Assalamualaikum.Hye ollss. Tak lain tak bukan, entri kali ni juga pasal makan. Sorry ye, ampun ya sebab selalu buat hampa semua dalam keadaan lapar dan teringin. hehe.
Entri kali ni memang pasal makan tapi lain sikit menu dia..ha teddddiiiiiiaaaaa.. Sejajar dengan nama warong ni, Perhentian Kuih Kampong, mereka memang menyajikan pelbagai jenis kuih tradisional. Paham-paham je la kan, sekarang ni memang agak sukar nak jumpa kuih-kuih zaman tok nenek moyang kita ni. Especially nak cari yang betul-betul sedap macam arwah tok dok buat dulu-dulu.
Pencarian saya kali ini memang tidak sia-sia kerana, kuih-kuih di sini memang the right one. The one yang dicari-cari, akhirnya ku temui juga. If di Alor Setar, ada satu warong yang menjual pelbagai jenis kuih talam tapi yang kat sana tu warong kecil saja. Yang ini memang besar, dan variety kuihnya juga pelbagai serta banyak and berwarna warni gituuuu.... Apa yang penting sekali, rasa dia memang sedap.
Kalau dapat bawak mak ayah mai sini, mesti depa suka. Cek berani jamin....hehe.
Warong ini terletak di Ujong Pasir (sebelah penjara lama).
Jadi, jom kita tengok sikit gambar yang saya ambik nih. Kalau teringin, esok boleh pergi. Selain kuih, di sini juga ada makanan lain seperti, nasi lemak, asam pedas, nasi ayam, pisang goreng and etc. Pendek cerita segalanya ada. Boleh pilih...pilih...pilih...
Takmau tulis panjang sebab tau dah, orang bukan nak baca sangat. Kita biar gambar yang menceritakan segalanya. Macam Yuna kata tu, setiap gambar ada cerita. haaaaaa... :D
Barisan kuih talam.Ada talam ubi keladi,jagung,ubi kayu,kacang hitam.Banyak lagilah
Kuih kacang nyonya. Tak sempat nak rasa hari tu. Next time will do.
Jangan buat main, siap masuk paper lagi kot...
Pelancong di luar sana, ini pun boleh jadi salah satu tempat yang wajib di lawati..Confirm puas hati. Okey,till next time. Bye. :D
Regards,
SitiSakinah
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.