Sunday, September 27, 2015

DAY 2: TO MOUNT COOK

Assalamualaikum..

22 AUG 2015 - Lake Tekapo to Hooker Valley, Mount Cook 


Pagi di Lake Tekapo seriously said sejuk sesangat. Apapun rasa puas hati, kami akhirnya dapat katil, bantal and selimut..phewww. Alhamdulillah.

Bangun pagi, bukak ja pintu van pijak tanah, bunyi kriuk kriuk...You know what, it became an ice!! The grass frosted. Air dalam lopak jadi ais, membeku. Now you can imagine how cold that night. 

Subuh gajah pagi tu sebab terbangun agak lambat. Semalam masa park baru ada 2, 3 buah vehicles ja, pagi bangun dah ada banyak. Kami pun bersiap siap, panaskan kuah masak tumis semalam and buat kuah cicah dengan roti. Boleh kata, sepanjang 14 hari tu, rutin kami sama untuk breakfast. Panaskan kuah semalam and buat as breakfast...Tak kisah, janji makan, dapat alas perut sampai malam nanti.

Tiap tiap pagi bangun rutin kami sama. Husband dah tahu apa yang dia kena buat, saya pun tahu apa yang saya kena buat. Dengan ini memudahkan hari kami. Trip macam ni banyak mengajar kami tentang diri masing masing. Banyak perkara baru yang kita boleh belajar mengenai pasangan dan of course semakin mematangkan kami berdua. Best kan? Apa yang penting, kerjasama, komunikasi dan tolak ansur. Jangan nak bebai kerap kerap sangat...Tak syiokkkk...relaks!

Husband ambik job cuci pinggan. hehe. thank you husband!

Sebelum nak berjalan tu kena make sure semua barang barang disimpan semula termasuk la katil. Langsir semua bukak and ikat, pinggan mangkuk, periuk segala bahan simpan dalam almari. Semasa on the road, semua passenger kena duduk dekat seat. Jangan pulak masa van tengah jalan tu dok p memasak kat belakang pulak, tidur kat belakang, memang semua tu is a big NO!. Tidak dibenarkan, nanti nampak kat polis, kena saman, baru haru. Tak dapat dek na nolong. Duduk kat seat and buckled up!


Berlapis lapis baju kami.Rasanya ada la dlm 6 layers kot... 

Since semalam sampai dah lewat petang, tak sempat jalan lama kat Lake Tekapo, so pagi ni sebelum meneruskan perjalan kami p lepak Lake Tekapo sat. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar daripada tiga buah tasik di area MacKenzie. Yang pertama ialah Lake Pukaki dan ketiga Lake Ohau. Yang menariknya, air tasik tu warnaTurqoise. Dia punya biru sumpah lawa!. Biru yang biru biru biru macam biru susu, Tau??.. heh..susah nak explain. Tengok sendiri... Paling biru sekali ialah Lake Pukaki. Hasil daripada particles kecil kecil glacier yang mencair daripada Tasman dan Hooker glacier menjadikan tasik tu warna biru yang distinctive. ha...sains sangat kan?  




Kat sini ada statue anjing besar as a symbol of appreciation kepada anjing ni yang katanya teman kepada orang yang menemukan tempat ini iaitu James Mackenzie. Sebab tu lah kawasan ini namanya, MacKenzie Basin. Gituuu....

Lake Tekapo
Gigih setup camera nak ambil gambar berdua yang atas tu. Well, saya memang tak pandai main kamera tapi  am slightly better than husband. hehehehe. Husband tak minat, so kita ambik job nih.

Selesai kat Lake Tekapo kami pun meneruskan perjalanan ke Hooker Valley, Mount Cook. Tempat yang kami paling excited nak pergi. On the way tu baru jumpa Lake Pukaki yang paling besar sekali tu. Lake Pukaki ni lagi la cantik. Air dia lagi la biru. Subhanallah...

On the way nak ke Mount Cook. Snow capped mountain mengiringi perjalanan kami.
Tadaaaa....Lake Pukaki. Sumpah, warna dia memang biru macam ni. Cantik!
Husband terkejut tengok tasik secantik ni. hahahaakk.


 

Nak pergi ke Hooker Valley tak jauh, lebih kurang sejam saja tapi jalan yang kona kona and van kami yang tak ringan sangat, masa bertambah jadi 2 jam. haha. Banyak stop pulak and of course the main cause is??? Kan speed limit bawah 100 ja... So, paham paham saja. kikikikikiii.....

Tapi jangan risau, lama lama dalam kereta pun tak jemu dengan view yang cantik sepanjang jalan. Rasa tak berkedip mata. heeee.. Cuma yang korang kena tahu, time winter siangnya singkat, so kena manfaatkan time cerah tu betul betul. Pukul 6 dah start gelap. Takkan nak sightseeing malam malam, mana nak nampak view gelap gelita kan. Kat sini mana ada lampu jalan. Gelap gelita sepanjang jalan. Masuk town baru ada tiang lampu.
 

Lagi, Lake Pukaki sepanjang perjalanan kami nak ke Mount Cook.
Haaaa..lawa lawa!

Semakin kami get close to Mount Cook, kami melalui kawasan lapang yang kiri kanannya gunung ganang dilitupi salji. Cantik sangat. And theeeeennnnnn.........Tadaaaaaa......

Husband kata,
"Apa kata kalau saya stop kat mana mana yang boleh, we have coffee break nak?" 
I was like, gila tak nak? Dengan view macam ni. Tobat best!. 
"OK. Lets pull over."said husband

The view was irresistible. Inviting! Mana boleh nak tengok dari dalam kereta saja kan. Mesti kena stop. Enjoy and relax!

Damn awsome. Sejuk weyh tapi persetankan sejuk tu. Minum kopi panas panas, apa nak kata!!!
Best everrrr!!!!! Ooppss, Did I just make you jealous? Apa tunggu, pack your bag now! weheeee...
Dari depan, tepi, belakang semua gunung ganang. Perrghhh! Amazing!
Bagi can kat mak datin nak pose lerrr....
Nak sampai Hooker Valley dah...

Sudah sampai... yeaayyy... Hooker Valley track ni akan membawa kita ke Hooker Lake yang ada small iceberg katanya.. Glacier la kot, tapi yg kecil kecil saja and terapung atas tasik. Trekking mengambil masa 1 jam 35 min based on sign board, tapi kalau ikut kaki mat saleh, ya la kot. 1 langkah depa, 2 langkah kita orang asia ni. huhu. 

Hooker Valley ni ialah track yang famous dekat Aoraki/ Mount Cook National Park. Aoraki???? Apa tu... Aoraki ni ialah Mount Cook dalam bahasa Maori. So, kalau nampak ada tulis Aoraki, jangan ingat salah, betul la tu ialah Mount Cook.


By the way, Hooker Valley ni kira free activity, cuma kena pakai tenaga lebih sikit. Ada pakej dekat Mount Cook which is trip naik boat untuk experience lalu kat glacier lake and pegang ice dengan lebih dekat. Yang tu kena bayar, definitely tak sesuai untuk orang bajet macam kami ni. Semua yang kena bayar, kami tak buat.. hehe. FREE??? Cangak lagi, jom aja... 


Boleh check kat link ni. Mahai noksss! Tempat dia berlainan dengan Hooker Valley Track ni. Tak silap kena masuk lorong yang ada tulis Tasman Glacier. 


http://www.glacierexplorers.com/


Sebelum memulakan trekking. Track dia relaks relaks ja. Ada mengah sikit sebab dah lama tak buat trekking hiking ni.. Pencen dah.. kikiki 

Kat sini berlaku kejadian yang ngeri. Rasa macam nak bebai teruih. kahkahkahh.. Our SJCAM 4000 jatuh dari titi tu.........huwaaaa..

Baru nak start, belum apa2 lagi dah macam macam kan. Dugaan betul. Bermula dengan husband panggil suruh posing kat titi tu, dia nak ambil gambaq and saya pun simpan sjcam dalam poket. Entah macam mana, baru senget sikit posing, dengan lajunya, sjcam tu mengelungsuuurrrrr dari poket jaket saya and piuuuuuuuuuu gedebus gedebak jatuh dari atas titi. We was like, hahhhh??????? Terkedu, tak tau nak kata apa. Tinggi kot! 

Maka berkecai lah iaaaaaaaa....Saya dah gelabah,  husband cool me down and said, tunggu sat saya turun cari. huhu.. Uwaaaaaaaa, Husband, why you can be so calm.. Thats why I love you. Phewitttt..Menyempaaattt no. haksss!

Mula mula husband saja turun, cari punya cari tak jumpa...Rasa macam bertahun tunggu, tak boleh tunggu lagi kat atas, saya pun laju turun jugak. Geraaaammm! hehe

Tak sangka, terjumpa kamera tu. Masih elok, mujur ada casing. Casing saja yang pecah dan dari saat tu kami tiada lagi selfie stick. Patah sudeeeyhhh. Kamera berfungsi dengan elok. Macam tak percaya. Ini bukan iklan nak promote SJCAM ok, ini butulll.... Mungkin sebab dia kecik dan ringan so impact yang kena tu tak kuat sangat. Padahal, saya nampak dari atas kamera tu jatuh dah berkecai.

Dah tu, memory card pulak hilang, tercabut. Aduhhhhh.. azab betul. macam mana ni. Kami pun start teropong cari. Tau tak, memory card yang kecik tu, MICRO ok, hat haluih tuu, MICRO SD card. Mashaallah.... 

Dalam dok mencari, lama jugak laaaa... Tiba tiba dengar husband menjerit, haaaaaa.....dah jumpa. Seriusly???? that so small thing found by husband yang rabun. Subhanallah. Sungguh, memang rezeki kami. 

Seronok tak terkata kami dua. One thing, I am impressed how husband so cool and langsung tak marah. Siap gelak gelak lagi. Yang aku ni macam nak pengsan sudah. Dah la susah payah kami share duit beli benda alah menatang kecik tu semata mata nak pegi NZ. Walaupun tak mahal mana tapi penting weeyyyyyyyy...Banyak dah gmbaq kat dalam tu. Syukur alhamdulillah.


Nampak tak?? Husband tengah mencari cari...Bayangkan, jatuh terhempas atas batu2 besaq tu... Adohaii..
Lokasi jumpa SJCAM kami. Senyum girang, dalam hati tengah dup dap dup dap. haha. Gambar test pakai SJCAM berfungsi ka dak. hakhakhak






Selesai bab tu, kami pun teruskan perjalanan sambil melawak duk cerita pasal sjcam yang jatuh tadi. Betapa ajaibnya boleh jumpa semua and kamera still working fine.. 

Cantik sangat Hooker Valley Track ni. Nampak bukit bukit salji dekat sangat dengan mata. Subhanallah. Hilang penat trekking bila tengok keliling dengan permandangan yang cantik sangat sangat.. Lawa gila bak hangggg.....


Terasa diri ini pro photographer bila tengok gambaq ni. hakhak


Kat track ni ada banyak titi gantung ni, ada tiga buah tak silap..Titi ni goyang goyang jugak la.. Saya ni gayat sikit dengan tinggi. Asal jumpa titi ja, saya suruh husband ketepi, bagi saya jalan dulu sebab saya nak jalan laju laju bagi cepat sampai hujung. Tak dak masa den nak duduk lama2 kat titi tu.. Satg, benda lain yang jatuh pulak... errrrr....

Jalan punya jalan, mengah mengah, tengok keliling, rasa kagum sangat sangat. Betapa cantiknya New Zealand! 


Layan gambaq....



Rumah kecil tu ada portable toilet. Dari sini jauh lagi nak sampai Hooker Lake tu. Track Hooker Valley ada naik, ada turun, landai......Rindu nak naik gunung lagi.. hukhuk..

Cantikkkk!!!! Rindunyaaaa la hai..
Masa ini camera Fujifilm dan nak run out of battery. Lintang pukang kami laju laju ambil gambar ni sebelum kamera tu mati. kikiki

From above, ada lagi lebih kurang 30 minit nak sampai tasik. Hari dah gelap, orang pun dah tak ada. Masa tu dah pkul 5 petang. Kami fikir punya fikir, tanya orang yang sudah pun patah balik, dia recommend untuk turn back sebab masih jauh. Hari dah nak gelap, bahaya. Kawasan macam ini, avalanche boleh jadi anytime. Even masa awal awal start trekking pun kami dah dengar bunyi runtuhan salji. First time, rasa teruja and sikit risau..

Memikirkan safety kami, kami pun dengan berat hati berpatah balik. Tapi kami dah tanya orang tu, apa yang ada kat sana, dia cakap tasik yang lebih kurang sama yang ada kat awal awal track, cuma besar sikit. Katanya tak ada ice pun, just tasik kosong sahaja. 

Kurang la sikit rasa ralat dalam hati. Kalau kami jalan jugak, 30 minit baru sampai tasik, nak patah balik lagi, 2 jam. silap hari bulan...hmmm.. seram jugak bila fikir kan. Gelap golitaaaaa!

So, tipsnya, datang la awal, jangan jadi macam kami ni.. Trekking time takes roughly 4-5 hours return, ini kalau tak banyak stop ok... ISince its winter, by 5.30 pm dah mula gelap and kami sampai kat Hooker Valley dah pukul 3, so, memang tak sempat sangat nak cover sampai habis. huhu.


Nampak cerah sebab dah touch up sikit.
Sebelum decide untuk patah balik... hukhukk
#HerschelSupply ...... kikiki


Awesome!



Timbunan salji yang keras kejung.

End of our trekking. hari pun dah nak gelap.


Saya sangat sangat recommend Hooker Valley track ni. Pergi lah, jangan skip sebab cantik sangat sangat!. penat sikit saja trekking. kalau ada anak, mungkin agak susah, sebab pyschology budak budak ni lain sikit kan. Tapi try la dulu, jalan sikit separuh jalan pun dah ok...


Sampai ja kat carpark, hari dah gelap, kami pun driver keluar dari Mount Cook. Kedudukan Mount Cook ni kedalam, jalan pergi dah balik, kena lalu jalan yang sama, iaitu keluar semula ke simpang jalan utama. Jauh, masa kami keluar ke main road tu dah gelap. Kami meneruskan perjalanan ke Twizel.

Cadang yang asal2 nya hatitu, kami nak pergi Twizel Salmon farm after pergi Hooker Valley tapi dah malam, mana nak ado bukak dah... Last last, kami pun abandoned salmon farm, teruskan perjalanan ke depan lagi. Kira ini lari schedule la sebab kami tak expect trekking Hooker Valley tu ambil masa yang lama. Antara faktor lain, driving ke Mount Cook agak jauh, pergi dan patah balik dah berejamm kan, so dah makan masa kat situ. Overall, kami tetap puas hati dapat tengok view yang superb lawa! Sikit pun tak rasa ralat.. huhu

Perjalanan diteruskan, kami pun search tempat nak camping. Lagi sekali kami free camping saja. Susah jugak nak cari campsite malam malam, sebab gelap gelita, tak ada lampu jalan kan. Potensi nak terlajak simpang ni semua possible. Tambah pulak, kita ni orang Melayu kan skeptical sikit dengan gelap gelap ni, kerisauan dia lain macam sikit kan. Ke saya je? haha 

Kami melalui Omarama, pekannya kecil, semua kedai dah tutup, cuma ada satu dua restoran masih buka and petrol stesen. Itu malam kami yang first driving malam malam melilau cari tempat tidur. Ada rasa risau sikit, of course la. Tapi husband maintain control machooo. hakss.

Mujur 3G line ok masa tu, kami pun search tempat yang free untuk camping and terjumpa Ahuriri Bridge campsite paling dekat kat situ. Tapi apakan daya, keadaan yang gelap gelita, kami tak jumpa jalan nak masuk. Ada tips bagitahu tempat ini ke dalam sikit. Pusing pusing tak jumpa, tanya orang pun still tak jumpa. Hari makin lewat, last last kami decide continue driving ke next town. 

Kami jumpa town Otematata, masa tu pkul 11 malam dah, kami ternampak ada sign board campsite and decide untuk masuk. Kalau kena bayar pun, bayar la sebab dah desperate kan. Sekali tak ada orang, sunyi sepi, cuma ada cabin cabin kosong and site untuk parking. Kami pun parking saja lah. Kalau esok pagi ada owner datang ketuk, kami bayar la. 

Siap siap masak, makan and siapkan diri. Kami tidur. Tidur lena walaupun sejuk gedik. 

Esok pagi, pukul 5.30 pagi, kami bangun, solat, kemas kemas sikit ala kadar, terus lompat pergi seat depan and drive keluar dari campsite. Ceritanya malam tu kami tidur illegal. Habis dah gelap gelita, kami pun tak tahu tempat tu ada owner ke tidak. Pekan Otematata tu super kecik. Nak buat macam mana, redah saja.. 

Dengan baju tidur, mamai mamai, kami pun drive meninggalkan Otematata. Hari yang kalut buat kami tapi ianya satu pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila bila.. huhuhu. Trip macam ni kena sedia mental siap siap untuk face unexpected incidents. And most important, kena jadi tak kisah. Tak kisah leceh, tak kisah penat.


So, cukup dulu untuk kali ini. Next post, kita sambung. Next day kami pergi ke Elephant Rocks and ada la kejadian lawak yang kami dua dua pendam tak nak sebut sampai dah nak balik baru kami bukak mulut. Pastu dua dua malu nak mengaku.....Aissshhhh! kuikuikui


InsyaAllah.


Thanks for reading.


Lots of love.


Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK WENDEKREISEN HERE

Saturday, September 19, 2015

DAY 1: TO LAKE TEKAPO

Assakamualaikum

21 AUG 2015 - Christchurch Central to Lake Tekapo via State Highway 1
 
Tarik nafas, hembus, tarik, hembus....fuhh fuhh.. bukan senang nak mengumpul tenaga dan mood untuk menaip ni. Dia punya malas tu tahap tak boleh bendung. Husband pun bukan main bagi semangat suruh update. Tiba tiba pulak... katanya seronok nanti masa depan, kalau rindu, boleh bukak and baca balik. Yes, betul la tu, sebab itulah tujuan utama blog ini dibuat. 


Selesai grocery shopping kami pun mula bergerak keluar dari Christchurch. Alhamdulillah, dapat keluar lebih awal dari yang kami plan. Of course belum makan apa apa since dari semalam ha... Kami dengan tabah meneruskan perjalanan, minyak van pun penuh diisi terlebih dahulu oleh company. So, nanti masa return kena isi sampai penuh jugak na, baru hantaq. 

Perjalanan hari ini menuju ke Lake Tekapo yang mengambil masa hampir 3 jam kalau tak banyak stop. Diingatkan, maximum speed limit ialah 100 km/h. hahahahaha, macam nak teriak drive kat sana kan??... Jangan berani drive laju kang ada yang memerhati. Rather than kena saman baik ikut sahaja speed limit k. If masuk town, speed limit cuma 50 km/h saja. Teriak kuat lagi. Kalau nasib baik, ada yang 80 km/h. Pun teriak juga..Sebab kat Malaysia tak drive slow macam ni kan...eh?.Herrrr...


Route kami pada hari pertama

Dalam perjalanan, kami makan roti dengan jam untuk alas perut. Of course la saya yang sebelah ini sapu jam kat atas roti. Nak berhenti untuk masak mungkin akan ambil masa lama sebab kami belum unpack barang lagi. So we decide untuk masak bila sampai campsite nanti. Malam pertama kami free camping!.

Perasaan gembira, bersyukur, teruja membuak buak tambah pulak dengan permandangan yang sangat super cantik. Subhanaallah, muka bumi New Zealand dengan bukit bukau yang hijau, ada kambing biri biri putih gebu menyerikan lagi pemandangan. Keindahan semulajadi disana dipelihara dengan baik sekali. Saya personally sangat kagum dengan usaha kerajaan di sana yang sedaya upaya memulihara keindahan muka bumi mereka. Besides, rakyat kat sana yang turut sama-sama menjaga membuatkan saya rasa segan. Kat Malaysia, orang senang senang baling sampah dari kereta tanpa rasa bersalah pun. haih... sedihhh!!

Town pertama kami singgah ialah Rakaia, lebih mesra dikenali sebagai town ikan Salmon. Kat sini ada banyak salmon farm tapi kami tak singgah sebab bercadang nak pergi Salmon Farm kat Twizel sebab kolam dia dibuat floating on the glacial river. Wow!!

Kami singgah pekena kopi secawan. Seperti biasa, I ordered Flat White. emmmm....rasa segar bugar lepaih pekena kopi. Harga NZD 4.50 secawan. 

Cafe comel yang betul betul tepi jalan di Rakaia.

Biri biri ada dimana mana. Mana taknya, jumlah biri biri kat sana melebihi jumlah orang. Jumlah penduduk New Zealand untuk kedua dua island hanya kira kira 4 juta sahaja. Sikit kan? Dengan keluasan 103,000 kaki persegi, jumlah penduduk yang begitu kecil , emmm...patutla susah betul nak jumpa manusia. Haha. Jumpa biri biri lebih banyak. Ketika kami melepasi beberapa pekan kecil, memang agak sunyi. Tak tau lah mana pergi semua orang. haha. 

Biri biri beratur nak pergi mana tuuu?? hiks
Selesai minum terus continue our journey to Geraldine. Kat Geraldine kami dah kena refuel petrol sebab tank sudah tinggal separuh. Actually, bajet yang kami allocate untuk petrol dah lari jauh sangat. Way higher...So, kami terpaksa bajet untuk part lain seperti makanan and acitviti berbayar. Tak kisahlah, yang penting dah sampai, redah saja! 

Harga minyak tak tetap, hari hari akan lain. Lain town and city, lain harganya. Harga sekitar NZD 1.97 hingga NZD 2.20 per litre semasa kami kat sana. Stesen yang paling murah and kami selalu pergi ialah stesen minyak Z. Diingatkan bahawa petrol station hanya ada bila masuk town and city. So make sure untuk rancang elok elok supaya nanti tak ada yang berkampung tepi jalan. Jarak antara town kadang kadang boleh cecah ratus ratus KM. Adalah lebih baik bila meter dah tinggal separuh, terus isi saja bila jumpa petrol station.

Nampak tak? Masuk ja town, ada speed limit sign. 50 km/h saja. Slow down OK?

Awek pam minyak kat petrol stesen Z yang super friendly. Well, kat sana isi petrol dahulu baru bayar. Diaorang practice honesty. Percaya sesama sendiri. Dah siap isi, baru masuk dalam stesen and bayar kat cashier. Sekali lagi, saya kagum!

Antara perkara lain yang mengagumkan kami ialah, dari sekecil kecil pekerjaan semuanya orang local. Of course bukan yang itu saja, walaupun kerja yang dilakukan tu biasa biasa such as tukang pam minyak tapi terpancar keikhlasan kat muka depa. Saya kagum dengan professionalism mereka. Greet dan senyum sentiasa. Hello, Hai, Have a nice day tak lekang dimulut siapa siapa saja. Well, there is a quote, A simple hello could lead to a million things. Indeed, sangat betul. Kita secara automatic akan jadi ceria bila dengar orang greet kita macam tu. Walapun simple tapi bermakna. Bagusnya kalau orang Malaysia pun amalkan perkara positif macam ni. Katanya di Malaysia amal budi bahasa budaya kita tapi macam tak jaaa sebab setengah cashier tu pandang kita customer ni pun tak, inikan pulak senyum, apatah lagi greet kan?? Bukan semua, sesetengah. Yang mana elok kita jadikan ikutan. Tak gitu?? Well, saya harap kepada yang membaca ini akan amalkan benda ni and jadi lebih positif lepas ini ya. InsyaAllah. Jom layan gambar!


Geraldine Cinema. Sangat old skool. Menggunakan bangunan lama and cara advertising pun still old skool.
Singgah pekan Geraldine sekejap pergi toilet. Uruskan apa yang patut. hahaha.

Nampak cerah macam panaskan tapi anda silap, sejuk weeeiiii....8 degree kot! Sepanjang perjalanan kami just stop beberapa kali bila nampak ada space untuk stop. Diingatkan untuk tidak berhenti sesuka hati kang nanti ada yang report. Local people kat sana sangat friendly dengan pak polis. Depa suka report kenderaan yang tidak mematuhi undang undang, so baik hati hati.

Selepas Geraldine, jumpa Fairlie. Start saja dari Fairlie, view dah berubah, tak nampak sangat bukit bukau yang hijau sebab sudah memasuki kawasan pergunungan. Snow capped mountain mula menunjukkan kelibat. Subhanallah, cantik sungguh. Macam tak percaya dengan mata sendiri. Pertama kali nampak salji depan mata, walaupun jauh nun, rasa macam mimpi. Syukur dengan rezeki ini. Kami tak stop di Fairlie. Perjalanan diteruskan lagi dan melepasi Burke Pass, view semakin rancak dan cantik. Yang keluar dari mulut puji pujian pada Maha Pencipta dan wuuu waaaaa....wwooowww..! haha. Cantik weyhhhh.... Gila excited. hikss.



      

  

Dan bila nampak ja sign board Lake Tekapo kami dua dua terjerit kecil (konon) dalam van, happynyaaa dah sampai. Ya Allah.....Syukur.
 
Dari jauh dah nampak tasik yang membiru. Tak sabaq nak park van and kemas kemas, masak, makan and tidurrrrrrrr........Tapi sebelum tu kita turun dulu ambik feel kat Lake Tekapo before p campsites. Dia punya angin, Mashaallah, sejukkkkk gilerrrrrr. Tau tak sejukkk!!! Ambil gambar pun laju laju and cepat cepat lari masuk van. Jari jari naik beku!!! Phewwww....



Mengigil kesejukannnnn....herrrrrr

Lepas dah snap beberapa keping gambar kami pun pusing pusing cari campsite yang legal untuk kita park and bermalam. Sebaik masuk Lake Tekapo, sebelah kiri dah nampak ada space untuk freedom camping. Actually kami nak cari yang betul betul tepi Lake tapi tak jumpa sign yang allow us to park. Hari pun dah nak gelap, kami pun dah letih, kamu pergi balik ke tapak yang kami nampak tadi. Ada beberapa campervan and RV dah masuk masa kami sampai. 

Kami start unpack and simpan baju baju dalam wardrobe. Solat, and then start prepare untuk masak. Tap water van ada hot and cold, nasib baik... At least tak dak la sejuk beku time ambil wudhuk and basuh membasuh kan. Pengalaman pertama memasak dalam campervan best, rindu nak masak dalam van.. Puas hati dengan kelengkapan yang disediakan. Ruang dalam van just nice untuk kami dua orang move around. Compartment simpan barang pun cukup untuk kami. 
 Malam tu kami masak ayam masak sambal tumis and sayur borocoli. Thanks to Pak Brahims kerana telah memudahkan proses memasak kami. Hiks!Lepas makan, sambil minum kopi bukak pintu cabin belakang and lepak sekejap kat luar. Haihhh... tak boleh, sejuk gedik. Tak rela!.. 

Husband start enjin and bukak heater bahagian depan and kami duduk kat seat depan tu sambil tengok ke langit. Romantik cara kami....kikiki. Benda ni kami practice tiap tiap kali kami free camping sebab nak bagi warm sikit dalam van tu, baru kami tutup enjin semua, p cabin  belakang, baru la tidur. Ini saja cara yang ada. Kadang kadang kami letak bantal and selimut kat depan bagi warm dulu. Rupanya bukan kami saja, jiran jiran kami pun sama jaaaaaaa....kikiki. 

Nak habaq lagi sekali freedom camping tak ada power supply so malam tu kami tidur dalam kesejukkan yang bisa, mencucuk sampai ketulang. Suhu malam tu awal awal 3 degree then drop ke -2 degreeeeee pada tengah malam!!!!!! Macam tak percaya. Tidur malam tu siap pakai down jacket, baju berlapis lapis, gloves and snow cap. Ada ka tidur pun pakai snow cap??? hahaha.. Pukul berapa tgh malam, tak ingat, saya kejutkan husband sebab sejuk sangat, tak tahan, dia pun sama. Last last pergi depan, start enjin, bukak heater, tunggu warm, baru pergi belakang balik, tidur. Bila ingat balik, tergelak sendiri..hiks!

Malam tu kat Lake Tekapo super cantik. Langitnya penuh dengan bintang bintang. For information, Lake Tekapo is one of the the star gazer favourite. Selalu star gazer datang bertapa untuk ambil gambar langit yang super duper lawa. Seriously cakap, the sky that night was so beautiful with million of stars. Unfortunately saya tak pandai nak main camera and tak dapat nak snap. I put one photos that looks exactly the same. I searched through Google and many of them. I picked two yang nampak natural. 
Well, regardless of sleeping in -2 degree without heater, reminding of how beautiful the sky was, we sleep well walaupun terjaga dekat ratus kali. Ok, tipu!.. hahaaaaa.

Nah...belanja satu gambar malam tu. Cuba sedaya upaya nak menampakkan bintang. Nampak tak???


Aha.... macam ini la rupa malam tu. Bukan nak gebang ya, ini betul betul. Ini gambar orang pro. Andai la saya pun reti. Tak pro pun tak pa, at least dapat sipi sipi pun ok. Tapi tak dapat! huhuuu... (Source: http://laketekapountouched.co.nz)
Source: www.newzealand.com
Keesokannya kami bangun dan bersiap untuk ke Mount Cook. Weheeeee..InsyaAllah, kita sambung lain kali.Ada banyak tips saya nak share. Insyaallah.

Our camping ground time cerah.

Tunggu next update untuk aktivit seterusnya...

Thanks for reading. Bye!

Lots of love

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.

 BOOK WENDEKREISEN HERE


NEXT POST CLICK HERE

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...