Friday, November 2, 2012

FORMULA VARSITY UTeM 2012



Formula Varsity merupakan sebuah event yang dianjurkan oleh UTeM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi ye kawan-kawan. Saya tadak lah tahu banyak sangat disebalik kejadian program ni.Ciput je tau. Hampir tiga tahun belajar di UTeM tahun ni baru berpeluang menyertai program giant nih.Eh, diberi peluang BTW.
Formula Varsity(FV)  seakan-akan macam Formula One (F1). Eh, silap...eh..yelah tu. haha.Cara senang nak faham FV ni event race kereta yang berkuasa kecil 100cc. Kalau F1 untuk golongan bapa-bapa, FV ni untuk baby-baby. haaa..lebih kurang lah. Faham?

FV telah mula menapak sebagai acara utama UTeM sejak tahun 2006. Diadakan dua tahun sekali dan FV 2012 merupakan kejohanan yang ke 4. Kejohanan ini menerima respon positif di mana, tahun ni sahaja penyertaan bertambah dari dua institusi pada tahun 2006, 5 pada 2008, 17 pada 2010 dan tahun ni 2012, penyertaan bertambah sebanyak 22 institusi. Antaranya ialah dari IKM pelbagai negeri, UMP, Taylor's University College, TATIUC, Politeknik, UNiMAP, MMU dan UPNM. Ada institusi yang menghantar 2 pasukan untuk meyertai perlumbaan membuktikan bahawa kejohanan ini merupakan suatu program yang dinanti-nantikan setiap tahun. Syabas diucapkan kepada UTeM dan yang terutama sekali, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) (fakulti saya tuuuu) yang merupakan peneraju utama disamping memainkan watak penting dalam kejohanan dengan menjadi koordinator kejohanan. Dahsyat uuuu baq hang... 

Berkat hasil usaha dan dedikasi pensyarah-pensyarah FKM kejohanan FV 2012 telah berlangsung dengan jayanya serta penuh gilang gemilang pada 12,13 dan 14 Oktober yang lalu. (eh,cerita lama ni...kikiki) 
Nama ja tiga hari tapi dalam hendak menjadikan kejohanan ini bukan mudah. Banyak yang perlu diambil kira. Kejohanan sperti ini bermain dengan pelbagai risiko. Nak habaq pun tak tau. Tapi faham-faham sendiri lah.. Dah nama lumba kereta kan. Nyawa orang tu. 

Sebagai AJK, banyak perkara perlu diambil tahu. Tak boleh menonong p ja....Habeh lingkup satg. Kami semua diminta menghadirkan diri pada satu taklimat dan diwajibkan menyertai Latihan Marshall. Taklimat yang berlangsung selama satu hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada kami semua para AJK akan bahaya yang perlu kami titikberatkan. Kami diajar langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kemalangan sepanjang kejohanan. AJK yang berlainan akan melakukan tugas yang berlainan. AJK penting bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar dan mengikut tentatif yang telah diatur oleh koordinator.

Saya merupakan (ehem...ehemmm) AJK Keselamatan. Ewaaahh....jadi mak guard uuu.. Hai, bukan sebarang mak guard tau. Saya ni akak kawasan. Hampa jangan buat main, tadak pass aku halau hampa semua keluaq. Berambuuiihhh...Aku tunggu kat pagaq, sapa tadak pass, aku tahan tak bagi masuk...haaaa....(padahal penakut,mintak member lelaki yg buatkan)
Tapi serious, hari tu siapa yang degil memang saya automatic jadi tegas dan garang sikit. Dah tak ada rasa segan nak tegur. Memandangkan peserta terdiri dari ramai lelaki saya kena tunjuk tough dan cengeyy supaya mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan sepanjang kejohanan.

Andd...and...and...disebabkan kejohanan ini, saya telah transform menjadi, jeng...jengg..jengg...TANNED? Seriously, hitam baq hang. Berkilat. Mak sampai tak kenai balik raya haritu. Celaru sguhhh...

Tiga hari berjemuq...Hanguuihhh..So, now jom layan gambar saya dan kereta-kereta yang bertanding...jyeaaahhh...


 Kejohanan tiga hari ini berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit. So, diatas ialah ciruit tersebut.Banyak tayarrrr....

Pass yang dimaksudkan....

Berpayung bawah matahari terik.. (ini hari first.sengerlah lagi kulit..ihik)


Inspection test

Antara wajah-wajah pelumba kereta FV

Peaceeee...muka penat.sumpah, tak tipu. memang penat sahnnggatt!

Antara kereta lumba yang bertanding...

Sesi test track.

Paddock


UTeM Racing Team

UTeM's driver

AJK makanan and me, AJK keselamatan
Motippp?? (gedik namanya nih)

Akak dan abang kawasan. Guess what, saya je prmpuan dalam team keselamatan. (haha...tough..tough)


Racing time..


Ha..gambaq live dgn URT masa race.hang ada?


Yeayyy...dah menang. Pertama, TATIUC, kedua dari IKM Sg.Petani dan ketiga ialah URT. Congratulations.

After, tanned kan..kan..kan? Canggih sguh.



So itu saja cerita saya pasal FV UTeM 2012..Semoga kejohanan ni dapat diteruskan walaupun saya dah tak ada kat sini nanti. (ewwwaaahhh...kemain kan?)
Event ni sangat best, banyak kelebihan dan ilmu yang saya pelajari. Dah hujung-hujung entri ni jari pun nak naik rabak dah..huhu. Thanks sebab baca. Jgan lupa follow or subscribe okey. Take care semua. Have a wonderful weekend. 

Regards
SitiSakinah

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...