Tuesday, November 27, 2012

LONG TIME NO SEE

Bismillah...Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak update blog saya ni. Berhabuk dah ha.. Since dari last update memang dengan clear menyatakan saya sangat busy dengan banyak hal.Al-maklum dah hujung semester kan, final year pulak. Lecturer macam seronok ja dok buli-buli kami abang abang akak akak senior. ehe.. Konon dah last2 kan, kasi lenjan la habis-habis. (eh...sarcastic je)
Saya jugak dikejutkan dengan berita yang amat pilu dan sedih di mana tok cah saya (mak kepada mak) telah pergi meninggalkan kami semua Jumaat yang lepas.

Hanya Allah mengetahui betapa pilunya hati saya, tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir. Begitu juga cucu yang lain. Abang saya yang sulung berada di Turki, isteri dan anak-anak nya pulang bersama abang saya yang seorang lagi. Mereka, dua keluarga segera pulang ke Penang setelah mendapat berita pemergian almarhumah, namun mungkin bukan sudah rezeki mereka tidak sempat sampai. Kata kak ain, "Elok ja kami sampai, orang dah amin doa dah." Begitu juga seorang lagi abang di New York hanya meratapi dari jauh. Saya pun salah seorang nya.. Dalam satu negara tapi tak dapat pulang. Panjang ceritanya...hurm.. Allah Maha Mengetahui, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Semoga hikmah yang baik-baik sahaja buat kami semua sekeluarga. 

Saya menerima panggilan dari kak ipar saya, Kak Ain, katanya tok dah berak tahi kemang. Korang tahu apa tu tahi kemang? haha... Den pun tak tahu tapi senang nak bagi paham, dia akan keluar dua kali je, waktu pertama kali bersalin, dah ketika di hujung umur. Masa tu pukul 1 tengah hari. 

Diri ni diselubungi rasa serba salah. Mungkin kalau balik waktu tu jugak, sempat jumpa dengan tok buat kali terakhir. Tapi jiwa memang tengah gelisah sebab memikirkan perjalanan yang jauh, dan saya kena drive all the way from Melaka to Penang dengan air mata memang sangat tidak selamat. Dan petang nya tu saya ada presentation. Sepatutnya kena present tapi saya mintak dibatalkan selepas mendapat panggilan dari adik pukul 3.10 ptg, mengatakan tok telah pergi. Ketika tu, memang dah tak tertahan air mata, sampai sekarang masih lagi terasa. Hati meronta nak balik, tapi....... :(

Lebih kurang pukul 4, tanpa berfikir apa-apa, terus ambik barang semua, tukar baju and shot balik. Tapi emosi yang tidak stabil membuatkan saya jadi serba salah untuk pulang. Hampir-hampir terlanggar lori, kereta. Habis semua aku nak langgar. MashaAllah, berdesup jantung masa tu. Melelong kereta. Hujan yang sangat lebat, jalan yang agak sibuk, kebetulan hari jumaat pulak. Semua orang berpusu-pusu, ada yang nak balik rumah dari tempat kerja membuatkan saya lambat sampai ke KL. Dan waktu tu pulak, belum solat Asar. Pukul 6, singgah sekejap dekat stesen minyak tol kajang untuk solat Asar. 

Fikir punya fikir, saya ambil keputusan untuk tidak balik. Ayah pun berat hati nak suruh balik, kerana saya seorang diri, memikirkan keadaan jalan, cuaca yang tidak mengizinkan. Aku tersadai di tengah perjalanan. Tak dapat nak tahan air mata, berjurai-jurai keluar. Pelik orang kereta sebelah. huuhu.

Ayah bagitau jenazah nak dikebumi pukul 10. Pukul 6 kat KL lagi. Kalau balik pun tak akan sempat. Sedangkan keluarga abang yang gerak pulang dulu pun tak sempat.
Terfikir jugak, kalau lah aku terus balik pukul 1 tu, mesti sempat jumpa tapi itu lah, Allah dah susun macam tu. 

Malam sebelum kejadian, saya memang tak dapat tidur malam, rasa tak sedap hati. Bangun paginya pergi kelas macam kelam kelibut sebab jiwa resah gelisah. Rupanya di petang hari, memang ada khabar sedih. Connection antara saya dengan tok kuat mungkin..
Saya dengan arwah sangat rapat. Terbayang lagi gelak senyum tok. Bebelan dia yang comel dan kadang-kadang, tok ni banyak pulak cakap. ihik

Selesai ja solat asar, ambik ipod and bukak Yaseen. Hanya selepas membaca Yaseen, hati kembali tenang dan rasa lebih selesa. Betapa hebatnya ayat-ayat Allah itu. Daripada tak tentu arah, rasa macam nak terjun bangunan terus jadi reda dan sangat-sangat in peace masa tu. Seriously, terasa sampai ke dalam, tenangnya. Rasa sejuk je muka-muka, tangan pun rasa suam-suam. Pada mula memang menggigil habis.

Semasa usianya sihat dan sakit, arwah lama tinggal di rumah saya. Saya, mak, adik yang paling bongsu, kami macam geng. 
Apapun, saya redha, tok dah lama sakit. bertahun arwah terlantar, tak boleh bercakap sebab strok. Berak kencing semua orang yang uruskan. Makan minum orang suapkan. Saya pernah jaga tok semasa usia sakit nya, sebab itu lah terasa sangat sedihnya.. Macam-macam saya, mak dan makngah usaha untuk sembuhkan tok. Pelbagai pengalaman pahit manis semasa menjaga tok sakit dan sihatnya..

Akhir kata, semoga arwah tok tenang di sana. Ya Allah, kau tempatkanlah tok di kalangan orang yang beriman. Tok selamat di kebumikan pada malam itu jugak dalam pkul 10 malam. Mak bagitau, semua berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.

Al-Fatihah buat arwah tok..

Regards,
SitiSakinah.

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...