Saturday, September 19, 2015

DAY 1: TO LAKE TEKAPO

Assakamualaikum

21 AUG 2015 - Christchurch Central to Lake Tekapo via State Highway 1
 
Tarik nafas, hembus, tarik, hembus....fuhh fuhh.. bukan senang nak mengumpul tenaga dan mood untuk menaip ni. Dia punya malas tu tahap tak boleh bendung. Husband pun bukan main bagi semangat suruh update. Tiba tiba pulak... katanya seronok nanti masa depan, kalau rindu, boleh bukak and baca balik. Yes, betul la tu, sebab itulah tujuan utama blog ini dibuat. 


Selesai grocery shopping kami pun mula bergerak keluar dari Christchurch. Alhamdulillah, dapat keluar lebih awal dari yang kami plan. Of course belum makan apa apa since dari semalam ha... Kami dengan tabah meneruskan perjalanan, minyak van pun penuh diisi terlebih dahulu oleh company. So, nanti masa return kena isi sampai penuh jugak na, baru hantaq. 

Perjalanan hari ini menuju ke Lake Tekapo yang mengambil masa hampir 3 jam kalau tak banyak stop. Diingatkan, maximum speed limit ialah 100 km/h. hahahahaha, macam nak teriak drive kat sana kan??... Jangan berani drive laju kang ada yang memerhati. Rather than kena saman baik ikut sahaja speed limit k. If masuk town, speed limit cuma 50 km/h saja. Teriak kuat lagi. Kalau nasib baik, ada yang 80 km/h. Pun teriak juga..Sebab kat Malaysia tak drive slow macam ni kan...eh?.Herrrr...


Route kami pada hari pertama

Dalam perjalanan, kami makan roti dengan jam untuk alas perut. Of course la saya yang sebelah ini sapu jam kat atas roti. Nak berhenti untuk masak mungkin akan ambil masa lama sebab kami belum unpack barang lagi. So we decide untuk masak bila sampai campsite nanti. Malam pertama kami free camping!.

Perasaan gembira, bersyukur, teruja membuak buak tambah pulak dengan permandangan yang sangat super cantik. Subhanaallah, muka bumi New Zealand dengan bukit bukau yang hijau, ada kambing biri biri putih gebu menyerikan lagi pemandangan. Keindahan semulajadi disana dipelihara dengan baik sekali. Saya personally sangat kagum dengan usaha kerajaan di sana yang sedaya upaya memulihara keindahan muka bumi mereka. Besides, rakyat kat sana yang turut sama-sama menjaga membuatkan saya rasa segan. Kat Malaysia, orang senang senang baling sampah dari kereta tanpa rasa bersalah pun. haih... sedihhh!!

Town pertama kami singgah ialah Rakaia, lebih mesra dikenali sebagai town ikan Salmon. Kat sini ada banyak salmon farm tapi kami tak singgah sebab bercadang nak pergi Salmon Farm kat Twizel sebab kolam dia dibuat floating on the glacial river. Wow!!

Kami singgah pekena kopi secawan. Seperti biasa, I ordered Flat White. emmmm....rasa segar bugar lepaih pekena kopi. Harga NZD 4.50 secawan. 

Cafe comel yang betul betul tepi jalan di Rakaia.

Biri biri ada dimana mana. Mana taknya, jumlah biri biri kat sana melebihi jumlah orang. Jumlah penduduk New Zealand untuk kedua dua island hanya kira kira 4 juta sahaja. Sikit kan? Dengan keluasan 103,000 kaki persegi, jumlah penduduk yang begitu kecil , emmm...patutla susah betul nak jumpa manusia. Haha. Jumpa biri biri lebih banyak. Ketika kami melepasi beberapa pekan kecil, memang agak sunyi. Tak tau lah mana pergi semua orang. haha. 

Biri biri beratur nak pergi mana tuuu?? hiks
Selesai minum terus continue our journey to Geraldine. Kat Geraldine kami dah kena refuel petrol sebab tank sudah tinggal separuh. Actually, bajet yang kami allocate untuk petrol dah lari jauh sangat. Way higher...So, kami terpaksa bajet untuk part lain seperti makanan and acitviti berbayar. Tak kisahlah, yang penting dah sampai, redah saja! 

Harga minyak tak tetap, hari hari akan lain. Lain town and city, lain harganya. Harga sekitar NZD 1.97 hingga NZD 2.20 per litre semasa kami kat sana. Stesen yang paling murah and kami selalu pergi ialah stesen minyak Z. Diingatkan bahawa petrol station hanya ada bila masuk town and city. So make sure untuk rancang elok elok supaya nanti tak ada yang berkampung tepi jalan. Jarak antara town kadang kadang boleh cecah ratus ratus KM. Adalah lebih baik bila meter dah tinggal separuh, terus isi saja bila jumpa petrol station.

Nampak tak? Masuk ja town, ada speed limit sign. 50 km/h saja. Slow down OK?

Awek pam minyak kat petrol stesen Z yang super friendly. Well, kat sana isi petrol dahulu baru bayar. Diaorang practice honesty. Percaya sesama sendiri. Dah siap isi, baru masuk dalam stesen and bayar kat cashier. Sekali lagi, saya kagum!

Antara perkara lain yang mengagumkan kami ialah, dari sekecil kecil pekerjaan semuanya orang local. Of course bukan yang itu saja, walaupun kerja yang dilakukan tu biasa biasa such as tukang pam minyak tapi terpancar keikhlasan kat muka depa. Saya kagum dengan professionalism mereka. Greet dan senyum sentiasa. Hello, Hai, Have a nice day tak lekang dimulut siapa siapa saja. Well, there is a quote, A simple hello could lead to a million things. Indeed, sangat betul. Kita secara automatic akan jadi ceria bila dengar orang greet kita macam tu. Walapun simple tapi bermakna. Bagusnya kalau orang Malaysia pun amalkan perkara positif macam ni. Katanya di Malaysia amal budi bahasa budaya kita tapi macam tak jaaa sebab setengah cashier tu pandang kita customer ni pun tak, inikan pulak senyum, apatah lagi greet kan?? Bukan semua, sesetengah. Yang mana elok kita jadikan ikutan. Tak gitu?? Well, saya harap kepada yang membaca ini akan amalkan benda ni and jadi lebih positif lepas ini ya. InsyaAllah. Jom layan gambar!


Geraldine Cinema. Sangat old skool. Menggunakan bangunan lama and cara advertising pun still old skool.
Singgah pekan Geraldine sekejap pergi toilet. Uruskan apa yang patut. hahaha.

Nampak cerah macam panaskan tapi anda silap, sejuk weeeiiii....8 degree kot! Sepanjang perjalanan kami just stop beberapa kali bila nampak ada space untuk stop. Diingatkan untuk tidak berhenti sesuka hati kang nanti ada yang report. Local people kat sana sangat friendly dengan pak polis. Depa suka report kenderaan yang tidak mematuhi undang undang, so baik hati hati.

Selepas Geraldine, jumpa Fairlie. Start saja dari Fairlie, view dah berubah, tak nampak sangat bukit bukau yang hijau sebab sudah memasuki kawasan pergunungan. Snow capped mountain mula menunjukkan kelibat. Subhanallah, cantik sungguh. Macam tak percaya dengan mata sendiri. Pertama kali nampak salji depan mata, walaupun jauh nun, rasa macam mimpi. Syukur dengan rezeki ini. Kami tak stop di Fairlie. Perjalanan diteruskan lagi dan melepasi Burke Pass, view semakin rancak dan cantik. Yang keluar dari mulut puji pujian pada Maha Pencipta dan wuuu waaaaa....wwooowww..! haha. Cantik weyhhhh.... Gila excited. hikss.



      

  

Dan bila nampak ja sign board Lake Tekapo kami dua dua terjerit kecil (konon) dalam van, happynyaaa dah sampai. Ya Allah.....Syukur.
 
Dari jauh dah nampak tasik yang membiru. Tak sabaq nak park van and kemas kemas, masak, makan and tidurrrrrrrr........Tapi sebelum tu kita turun dulu ambik feel kat Lake Tekapo before p campsites. Dia punya angin, Mashaallah, sejukkkkk gilerrrrrr. Tau tak sejukkk!!! Ambil gambar pun laju laju and cepat cepat lari masuk van. Jari jari naik beku!!! Phewwww....



Mengigil kesejukannnnn....herrrrrr

Lepas dah snap beberapa keping gambar kami pun pusing pusing cari campsite yang legal untuk kita park and bermalam. Sebaik masuk Lake Tekapo, sebelah kiri dah nampak ada space untuk freedom camping. Actually kami nak cari yang betul betul tepi Lake tapi tak jumpa sign yang allow us to park. Hari pun dah nak gelap, kami pun dah letih, kamu pergi balik ke tapak yang kami nampak tadi. Ada beberapa campervan and RV dah masuk masa kami sampai. 

Kami start unpack and simpan baju baju dalam wardrobe. Solat, and then start prepare untuk masak. Tap water van ada hot and cold, nasib baik... At least tak dak la sejuk beku time ambil wudhuk and basuh membasuh kan. Pengalaman pertama memasak dalam campervan best, rindu nak masak dalam van.. Puas hati dengan kelengkapan yang disediakan. Ruang dalam van just nice untuk kami dua orang move around. Compartment simpan barang pun cukup untuk kami. 
 Malam tu kami masak ayam masak sambal tumis and sayur borocoli. Thanks to Pak Brahims kerana telah memudahkan proses memasak kami. Hiks!Lepas makan, sambil minum kopi bukak pintu cabin belakang and lepak sekejap kat luar. Haihhh... tak boleh, sejuk gedik. Tak rela!.. 

Husband start enjin and bukak heater bahagian depan and kami duduk kat seat depan tu sambil tengok ke langit. Romantik cara kami....kikiki. Benda ni kami practice tiap tiap kali kami free camping sebab nak bagi warm sikit dalam van tu, baru kami tutup enjin semua, p cabin  belakang, baru la tidur. Ini saja cara yang ada. Kadang kadang kami letak bantal and selimut kat depan bagi warm dulu. Rupanya bukan kami saja, jiran jiran kami pun sama jaaaaaaa....kikiki. 

Nak habaq lagi sekali freedom camping tak ada power supply so malam tu kami tidur dalam kesejukkan yang bisa, mencucuk sampai ketulang. Suhu malam tu awal awal 3 degree then drop ke -2 degreeeeee pada tengah malam!!!!!! Macam tak percaya. Tidur malam tu siap pakai down jacket, baju berlapis lapis, gloves and snow cap. Ada ka tidur pun pakai snow cap??? hahaha.. Pukul berapa tgh malam, tak ingat, saya kejutkan husband sebab sejuk sangat, tak tahan, dia pun sama. Last last pergi depan, start enjin, bukak heater, tunggu warm, baru pergi belakang balik, tidur. Bila ingat balik, tergelak sendiri..hiks!

Malam tu kat Lake Tekapo super cantik. Langitnya penuh dengan bintang bintang. For information, Lake Tekapo is one of the the star gazer favourite. Selalu star gazer datang bertapa untuk ambil gambar langit yang super duper lawa. Seriously cakap, the sky that night was so beautiful with million of stars. Unfortunately saya tak pandai nak main camera and tak dapat nak snap. I put one photos that looks exactly the same. I searched through Google and many of them. I picked two yang nampak natural. 
Well, regardless of sleeping in -2 degree without heater, reminding of how beautiful the sky was, we sleep well walaupun terjaga dekat ratus kali. Ok, tipu!.. hahaaaaa.

Nah...belanja satu gambar malam tu. Cuba sedaya upaya nak menampakkan bintang. Nampak tak???


Aha.... macam ini la rupa malam tu. Bukan nak gebang ya, ini betul betul. Ini gambar orang pro. Andai la saya pun reti. Tak pro pun tak pa, at least dapat sipi sipi pun ok. Tapi tak dapat! huhuuu... (Source: http://laketekapountouched.co.nz)
Source: www.newzealand.com
Keesokannya kami bangun dan bersiap untuk ke Mount Cook. Weheeeee..InsyaAllah, kita sambung lain kali.Ada banyak tips saya nak share. Insyaallah.

Our camping ground time cerah.

Tunggu next update untuk aktivit seterusnya...

Thanks for reading. Bye!

Lots of love

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.

 BOOK WENDEKREISEN HERE


NEXT POST CLICK HERE

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...