Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

BENEFITS OF POMEGRANATE.

Ketahui khasiat buah POMEGRANATE (DELIMA).




Tiap-tiap kali nampak buah delima mesti teringat kat mak, tgok pomegranate juice teringat kat mak sebab mak saya sangat suka buah delima ni. Sampaikan pergi Umrah baru ni, buah delima yang dia beli bawak balik.huhu. Katanya buah delima sangat berkhasiat. Orang tua dulu-dulu suka tanam pokok delima kat halaman rumah. Yelah, mak memang betul pun. Jom kita tengok khasiat buah delima ni. Tapi info ini dalam english. So sambil-sambil dapat manfaat, dpat jugak improve vocabulary kita bila baca benda ni kan. haah...apa tunggu lagi!

1. Antioxidants – These help to wrangle the hoards of free radicals in your system. Free radicals have an uneven number of electrons and like to balance themselves out by stealing from other molecules and cells in your body. These cells are oftentimes very important ones dealing with your DNA, and when they are destroyed, disease steps in. Pomegranate juice is an excellent source of antioxidants that work to help you stay disease-free.

2. Blood Thinner – Pomegranate juice helps your blood circulation, making it easier for blood to travel to your heart, brain, and the rest of your body.

3. Cancer Fighter – Pomegranate has been known to reduce and prohibit the growth of cancer cells and tumors in your body.

4. Digestion Aide – Pomegranate juice is a natural remedy for diarrhea, dysentery, and great number of other digestive problems.

5. Anemia Relief – With a high content of iron, pomegranate juice is a great home cure for anemia because it promotes higher levels of hemoglobin.

6. Anti-Inflammatory – Pomegranate juice has properties that help treat sufferers of arthritis. It can also help cure a cough or sore throat.

7. Neonatal Care – It has been proven that pomegranate juice ingested by pregnant women can help protect the neonatal brain.

8. Artery Protection – It helps keep plaque from building up in your arteries.

9. Cartilage Protection – It works to prevent the deterioration of cartilage in your body.

10. Cholesterol Reducer – Pomegranate juice is capable of lowering blood pressure by as much as 6% in daily drinkers.


Itulah dia ye kawan-kawan.. Yang tak bestnya buah delima ni susah nak cari. Yang mudah dapat pun juice nya. Boleh pergi cari kat supermarket mana-mana. Saya selalu jugak beli yang dalam botol tu. Tak ingat pulak brand apa. Tapi memang sedap. Harganya berpatutan lah dengan khasiat nya jugak.Selamat Makan buah delima dan minum jus delima.

Daaaaa...

Regards,
SitiSakinah

Wednesday, December 8, 2010

Credit to Nurul Izzah Anwar


Artikel ini di petik dari Akhbar Sinar Harian click here. Hasil penulisan Nurul Izzah Anwar FB Nurul Izzah

Part yang menarik minat saya ialah :


Sejarah pembangunan ekonomi Korea Selatan dan Malaysia menjadi contoh bagaimana Korea Selatan berjaya maju jauh ke depan. Korea Selatan berada dalam keadaan lebih miskin dari Malaysia pada tahun 1960-an. Ia tidak memiliki sumber asli seperti balak, bijih, atau minyak. Satu-satunya sumber kekayaan mereka ialah orang muda berpendidikan yang kuat bekerja. 


Rancangan ekonomi yang mengubah wajah Korea Selatan juga bermula dengan industri pengeluaran barangan elektronik murah sebelum beralih penghasilan produk bernilai tinggi pada 1980-an sehingga warganya mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak empat kali ganda antara 1987 hingga 1990. 



Penting untuk disebutkan pada tahun 1950, pendapatan per kapita negara kita adalah hampir empat kali ganda Korea Selatan.



Hari ini Malaysia sudah jauh ditinggalkan Korea Selatan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kita adalah sekitar AS$6975, manakala negara itu sudah ke depan dengan AS$17,078. 



Seperti Malaysia, Korea Selatan juga mempunyai industri automobilnya sendiri. Hyundai yang bermula lewat tahun 1970-an berbanding Proton yang dilahirkan Malaysia pada 1980-an, hari ini sudah menjadi jenama besar dan terkemuka di dunia manakala Proton yang berharga tinggi di negara sendiri masih mencari-cari pasaran dunia yang semakin mengecil. Korea melahirkan jaguh dunia manakala Malaysia melahirkan jaguh kampung.



Secara ringkasnya, Korea Selatan yang lebih terbeban dengan masalah ekonomi pada satu ketika, kini menjadi lebih makmur daripada kita melalui dasar-dasar diperkenalkan dengan tujuan membawa anjakan besar kepada negara. 



Melihat sejarah kemakmuran Korea Selatan mengembalikan keyakinan saya kepada usaha untuk membawa harapan baru kepada rakyat negara ini.



Saya masih bertekad untuk berjuang agar negara kita berubah penumpuan dasar daripada membina prasarana fizikal seperti Menara 100 tingkat kepada pelaburan pengupayaan model insan dan prasarana intelektual dengan menggandakan usaha kita dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Kejayaan masa depan ekonomi negara masih saya yakin tertakluk kepada pemulihan demokrasi melalui penarikbalikan pengisytiharan darurat, pemansuhan undang-undang anti demokratik dan menjamin proses pilihan raya yang adil, terus, dan bebas seperti di Korea Selatan.



Ia memang satu perjalanan panjang yang penuh ranjau tetapi tidak mustahil untuk dicapai. 

Memang lebih mudah untuk putus harapan dan meninggalkan segala tanggungjawab. Tetapi perjalanan ini ibarat satu maraton jarak jauh, dan kerana kealpaan dan kelekaan pemimpin yang tidak amanah dan bertanggungjawab, kita telah ketinggalan. Namun berkat keazaman, istiqamah dan penerusan agenda demi mengembalikan kejayaan lampau Malaysia, saya yakin kita mampu memintas jauh ke hadapan mereka yang telah memotong kita satu ketika dahulu.



Kesediaan menerima kebenaran yang pahit, dan bergerak pantas untuk memperbaiki kelemahan yang ada menjadikan pembinaan semula kekuatan negara sesuatu yang mampu kita lakukan bersama! Ayuh, hidupkan semula mimpi Malaysia!


* Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com.


Me say : Sorry to say, pemimpin yang ada sekarang hanya mementingkan diri sendiri dan cuma fikirkan cara nak untungkan kantung sendiri dan kroni. Kasar sikit nak cakap tapi nak cakap jugak, mereka semua tu hanya layak digelar 'penyangak dan penyamun'. Semua benda nak buat untung. Sedangkan Allah beri kita percuma tapi manusia seperti mereka ini mencari untung dengannya. 

Love,

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...