Thursday, August 3, 2017

DAY 12: KAIKOURA TO CHRISTCHURCH (Pt.1)


2 September 2015: Kaikoura to Christchurch


Sebelum tu, BOOK la Campervan dengan Wendekreisen dari link ni. Berbaloi baloi tau sewa dengan Wendekreisen. Murah dan servis terbaik. Secure you booking dari link ni tauuuu.. hehe. 


Pagi ni kami bangun dengan freshnya. Bermalam di Donegal house sangat tenang, cuaca malam ni sedap sedap je. 

***I am missing New Zealand while I am writing this. rasa nak nangis sekarang sebab it took me almost 2 years to finish it. I am very sorry.***

Ok sambung...

Macam biasa bangun pagi, breakfast dan keluar dari van regangkan otot. Bestnya Donegal house ni, malamnya tak gelap sangat. Sebab ada lampu dari hotel sebelah tu pastu nampak kereta lalu lalang kat jalan depan.

Recommended untuk korang yang nak overnight di Kaikoura secara percuma tapi make sure campervan ada Self Contained ye.

Hari ni kami akan meneruskan perjalanan ke Christchurch. Pit stop terakhir kami. Maka akan berakhirlah roadtrip kami pusing South Island. Perasaan bercampur baur. 

Sedih nak tinggalkan bumi New Zealand. Semasa kat sana, ada kami bincang lepas 10 tahun kami akan kembali. hmm... lamanya 10 setahun. haha

Kami gerak keluar dari Donegal House sambil dalam hati berkata, kami akan kembali. Camp site adalah yang terbaik jugak selepas Lake Hayes. Free kan, memang best. Bukan apa, kawasannya itu yang selesa, sesiapa pun suka. kan? 

Macam biasa, cari toilet dulu dan kemudian perjalanan diteruskan.

Kawasan sekitar camp site Donegal House. Bersih, lapang and its free

Nampak tu, situ ada seorang uncle duduk dalam tu. dia kira permanent residence. orang sana memang ramai tinggal macam ni. Jimat. rumah sana kan mahal. 

OHHH....Christchurch.

View kami masih lagi laut luas. Cantik sangat. Tak bosan sekalipun. Cuaca pula hujan, seolah memahami hati kami yang hujan menangis dalam hati. Sedih dan hiba hendak meninggalkan Kaikoura. 

Kami menggunakan State Highway 1. Sebelum saya menyambung penulisan ni, saya ada baca, Sate Highway 1 masih lagi ditutup akibat tsunami yang lepas. 

Kepada yang ada nak ke Kaikoura sila study dulu route. Boleh check di website tourism New Zealand.



Bila lagi nak dapat tengok view macam ni.

Allahu...memang cantik sangat. 


Christchurch 112 km

Dah start jumpa bukit, tanah lapang hijau semula.

Ini tandanya berakhirlah view laut kami

Ada jugak ladang anggur

Sekawan biri biri. First time nampak biri biri ada tuan sekali. hehe


Sampai dah 

Aim kami hari ni nak pergi ke Akaroa. Saya memang beria sangat nak pergi Akaroa sebab tempat ni cantik sangat. French settlement yang pertama di sini.

Pekan kecil saja. Agak jauh dari Christchurch. Cadangan awal nak overnight di Akaroa ni kemudian plan nak recce pakej naik boat tengok Dolphin kat sini. Iye, ada Dolphin.... 




Nak ke Akaroa mengambil masa dalam 1 jam 30 minit plus. Memang jauh dan jalan dia bukit bukit. Mashaallah. Ingat tak jumpa dah jalan kona kona. Sekali hambik.


Sebab pekan Akaroa ni terletak disebalik bukit, so kena lah redah bukit dulu. 


Nasib tak menyebelahi kami. Peralihan cuaca dari Winter nak ke Spring, kami memang jumpa dengan hujan saja sepanjang jalan. Sampai di Akaroa pun hujan agak lebat. Sedih. Hilang mood kami nak bermalam di sana. 


Kami pusing dan lepak sekejap (dalam van je) lepas tu decide balik semua ke Christchurch. Ada rezeki kita jumpa lagi.


Akaroa memang cantik. Tak sangka bila kami sampai sana. Bukit bukit, lapang hijau. Menawan di mata.








Cuaca tidak menyebelahi kami. Tak apalah, ada rezeki kita datang lagi.




Boleh naik cruise tengok Dolphin.










Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke Christchurch semula. Agak lewat petang kami sampai di Christchurch.


Selepas cari cari, kami pun jumpa satu tempat Free camping di Lincoln. Agak jauh dari Pekan tapi selesa kat sini sebab ada Public Toilet. Yeayyy!!


Campsite ni pun jumpa guna apps Rankers. Coes Ford Camping Ground, Lake Ellesmere. Seriously tempat ni memang mendamaikan. Agak pendalaman, terperosok jugak nak cari tapi jangan risau. Ikut je waze. Insyaallah sampai.


Dekar sini ada banyak campervan yang tinggal secara tetap dekat sini. kabin pun banyak. Orang New Zealand kan memang ramai tinggal dalam kabin sebab nak jimat. Kos rumah di NZ agak mahal. Orang immigrant usually tinggal dalam kabin. 


Walaupun ramai tinggal macam ni, tempat ni langsung tak tercemar. Terjaga, bersih rapi. Cuba bayangkan kalau di Malaysia ada tempat bagi tinggal free, pasang khemah, parking cabin macam di sini. Entah apa yang jadi Wallahualam...



Bersih sungainya.... Nasib baik sejuk, Tidak dah terjun



Bermalam kat sini ada banyak lagi campervan lain.


Public Toilet kat sini.

Malamnya kami settle down awal. Masak, makan dan tidur awal. Memang chill je malam ni. Rileks. yelah, dah nak balik kan. Dah boleh start mengemas. Campervan tu dah macam rumah, Kain baju semua dalam almari. Semua nak kena lipat dan pack. Agaknya macam mana lah yea. After 2 weeks kan.


Esoknya adalah hari untuk tour pekan Christchurch pulak.


Insyaallah. Sambung next post.


Lots of Love.


Terima Kasih sudi baca dan follow.


No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...