Baru nak mula hari pertama. Ada 16 hari weyy..panjang ceritanya. InsyaAllah, akan cuba share as many tips yang terlintas dalam kepala kat sini.
PREVIOUS POST: ROAD TRIP TO SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - MELBOURNE TRANSIT
So, hari ini kita ada satu hari untuk tour Melbourne. Kalau uols ada extra duit boleh la jalan dua sekali, seminggu kat Melbourne, seminggu kt NZ. Act, seminggu kat NZ tak cukup. hehe.
Well, untuk memudahkan kami berjalan jalan Melbourne CBD, kami simpan beg di Smart Carte. Just right lepas keluar dari ke International Arrival, belah kiri. dekat pintu nak keluar. Dia ada rates harga yang tetap. Sy terlupa nak snap dia punya rates but ours kena AUD 27.00 untuk dua bag. Mahal weyy tapi apakan daya. We got no other choice. Agak terasa sebab ini trip super budget, so every penny counts!
Selesai semua simpan bag kami proceed beli tiket SkyBus untuk ke Melbourne city, AUD 18 per person which is bagi kami mahal memandangkan currency AUD yang tinggi.. Direct bas untuk ke city centre, yang hanya 20 min agak tak worth. Tapi tak silap ada bas lain lagi tapi kami tak check masa tu. Kami gerak dari airport masih gelap. Dengan suasana sejuk amat, kami pasrah saja. SkyBus memang ada terang tangtang kat luar aiport and operate sampai lewat malam and start awal pagi. Boleh check kat website.
Bus akan drop passengers dekat Southern Cross Station. Kami awal2 pagi dah jadi tourists. Orang local pun usha satu macam. Semangat aih!
Aktiviti kami kat city memang aktiviti redah since kami tak study sangat. Idea asal nak pergi Brigthon Beach yang ada colourful bathing box tu dibatalkan sebab nak save budget. Tak berbaloi nak habiskan duit beli MyKi pass and guna satu hari saja.
From Southern Cross Station, kami decide jalan kaki saja sampai Flinders Street. Cara lain boleh naik train tapi kami kat sana memang pakai kaki and naik free tram saja. What a cheapskate!..Dalam 10-15 minit berjalan untuk sampai Flinders Street and since berjalan dalam sejuk, tak ada la terasa sangat.
Awal pagi. Semangat! |
Jalan punya jalan, tanya orang sana sini, sampai la kami ke Flinders Street. Kenapa Flinders Street? Sebab dari sini lah senang untuk korang start tour Melbourne CBD. Tarikan utama city semuanya next to this station. Not much saya boleh cerita pasal Melbourne sebab kami hanya tour city sahaja, jalan kaki and naik free tram. Tak susah nak cari free tram ni, tram dia yang old skool warna hijau maroon and ada tulis no.35 kat depan train. Its free! Tram ni akan bawak anda pusing city centre and stop dekat station yang merupakan tarikan utama kat sana. So easy and save your money. Tak perlu naik train berbayar! Sila enjoy gambar gambar berikut.
Degraves Street, tempat lepak lepak makan makan and byk cafe kat are sini. |
Then, bila dah penat jalan jalan, kami naik lagi Free Tram untuk ke Queen Victoria Market. Kat sini khabarnya boleh dapatkan souvenir dengan harga berpatutan. Ianya 'market', bukan shopping mall ya. Tapi market bersih, terharu den tengok. Punya bersih. Kami yang in budget ini just jalan jalan tengok apa yang murah. Niat di hati nak la beli souvenir untuk diri sendiri. Sungguhpun tak mampu beli kat orang, at least nak beli untuk kenangan peribadi. Discuss punya discuss, kira kira duit, kami pun beli la t-shirt sorang satu dgn harga AUD 5.00 and fridge magnet untuk peti ais kat rumah, 5 pcs pada harga AUD 10.00.
Tetiba teringat, dengan cuaca Melbourne yang sedang sedang sejuk pun kami dah terketar ketar, tak boleh nak bayang macam mana kat NZ nanti. Kami dua dua tak ada prepare thermal pant. So, husband risau takut nanti kat NZ saya tak tahan sejuk sebab saya ni memang allergik dengan sejuk, dia pun suggest suruh beli thermal and snow cap. Again bincang and tengok budget, husband cakap beli lah sementara dah ada kat sini.
Then saya pun beli untuk saya. Husband kata dia tak perlukan thermal tu. Dia boleh tahan katanya... So gitu la cerita dia macam mana saya tiba2 ada snow cap warna putih yang saya semedang pakai masa kat NZ. Bayangkan tidur pun pakai snow cap!.
Perut pun dah lapar. Gila tak lapar, last makan masa dalam flight dari KL nak ke Melbourne. Masa tu pun dah pukul 1 pm so, at Queen Victoria Market, we had nasi beriani. The only food we eaten, itulah lunch, itulah dinner.
Nanti malam flight ke New Zealand, tak ada nasi dalam flight. Kemungkinan nak dapat makan nanti dah sampai, ambil campervan and end of the day baru dpat makan lagi. Kita tunggu next post ya. Kami terjumpa restoran India halal kat dalam foodcourt Victoria Market and before that kami beli satu bekas strawberry. So sedap and sweet macam gula! Gituuuuu....
Queen Victoria Market (souvenir area) |
Queen Victoria Market |
Sedap and kenyangss! |
Yarra River |
Kasi can laaaa.... |
Selesai jalan jalan, kaki pun dah almost give up, kami pun jalan balik ke Southern Cross Station lalu tepi Yarra River. Naik SkyBus jugak untuk balik ke airport. Hati semakin melonjak gembira masa tu sebab dah hampir hampir sangat nak sampai New Zealand. Flight kami ke Christchurh pukul 11.30 pm, ya, lewat sangat. Sebab inilah yang menjadikan kami 2 hari tak tidur dan tak mandi.
Letih tak payah cakap. Alhamdulillah we both doing great, sebab dua dua dah biasa. Kami berkenalan masa naik Gunung Bubu. Husband lebih active, dia dah tawan banyak gunung berbanding saya. hihi. Senior katakan. Kat gunung jauh lebih leceh dari tripk kami ni, toilet nak melabur kena korek lubang sendiri pakai parang. Tidur pakai ground saja, bantal pun tadah pakai plastik baju. So, setakat mcm ni leceh, we managed to get over it.
Eh.. tersasul cerita pulak. Ampun.
End of story for our Melbourne tour city trip. Next post saya akan update pasal NEW ZEALAND...Yeyyyy!! InsyaAllah.
Here ada sikit video kami berdua. hehehehehe...
Thanks for reading and hope you enjoy it.
Lots of love.
Next Post Click Here
bj bundle tp cantik! kt bundle mana wak?
ReplyDelete