Thursday, May 31, 2012

IKAN BAKAR MUARA SG DUYUNG.

Assalamualaikum. Selamat hari khamis semua.

Actually today nak share sikit pasal last week punya activity. huh, punya la lambat nak update story kan. Insyaallah lepas ni saya akan rajinkan diri update lelaju selepas kejadian okey?

Sabtu dan Ahad yang lepas saya pergi jalan-jalan cari makan. Kebetulan my boyfie tu gaji and dia datang melawat saya di Melaka. ^______^

On saturday we went to Medan Ikan Bakar Sungai Duyung to have our dinner. It was about my sixth time i went there. if not mistaken la. rasa mcm lebih dari 6 kali ja. al maklum la sejak jadi rakyat melaka ni kan. hehe.Comparing between muara sungai duyung and others medan ikan bakar macam umbai and alai, i prefer muara sungai duyung more sebab suasana dan makanannya (of course). The taste not really different but muara sg duyung lagi best.. If you all yang pernah datang Melaka, you mesti tau restoran ikan bakar parameswara kan? kan? kan? I should tell you this, muara sungai duyung is better.In fact, tempatnya even more comfortable and near to banda hilir.

here i nak share few pictures..i really into their sotong goreng tepung. marvellous, yummy and crispy.


Ini meals untuk dua orang la k, ada sotong goreng tepung, kupang and sepahat masak cili, ikan siakap bakar cili sebelah and sebelah lagi masak tiga rasa and sayur cendawan (takde gambar sebab dah habis dulu..hehe). Alhamdulillah, kenyang and it cost about RM 60++. Sekali sekala makan macam ni memang best. And make sure you prepare an empty tank okey. If not, nanti tak habis, membazir pulak! 

Then on sunday morning kami pergi terjah nasi lemak ujong pasir (berdekatan perkampungan portugis sana) but unfortunately nasi lemak nya habis..memang tak dak rezeki kami la kali ni. 1st time nak try tp tak dapat. ='(
Tapi kami tidak menyesal sama sekali kerana lontong          ( menu yang tinggal) sangat memuaskan hati.. ^__^
Memang sedap, tip-top....!

Tediaaaaa...lazat sekali. Next time kena pergi awal sikit supaya dapat try nasi lemak dia pulak. Nasi lemak ujong pasir ni memang famous di kalangan orang Melaka sendiri dan juga pelancong yang datang. haa..nnt if datang Melaka jangan lupa try okey?


Ini lah warung nasi lemak ujong pasir. Seperti selalu, warung macam ni memang tidak pernah kecewakan saya. hihi..Tentu anda juga...
Insyaallah lepas ni kalau ada tempat menarik lagi, saya share kat sini.

Salam.

Regards,
SitiSakinah

Wednesday, May 30, 2012

MENCANTING BATIK.


Assalamualaikum girls. How are you? harap semua sihat-sihat belaka. Actually, today was my last class for subjek kokurikulum seni lukis. sob..sobss. i really dont want this class to end. Saya sangat suka kelas nih. :'(

Apapun, 14 minggu bersama dengan kawan-kawan baru/lama dan cikgu  yang sangat awesome pastinya akan menjadi satu kenangan yang tak akan saya lupakan sampai bebila. 
So, saya nak share sikit satu aktiviti best yang saya buat minggu lepas iaitu mencating batik. This is my first time so I sangat excited...arggghhh..jerit gedik. hehe

Yahh, i know you all memang pernah buat batik ni semua, so mesti you rasa i sangat ciwi kan..Well, ada ku kesah. :P

Antara alatan yang penting untuk proses membatik ini ialah, canting. Canting digunakan untuk melakar lilin ke atas kain. Kecekapan serta kelembutan tangan adalah perlu untuk menghasilkan karya yang bermutu. But, i not really that lembut. haha. yet, i still yang paling terer. hahahaha. gila bangga. Gambar di bawah menunjukkan canting dan lilin yang telah di masak(dicairkan). 


Canting mempunyai lubang di tengahnya untuk mengisi lilin yang di masak. Kiranya kita cedok mcm guna senduk tu..

Cikgu Surayah tunjuk demo mcm mana nak guna canting.

Setelah itu, kami pula yang mencantingnya...haha.. At beginning tu memang keras sikit, line lilin pun herot petot. Lari dari garisan yang sepatutnya. ngahahaha..

That me tengah mencanting.
Presents, my group members.

Aktiviti kali ini merupakan aktiviti berkumpulan, so kami mencanting bersama dan mewarna bersama. Yey! suka.suka.suka. Setelah selesai mencanting, kami sambung pulak mewarna...

Jadi, setelah bersuka ria mewarna, kami akhirnya berjaya menyiapkan batik kami. Thanks to myself sebab im the one yang buat lakaran untuk projek batik ni. hehe. Bangga seketika!..


Tadaaa...macam mana? cantik tak? Walaupun agak comot, kami tetap berpuas hati dengan hasil karya kami ni. Original okey!.. Btw, sila telengkan kepala anda. saya sedikit malas nk rotate.haha.sory!

Kalau bab bergambar kami memang champion. So berakhirlah sudah kelas seni lukis kami semester ini. Rasa macam nak ambik koku lagi semester depan tapi sayangnya dah tak boleh.. sobs.sobs..

Diharap anda semua tidak jeles melihat batik kami yang cantik tuh. weeehee.

bye.bye. salam.

Love,
-SitiSakinah-

Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU.


Assalamualaikum. Hye guys.How are you doing? emmm... saya sihat alhamdulillah. Just currently ni ada pening-pening sikit sebab tak cukup tidur. huhu. Jangan tiru saya ok.

So, yesterday was Teacher's Day. A day celebrating all teachers for their kindness, teaching us to be a good person and of course to appreciate their hard-work, to honor the teachers for their special contribution in a particular field area or the community in general
Here, I would to share a bit about the history of Teacher's Day. After googling here and there, Wikipedia did give a simple yet easy information for us to understand.

Lets summarize it....

Actually, World Teacher's Day fall on 5 October. The idea of celebrating Teachers' Day took ground independently in many countries during the 20th century.Teacher's day has been celebrated annually all around the world, since UNESCO (The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) recognized the celebration.
UNESCO is a specialized United Nations agency. Its name stands for an ambitious goal: to build peace in the minds of human beings through education. 

However, almost all countries celebrate this day on different date, unlike many other International Days. As our country choose 16 May as Teacher Days because,it is on the same day in 1956, the Federal Legislative Council of the Federation of Malaya endorsed the Razak Report, one of four reports of the Education Committee regarding education in Malaysia. The document, known as the Razak Report after Tun Abdul Razak who was Education Minister at the time, has been the basis of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday. (wikipedia.org)

Date for celebrating Teacher's Day is choose based on their on history of education. There are all have different history to tell. So that's all I can share. Hope it enhance your knowledge.
To all teachers you're not only our teacher, you are our friend, philosopher and guide all molded into one person.  




Regards,
-SitiSakinah-

Saturday, May 5, 2012

SHOPPING TIPS!


Assalamualaikum. Hello peeps! Today I sangat berminat nak tulih pasai SHOPPING. Homaigosh, who are here hate shopping? I dont think they are here. haha. I memang gila shopping, from the real shopping sampai ke window shopping, online. I really sure yang you olls mesti pernah buat silap time bershopping ni kan. Usually, mesti semasa shopping sedang berlaku tu tak fikir apa dah. Mata dah rambang, semua pun rasa macam nak rembat kan.. $$$$

I pun sama, tapi memandangkan I belum lagi ada pendapatan sendiri, I agak wise la jugak dalam shopping. Bukan tak pernah menyesal, selalu ja. haha. 
Recently I bought, eh! not me, orang belanja oke. ok, come to your sense please! Ada orang belanja tudung.. You know, sekarang famous dengan tudung bawal yang ada rambu-rambu tu kan, corak pun macam-macam. 
The time I saw those tudungs which hanged on the rack, I really tadak rasa nak beli pun since I tengah jimat-jimat. First in mind, I ingat harga tudung tu around 15-20 ringgit. Because, before tu dekat facebook, ada sorang sista ni jual tudung macam tu with the price of RM 19, excluding postage. Then, how lucky I am, the salesgirl approached and said, 8 ringgit je kak. Mana tak terkejut beruk hakuh! Terus boolaaat mata. I pandang MR. MA, and dia angguk while said this, " Lawa la kalau awak pakai. Belilah, saya belanja." Terus gila hakuh dibuatnya. Orang nak belanja, cangak apa lagih....Pilih dan pilih dan pilih, finally I picked 5 pieces where 3 pieces bercorak and 2 pieces bawal plain two tone dengan harga RM 50. 

After beli tu I terus terfikir why her tudung so expensive, I mean sista kat facebook tu lah. Dan laku pulak. SOLD OUT! Kalau ya pun nak untung agak-agak la kan. RM 19 dengan RM 8.. Beza sangat. Kedai tu untung ja jual RM 8. I rasa mungkin dia tak beli tudung tu dari pemborong but beli dari kedai biasa dengan harga biasa so she have to sell with double price. hurrmmmm...


So, these are the tudung yang beli dengan harga RM 8 satu. :p


Moral of the story is, kakak, adik, makcik, nenek di luar sana.... Sebelum shopping tu, samada real or online shopping make sure survey dulu. Sebab sometimes, when we see beautiful stuffs, we can lost our sense. Kira jadi, kira beli ja...

Here I nak share few tips pasal shopping...

1. Survey sangat essential ok. Kalau you jenis kaki online shopping, pastikan you visit fews different blogshop, facebook page or website and compare the price. I dah banyak kali jumpa kes di mana, this blog sangat murah and this pulak so mahal. 

2.  If you pergi shopping at real shop, just make sure quality barang tu berbaloi dengan harga. And please, before you buy, think if that stuffs is really the thing that you need and dont have yet. Its happen to me, when I bought the item but when I reached home, I found that I already have the same pattern,style and colour. Maklumlah, dah banyak baju sampai terlupa. huh..Tak patut..

3. This one really important. Apadia? before nak beli tu, fikir dan fikir lagi macam mana nak mix and match with existing collections in your wardrobe. Ini memang perlu sebab banyak kali jugak jadi kat I. Dah beli lepas tu bila nak pakai baru tahu tadak seluar yang sesuai, kasut yang match and so on... Lepas tu tak pasal-pasal baju tu terperap dalam wardrobe. sayang sekali.

4. Please..please..please jangan la beli dan kumpul stuff yang sama colour ja. Jangan...jangan..jangan.. Oh ya, I know you memang into pink but why dont you have multiples colours. Sebab, one day, when the time comes you akan rasa bosan. Dan masa tu baru nak start shopping different colours, memang tak best cos you kena beli banyak terusss. Dan masa itu juga, you memang taknak pakai lagi yang semua pink itu. I guarantee you.

5. Its happen to me bila excited sangat order (online shopping) baju tapi tak ukur dulu. What a waste? Now, I belum pakai lagi blouse to sebab its too big. My roommate said, I looked like a robot with it. Tak pasal-pasal nak kena pergi butik perkecik. Nak tunggu balik kampung lagi, memang tak merasa la nak pakai kan.....So, ukur dulu oke! Spare tali tape dalam drawer you!


Rasanya, itu ja lah yang mampu I kongsi based on my experience. Aha! satu lagi tips pasal penjagaan baju, jangan basuh baju kesayangan dengan machine tau. nanti rosak, baru menyesal dan jangan rendam baju warna putih with the bright colors..

Evertything yang I shared ni really happen to me oke! So make sure you dont do the same. Thanks for drop by. 

LOvEShoPpiNg,

-SitiSakinah-

Monday, April 30, 2012

MAKANAN TAMBAHAN/ SUPPLEMENTS


Assalamualaikum.

Hello peeps. We meet again. Buat apa ja weekend baru ni? Pergi BERSIH 3.0 kah? hahaha.. By the way, this week I went to KL to send off my mother pergi Mecca. Alhamdulillah, finally her dreams came true. And right now I was thinking about how is she doing. I hope everything will be fine sebab ini first time she went abroad alone. I mean without us, anak-anak dan of course my father. Im quite relieve cause most yang pergi Umrah ni was among our family members. My mak long, pak su and others.. So she sure have some friends. Doakan my mak selamat menunaikan umrah dan selamat pulang.. Amin.

Actually, for this post I nak share, nak berceloteh sikit pasal makanan tambahan atau boleh kita kenal sebagai makanan kesihatan or in English, we called Supplements

Memandangkan saya ni jenis yang tak tahan daulat. Selalu sakit sebab I have low blood pressure. So my mak sangat concern about my health. For me, supplement is crucial for us to stay healthy and energetic! sebab apa? Okey, saya nak tanya. Is it your daily food includes all the nutrients that your body needs?
Penat la hari-hari nak kira berapa ketul ayam you makan, berapa keping daging, berapa helai sayur. Kadang-kadang hari ni makan sayur, then esok tak makan. Buah apatah lagi kan.

So supplements ni akan membantu menstabilkan kandungan nutrisi yang badan kita perlukan. Antara supplements yang penting adalah seperti Vita C, Omega 3, Vita E, multivitamin and so on...

Cuba bayangkan pokok yang ditanam tanpa dibaja? Apa jadi? Mungkin berbuah, berbunga tapi tak seperti yang kita harapkan. Macam itu jugak manusia, badan kita memerlukan kira-kira 45 nutrients setiap hari. Agak-agak, dengan makanan yang kita makan setiap hari tu melengkapi 45 nutrients yg diperlukan tak?
haaa...cepat kira!

Setiap pagi saya ambil Virgin Coconut Oil (VCO), product of Catalyst dan juga Vitamin C. Dahulunya saya mengalami masalah period pain yang sangat kritikal. Satu hingga dua hari saya kena mc dan hanya berguling atas katil. Sakitnya ya amat, hanya Allah Maha Mengetahui. Setelah mengamalkan VCO, masalah PMS saya hilang terus. Alhamdulillah. Now I can live my life to the fullest. Kalau dulu sebulan mest kena MC 2 hari, sekarang no more MC lagi.. Bersyukur sangat. 

Image dari abg google.(sya malas nak snap)

Ini lah dia VCO. Kawan-kawan boleh cuba sebab memang berkesan. Saya menyaksikan sendiri keberkesanan produk ni. Bukan takat hilangkan PMS juga, tetapi turut mengatasi masalah-masalah lain. Antaranya ialah.


Untuk kegunaan luaran :

1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan

2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar

3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit

4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama

5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
7. Menghilangkan panau/ strechmark sebelum/selepas bersalin
8. Mendapatkan berat badan ideal bagi org yang sangat kurus
9. Melebatkan dan Mempercepatkan pertumbuhan rambut. 
10. Menghilangkan kelelmumur/ gatal2 dikepala/ rambur gugur.
11. Boleh sapu di di bekas-bekas jerawat / luka / melecur / ruam

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
11. Menghilangkan masalah sengugut
12. Sebagai Milk booster (membanyakkan susu ibu )
13. Kandungan Asid Laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak
14 .Memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby.
15. meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
16. melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes
17. mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
18. meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.
19. melindungi diri dari serangan osteoprosis (proses pereputan tulang)
20. mencegah risiko sakit jantung
21. mencegah atherosclerosis (penyempitan saluran darah akibat lemak terkumpul) dan strok
22. membantu menurunkan tekanan darah tinggi


See, banyaknya khasiat minyak kelapa dara. You know what, virgin coconut oil ialah minyak yang paling berkhasiat di dunia.. MashaAllah....Tak pernah kita tahu selama ni kan? So apa tunggu lagi, boleh cuba sekarang. By the way, saya tak jual. I bought it from dealer Catalyst. If berminat boleh beli dengan Cik SheilaAmirHouse. Actually, ramai yang dah jual produk ni, tapi saya dah biasa beli dengan sis Sheila. 

These are what I consumed.

Then is, Vitamin C, which also known as ascorbic acid, plays a huge role in regulating our body and protecting it from infections. Vitamin C strengthens our immune system and allows us to recover from colds quickly.  It also prevents the progression of the cold into a more severe disease like pneumonia.  Scientific studies have proven that Vitamin C reduces many symptoms of colds such as runny noses, coughing, and sore throats. Cara mudah yang faham, vita C sangat penting untuk sistem imunisasi badan manusia kerana ianya boleh melawan penyakit seperti demam dan selsema. After googling, I found something beneficial for you guys out there yang mana, teen guys need 75 mg (milligrams; 1 milligram equals 1,000 micrograms) and girls need 65 mg of vitamin C a day. 

Vitamin C is found in many fruits and vegetables and it’s fairly easy to get your daily Vitamin C dose with fruits. Antaranya adalah, red berries, kiwi, red and green bell peppers, tomatoes, broccoli, spinach, and juices made from guava, grapefruit, and orange. 
Besides, saya juga minum shake by Herbalife. Alhamdulillah, berkat keperihatinan terhadap kesihatan sendiri, saya jarang sekali jatuh sakit dan saya boleh jalani hidup sebagai seorang pelajar dengan bersemangat dan sihat senantiasa. Berbanding sebelum ini, saya kerap sakit kepala, sakit itu, sakit ini, tetapi hari ini Alhamdulillah, syukur, dengan tubuh badan yang sihat saya mampu melakukan multiples activities without any external either internal health problems. As you all can see, sebelah vitamin C tu ada st.ives body lotion. So nak buat selingan sikit, this lotion got vitamin E in it. Do you ever know that vitamin E is good for your skin. I used to take Blackmores vitamin E, its really good ok! it works as an antioxidants, vitamin E is vital in protecting skin cells from ultra violet light, pollution, drugs, and other elements that produce cell damaging free radicals. But, blackmores is too expensive since im a student, belum ada duit sendiri, asyik merekah mak bapak je kan.haha..So, I really cannot afford to maintain the consuming of vitamin E. Lagipun, I dah ambil VCO, i thought that its just more than enough!.. However, I still dont want my skin to escapes from vitamin E, so I picked st.ives punya lotion with vitamin E. 

Fyi, Vitamin E lotions provide some benefit in preventing and treating sunburns. These lotions protect the epidermis layer of the skin from early stages of ultra violet light damage. Vitamin E preparations also increase the effectiveness of sunscreens. Such lotions do not work immediately. They must be applied about 20 minutes before sun exposure in order to allow the vitamin e to be absorbed deep into the epidermis layer. 

So far, my skins are doing very well with this lotion, baunya harum, it keep my skin moisturize and visibly improves skin's healthy. Yang best sekali, it fast absorbing and non greasy. teehhhee. Sebagai seorang wanita, kita kenalah jaga penampilan diri ok. Biar hitam pun tidak mengapa, janji bersih, wangi, bebas dari daki-daki dan bau yang tidak menyenangkan. Impaknya, kita akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan public. No worries lagi.. Im not saying that I ni wangi sangat tapi at least, I really ambik port pasal kesihatan dan penampilan diri ni and I know I did my best to prevent myself dari bau-bau pelik dan bebas dari penyakit berjangkit. Insyaallah. If you dont really care about yours, then who will? Your cats perhapsss....haha. Ignore me mumbling. Tak semestinya kena pakai make-up tebal, minyak wangi sampai berbotol-botol yang mahal-mahal tu semua kan. You just have to go through a bit details about what your body needs and try to work on it  from now. Okey? Ada paham? Hope soo..   

Thats all my mumbling for today. Now, lets move on to study session pulak. I've got a test this coming thursday. huh.nebes pulak..Semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat buat semua. Walaupun tak banyak, diharapkan membantu dan mampu memberi inspirasi untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat.  

Thanks&Regards,

   SitiSakinah

Sunday, April 22, 2012

Painting Class!


During our primary and secondary school we are compulsory to join a club or 'badan beruniform' such as st.john and kadet. Same goes when you are in university, the students are required to attend co-curriculum class. Last semester I had joined choir class. haha. Suara mcm katak kelaparan lagi mau masuk kelas nyanyi kan... ^_^

And...and this semester I took art class. Wah! Memang berjiwa seni la I ni kan. Perasan! 
The main point here is, I tak pernah pun melukis sebelum ini kecuali time sekolah rendah dulu, ada la lukis bukit pastu ada awan, matahari senyum, pokok kelapa. Only a simple drawing. Tapi disebabkan ada minat mendalam yg terselit di sanubari ini, saya pilih kelas seni lukis. 

Kelas ni sangat best, relax, cikgu pun baik... Memang tak stress. Tak ada strict rules, you draw what you want. Everyweek pun you're freedom! Betul la kata orang, bila kita buat sesuatu yang berbeza dari apa kita buat hari-hari (pergi dengar lecture) boleh me'release'kan stress.. I realized yang dalam kelas ini just me and my friends ja third year students, others are 1st and 2nd year. Memang senior habes!

I dont really prefer sports macam futsal, hoki and so on benda yg ada bola-bola ni. Pendek kata yg melibatkan aktiviti fizikal. Sebab its tiring ok! On this class, we have lecture session first, of course. Cikgu akan tunjuk slide, cerita pasal jenis warna, jenis lukisan, garisan and lots more! I also buat kolaj but I lupa nak snap and its already been passed up to cikgu. Tau kolaj? Yang potong kertas tampal-tampal, tindih-tindih tu.. haaaa...kaaannn!

Cikgu kelas seni saya kata, nak berseni tak semestinya kena pandai melukis. Exactly! I memey out la lukis melukis ni. FAIL! Conteng-conteng I pandai, sangat!

Tadaa....these are my drawing....Please jangan gelak. woot..woot. Ada bakat tak? Im sure, mak n ayah mesti ternganga kalau depa tengok ni. Their 23 years daughter lukis mcm ni.....? They may had no idea about my art skills. Gila perasan!  #_#



Ini sumpah buruk sebab first trial....

Both drawing used water color yang BUNCHO tu... And the most excited event is, oil painting. I sangat teruja dengan oil painting ok! Rasa macam betul-betul jadi pelukis professional you! Bila dapat ja canvas terus macam hah? nak lukis apa ni...? So at the end, saya pilih tema bunga...Suka sungguh dengan bunga kan!


Ini lah lukisan saya. Bunga rose tu sangat pelik ok!


Bergaya.... Tinggal tak dak stand ja. Kalau ada, ehhhemmm....

Left : My teammates and I with our art work | Right : From the other friends of mine. Menarik bukan?

Okey! Thats all my story pasal kelas kokurikulum. Tak sabaq nak pergi kelas lagi minggu depan. Dah addict pulak dengan lukisan ni... 

Bye. Salam. Love

psssttt : Ayah, belikan canvas dengan oil colour dengan stand. ehe...!


Happy drawing,
-SitiSakinah-




Saturday, April 21, 2012

RANDOM.

Assalamualaikum. Hey peeps, Im back. Eh, bajet mcm ada org dok tunggu post baru kita la kunun. Ok. btw, ini newlook my blog. Not done very well actually tapi ok la kan. Im newcomer in doing all this. Jenuh search sana-sini nak edit template. haha. Punya la ketinggalan zaman. What do you think? Cantik tak? ehe!.
Alhamdulillah, eventually, its done so I cant wait to share my stories, experience, what I ate, where I go..emmm....everything yang mem'benefit'kan u olls la. Im so eager to write back on this wall. Insyaallah. So far, I've got lotsa story nak tulis tapi tak tau nak buat yg mana satu. Sebab come back version kena la gempak kan. Baru la glamour u. aha!

Thank you sebab baca bebelan saya. Sekian untuk waktu ini. Bye. Love.

Regards,

-SitiSakinah-

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...