Artikel ini di petik dari Akhbar Sinar Harian click here. Hasil penulisan Nurul Izzah Anwar FB Nurul Izzah
Part yang menarik minat saya ialah :
Sejarah pembangunan ekonomi Korea Selatan dan Malaysia menjadi contoh bagaimana Korea Selatan berjaya maju jauh ke depan. Korea Selatan berada dalam keadaan lebih miskin dari Malaysia pada tahun 1960-an. Ia tidak memiliki sumber asli seperti balak, bijih, atau minyak. Satu-satunya sumber kekayaan mereka ialah orang muda berpendidikan yang kuat bekerja.
Rancangan ekonomi yang mengubah wajah Korea Selatan juga bermula dengan industri pengeluaran barangan elektronik murah sebelum beralih penghasilan produk bernilai tinggi pada 1980-an sehingga warganya mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak empat kali ganda antara 1987 hingga 1990.
Penting untuk disebutkan pada tahun 1950, pendapatan per kapita negara kita adalah hampir empat kali ganda Korea Selatan.
Hari ini Malaysia sudah jauh ditinggalkan Korea Selatan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kita adalah sekitar AS$6975, manakala negara itu sudah ke depan dengan AS$17,078.
Seperti Malaysia, Korea Selatan juga mempunyai industri automobilnya sendiri. Hyundai yang bermula lewat tahun 1970-an berbanding Proton yang dilahirkan Malaysia pada 1980-an, hari ini sudah menjadi jenama besar dan terkemuka di dunia manakala Proton yang berharga tinggi di negara sendiri masih mencari-cari pasaran dunia yang semakin mengecil. Korea melahirkan jaguh dunia manakala Malaysia melahirkan jaguh kampung.
Secara ringkasnya, Korea Selatan yang lebih terbeban dengan masalah ekonomi pada satu ketika, kini menjadi lebih makmur daripada kita melalui dasar-dasar diperkenalkan dengan tujuan membawa anjakan besar kepada negara.
Melihat sejarah kemakmuran Korea Selatan mengembalikan keyakinan saya kepada usaha untuk membawa harapan baru kepada rakyat negara ini.
Saya masih bertekad untuk berjuang agar negara kita berubah penumpuan dasar daripada membina prasarana fizikal seperti Menara 100 tingkat kepada pelaburan pengupayaan model insan dan prasarana intelektual dengan menggandakan usaha kita dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Kejayaan masa depan ekonomi negara masih saya yakin tertakluk kepada pemulihan demokrasi melalui penarikbalikan pengisytiharan darurat, pemansuhan undang-undang anti demokratik dan menjamin proses pilihan raya yang adil, terus, dan bebas seperti di Korea Selatan.
Ia memang satu perjalanan panjang yang penuh ranjau tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Memang lebih mudah untuk putus harapan dan meninggalkan segala tanggungjawab. Tetapi perjalanan ini ibarat satu maraton jarak jauh, dan kerana kealpaan dan kelekaan pemimpin yang tidak amanah dan bertanggungjawab, kita telah ketinggalan. Namun berkat keazaman, istiqamah dan penerusan agenda demi mengembalikan kejayaan lampau Malaysia, saya yakin kita mampu memintas jauh ke hadapan mereka yang telah memotong kita satu ketika dahulu.
Kesediaan menerima kebenaran yang pahit, dan bergerak pantas untuk memperbaiki kelemahan yang ada menjadikan pembinaan semula kekuatan negara sesuatu yang mampu kita lakukan bersama! Ayuh, hidupkan semula mimpi Malaysia!
* Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan mengalu-alukan maklum balas di mp@nurulizzah.com.
Me say : Sorry to say, pemimpin yang ada sekarang hanya mementingkan diri sendiri dan cuma fikirkan cara nak untungkan kantung sendiri dan kroni. Kasar sikit nak cakap tapi nak cakap jugak, mereka semua tu hanya layak digelar 'penyangak dan penyamun'. Semua benda nak buat untung. Sedangkan Allah beri kita percuma tapi manusia seperti mereka ini mencari untung dengannya.
Love,
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.