Ehemm..eheem..tajuk nak kontrobesi ja kan. Sekarang ni saya ada kat kampung untuk menghabiskan cuti mid sem selama seminggu. Ni baru ja lepas sembang-sembang dengan mak kat meja dapuq tu. Tadi lepas isyak teman mak pergi shopping barang dapur kat Tesco Stargate. Ha, aktiviti wajib nih, kalau balik rumah mesti mak ajak p shopping. Gaya macam kita yg keluar duit kan, tapi mak jugak yang keluarkan kad dia. kikikiki.
Balik dari tesco, saya dengan mak lepak-lepak kat dapuq sambil makan coklat Lindtt Swiss, dalam itu jugak mak mula membuka topik pasal ilmu rumah tangga. hihi. Mak saya ni sangat minat dengar ceramah agama kat tb. Subuh-subuh hari dah dengaq mak bukak channel ceramah pagi, motivasi pagi lah. And beliau sangat meminati ustaz don. Saya pun kenal ustaz don melalui mak dulu. TV Alhijrah memang favourite mak kerana pengisiannya yang penuh ilmu dan manfaat.
Masa sembang-sembang mak ceritalah pasal kata-kata Ustaz Hasan Din dok berceramah dalam tb. Orang melayu kita ni sibuk sangat dengan malu kalau putus tunang. Walhal Islam telah menggariskan tempoh pertunangan itu dicipta untuk kita mengenal bakal suami/isteri tu. Dalam dok bertunang tu selidik habis-habis kalau boleh. Kalau kaki merokok, tak sembahyang, putus ja terus. Tak payah kahwin. Tak payah dok kalut satg malu lah, apa lah. Ada sebab kenapa Islam mengharuskan pertunangan tu. Ini tak, cinta sangat bagai nak rak, semua nampak elok. Konon putus tunang nanti malu dengan makcik bedah sebelah umah lah, malu dengan orang itu ini. (maaf ye mak cik bedah)..Tup-tup kawin, tak serasi pulak, tak kena itu ini, doh bercerai. Tak malu pulak....heh? Oooooo...ya ka mak? emmmm.....*think siti think*
Betul jugak apa yang mak cakap tu. Mak sambung lagi....
Kita nak kawin ni kena ada restu mak ayah, ayah ni kalau dia tak setuju mesti ada sebab. Depa orang tua, depa tau lah. Sekali tengok dah tau. Ohmai...(dup dap dup dap,harap2 pilihan sya okey)
Kadang-kadang kedegilan kita mempengaruhi masa depan rumah tangga kita. hurrmm..betul-betul. Nanti esok-esok kahwin, nasihat mak ayah kena dengar. Kita ni baru kawin mana ada ilmu lagi. Jadi jangan ketegaq. Ambil apa yang mak ayah nasihat. Tak semestinya kita dah kawin nasihat mak ayah kita belakangkan. Dengar dan cuba aplikasikan jika perlu dan bersesuaian. Insyaallah, bertambah keberkatan.
Mak jugak pesan, kita orang perempuan kena jadi reminder, orang yang paling alert sekali dalam bab makan minum mak ayah sendiri, especially mak ayah mertua. Nanti pergi rumah keluarga mertua jangan lenggang kangkung bawak beg baju ja.. Kena bawak buah tangan. Zaman sekarang ni senang bukan macam dulu. Jalan kaki, naik gerek (basikal) pun boleh haih bawak buah tangan. Jangan dok sebut susah, malas.
Ini p rumah mak mertua, mak ayah mertua tengok tangan kosong, menqelit mata depa. Memang lah depa tak cakap, tapi kita kena paham-paham sendiri lah. Tu tugas kita sebagai isteri. Orang laki ni depa bukan peduli...Nak harap depa, gamatnya makan hati la mak ayah kita nanti.
Seterusnya mak berpesan lagi, dalam rumah tangga kena jaga kebersihan, jangan dok biaq berkambuih macam sarang tikus. Tak boleh! Macam mana sibuk berkerja kat ofis, kerja mengemas rumah, kemas kain baju, pinggan mangkuk, menyapu, mengemop semua kena buat jugak.Pakat-pakat hampa laki bini. Sebab rumah la tempat kita berehat, tenangkan fikiran. Sebab tu lah orang kata, RUMAHKU SYURGAKU. Satu lagi bilik tidoq hampa laki bini, jangan biaq bersepah. Kain baju, cadar selimut kena kemas. Biar sedap mata tengok. Bagi wangi-wangi. Kena dapat laki tak kisah memang la tak pa, tapi kita kena ingat orang laki ni depa malas nak komplain takut satg bini depa kecik hati, depa diam ja. Esok lusa kawin, bilik kita lah tempat suami isteri meluah perasaan, kongsi cerita semua. Kalau bilik macam tongkang, kes kecik boleh jadi kelai'(pertengkaran) besaq.Konon takpa la camuk (bersepah) tapi dalam hati kita tak tau. sebab bilik tidur tu tempat suami isteri bersama. eh? hehe... ha,,,,ingat tu!
Panjang lebar nasihat mak. Yes, semua di atas memang ada betulnya..Bukan memang ada, tapi kira betul sangat dah tu..Terima kasih mak. Cek akan ingat nasihat mak. Kalau lupa nanti cek bukak entri nu baca balik. hehe.
Mak kalau dah bagi nasihat, habis semua dia relate, Prof.Dr Muhaya la, Ustaz tu, Ustazah ni. Dah boleh jadi pakar motivasi. Nasihat ini saya kongsikan bersama semua pembaca. Harap-harap bermanfaat. ihik.
Tetiba risau pulak nak kawin. Eh?
Tetiba risau pulak nak kawin. Eh?
p/s : Happy Deepavali to all my Indian friends.
Regards,
SitiSakinah
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.