Friday, October 17, 2014

BUDGET KAHWIN- MANAGE YOUR INCOME

Assalamualaikum

Harini entry bukan nak sambung cerita pasal Korea. Saya belum bersedia lagi nak share cerita tu sebab sekarang ni ada cerita lain nak share. 

Drum roll pleaseeee... 

Ceritanya macam ni, saya ni tak lama lagi nak melangsungkan perkahwinan. Itu cerita dia. Tak da la suspend mana pun.

Oleh yang demikian, entry ini saya nak share macam mana saya manage income saya untuk persiapan perkahwinan. Saya masih amateur, baru bekerja selama setahun, enjoy pun belum habis lagi, baru nak merasa duit sendiri, jadinya saya mengaku saya tak ada savings. Bukan tak ada langsung, ada tapi sikit sangat.Lepas dah pergi Korea hari tu ada baki sikit beda buat semangat. Boooo....
Tak payah nak boooo sangat lah.. Macam la awak tu banyak duit simpanan sangat.

Gaji kecik saja, lepas tolak duit sewa, utilities yang lain, apa sangat yang tinggal kan. Nak hidup di kota raya yang serba expensive ni. 

Jadi saya plan untuk buat pembelian sedikit demi sedikit dari sekarang. Sekarang ni Oct, gaji Oct saya dah plan untuk beli kain buat baju nikah dan cincin untuk lelaki. 
Memang nampak gedik sangat sebab lambat lagi majlis nya pun. Tapi sedar diri, duit tak banyak and semua sendiri tanggung. Tak ada yang sponsor. Korang yang parent sponsor tu beruntung sangat. Hargailah mak ayah, dah bela besar panjang, nak menikah pun mak ayah sponsor, kalau tak jaga hati mereka baik-baik lagi tak tahu la cakap apa.....

Buat masa ni memang ayah saya tak sebut apa-apa pasal sponsor kahwin. So, bawa beringatlah, abang-abang and kakak dulu kahwin pun semua atas duit sendiri. Gentleman habis abg iollsss..

Saya suka merancang awal dan sukakan perancangan yang rapi kerana saya tak nak kelam kabut, nanti sendiri yang penat.

Saya gunakan excel untuk store semua benda pasal PROJEK KAHWIN saya.
Ada sheet untuk Budget and cost, timeline, vendor and source. 

Misal kata, gaji bersih selepas tolak hutang dan sebagainya, RM 2000.

Saya akan spend RM 1000++ untuk beli barang kelengkapan setiap bulan. Bulan ni beli sikit, bulan depan beli sikit. Kalau nak menabung sampai cukup 10ribu memang sampai sudah tak jadi 'mejelis' nanti.

Table yang saya buat adalah seperti di bawah. Boleh dijadikan bahan rujukan buat semua bride to be. 

Saya dah tetapkan bajet untuk setiap perkara yang nak dibeli dan kemudian saya akan memastikan untuk tidak belanja lebih dari bajet. InsyaAllah.

Table di bawah ni adalah bajet yang ditetapkan setiap bulan dan perancangan belian saya. Saya akan mula dari sekarang sehinggalah Mei. Bulan Jun tu reserve untuk yang ringan-ringan sahaja. 





Nampak tak kemudahannya di situ? 2 bulan sebelum majlis dah boleh rehat since majlis dirancang pada bulan Julai.
To all bride to be, rancanglah baik-baik, gunakan masa yang ada supaya tak kelam kabut. Without plan, you plan to fail. Nak ke fail? Memang la tak mau.

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi fasa ini. InsyaAllah. Amin.

Love Yourself, Cherish the moments, take care of yourself.

Regards,
  

 

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...