Sunday, January 25, 2015

BUSAN KE SEOUL WITH KTX #titatitikekorea

Assalamulaikum.

Ya Allah syukur, akhirnya saya ada kesempatan untuk update post about my trip to Korea September last year. Ya, Sept, tahun lepas punya. uhuuu.. ampun. I was so freaking busy with work and my master. Melompat lompat siak, dia punya busy tu... But, tak dak la 24/7 busy. Masa tu kadang ada tapi dihabiskan dengan bermalas malasan. Seriously said, blogging really need a lot of hardwork. Respect and hats off to those blogger yang consistent dalam blogging. 

Sekarang ni tengah cuti semester. No class, no assignment, my weekend has become a  weeeeeeeekkkkkeeeeeennnndddddd now. Yeayyy! I will try to post every details of my trip to Korea ok. InsyaAllah. He hooo...

Tanggal 4 Sept 2014, awal pagi sudah bergerak ke KLIA2. Since tak ada check in luggage, tak lah kelam kabut sangat nak kena sampai like awal gila. Our Asia Asia flight pkul 8.30 pagi kot tak silap. Inilah akibatnya tangguh tangguh kan update blog. Kan dah lupa... 



Semasa dalam flight, ramai orang Korea. Datang melancong Malaysia gamaknya. Kebetulan jugak, saya duduk sebelah ahjumma (untie), orang Busan. Dia datang duduk KL sebulan. Lamaaa betoi. Habis merata dia berjalan. Well, yang terkejutnya, nampak senoi ja (opss...sorry ahjumma) tapi husband and wive ni ada rumah di Mont Kiara kot. Depa beli kondominium, RM 700 K on 2011. I was in shocked!! Kayooo weyy.. So, kami pun borak borak la..Mujur english nya boleh tahan. And ada dia pesan, time kami pergi tu, Korea ada sambutan macam Hari Raya kat Malaysia katanya. So banyak public transport akan full. Dinasihatkan beli awal. Time tu tak ambik kisah sangat, assume macam ada ada je tiket. Sekali, malangnya, semasa hendak balik ke Busan, memang betul, tiket KTX sold out. Phewwww..... nantikan kisahnya nanti. Naik apa kami? :j

Alhamdulillah, selamat mendarat tapi lambat sikit sebab kapal kami berlegar legar di udara tunggu turn nak mendarat. Masa dok pusing pusing tu, hanya tuhan saja yang tahu betapa gembira dan terujanya hati saya dan my partner, cik Atika. Dua dua dok lawan tengok sama sendiri pastu sengih. I still remember that feeling. Duration perjalanan dok ada dalam 6 jam.

Urusan imigresen berjalan lancar. Tiada soal jawab. Rasanya orang imigresen tu dah biasa tengok muka muka macam kami ni. Huhu.. Selepas keluar tu, terus cari tempat untuk solat and buat hajat apa yang patut. Dalam Gimhae airport ada satu bilik iaitu changing room. Keluar exit pintu tu, belok ke kiri, dekat dgn toilet and kedai serbaneka. Kami solat disitu. Kebetulan ada satu group aweks dari Malaysia pun datang nak solat jugak.

Selesai solat, kami terus pegi ke kedai serbaneka untuk beli Bee Card, macam kad touch n go untuk kemudahan nak naik train, bas and taxi sepanjang kami di Korea. First top up, 10,000 Won. Harga kad pulak 2500 won. Seriously kad tu memang main touch je, tak sempat nak tengok berapa kena potong at every swipe and touch. So, agak agak la ye. Part ni memang tak dapat nak tolong cerita, tapi yang pasti 10,000 won tu cukup untuk 2 hari depends on berapa kali naik transport.

Makanya setelah itu bermulalah pengembaraan kami berdua. 



GIMHAE AIRPORT TO SEOUL 



Ada beberapa cara untuk ke Seoul. 

1. KTX (keretapi laju, 3hours)

2. Mungunghwa (keretapi slow, ada byak stop, 6 hours)

3. By bus (7 hours)



Untuk KTX booking, harga boleh checkout at my pre-departure post here KTX ticket booking


Mula sekali kena cari train untuk ke Gupo Station. Instead of pegi ke Busan station yang jauh, sejam plus semata mata nak catch KTX train untuk ke Seoul, boleh pergi Gupo Station yang lebih dekat. Jalan keluar sikit dari Gimhae airport, lintas jalan ke seberang and walk to the right. 

Dari Gimhae International Airport station, ambil train line purple untuk ke Daejeo. From Daejeo, kena jalan keluar dari stesen tu, untuk ke Gupo Station (brown line). Like about 500 meter. 

Senang! Tanda arah kat sana mudah, so don’t worry! And, banyak gila tangga, I can tell you. Since sedar diri,  saya galas backpack untuk memudahkan kaki bergerak. Kesian kat cik tita, dia bawak beg tarik, semput jugak lah nak menanggung. Is ok babe, I always there helping you, Kan???

Dalam light rail from Gimhae International Airport to Daejeo station. Hati riang.

Tanda arah keluar untuk ke Gupo Station

Kena jalan kaki, turun tangga untuk ke Gupo Station. 


Gupo Station
Claim ticket KTX.Cik tika, awat muka berkerut???
Btw, masa online booking tu kita kena masukkan kad kredit details and terus bayar. Di kaunter ni, kami just claim ticket. Bawak slip yang sudah di print, tunjuk and dapatkan pass untuk KTX. Masa booking, tak ada masa tau, pukul berapa sampai nanti, claim, nanti dia bagi ticket with time train yang seterusnya. Urusan di kaunter alhamdulillah, semua OK. Staff sangat friendly and very sweet. Memula gabra jugak sebab ada masalah masa nak key in reference number. Tapi rupanya dia salah key in tempat lain kot, sebab tu tak boleh. Anyhow, kami dapat jugak ticket untuk ke Seoul.
Ticket ni boleh guna untuk whole day bagi line yang sama company dengan KTX. Act, ada jugak yang kata beli terus lebih murah compare tu booking online. Rasanya macam betul lah tapi memandangkan kami sampai lewat petang, risau ticket habis, so we decided to advance booking. Tapi masa nak balik semula ke Busan ada kisahnya. Sendiri mau ingat, beli lah KTX ticket awal awal. uhuhuuuu


 SEOUL STATION TO GOM GUESTHOUSE

Selepas 3 jam perjalanan, kami sampai Seoul Station. Alhamdulillah. Dalam train konon nak tidur la, tapi hati terlalu gembira sampai tak boleh nak tidur. Seat KTX sangat selesa and ada wifi free..Apalagi, upload satu dulu masuk instagram. Macam tak percaya, sampai akhirnya kami ke Seoul. Dok tengok dalam drama TV saja sebelum ni, sekali dapat jejakkan kaki ke Seoul city, I'm so grateful.. So much. 

Keluar dari Seoul Station dan turun ikut tangga ini untuk ke Metro subway


Sampai Seoul station, melilau pulak kami berdua mencari arah nak ke Gom guesthouse. Atika yang tolong buat kerja booking-booking guesthouse ni. Booking dimana? di Agoda or booking.com, ada banyak so pilihlah yea. 
Untuk ke Gom guesthouse rupanya tak yah naik train pun, jalan kaki je. Tapi mau taulah jauhnya macam mana. Disebabkan guna laluan bawah tanah, tangga banyak pulak. Adehh.. Jalan punya jalan, sampai lah kami ke hostel. 

Macam yang sudah saya cerita on my pre-departure post, saya sarankan jangan ikut cara saya. Ya, buang masa. Konon nak save duit tiket flight tapi at the end of the day, sama saja. Adalah lebih baik, fly from KL pegi Seoul, balik pulak from Busan ke KL or sebaliknya. So, travel sekali sahaja dengan KTX. Jimat masa and kos almost same and mungkin lebih jimat. Taknak cakap and fikir lagi sebab sukar nak terima kenyataan ni, taknak mengaku tapi inilah hakikat. Hahahahaaaaa. InsyaAllah, ada rezeki kita pegi lagi dengan husband pulok tp nak pegi time spring, autumn ka.. Ha..romantik ke idok?? haha

Alhamdulillah. Begitu lah berakhirnya hari pertama kami di bumi Korea.


Lintas jalan, seberang sana kat dalam lorong kecik tu terletaknya Gom guesthouse

Gambar siang, yang malam punya masa baru sampi gelap pulak. :P





This is our bedroom, toilet kat luar, sharing with other guest.
Living hall. Tak sempat nak lepak sebab banyak habiskan masa kat luar. huhu
Tempat tinggal sangat memuaskan, bersih dan teratur. Pagi2 boleh le ke dapur and makan roti bakar with jem. Its free provided by the owner. Malam tu tidur lena sebab penat gila. Dinner pun makan instant topokki, share berdua. Tak larat nak pikir pasal makan. Solat, then tidur. Esok banyak lagi aktiviti. 

InsyaAllah, jumpa lagi on next post. 

Love Yourself, Cherish the moments, take care of yourself.

Regards,




10 comments:

  1. how much harga ticket ktx dari bsan ke seoul??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..harga masa sy beli dulu around rm150 seorang utk satu hala. Boleh check kat KTX website.

      Delete
  2. Hi boleh share mcm mana travel by 6hrs train or 7hrs bus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x sure travel dgn bus mcm mana cara nya sbb saya guna ktx instead of bus. train slow Mungunghwa tu sya beli kat kaunter seoul station..

      Delete
    2. Naik mungunghwa dari Seoul ke Busan sungguh membosankan....jenuh duk dlm train 😂😂

      Delete
    3. Haah...sangat membosankan.. first 2 hours kami tak ada seat, merempat sampai stop apa ntah, orang turun baru kami dpt duduk. Allah saja tahu masa tu letih dia macam mana.....hahahahaa..

      Delete
    4. Salam,nak tanya. Naik train mugunhwa tu,seat bukan bleh pilih kah? Planning nak naik dari Busan,last train (mlm) tidoq dalam tu.Kalau tak boleh pilih seat jenuh nak berdirii 6 jam tu..hukk. Brapa harga tiket train ya?

      Delete
  3. salam, i nak tanya mase u booking guna kad kredit mase u nak claim tiket u kena tunjuk kad kredit x?

    ReplyDelete

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...