KORAIL. Pembelian harus menggunakan card credit, and then claim di station untuk actual tickets. Harga seperti di atas.Boleh juga beli on time tapi kemungkinan ticket habis agak tinggi especially during public holiday and weekend. Ada sumber mengatakan beli direct lebih murah. So, on your call babehh!

KTX Ticket to Seoul checked!

Kemudian, kita pergi pulak ke checklist where-to-go (WTG) as per below:

Where to go (WTG)

Actually banyak tempat menarik nak pergi, tinggal sebulan pun rasanya tak cukup kot nak cover semua. Rural area kat Korea sangat cantik. Serius. Tak percaya, follow Instagram kto_losangeles. Geram!! Saya ni pencinta alam, suka dengan scenery yang tenang dan mendamaikan. I prefer sightseeing rather than shopping. Trip kami ni just pergi tempat yang easy access and biasa orang pergi. Al maklum saja lah, trip budget. InsyaAllah, ada rezeki, kita repeat. 

Risau, takut sesat? Tak ada la risau sangat sebab kami berdua masing-masing tahu Korea adalah negara maju dengan pengangkutan awam yang cekap memudahkan kerja kita as a pelancong. Tambah pula, orang tempatan yang sangat handful and helpful. Sesat tu pasti berlaku, so calm down and ringankan mulut bertanya. Bila lagi kan, masa muda nilah nak pergi tempat orang. Challenges yourself, go out and explore!

Oh! by the way, I love to watch Korean dramas and variety show but that doesn't make me a K-poppers. No No.. Hell No!

Kalau dah nama budget, ini memang trip budget, berapa? Saya share on next-next-next entry. InsyaAllah.

Enough said, mintak maaf kalau terabur sikit bahasanya sebab saya sekarang tengah office hour. So, faham-faham jelah... Menaip macam pelesit.. 

Till we meet again on next entry.

#titatitikekorea

Assalamulaikum. Take care of yourself, love yourself, cherish the moments and reward yourself!



Monday, April 28, 2014

VICTORIA STATION, THE HOUSE OF STEAK

Assalamualaikum




Siapa suka western food? Angkat tangan.......Yayy....Saya!!!Saya adalah pencinta daging. Sangat! haha. Can't resist, especially lamb.
By the way, semalam berkesempatan ke Victoria Station cawangan di USJ Taipan. Last night is my first dine-in at VS. 
The restaurant environment completely classic, old skool, which definitely, sememangnya taste saya. Cewahh... Dalam restoran ada gerabak kereta api. Boleh bayangkan tak? Meja makan pun dalam gerabak kereta api tu. So, I give VS 5 stars for their interior and decoration. Stunning!


Kepala kereta api. Mana dia ambik pun tak tau lah. :D

View dari meja saya. Nice kan?


Ok, macam mana pula dengan menunya? VS served both western and seafood. It has lobster, salmon, lamb, beef and chicken and also salads. Emmm...nyummy..Saya ni hantu kambing, suka sangat-sangat dengan daging kambing so I choose, VS Rack of Lamb and my friend ordered, Grilled Lamb Cutlet. Tak sabar saya nak bagitahu yang their steak was sooooo nyummy. I was like, give me one more plate please!!! I want more. Ini steak is totally the other level of steak, bukan level William, bukan level Murni ok. TGI pun kalah tipis dengan VS punya steak. Or maybe taste saya lain dari anda semua, mungkin anda rasa TGI lagi sedap. Jadi, kena lah cuba VS dulu. Ok?
The meat was so tender, you don't even need a toothpick after the meal, juicy, well marinated and fresh. Tak puas makan sepinggan sebab sedap. Tapi itulah, portion dia macam tak cukup penuh untuk perut ni.

/floor

Harga?ok..just nice, worth the food you gonna eat. Tengok orang lain order Lobster, rasa terliur je, tapi tak apalah...itu next round pulak. InsyaAllah. Apologize for low quality photos as saya cuma guna iphone4 cabuk saya je and tambah pulak dengan lighting kat situ yang ala-ala malap,romantik romantok. At least ada gambar kan...

 


Grilled Lamb Cutlet, RM 44.90
VS Rack of Lamb, RM 47.90


All meal is served with bun and butter spread.
Truly said, saya sangat enjoy dinner semalam. I had good food with great environment, relax and peaceful. Kalau tengok orang-orang lain yang datang pun semua level-level kayo kayo. So saya pun buat kesimpulan, patutlah orang kaya suka makan kat restoran mahal. Habis, dah penat-penat kerja, mesti lah nak enjoy makan yang sedap, puas hati dekat tempat yang selesa macam di VS. Ini saya share link from Bangsar Babe mengenai Victoria Station cawangan Damansara. Gambar dia lagi menarik, tempting.. 

 
Victoria Station 
Station USJ 21 & 23, Jalan USJ 10/1G (Taipan),
UEP Subang Jaya,
47620 Selangor
Tel:
03-5637-3388 03-5636-7508

Setakat ini saja update saya mengenak kisah makan malam saya semalam di Victoria Station. Selamat Mencuba! /bye





Regards,

Thursday, April 24, 2014

I'm a big girl

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 2014 sudah hampir 4 bulan berlalu. Haish.. Ya Allah, tak tahu macam mana nak memulakan ayat. Berabad saya tak jengah sini. Kali ini kata hati saya macam la.... macam bertekad nak teruskan menulis semula. Hehe. Macam ok macam. InsyaAllah.
Tujuan menulis dan ada blog ni bukan untuk cari publisiti ok? Tapi untuk tatapan diri sendiri, masa hadapan dan nak berkongsi apa yang boleh dikongsi. Biarpun tak ada orang nak baca blog saya ni, tak apalah. Cewaahh..

Nampaknya, dah dekat setahun saya tak menaip. Kekok pulak jari jemari je. Tapi skill tu masih ada sebab semedang dok menaip report-report thesis dan assignment, cuma isinya berbeza sikit. Satu bahasa orang putih, satu bahasa orang Melayu.

Untuk pengetahuan anda semua, bersesuaian dengan topik saya di atas, I'm a big girl now. Ala-ala macam lagu Fergie, Big Girls Don't Cry tu... Semua dah selesai, tinggal kahwin and berkeluarga je. Hehe. Saya ni dah nak 25 tahun ini. Saya dah dapat Ijazah pertama saya dalam Mechanical Engineering tahun lepas bulan Oktober, haaa..nampak tak betapa lama tak update dalam blog. Syukur, hasil titik peluh dari sekolah rendah, menengah, matrikulasi, berpuluh tahun berjuang untuk sampai ke tahap ini. Terima kasih kepada semua, Mak Ayah, keluarga, kawan-kawan, cikgu, pensyarah, mak cik, pok cik, kucing and semuanya lah :)


Bersama dengan ayah saya yang awet muda. 59 tahun dah. =D>
 
With classmate, Ling Ng

My other classmate, Nad. Single lagi ni. Boleh try :D
  
Sekarang ini, hari ini, saya dekat office. hahaha. Bos tak ada 3 minggu pergi honeymoon, sedap dok menulis blog kan. Tapi tak pe, asal keja siap semua, boleh je ngadap sekejap.
6 bulan sudah bekerja, bukan sebagai engineer pun, cuma executive biasa saja. Biasalah, mula-mula, pengalaman pertama so tak nak lah cerewet sangat. Alhamdulillah, ada juga company yang nak hire saya.

Selain dari itu, saya sekarang sedang menuntut as a part time Master student di Universiti Putra Malaysia, UPM. Syukur Ya Allah, diberi peluang berharga ni. Ramai yang tanya saya macam nak sambung Master. Tak susah, InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan share kat sini bagaimana prosesnya. Saya further dalam bidang Engineering Management, konon-konon nak jadi manager lah kan. haha..
Ada jugak yang tanya, kenapa nak sambung Master lagi, bukannya boleh naik gaji pun if setakat jadi engineer, since most company, degree sudah cukup untuk dapat kerja. Tapi saya bukan mengerja gaji. Tapi tak bermakna duit tak penting. Orang baru nak mula hidup macam saya, duit sangatlah critical especially zaman hari ni yang penuh persaingan. Saya mahukan lebih pengetahuan dari segi aspek lain pula. Tak salah kan. Tahukah anda, dalam masa 10-15 tahun akan datang, Ijazah Sarjana Muda mingkin hanya la kelayakan biasa, who knows kan? As kemajuan teknologi, ekonomi akan berubah, bertambah maju jadi of course dalam bidang pendidikan juga takkan ketinggalan. 
With my colleague during last year team building. We are having a game at Escape Room, The Curves

Lastly rutin harian saya sekarang, siang kerja, malam pergi kelas. Ada jugak kelas weekend. Memang penat bekerja and belajar, tapi syukur alhamdulillah, semuanya mudah bagi saya. Allah permudahkan jalan bagi hambaNya yang berusaha dan ikhlas. Semoga kita semua berjaya dalam hidup. InsyaAllah.
Later, insyaAllah, ada rezeki saya akan update semula apa-apa cerita yang patut. Ada banyak yang saya nak share, banyak aktiviti sepanjang saya tak update. Jumpa lagi. Jaga diri semua. 




Regards,

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...