Tuesday, September 15, 2015

CAMPERVAN ROAD TRIP KE NEW ZEALAND, DAY 1 - ARRIVAL & CAMPERVAN PICKUP

Arrival - Christchurch & Campervan Pickup & Groceries Shopping

Previous post: ONE DAY IN MELBOURNE

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. I made it here. 

Flight kami dengan Jetstar dari Melbourne ke Christchurch mengambil masa 3 jam. I would like to advise untuk masuk awal ke departure hall sebab dia punya queue untuk cop passport sangat panjang, and security check also very strict. 

Masa tu both of us memang super letih. Maklumlah tidur tak cukup, tak mandi. Ditambah dengan cuaca sejuk pulak.

Masa kat departure hall, kami dah tersengguk sengguk. Then masuk je dalam perut kapal, duduk pastu tuuuuuuuutttttttttttttttttttt.......

Rupanya tertidur. Sedar saja dari tidur, arrival card diselit kat meja lipat tu. Masa bila kapal tu berlepas, kami dua dua tak sedar langsung. MashaAllah, punya letih kan. Masa isi arrival card tu macam mamai mamai. I tried to wake my husband but he cant even open his eyes. Then, I surrender, selit balik kad and sambung tidur. Almost dekat nak sampai, tersedar baru isi. And of course tak ada gambar arrival card nya tapi lebih kurang macam Aussie jugak.

Kalau jam Australia 2 jam lebih cepat dari Malaysia, New Zealand pulak 4 jam lebih cepat. Kami sampai Christchurch Airport pukul 4.30 am. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Bahasa Maori kata, Kia Ora (Welcome) to Christchurch. hihi.

Benda pertama kami fikir ialah declaration. Makanan kami, apa nasibnya? Memandangkan kami lepas Australia pya check dengan lancar, kurang sikit kerisauan kami sebab dah boleh agak apa yang kami akan lalui. Cuba kat New Zealand berbeza sikit. Bila dah ambil luggage, officer akan tanya soalan yang sama jugak, ada apa apa nak declare. Jawapannya, YES. Dia tak buka beg, dia just tanya and kami bagitahu apa apa. Yang tolong check ialah anjing pengesan.

Officer akan bawa anjing dia hidu hidu beg kita. Jangan terkejut ya.....Lepas anjing tu bau bau, sekali dia duduk daaaaaaa....Then baru officer tu suruh bukak. Dia pun cek cek. I told her,

'Probably it is because of the mackerel.' , she replied, 'Ya, maybe. I think so too.' 

Kami ada bawa sardin jugak 2 tin yang kecil tu je. Alhamdulillah, kami pun lepas.....Berakhirlah sudah segala terkejut nampak anjing besaq gila dok cium cium beg kami.  haha.

Berjalan keluar dari that area, hati ni tak payah cakap macam mana happynya, bersyukur, rasa macam nak sujud kat situ jugak. Allahuakbar!

Kami rehat rehat dulu and lelap sekejap sebab masih awal kan. Nak keluar pun gelap lagi, nak ambil vehicle pun, office belum bukak. Kat airport Christchurch ada lounge untuk tidur tidur, kena bayar tak silap NZD 5.00 kot tapi lounge tu open dari 8.30 pm until 5.30 am saja. Tapi kami sampai and keluar dari custom check pun dah hampir 5.30 am, so buat apa kan. Kami just baring2 kat kerusi yang ada. 

 Then, mission seterusnya ialah cari toilet untuk mandi. Kami tahu yang memang ada tempat mandi kat situ cause pernah baca kat blog. Tapi tengok gaya toilet dia macam tak boleh mandi. Pusing pusing cari and tanya orang, rupanya, tempat mandi ialah di toilet disable tu. Boleh mandi kat situ. Masa tu ada satu group sekawan dari Malaysia jugak. Diaorg pun tercari cari mana boleh mandi. So sambil lepak sembang sembang kat charging area tu, kami pun gilir gilir la pergi mandi. Ada beberapa toilet disable kat sana. Yang kami guna ni kat tepi cafe bahagian arrival tu. 

Bak kata husband, lepas mandi rasa macam orang baru. haha. Hot shower pulak tu, punyala nikmat. Lepas tu tunggu sekejap sampai cerah sikit sambil charge segala apa yang patut. Kami nak beli simcard tapi masa tu kedai operator yang kami nak beli tu belum bukak. Yang ada cuma vodafone, tapi husband tak prefer guna vodafone based on his study pasal telco ni, Spark and 2degree (tips) yang bagus. Then, kami decide untuk beli kemudian setelah keluar dari airport. 




Untuk para pengemar sukan berbasikal, kat sini disediakan tempat untuk assemble basikal




Kami guna free phone untuk call operator vehicle kami, Wendekreisen nak tanya office dah bukak ke belum. Kebanyakan company vehicle ni guna nombor free phone, which mean kita call guna public phone airport, free. Macam toll free tu kot. 

Ini telefonnya....Terus dial saja number yang diberi.


Untuk pengetahuan, ada company yang datang pickup kat airport, tapi ada yang kena pergi sendiri naik teksi tapi boleh claim. So, tipsnya simpan elok elok resit teksi tu and claim semula dengan company. Mereka akan bayar balik masuk dalam credit card kita.

Cuaca memang sejuk sungguh, dalam 5 degree pagi tu. Phew, berasap asap mulut den. Location company tak jauh, dalam 10 minit je dah sampai office Wendekresien. Setelah sampai, orang tu pun dah tau siapa kita. Dia akan mintak lesen, copy card credit kita depan belakang as guarantee. In case ada saman, accident kemek mana mana, dia akan terus tolak dari kad kredit kita. Masa pulang nanti dia akan pulangkan balik copy kad kita tu. Make sure. koyak koyakkan, or bakar je terus supaya tak jatuh ke tangan org lain ya.

Tips: boleh guna lesen Malaysia saja. Lesen yang baru rupa macam IC tu dah dual language, English and BM, so tak perlu translate lagi. Tak payah jugak susah susah pergi buat international license semua ya. New Zealand pun right hand drive jugak. So, nothing to worry!


Lepas tu, dia akan bawak kita p kat van, tnjuk cara penggunaan, and ada satu kertas, dia akan tanda kat parts kenderaan yang ada kemek or calar. Kalau masa return, ada kemek or calar kat bahagian yang dia tak ada tanda, itu memang masalah namanya. Kalau sikit sikit tu, katanya, diaorang tak kisah sangat unless kalau kemek yang obvious, and calar yang dalam sampai keluar cat
Cuba untuk snap gambar bahagian bahagian luar kereta, in case ada yang dia tak tanda dalam kertas dia, at least boleh jadikan bukti nanti. 

Sebab husband yang drive, bayar pun guna credit card husband, dia yang kena sign semua. Wife tolong booking and sudah sampai kita duduk sebelah je.
Ambil gambar apa yang patut.
Mereka cuma tunjuk cara teori saja, praktikalnya sendiri test macam mana nak handle campervan tu. Husband awal awal lagi dah tengok kat youtube macam mana nak handle. Tak susah pun. Easy like nut. hehe. Saya sekali pun tak buang waste and isi air. Kira ok jugak kami tak ada toilet, tak payah fikir nak buang hasil hasil laburan tu semua. Tapi kalau ada laki bagus, time free camping, tak yah risau mana nak melabur. Ikut suka la kan, nak macam mana. huhu.
Portable toilet yang diberi tu kami sekali pun tak guna. kahkahkahkah.. Tak sanggup eden..

Interior cabin belakang. Kerusi tu nanti transform jadi katil Meja tu kena cabut and simpan kayu dia.


Ini ha portable toilet diaaaa...kikiki. Kalau nak guna make sure tuang chemical yang disediakan, kalau tak harum bau satu van. Kami tak guna! Public toilet sudehhhh..


Plug untuk connect ke power supply. Masuk campsite baru boleh guna. 14 hari kat sna, kami cuma masuk proper campsite, 5 kali saja, 3 powered campsite, lagi 2 non powered. Yang lain semua free camping. Ada bran....??

Selesai semua, letak bag semua, terus jalan cari supermarket and beli sim card. First kami terjumpa New World and terus singgah untuk grocery shopping. Kami beli sayur, bawang bagai, beras, biskut, roti, kopi, jem and others yang diperlukan. Kat sana, jenama Pams yang paling murah. Roti, gula, jem, garam, mostly from Pams. haha. Tetapi kat New World tak ada ayam Brinks! For info, kat sana, ada jual ayam halal, iaitu dengan jenama Brinks. Alkisahnya, kat Pak N Save sajok yang adoo.. 

Main letak dulu. Later baru unpack. huhu.

Ini parking style apa ni? Well, driver amateur katanya, tak biasa bawak keta panjang dan besar. Ini kalau bawak RV, tak tau leeeee........kkikikikiki
Nak tak nak, kena la cari Pak N Save. Dengan tak ada GPS, phone belum boleh guna, kami main pusing pusing je. Yes, kami kat sana cuma berpandukan sign board and sekali dua kala saja guna waze. Itupun nak cari specific road saja. Signboard depa, excellent!!!

Then, sekali jumpa kedai serbaneka, and beli simcard Spark kat situ dengan harga NZD 29, with 750 MB data and ada la call and sms apa benda semua. Yang penting bagi kami ialah data tu!!! Terus tanya awek cashier, kat mana Pak N Save, sekali rupanya, dekat saja. Kami pun akhirnya, dapat halal chicken. Kami beli seekor terus, senang! Cukup saja seekor tu makan dua minggu. of course la bukan ayam saja, ada la salmon, trout bagai. Tapi hari first memang ayam saja yang kami beli dulu.

Terus terang cakap, kami dua dua letih tapi semangat tu entah datang dari mana, kami gagahkan jugak sebab kami punya plan, apa cara pun, hari tu kena keluar dari Christchurch. 

First time guna self payment counter. Sekali balik Malaysia, kat Tesco dah ada. huhu.

I guess thats all for now. Next post kita akan update our journey to Lake Tekapo where we spent our first night in New Zealand kat sana. Sejuk gedi weyyyy.

Thanks for reading and hope you enjoy it.

Lots of love.

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK WENDEKREISEN HERE







7 comments:

  1. Terima kasih atas info berguna ini... saya sedang mencari info mengenai NZ, insha Allah akan ke sana bulan Sept nanti

    ReplyDelete
  2. Ayam halal kat queenstown jumpa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. msa kt Queenstown xde cari ayam plak.... huhu. btw, ayam halal brinks tu blh jmpa kat pak n save but kt queenstown xde pak n save. so, tak sure kat mana boleh cari.

      Delete
  3. blog paling best setakat ni utk trip ke NZ. tq sgt2 InsyaAllah akan ke south island nov ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ajimina...terima kasih. alhamdulillah. hope u find a useful tips for ur coming trip. ada sikit lagi nak habiskan post...jangan jemu ye.,.hehe

      Delete
  4. suka bca post psl trip ke NZ ni, favret :).. xsabar tgu next post :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouuuuuu....baca sampai habis tau. nnt sy sambung lagi new post.. sikit lagi nak habis...hihi

      Delete

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...