Wednesday, December 5, 2012

WONDERMILK@PUBLIKA DUTAMAS

Assalamualaikum. 

Sejak akhir ni banyak sangat kerja sampai tak sempat nak update..Semalam baru ja lepas satu azab iaitu presentation untuk Projek Sarjana Muda 1. Alhamdulillah, semua okey, berjalan dengan lancar. Yehuuu..


Mari kita kembali kepada tajuk, aaaa..pasal wondermilk kan?
Rasanya ramai yang dah tahu mengenai cawangan ketiga Wondermilk di Publika kan? haaa.. Weekend lepas sempat la pergi Publika, saja la nak jalan-jalan. Awal-awal publika bukak dulu kosong je lagi. Ingat lagi tahun lepas selalu pegi situ sebab ada Tutti Frutti, masa tu Publika belum siap sepenuhnya lagi. And, recently ni pergi singga dah macam-macam ada. Yang bestnya street bazar dia paling awesome sekali. Banyaknya orang jual baju, ada Aishah Sinclair lagi. Dia ada jual baju brand dia kat situ. And ramai lagi lah yang mostly nya bisnes secara online bukak booth kat situ. Tapi pergi zaman tak dak duit kan, memang la sakit hati. pheww..

Jalan punya jalan, dah penat singgah la wondermilk. Rasala sikit cupcakes dia yang cute-cute tu. Beli 6 biji dengan harga RM25. And the taste not really suits me la. Bisou are far away sedap compare tu wondermilk. Dari enam biji tu, red velvet je lah yang sedap pun. Yang lain biasa-biasa ja. Before ni makan rainbow cake dia, emm..okey, boleh tahan. Yelah, cupcake kan, ising tu yg buat muak sikit. 

Apa yang menarik pasal wondermilk of course lah decoration kedainya. Sangat cute and ala-ala vintage style.Mulanya nak rasa dish lain, tapi perut rasa nak makan nasi Arab Saba, so just makan kek je lah. Tengok orang order other dish, bau macam good good kan, teringin jugak. But next time maybe.....
Hasilnya, ada gambar sikit yang saya ambil but quality kurang sebab guna hp je..pastu pulak, setting pixels kecik thats why gmbr blur sikit. huhu




Order here..
  So adorable...
 Dinding macam rumah tok kat kampung..
 6 small cupcakes.
Sambil makan mulut bising tak sedap, tapi habis jugak. hehe

By the way, saya ada banyak sangat benda nak update. Banyak sangat cerita pasal makanan. (hang ni tak habih pasai makan kan? ihik) Tapi masa sangat dengki dengan saya. Apa nak buat kan. Okey, lets stop here. Nak kena buat report pulak ni. Nanti ada discussion pulak. Ya Allah.serabut nya kepala otak. See yaa...


Regards,
SitiSakinah

Tuesday, November 27, 2012

LONG TIME NO SEE

Bismillah...Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak update blog saya ni. Berhabuk dah ha.. Since dari last update memang dengan clear menyatakan saya sangat busy dengan banyak hal.Al-maklum dah hujung semester kan, final year pulak. Lecturer macam seronok ja dok buli-buli kami abang abang akak akak senior. ehe.. Konon dah last2 kan, kasi lenjan la habis-habis. (eh...sarcastic je)
Saya jugak dikejutkan dengan berita yang amat pilu dan sedih di mana tok cah saya (mak kepada mak) telah pergi meninggalkan kami semua Jumaat yang lepas.

Hanya Allah mengetahui betapa pilunya hati saya, tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir. Begitu juga cucu yang lain. Abang saya yang sulung berada di Turki, isteri dan anak-anak nya pulang bersama abang saya yang seorang lagi. Mereka, dua keluarga segera pulang ke Penang setelah mendapat berita pemergian almarhumah, namun mungkin bukan sudah rezeki mereka tidak sempat sampai. Kata kak ain, "Elok ja kami sampai, orang dah amin doa dah." Begitu juga seorang lagi abang di New York hanya meratapi dari jauh. Saya pun salah seorang nya.. Dalam satu negara tapi tak dapat pulang. Panjang ceritanya...hurm.. Allah Maha Mengetahui, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semoga hikmah yang baik-baik sahaja buat kami semua sekeluarga. 

Saya menerima panggilan dari kak ipar saya, Kak Ain, katanya tok dah berak tahi kemang. Korang tahu apa tu tahi kemang? haha... Den pun tak tahu tapi senang nak bagi paham, dia akan keluar dua kali je, waktu pertama kali bersalin, dah ketika di hujung umur. Masa tu pukul 1 tengah hari. 

Diri ni diselubungi rasa serba salah. Mungkin kalau balik waktu tu jugak, sempat jumpa dengan tok buat kali terakhir. Tapi jiwa memang tengah gelisah sebab memikirkan perjalanan yang jauh, dan saya kena drive all the way from Melaka to Penang dengan air mata memang sangat tidak selamat. Dan petang nya tu saya ada presentation. Sepatutnya kena present tapi saya mintak dibatalkan selepas mendapat panggilan dari adik pukul 3.10 ptg, mengatakan tok telah pergi. Ketika tu, memang dah tak tertahan air mata, sampai sekarang masih lagi terasa. Hati meronta nak balik, tapi....... :(

Lebih kurang pukul 4, tanpa berfikir apa-apa, terus ambik barang semua, tukar baju and shot balik. Tapi emosi yang tidak stabil membuatkan saya jadi serba salah untuk pulang. Hampir-hampir terlanggar lori, kereta. Habis semua aku nak langgar. MashaAllah, berdesup jantung masa tu. Melelong kereta. Hujan yang sangat lebat, jalan yang agak sibuk, kebetulan hari jumaat pulak. Semua orang berpusu-pusu, ada yang nak balik rumah dari tempat kerja membuatkan saya lambat sampai ke KL. Dan waktu tu pulak, belum solat Asar. Pukul 6, singgah sekejap dekat stesen minyak tol kajang untuk solat Asar. 

Fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk tidak balik. Ayah pun berat hati nak suruh balik, kerana saya seorang diri, memikirkan keadaan jalan, cuaca yang tidak mengizinkan. Aku tersadai di tengah perjalanan. Tak dapat nak tahan air mata, berjurai-jurai keluar. Pelik orang kereta sebelah. huuhu.

Ayah bagitau jenazah nak dikebumi pukul 10. Pukul 6 kat KL lagi. Kalau balik pun tak akan sempat. Sedangkan keluarga abang yang gerak pulang dulu pun tak sempat.
Terfikir jugak, kalau lah aku terus balik pukul 1 tu, mesti sempat jumpa tapi itu lah, Allah dah susun macam tu. 

Malam sebelum kejadian, saya memang tak dapat tidur malam, rasa tak sedap hati. Bangun paginya pergi kelas macam kelam kelibut sebab jiwa resah gelisah. Rupanya di petang hari, memang ada khabar sedih. Connection antara saya dengan tok kuat mungkin..
Saya dengan arwah sangat rapat. Terbayang lagi gelak senyum tok. Bebelan dia yang comel dan kadang-kadang, tok ni banyak pulak cakap. ihik

Selesai ja solat asar, ambik ipod and bukak Yaseen. Hanya selepas membaca Yaseen, hati kembali tenang dan rasa lebih selesa. Betapa hebatnya ayat-ayat Allah itu. Daripada tak tentu arah, rasa macam nak terjun bangunan terus jadi reda dan sangat-sangat in peace masa tu. Seriously, terasa sampai ke dalam, tenangnya. Rasa sejuk je muka-muka, tangan pun rasa suam-suam. Pada mula memang menggigil habis.

Semasa usianya sihat dan sakit, arwah lama tinggal di rumah saya. Saya, mak, adik yang paling bongsu, kami macam geng. 
Apapun, saya redha, tok dah lama sakit. bertahun arwah terlantar, tak boleh bercakap sebab strok. Berak kencing semua orang yang uruskan. Makan minum orang suapkan. Saya pernah jaga tok semasa usia sakit nya, sebab itu lah terasa sangat sedihnya.. Macam-macam saya, mak dan makngah usaha untuk sembuhkan tok. Pelbagai pengalaman pahit manis semasa menjaga tok sakit dan sihatnya..

Akhir kata, semoga arwah tok tenang di sana. Ya Allah, kau tempatkanlah tok di kalangan orang yang beriman. Tok selamat di kebumikan pada malam itu jugak dalam pkul 10 malam. Mak bagitau, semua berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.

Al-Fatihah buat arwah tok..

Regards,
SitiSakinah.

Tuesday, November 13, 2012

PUTUS TUNANG MALU, CERAI BERAI TAK MALU.

Ehemm..eheem..tajuk nak kontrobesi ja kan. Sekarang ni saya ada kat kampung untuk menghabiskan cuti mid sem selama seminggu. Ni baru ja lepas sembang-sembang dengan mak kat meja dapuq tu. Tadi lepas isyak teman mak pergi shopping barang dapur kat Tesco Stargate. Ha, aktiviti wajib nih, kalau balik rumah mesti mak ajak p shopping. Gaya macam kita yg keluar duit kan, tapi mak jugak yang keluarkan kad dia. kikikiki.
Balik dari tesco, saya dengan mak lepak-lepak kat dapuq sambil makan coklat Lindtt Swiss, dalam itu jugak mak mula membuka topik pasal ilmu rumah tangga. hihi. Mak saya ni sangat minat dengar ceramah agama kat tb. Subuh-subuh hari dah dengaq mak bukak channel ceramah pagi, motivasi pagi lah. And beliau sangat meminati ustaz don. Saya pun kenal ustaz don melalui mak dulu. TV Alhijrah memang favourite mak kerana pengisiannya yang penuh ilmu dan manfaat.
 
Masa sembang-sembang mak ceritalah pasal kata-kata Ustaz Hasan Din dok berceramah dalam tb. Orang melayu kita ni sibuk sangat dengan malu kalau putus tunang. Walhal Islam telah menggariskan tempoh pertunangan itu dicipta untuk kita mengenal bakal suami/isteri tu. Dalam dok bertunang tu selidik habis-habis kalau boleh. Kalau kaki merokok, tak sembahyang, putus ja terus. Tak payah kahwin. Tak payah dok kalut satg malu lah, apa lah. Ada sebab kenapa Islam mengharuskan pertunangan tu. Ini tak, cinta sangat bagai nak rak, semua nampak elok. Konon putus tunang nanti malu dengan makcik bedah sebelah umah lah, malu dengan orang itu ini. (maaf ye mak cik bedah)..Tup-tup kawin, tak serasi pulak, tak kena itu ini, doh bercerai. Tak malu pulak....heh? Oooooo...ya ka mak? emmmm.....*think siti think*

Betul jugak apa yang mak cakap tu. Mak sambung lagi....

Kita nak kawin ni kena ada restu mak ayah, ayah ni kalau dia tak setuju mesti ada sebab. Depa orang tua, depa tau lah. Sekali tengok dah tau. Ohmai...(dup dap dup dap,harap2 pilihan sya okey)
Kadang-kadang kedegilan kita mempengaruhi masa depan rumah tangga kita. hurrmm..betul-betul. Nanti esok-esok kahwin, nasihat mak ayah kena dengar. Kita ni baru kawin mana ada ilmu lagi. Jadi jangan ketegaq. Ambil apa yang mak ayah nasihat. Tak semestinya kita dah kawin nasihat mak ayah kita belakangkan. Dengar dan cuba aplikasikan jika perlu dan bersesuaian. Insyaallah, bertambah keberkatan

 
Mak jugak pesan, kita orang perempuan kena jadi reminder, orang yang paling alert sekali dalam bab makan minum mak ayah sendiri, especially mak ayah mertua. Nanti pergi rumah keluarga mertua jangan lenggang kangkung bawak beg baju ja.. Kena bawak buah tangan. Zaman sekarang ni senang bukan macam dulu. Jalan kaki, naik gerek (basikal) pun boleh haih bawak buah tangan. Jangan dok sebut susah, malas. 
Ini p rumah mak mertua, mak ayah mertua tengok tangan kosong, menqelit mata depa. Memang lah depa tak cakap, tapi kita kena paham-paham sendiri lah. Tu tugas kita sebagai isteri. Orang laki ni depa bukan peduli...Nak harap depa, gamatnya makan hati la mak ayah kita nanti. 

Seterusnya mak berpesan lagi, dalam rumah tangga kena jaga kebersihan, jangan dok biaq berkambuih macam sarang tikus. Tak boleh! Macam mana sibuk berkerja kat ofis, kerja mengemas rumah, kemas kain baju, pinggan mangkuk, menyapu, mengemop semua kena buat jugak.Pakat-pakat hampa laki bini. Sebab rumah la tempat kita berehat, tenangkan fikiran. Sebab tu lah orang kata, RUMAHKU SYURGAKU. Satu lagi bilik tidoq hampa laki bini, jangan biaq bersepah. Kain baju, cadar selimut kena kemas. Biar sedap mata tengok. Bagi wangi-wangi. Kena dapat laki tak kisah memang la tak pa, tapi kita kena ingat orang laki ni depa malas nak komplain takut satg bini depa kecik hati, depa diam ja. Esok lusa kawin, bilik kita lah tempat suami isteri meluah perasaan, kongsi cerita semua. Kalau bilik macam tongkang, kes kecik boleh jadi kelai'(pertengkaran) besaq.Konon takpa la camuk (bersepah) tapi dalam hati kita tak tau. sebab bilik tidur tu tempat suami isteri bersama. eh? hehe... ha,,,,ingat tu! 

Panjang lebar nasihat mak. Yes, semua di atas memang ada betulnya..Bukan memang ada, tapi kira betul sangat dah tu..Terima kasih mak. Cek akan ingat nasihat mak. Kalau lupa nanti cek bukak entri nu baca balik. hehe.

Mak kalau dah bagi nasihat, habis semua dia relate, Prof.Dr Muhaya la, Ustaz tu, Ustazah ni. Dah boleh jadi pakar motivasi. Nasihat ini saya kongsikan bersama semua pembaca. Harap-harap bermanfaat. ihik.
Tetiba risau pulak nak kawin. Eh? 

p/s : Happy Deepavali to all my Indian friends.


Regards,
SitiSakinah   

Friday, November 2, 2012

FORMULA VARSITY UTeM 2012



Formula Varsity merupakan sebuah event yang dianjurkan oleh UTeM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi ye kawan-kawan. Saya tadak lah tahu banyak sangat disebalik kejadian program ni.Ciput je tau. Hampir tiga tahun belajar di UTeM tahun ni baru berpeluang menyertai program giant nih.Eh, diberi peluang BTW.
Formula Varsity(FV)  seakan-akan macam Formula One (F1). Eh, silap...eh..yelah tu. haha.Cara senang nak faham FV ni event race kereta yang berkuasa kecil 100cc. Kalau F1 untuk golongan bapa-bapa, FV ni untuk baby-baby. haaa..lebih kurang lah. Faham?

FV telah mula menapak sebagai acara utama UTeM sejak tahun 2006. Diadakan dua tahun sekali dan FV 2012 merupakan kejohanan yang ke 4. Kejohanan ini menerima respon positif di mana, tahun ni sahaja penyertaan bertambah dari dua institusi pada tahun 2006, 5 pada 2008, 17 pada 2010 dan tahun ni 2012, penyertaan bertambah sebanyak 22 institusi. Antaranya ialah dari IKM pelbagai negeri, UMP, Taylor's University College, TATIUC, Politeknik, UNiMAP, MMU dan UPNM. Ada institusi yang menghantar 2 pasukan untuk meyertai perlumbaan membuktikan bahawa kejohanan ini merupakan suatu program yang dinanti-nantikan setiap tahun. Syabas diucapkan kepada UTeM dan yang terutama sekali, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) (fakulti saya tuuuu) yang merupakan peneraju utama disamping memainkan watak penting dalam kejohanan dengan menjadi koordinator kejohanan. Dahsyat uuuu baq hang... 

Berkat hasil usaha dan dedikasi pensyarah-pensyarah FKM kejohanan FV 2012 telah berlangsung dengan jayanya serta penuh gilang gemilang pada 12,13 dan 14 Oktober yang lalu. (eh,cerita lama ni...kikiki) 
Nama ja tiga hari tapi dalam hendak menjadikan kejohanan ini bukan mudah. Banyak yang perlu diambil kira. Kejohanan sperti ini bermain dengan pelbagai risiko. Nak habaq pun tak tau. Tapi faham-faham sendiri lah.. Dah nama lumba kereta kan. Nyawa orang tu. 

Sebagai AJK, banyak perkara perlu diambil tahu. Tak boleh menonong p ja....Habeh lingkup satg. Kami semua diminta menghadirkan diri pada satu taklimat dan diwajibkan menyertai Latihan Marshall. Taklimat yang berlangsung selama satu hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada kami semua para AJK akan bahaya yang perlu kami titikberatkan. Kami diajar langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kemalangan sepanjang kejohanan. AJK yang berlainan akan melakukan tugas yang berlainan. AJK penting bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar dan mengikut tentatif yang telah diatur oleh koordinator.

Saya merupakan (ehem...ehemmm) AJK Keselamatan. Ewaaahh....jadi mak guard uuu.. Hai, bukan sebarang mak guard tau. Saya ni akak kawasan. Hampa jangan buat main, tadak pass aku halau hampa semua keluaq. Berambuuiihhh...Aku tunggu kat pagaq, sapa tadak pass, aku tahan tak bagi masuk...haaaa....(padahal penakut,mintak member lelaki yg buatkan)
Tapi serious, hari tu siapa yang degil memang saya automatic jadi tegas dan garang sikit. Dah tak ada rasa segan nak tegur. Memandangkan peserta terdiri dari ramai lelaki saya kena tunjuk tough dan cengeyy supaya mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan sepanjang kejohanan.

Andd...and...and...disebabkan kejohanan ini, saya telah transform menjadi, jeng...jengg..jengg...TANNED? Seriously, hitam baq hang. Berkilat. Mak sampai tak kenai balik raya haritu. Celaru sguhhh...

Tiga hari berjemuq...Hanguuihhh..So, now jom layan gambar saya dan kereta-kereta yang bertanding...jyeaaahhh...


 Kejohanan tiga hari ini berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit. So, diatas ialah ciruit tersebut.Banyak tayarrrr....

Pass yang dimaksudkan....

Berpayung bawah matahari terik.. (ini hari first.sengerlah lagi kulit..ihik)


Inspection test

Antara wajah-wajah pelumba kereta FV

Peaceeee...muka penat.sumpah, tak tipu. memang penat sahnnggatt!

Antara kereta lumba yang bertanding...

Sesi test track.

Paddock


UTeM Racing Team

UTeM's driver

AJK makanan and me, AJK keselamatan
Motippp?? (gedik namanya nih)

Akak dan abang kawasan. Guess what, saya je prmpuan dalam team keselamatan. (haha...tough..tough)


Racing time..


Ha..gambaq live dgn URT masa race.hang ada?


Yeayyy...dah menang. Pertama, TATIUC, kedua dari IKM Sg.Petani dan ketiga ialah URT. Congratulations.

After, tanned kan..kan..kan? Canggih sguh.



So itu saja cerita saya pasal FV UTeM 2012..Semoga kejohanan ni dapat diteruskan walaupun saya dah tak ada kat sini nanti. (ewwwaaahhh...kemain kan?)
Event ni sangat best, banyak kelebihan dan ilmu yang saya pelajari. Dah hujung-hujung entri ni jari pun nak naik rabak dah..huhu. Thanks sebab baca. Jgan lupa follow or subscribe okey. Take care semua. Have a wonderful weekend. 

Regards
SitiSakinah

WHAT IF | COLDPLAY

"What If?"

What if there was no lie
Nothing wrong, nothing right
What if there was no time
And no reason, or rhyme
What if you should decide
That you don't want me there by your side
That you don't want me there in your life
What if I got it wrong
And no poem or song
Could put right what I got wrong
Or make you feel I belong

What if you should decide
That you don't want me there by your side
That you don't want me there in your life

Ooh ooh-ooh, that's right
Let's take a breath, jump over the side
Ooh ooh-ooh, that's right
How can you know it, if you don't even try
Ooh ooh-ooh, that's right

Every step that you take
Could be your biggest mistake
It could bend or it could break
That's the risk that you take

What if you should decide
That you don't want me there in your life
That you don't want me there by your side

Ooh ooh-ooh, that's right
Let's take a breath, jump over the side
Ooh ooh-ooh, that's right
How can you know when you don't even try
Ooh ooh-ooh, that's right

Oh - Ooh ooh-ooh, that's right,
Let's take a breath, jump over the side.
Ooh ooh-ooh, that's right,
You know that darkness always turns into light.
Ooh-ooh, that's right


Regards,
SitiSakinah

Wednesday, October 31, 2012

ALKISAH MASUK MAGAZINE.



Wah.tajuk nak grand kan. Saya tahu saya ni tak cantik,tak cun,tak gorgeous, tak fashionista (maneh tu ada sikit..puiiii..) mana la ada tanjak nak masuk magazine kan tapi orang kata peluang tu ada di mana-mana. Di mana?? 
One of my best schoolmates bekerja dengan hijabista. One day, she posted a status on her timeline. I just randomly comment on it. Never expected that it would be used as a opinion in one of many slots of HIJABISTA magazine. 
All of sudden, kawan kita sorang ni mintak gambar, eh? terkejut memula. Nak buat apa Nasyie oiii? And she explained bla..blaa..blaa.. and I was like oooo. Okey, so bagi jelah. Untung-untung keluar majalah. Bukan selalu. Seumur hidup. Keluaq surat habaq banyak kali tapi muka senoooi ja. Orang tengok pun mendenguih ja. kikiki.

Nasyie remind me to buy Hijabista edition November (as in picture above) with Shila Amzah as their covergirl. Puas mencari banyak kedai tak jumpa. Memula frust jugak. At last, I found it at news.com Mydin MITC Melaka. Say what? ada satu buah ja uols. Punya la laku kan..Larisss!

So, silakan lihat komen yang sya beri di FB. Ayat punya la tak formal sbb igtkan saja suka2. hihi.

And that comment above ended up with this,,,,,


Well, ayat-ayat sempoi saya telah di ubah but still maknanya sama. hehe. Tidak kurang dari itu juga, post ini telah mendapat hits, boom boom bastik mr loba loba di Facebook saya. hahaha. Dah jadi retis uooollls.. 
Please, itu bukan anjing betul ya. Antara banyak gambar yang aku bagi kat hang Nasyie, yang pegang patung anjing ni jugak hang pilih noh. Saja nak bikin kontrobersi kanh??? 

Dah nama masuk magazine, excited bawak magazine balik umah time raya haji lepas, tunjuk kat mak, kakak, kakak ipar, anak buah, adik, mak cik, sepupu, jiran, eh...tipu, jiran tak tunjuk.kiki... Ayah? dia siap perli kita. Kononnya cari gambaq tak jumpa. Dia kata ingatkan yang besaq-besaq rupanya hat kecik. heh? 
Ayah, anak ayah ni memang tak sesuai nak jadi watak utama dalam majalah. Sedaq diri.. :P

That's all..Thanks. Jangan lupa follow.Daaa..

Regards,
SitiSakinah

Tuesday, October 30, 2012

AQUARIA,KLCC

Assalamualaikum kawan semua. Rancangan nak ke Aquaria KLCC ni dah lama tapi asyik tertunda dek kesuntukan masa dan of course, ongkosnya juga. Sekali masuk mau RM35 untuk dewasa.. Semasa hendak membeli tiket, cik kaunter tu pun bertanya, 
" student ke? ada student card?" hehe. 
Kemah keming boh. Nampak sangat kami berdua ni masih muda remaja. ehem.ehem.
Kalau ada student card dapatlah diskaun RM5. Kira OK la tu kan..?

Well said, RM35 itu sangat berbaloi untuk di spend kan dekat Aquaria berbanding Wonderland Dataran Pahlawan, Melaka. Walaupun saya tak pernah masuk Wonderland tu tapi bila tengok dari luar nya pun nampak sangat tak menahriknya. Jangan tiru cara saya okey. Kalau rasa nak masuk, masuk ja lah.

Aquaria KLCC terletak di KLCC le, mana lagi. heh! Kalau parking dekat KLCC boleh lalu ikut pedestrian tunnel tu and it will lead you to the Aquaria entrance. Before tu, you akan jumpa foodcourt dulu yah.

Sekarang, tibalah masanya mencuci mata..Lets...



Red Belly Piranha.

Grrrrr....Sekali dia gigit, hilang ibu jari. Tau??
Electric Eel... eee..

Rama-rama yang telah diawet. Beautiful.

Lupa dah apa nama menatang ni, tp ianya spesies katak ye adik-adik.

Kura-kura Albino.

Ikan Lampam. Banyak sungguh.

Expression ni bukan dibuat-buat na. Kononnya nak bergambar sama ini Arapaima Gigas, sekali toleh dia menguap bak hang, melolong aku. huhu.

Heeerrrrr...Jawwwsss!


Apa yang menarik di Aquaria ialah dapat melihat wajah kanak-kanak yang sangat gembira and full of curiosity. Macam-macam ragam ada. Ada yang terkedu, takut dan tak kurang ada yang tanya soalan pelik-pelik dengan parent mereka. So cute. I'll bring my kids here one day. Insyaallah.
They are having so much fun there and the kids can at least learn something and experience the habitat of sea creatures. Ada eloknya ibu bapa membawa anak mereka ke tempat sebegini daripada duduk rumah ngadap TV and main Ipad ja. Otak pun tak berkembang. Di samping dapat meluangkan masa bersama anak-anak (especially ibu bapa yang busy memanjang) anda juga dapat la belajar sikit benda baru. Jangan ingat orang dewasa macam kita ni tahu kesemua. Saya ni pun masa p jakun jugak. Excited terlebih.


Ikan ni spesies eel tapi hidup dalam pasir. Dia boleh jerluih melalui pasir tu. Badan dia pulak meliuk-liuk, lembik. Apa nama pun saya dah lupa. hurrmm.. Nampak sangat dah tua!



Sea horse. Lawa kan..kan..kan?Pandai posing pulak dia.
Tapak sulaiman.
Tengok, ikan pari ni seolah olah senyum dekat kita. Comel sangat.


Jadi, apa tunggu lagi..? Cuti sekolah pun dah tak lama lagi kan. Boleh lah rancang untuk ke Aquaria nanti. Pastinya anda akan dapat melihat keindahan alam lautan dengan mata sendiri. Terasa seperti menyelam dalam laut walhal hanya melihat melalui cermin. Its so real people!

Enough here. Till next time. Insyaallah. Daaa..

Regards,
SitiSakinah.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...