Saturday, September 19, 2015

DAY 1: TO LAKE TEKAPO

Assakamualaikum

21 AUG 2015 - Christchurch Central to Lake Tekapo via State Highway 1
 
Tarik nafas, hembus, tarik, hembus....fuhh fuhh.. bukan senang nak mengumpul tenaga dan mood untuk menaip ni. Dia punya malas tu tahap tak boleh bendung. Husband pun bukan main bagi semangat suruh update. Tiba tiba pulak... katanya seronok nanti masa depan, kalau rindu, boleh bukak and baca balik. Yes, betul la tu, sebab itulah tujuan utama blog ini dibuat. 


Selesai grocery shopping kami pun mula bergerak keluar dari Christchurch. Alhamdulillah, dapat keluar lebih awal dari yang kami plan. Of course belum makan apa apa since dari semalam ha... Kami dengan tabah meneruskan perjalanan, minyak van pun penuh diisi terlebih dahulu oleh company. So, nanti masa return kena isi sampai penuh jugak na, baru hantaq. 

Perjalanan hari ini menuju ke Lake Tekapo yang mengambil masa hampir 3 jam kalau tak banyak stop. Diingatkan, maximum speed limit ialah 100 km/h. hahahahaha, macam nak teriak drive kat sana kan??... Jangan berani drive laju kang ada yang memerhati. Rather than kena saman baik ikut sahaja speed limit k. If masuk town, speed limit cuma 50 km/h saja. Teriak kuat lagi. Kalau nasib baik, ada yang 80 km/h. Pun teriak juga..Sebab kat Malaysia tak drive slow macam ni kan...eh?.Herrrr...


Route kami pada hari pertama

Dalam perjalanan, kami makan roti dengan jam untuk alas perut. Of course la saya yang sebelah ini sapu jam kat atas roti. Nak berhenti untuk masak mungkin akan ambil masa lama sebab kami belum unpack barang lagi. So we decide untuk masak bila sampai campsite nanti. Malam pertama kami free camping!.

Perasaan gembira, bersyukur, teruja membuak buak tambah pulak dengan permandangan yang sangat super cantik. Subhanaallah, muka bumi New Zealand dengan bukit bukau yang hijau, ada kambing biri biri putih gebu menyerikan lagi pemandangan. Keindahan semulajadi disana dipelihara dengan baik sekali. Saya personally sangat kagum dengan usaha kerajaan di sana yang sedaya upaya memulihara keindahan muka bumi mereka. Besides, rakyat kat sana yang turut sama-sama menjaga membuatkan saya rasa segan. Kat Malaysia, orang senang senang baling sampah dari kereta tanpa rasa bersalah pun. haih... sedihhh!!

Town pertama kami singgah ialah Rakaia, lebih mesra dikenali sebagai town ikan Salmon. Kat sini ada banyak salmon farm tapi kami tak singgah sebab bercadang nak pergi Salmon Farm kat Twizel sebab kolam dia dibuat floating on the glacial river. Wow!!

Kami singgah pekena kopi secawan. Seperti biasa, I ordered Flat White. emmmm....rasa segar bugar lepaih pekena kopi. Harga NZD 4.50 secawan. 

Cafe comel yang betul betul tepi jalan di Rakaia.

Biri biri ada dimana mana. Mana taknya, jumlah biri biri kat sana melebihi jumlah orang. Jumlah penduduk New Zealand untuk kedua dua island hanya kira kira 4 juta sahaja. Sikit kan? Dengan keluasan 103,000 kaki persegi, jumlah penduduk yang begitu kecil , emmm...patutla susah betul nak jumpa manusia. Haha. Jumpa biri biri lebih banyak. Ketika kami melepasi beberapa pekan kecil, memang agak sunyi. Tak tau lah mana pergi semua orang. haha. 

Biri biri beratur nak pergi mana tuuu?? hiks
Selesai minum terus continue our journey to Geraldine. Kat Geraldine kami dah kena refuel petrol sebab tank sudah tinggal separuh. Actually, bajet yang kami allocate untuk petrol dah lari jauh sangat. Way higher...So, kami terpaksa bajet untuk part lain seperti makanan and acitviti berbayar. Tak kisahlah, yang penting dah sampai, redah saja! 

Harga minyak tak tetap, hari hari akan lain. Lain town and city, lain harganya. Harga sekitar NZD 1.97 hingga NZD 2.20 per litre semasa kami kat sana. Stesen yang paling murah and kami selalu pergi ialah stesen minyak Z. Diingatkan bahawa petrol station hanya ada bila masuk town and city. So make sure untuk rancang elok elok supaya nanti tak ada yang berkampung tepi jalan. Jarak antara town kadang kadang boleh cecah ratus ratus KM. Adalah lebih baik bila meter dah tinggal separuh, terus isi saja bila jumpa petrol station.

Nampak tak? Masuk ja town, ada speed limit sign. 50 km/h saja. Slow down OK?

Awek pam minyak kat petrol stesen Z yang super friendly. Well, kat sana isi petrol dahulu baru bayar. Diaorang practice honesty. Percaya sesama sendiri. Dah siap isi, baru masuk dalam stesen and bayar kat cashier. Sekali lagi, saya kagum!

Antara perkara lain yang mengagumkan kami ialah, dari sekecil kecil pekerjaan semuanya orang local. Of course bukan yang itu saja, walaupun kerja yang dilakukan tu biasa biasa such as tukang pam minyak tapi terpancar keikhlasan kat muka depa. Saya kagum dengan professionalism mereka. Greet dan senyum sentiasa. Hello, Hai, Have a nice day tak lekang dimulut siapa siapa saja. Well, there is a quote, A simple hello could lead to a million things. Indeed, sangat betul. Kita secara automatic akan jadi ceria bila dengar orang greet kita macam tu. Walapun simple tapi bermakna. Bagusnya kalau orang Malaysia pun amalkan perkara positif macam ni. Katanya di Malaysia amal budi bahasa budaya kita tapi macam tak jaaa sebab setengah cashier tu pandang kita customer ni pun tak, inikan pulak senyum, apatah lagi greet kan?? Bukan semua, sesetengah. Yang mana elok kita jadikan ikutan. Tak gitu?? Well, saya harap kepada yang membaca ini akan amalkan benda ni and jadi lebih positif lepas ini ya. InsyaAllah. Jom layan gambar!


Geraldine Cinema. Sangat old skool. Menggunakan bangunan lama and cara advertising pun still old skool.
Singgah pekan Geraldine sekejap pergi toilet. Uruskan apa yang patut. hahaha.

Nampak cerah macam panaskan tapi anda silap, sejuk weeeiiii....8 degree kot! Sepanjang perjalanan kami just stop beberapa kali bila nampak ada space untuk stop. Diingatkan untuk tidak berhenti sesuka hati kang nanti ada yang report. Local people kat sana sangat friendly dengan pak polis. Depa suka report kenderaan yang tidak mematuhi undang undang, so baik hati hati.

Selepas Geraldine, jumpa Fairlie. Start saja dari Fairlie, view dah berubah, tak nampak sangat bukit bukau yang hijau sebab sudah memasuki kawasan pergunungan. Snow capped mountain mula menunjukkan kelibat. Subhanallah, cantik sungguh. Macam tak percaya dengan mata sendiri. Pertama kali nampak salji depan mata, walaupun jauh nun, rasa macam mimpi. Syukur dengan rezeki ini. Kami tak stop di Fairlie. Perjalanan diteruskan lagi dan melepasi Burke Pass, view semakin rancak dan cantik. Yang keluar dari mulut puji pujian pada Maha Pencipta dan wuuu waaaaa....wwooowww..! haha. Cantik weyhhhh.... Gila excited. hikss.



      

  

Dan bila nampak ja sign board Lake Tekapo kami dua dua terjerit kecil (konon) dalam van, happynyaaa dah sampai. Ya Allah.....Syukur.
 
Dari jauh dah nampak tasik yang membiru. Tak sabaq nak park van and kemas kemas, masak, makan and tidurrrrrrrr........Tapi sebelum tu kita turun dulu ambik feel kat Lake Tekapo before p campsites. Dia punya angin, Mashaallah, sejukkkkk gilerrrrrr. Tau tak sejukkk!!! Ambil gambar pun laju laju and cepat cepat lari masuk van. Jari jari naik beku!!! Phewwww....



Mengigil kesejukannnnn....herrrrrr

Lepas dah snap beberapa keping gambar kami pun pusing pusing cari campsite yang legal untuk kita park and bermalam. Sebaik masuk Lake Tekapo, sebelah kiri dah nampak ada space untuk freedom camping. Actually kami nak cari yang betul betul tepi Lake tapi tak jumpa sign yang allow us to park. Hari pun dah nak gelap, kami pun dah letih, kamu pergi balik ke tapak yang kami nampak tadi. Ada beberapa campervan and RV dah masuk masa kami sampai. 

Kami start unpack and simpan baju baju dalam wardrobe. Solat, and then start prepare untuk masak. Tap water van ada hot and cold, nasib baik... At least tak dak la sejuk beku time ambil wudhuk and basuh membasuh kan. Pengalaman pertama memasak dalam campervan best, rindu nak masak dalam van.. Puas hati dengan kelengkapan yang disediakan. Ruang dalam van just nice untuk kami dua orang move around. Compartment simpan barang pun cukup untuk kami. 
 Malam tu kami masak ayam masak sambal tumis and sayur borocoli. Thanks to Pak Brahims kerana telah memudahkan proses memasak kami. Hiks!Lepas makan, sambil minum kopi bukak pintu cabin belakang and lepak sekejap kat luar. Haihhh... tak boleh, sejuk gedik. Tak rela!.. 

Husband start enjin and bukak heater bahagian depan and kami duduk kat seat depan tu sambil tengok ke langit. Romantik cara kami....kikiki. Benda ni kami practice tiap tiap kali kami free camping sebab nak bagi warm sikit dalam van tu, baru kami tutup enjin semua, p cabin  belakang, baru la tidur. Ini saja cara yang ada. Kadang kadang kami letak bantal and selimut kat depan bagi warm dulu. Rupanya bukan kami saja, jiran jiran kami pun sama jaaaaaaa....kikiki. 

Nak habaq lagi sekali freedom camping tak ada power supply so malam tu kami tidur dalam kesejukkan yang bisa, mencucuk sampai ketulang. Suhu malam tu awal awal 3 degree then drop ke -2 degreeeeee pada tengah malam!!!!!! Macam tak percaya. Tidur malam tu siap pakai down jacket, baju berlapis lapis, gloves and snow cap. Ada ka tidur pun pakai snow cap??? hahaha.. Pukul berapa tgh malam, tak ingat, saya kejutkan husband sebab sejuk sangat, tak tahan, dia pun sama. Last last pergi depan, start enjin, bukak heater, tunggu warm, baru pergi belakang balik, tidur. Bila ingat balik, tergelak sendiri..hiks!

Malam tu kat Lake Tekapo super cantik. Langitnya penuh dengan bintang bintang. For information, Lake Tekapo is one of the the star gazer favourite. Selalu star gazer datang bertapa untuk ambil gambar langit yang super duper lawa. Seriously cakap, the sky that night was so beautiful with million of stars. Unfortunately saya tak pandai nak main camera and tak dapat nak snap. I put one photos that looks exactly the same. I searched through Google and many of them. I picked two yang nampak natural. 
Well, regardless of sleeping in -2 degree without heater, reminding of how beautiful the sky was, we sleep well walaupun terjaga dekat ratus kali. Ok, tipu!.. hahaaaaa.

Nah...belanja satu gambar malam tu. Cuba sedaya upaya nak menampakkan bintang. Nampak tak???


Aha.... macam ini la rupa malam tu. Bukan nak gebang ya, ini betul betul. Ini gambar orang pro. Andai la saya pun reti. Tak pro pun tak pa, at least dapat sipi sipi pun ok. Tapi tak dapat! huhuuu... (Source: http://laketekapountouched.co.nz)
Source: www.newzealand.com
Keesokannya kami bangun dan bersiap untuk ke Mount Cook. Weheeeee..InsyaAllah, kita sambung lain kali.Ada banyak tips saya nak share. Insyaallah.

Our camping ground time cerah.

Tunggu next update untuk aktivit seterusnya...

Thanks for reading. Bye!

Lots of love

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.

 BOOK WENDEKREISEN HERE


NEXT POST CLICK HERE

Tuesday, September 15, 2015

CAMPERVAN ROAD TRIP KE NEW ZEALAND, DAY 1 - ARRIVAL & CAMPERVAN PICKUP

Arrival - Christchurch & Campervan Pickup & Groceries Shopping

Previous post: ONE DAY IN MELBOURNE

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. I made it here. 

Flight kami dengan Jetstar dari Melbourne ke Christchurch mengambil masa 3 jam. I would like to advise untuk masuk awal ke departure hall sebab dia punya queue untuk cop passport sangat panjang, and security check also very strict. 

Masa tu both of us memang super letih. Maklumlah tidur tak cukup, tak mandi. Ditambah dengan cuaca sejuk pulak.

Masa kat departure hall, kami dah tersengguk sengguk. Then masuk je dalam perut kapal, duduk pastu tuuuuuuuutttttttttttttttttttt.......

Rupanya tertidur. Sedar saja dari tidur, arrival card diselit kat meja lipat tu. Masa bila kapal tu berlepas, kami dua dua tak sedar langsung. MashaAllah, punya letih kan. Masa isi arrival card tu macam mamai mamai. I tried to wake my husband but he cant even open his eyes. Then, I surrender, selit balik kad and sambung tidur. Almost dekat nak sampai, tersedar baru isi. And of course tak ada gambar arrival card nya tapi lebih kurang macam Aussie jugak.

Kalau jam Australia 2 jam lebih cepat dari Malaysia, New Zealand pulak 4 jam lebih cepat. Kami sampai Christchurch Airport pukul 4.30 am. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 

Bahasa Maori kata, Kia Ora (Welcome) to Christchurch. hihi.

Benda pertama kami fikir ialah declaration. Makanan kami, apa nasibnya? Memandangkan kami lepas Australia pya check dengan lancar, kurang sikit kerisauan kami sebab dah boleh agak apa yang kami akan lalui. Cuba kat New Zealand berbeza sikit. Bila dah ambil luggage, officer akan tanya soalan yang sama jugak, ada apa apa nak declare. Jawapannya, YES. Dia tak buka beg, dia just tanya and kami bagitahu apa apa. Yang tolong check ialah anjing pengesan.

Officer akan bawa anjing dia hidu hidu beg kita. Jangan terkejut ya.....Lepas anjing tu bau bau, sekali dia duduk daaaaaaa....Then baru officer tu suruh bukak. Dia pun cek cek. I told her,

'Probably it is because of the mackerel.' , she replied, 'Ya, maybe. I think so too.' 

Kami ada bawa sardin jugak 2 tin yang kecil tu je. Alhamdulillah, kami pun lepas.....Berakhirlah sudah segala terkejut nampak anjing besaq gila dok cium cium beg kami.  haha.

Berjalan keluar dari that area, hati ni tak payah cakap macam mana happynya, bersyukur, rasa macam nak sujud kat situ jugak. Allahuakbar!

Kami rehat rehat dulu and lelap sekejap sebab masih awal kan. Nak keluar pun gelap lagi, nak ambil vehicle pun, office belum bukak. Kat airport Christchurch ada lounge untuk tidur tidur, kena bayar tak silap NZD 5.00 kot tapi lounge tu open dari 8.30 pm until 5.30 am saja. Tapi kami sampai and keluar dari custom check pun dah hampir 5.30 am, so buat apa kan. Kami just baring2 kat kerusi yang ada. 

 Then, mission seterusnya ialah cari toilet untuk mandi. Kami tahu yang memang ada tempat mandi kat situ cause pernah baca kat blog. Tapi tengok gaya toilet dia macam tak boleh mandi. Pusing pusing cari and tanya orang, rupanya, tempat mandi ialah di toilet disable tu. Boleh mandi kat situ. Masa tu ada satu group sekawan dari Malaysia jugak. Diaorg pun tercari cari mana boleh mandi. So sambil lepak sembang sembang kat charging area tu, kami pun gilir gilir la pergi mandi. Ada beberapa toilet disable kat sana. Yang kami guna ni kat tepi cafe bahagian arrival tu. 

Bak kata husband, lepas mandi rasa macam orang baru. haha. Hot shower pulak tu, punyala nikmat. Lepas tu tunggu sekejap sampai cerah sikit sambil charge segala apa yang patut. Kami nak beli simcard tapi masa tu kedai operator yang kami nak beli tu belum bukak. Yang ada cuma vodafone, tapi husband tak prefer guna vodafone based on his study pasal telco ni, Spark and 2degree (tips) yang bagus. Then, kami decide untuk beli kemudian setelah keluar dari airport. 




Untuk para pengemar sukan berbasikal, kat sini disediakan tempat untuk assemble basikal




Kami guna free phone untuk call operator vehicle kami, Wendekreisen nak tanya office dah bukak ke belum. Kebanyakan company vehicle ni guna nombor free phone, which mean kita call guna public phone airport, free. Macam toll free tu kot. 

Ini telefonnya....Terus dial saja number yang diberi.


Untuk pengetahuan, ada company yang datang pickup kat airport, tapi ada yang kena pergi sendiri naik teksi tapi boleh claim. So, tipsnya simpan elok elok resit teksi tu and claim semula dengan company. Mereka akan bayar balik masuk dalam credit card kita.

Cuaca memang sejuk sungguh, dalam 5 degree pagi tu. Phew, berasap asap mulut den. Location company tak jauh, dalam 10 minit je dah sampai office Wendekresien. Setelah sampai, orang tu pun dah tau siapa kita. Dia akan mintak lesen, copy card credit kita depan belakang as guarantee. In case ada saman, accident kemek mana mana, dia akan terus tolak dari kad kredit kita. Masa pulang nanti dia akan pulangkan balik copy kad kita tu. Make sure. koyak koyakkan, or bakar je terus supaya tak jatuh ke tangan org lain ya.

Tips: boleh guna lesen Malaysia saja. Lesen yang baru rupa macam IC tu dah dual language, English and BM, so tak perlu translate lagi. Tak payah jugak susah susah pergi buat international license semua ya. New Zealand pun right hand drive jugak. So, nothing to worry!


Lepas tu, dia akan bawak kita p kat van, tnjuk cara penggunaan, and ada satu kertas, dia akan tanda kat parts kenderaan yang ada kemek or calar. Kalau masa return, ada kemek or calar kat bahagian yang dia tak ada tanda, itu memang masalah namanya. Kalau sikit sikit tu, katanya, diaorang tak kisah sangat unless kalau kemek yang obvious, and calar yang dalam sampai keluar cat
Cuba untuk snap gambar bahagian bahagian luar kereta, in case ada yang dia tak tanda dalam kertas dia, at least boleh jadikan bukti nanti. 

Sebab husband yang drive, bayar pun guna credit card husband, dia yang kena sign semua. Wife tolong booking and sudah sampai kita duduk sebelah je.
Ambil gambar apa yang patut.
Mereka cuma tunjuk cara teori saja, praktikalnya sendiri test macam mana nak handle campervan tu. Husband awal awal lagi dah tengok kat youtube macam mana nak handle. Tak susah pun. Easy like nut. hehe. Saya sekali pun tak buang waste and isi air. Kira ok jugak kami tak ada toilet, tak payah fikir nak buang hasil hasil laburan tu semua. Tapi kalau ada laki bagus, time free camping, tak yah risau mana nak melabur. Ikut suka la kan, nak macam mana. huhu.
Portable toilet yang diberi tu kami sekali pun tak guna. kahkahkahkah.. Tak sanggup eden..

Interior cabin belakang. Kerusi tu nanti transform jadi katil Meja tu kena cabut and simpan kayu dia.


Ini ha portable toilet diaaaa...kikiki. Kalau nak guna make sure tuang chemical yang disediakan, kalau tak harum bau satu van. Kami tak guna! Public toilet sudehhhh..


Plug untuk connect ke power supply. Masuk campsite baru boleh guna. 14 hari kat sna, kami cuma masuk proper campsite, 5 kali saja, 3 powered campsite, lagi 2 non powered. Yang lain semua free camping. Ada bran....??

Selesai semua, letak bag semua, terus jalan cari supermarket and beli sim card. First kami terjumpa New World and terus singgah untuk grocery shopping. Kami beli sayur, bawang bagai, beras, biskut, roti, kopi, jem and others yang diperlukan. Kat sana, jenama Pams yang paling murah. Roti, gula, jem, garam, mostly from Pams. haha. Tetapi kat New World tak ada ayam Brinks! For info, kat sana, ada jual ayam halal, iaitu dengan jenama Brinks. Alkisahnya, kat Pak N Save sajok yang adoo.. 

Main letak dulu. Later baru unpack. huhu.

Ini parking style apa ni? Well, driver amateur katanya, tak biasa bawak keta panjang dan besar. Ini kalau bawak RV, tak tau leeeee........kkikikikiki
Nak tak nak, kena la cari Pak N Save. Dengan tak ada GPS, phone belum boleh guna, kami main pusing pusing je. Yes, kami kat sana cuma berpandukan sign board and sekali dua kala saja guna waze. Itupun nak cari specific road saja. Signboard depa, excellent!!!

Then, sekali jumpa kedai serbaneka, and beli simcard Spark kat situ dengan harga NZD 29, with 750 MB data and ada la call and sms apa benda semua. Yang penting bagi kami ialah data tu!!! Terus tanya awek cashier, kat mana Pak N Save, sekali rupanya, dekat saja. Kami pun akhirnya, dapat halal chicken. Kami beli seekor terus, senang! Cukup saja seekor tu makan dua minggu. of course la bukan ayam saja, ada la salmon, trout bagai. Tapi hari first memang ayam saja yang kami beli dulu.

Terus terang cakap, kami dua dua letih tapi semangat tu entah datang dari mana, kami gagahkan jugak sebab kami punya plan, apa cara pun, hari tu kena keluar dari Christchurch. 

First time guna self payment counter. Sekali balik Malaysia, kat Tesco dah ada. huhu.

I guess thats all for now. Next post kita akan update our journey to Lake Tekapo where we spent our first night in New Zealand kat sana. Sejuk gedi weyyyy.

Thanks for reading and hope you enjoy it.

Lots of love.

Those who want to book Wendekreisen campervan ke, kereta ke, RV ke, you may do so by clicking below link and send inquiry form. So easy, just select which campervan you want and send. They will reply you with Quotation and from they point you will be assisted on how to proceed to the next step for payment and etc.



 BOOK WENDEKREISEN HERE







Saturday, September 12, 2015

ONE DAY IN MELBOURNE

Assalamualaikum.

Baru nak mula hari pertama. Ada 16 hari weyy..panjang ceritanya. InsyaAllah, akan cuba share as many tips yang terlintas dalam kepala kat sini.


So, hari ini kita ada satu hari untuk tour Melbourne. Kalau uols ada extra duit boleh la jalan dua sekali, seminggu kat Melbourne, seminggu kt NZ. Act, seminggu kat NZ tak cukup. hehe.

 Well, untuk memudahkan kami berjalan jalan Melbourne CBD, kami simpan beg di Smart Carte. Just right lepas keluar dari ke International Arrival, belah kiri. dekat pintu nak keluar. Dia ada rates harga yang tetap. Sy terlupa nak snap dia punya rates but ours kena AUD 27.00 untuk dua bag. Mahal weyy tapi apakan daya. We got no other choice. Agak terasa sebab ini trip super budget, so every penny counts!

Selesai semua simpan bag kami proceed beli tiket SkyBus untuk ke Melbourne city, AUD 18 per person which is bagi kami mahal memandangkan currency AUD yang tinggi.. Direct bas untuk ke city centre, yang hanya 20 min agak tak worth. Tapi tak silap ada bas lain lagi tapi kami tak check masa tu. Kami gerak dari airport masih gelap. Dengan suasana sejuk amat, kami pasrah saja. SkyBus memang ada terang tangtang kat luar aiport and operate sampai lewat malam and start awal pagi. Boleh check kat website. 



Kaunter SkyBus
Ini basnya. Panjang, ibarat dua bas disambung menjadi satu bas.

Bus akan drop passengers dekat Southern Cross Station. Kami awal2 pagi dah jadi tourists. Orang local pun usha satu macam. Semangat aih!

Aktiviti kami kat city memang aktiviti redah since kami tak study sangat. Idea asal nak pergi Brigthon Beach yang ada colourful bathing box tu dibatalkan sebab nak save budget. Tak berbaloi nak habiskan duit beli MyKi pass and guna satu hari saja. 

From Southern Cross Station, kami decide jalan kaki saja sampai Flinders Street. Cara lain boleh naik train tapi kami kat sana memang pakai kaki and naik free tram saja. What a cheapskate!..Dalam 10-15 minit berjalan untuk sampai Flinders Street and since berjalan dalam sejuk, tak ada la terasa sangat. 

Awal pagi. Semangat!
Serius cakap, masa ni memang excited gila sebab dah sampai dgn selamat kat Melbourne.
Jalan punya jalan, tanya orang sana sini, sampai la kami ke Flinders Street. Kenapa Flinders Street? Sebab dari sini lah senang untuk korang start tour Melbourne CBD. Tarikan utama city semuanya next to this station. Not much saya boleh cerita pasal Melbourne sebab kami hanya tour city sahaja, jalan kaki and naik free tram. Tak susah nak cari free tram ni, tram dia yang old skool warna hijau maroon and ada tulis no.35 kat depan train. Its free! Tram ni akan bawak anda pusing city centre and stop dekat station yang merupakan tarikan utama kat sana. So easy and save your money. Tak perlu naik train berbayar! Sila enjoy gambar gambar berikut.

City Tram Map. 


Kami naik free tram dari Flinder Street Station and pusing pusing city stop, turun, jalan jalan dan naik lagi. Walaupun free tapi sangat efficient and one of the best way to tour the city. Indeed. 

Enjoy the photos. 




Study map kononnya. 


Flinders Street Station
Dalam tram
Free City Tram




Degraves Street, tempat lepak lepak makan makan and byk cafe kat are sini.


Famous Hosier Lane

Then, bila dah penat jalan jalan, kami naik lagi Free Tram untuk ke Queen Victoria Market. Kat sini khabarnya boleh dapatkan souvenir dengan harga berpatutan. Ianya 'market', bukan shopping mall ya. Tapi market bersih, terharu den tengok. Punya bersih. Kami yang in budget ini just jalan jalan tengok apa yang murah. Niat di hati nak la beli souvenir untuk diri sendiri. Sungguhpun tak mampu beli kat orang, at least nak beli untuk kenangan peribadi. Discuss punya discuss, kira kira duit, kami pun beli la t-shirt sorang satu dgn harga AUD 5.00 and fridge magnet untuk peti ais kat rumah, 5 pcs pada harga AUD 10.00. 


Tetiba teringat, dengan cuaca Melbourne yang sedang sedang sejuk pun kami dah terketar ketar, tak boleh nak bayang macam mana kat NZ nanti. Kami dua dua tak ada prepare thermal pant. So, husband risau takut nanti kat NZ saya tak tahan sejuk sebab saya ni memang allergik dengan sejuk, dia pun suggest suruh beli thermal and snow cap. Again bincang and tengok budget, husband cakap beli lah sementara dah ada kat sini. 


Then saya pun beli untuk saya. Husband kata dia tak perlukan thermal tu. Dia boleh tahan katanya... So gitu la cerita dia macam mana saya tiba2 ada snow cap warna putih yang saya semedang pakai masa kat NZ. Bayangkan tidur pun pakai snow cap!. 


Perut pun dah lapar. Gila tak lapar, last makan masa dalam flight dari KL nak ke Melbourne. Masa tu pun dah pukul 1 pm so, at Queen Victoria Market, we had nasi beriani. The only food we eaten, itulah lunch, itulah dinner. 


Nanti malam flight ke New Zealand, tak ada nasi dalam flight. Kemungkinan nak dapat makan nanti dah sampai, ambil campervan and end of the day baru dpat makan lagi. Kita tunggu next post ya. Kami terjumpa restoran India halal kat dalam foodcourt Victoria Market and before that kami beli satu bekas strawberry. So sedap and sweet macam gula! Gituuuuu....





Queen Victoria Market (souvenir area)
Queen Victoria Market
Sedap and kenyangss!
Yarra River
Kasi can laaaa....
Mujur ada bawa tripod, ada jugak gambar berdua. Ya, semua gambar kami yg berdua, kami guna tripod je. Easy!

Selesai jalan jalan, kaki pun dah almost give up, kami pun jalan balik ke Southern Cross Station lalu tepi Yarra River. Naik SkyBus jugak untuk balik ke airport. Hati semakin melonjak gembira masa tu sebab dah hampir hampir sangat nak sampai New Zealand. Flight kami ke Christchurh pukul 11.30 pm, ya, lewat sangat. Sebab inilah yang menjadikan kami 2 hari tak tidur dan tak mandi. 


Letih tak payah cakap. Alhamdulillah we both doing great, sebab dua dua dah biasa. Kami berkenalan masa naik Gunung Bubu. Husband lebih active, dia dah tawan banyak gunung berbanding saya. hihi. Senior katakan. Kat gunung jauh lebih leceh dari tripk kami ni, toilet nak melabur kena korek lubang sendiri pakai parang. Tidur pakai ground saja, bantal pun tadah pakai plastik baju. So, setakat mcm ni leceh, we managed to get over it. 

Eh.. tersasul cerita pulak. Ampun.  

End of story for our Melbourne tour city trip. Next post saya akan update pasal NEW ZEALAND...Yeyyyy!! InsyaAllah.


Here ada sikit video kami berdua. hehehehehe...





Thanks for reading and hope you enjoy it.


Lots of love.


Next Post Click Here

Friday, September 11, 2015

ROAD TRIP TO SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - MELBOURNE TRANSIT

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan from last post, I will write about the whole journey from day 1 until end in a separate post. InsyaAllah. Will try my best to finish it very soon. I wish that this will help anyone of you who plan to visit beautiful New Zealand. Nak ikut! ehhh...

KUL TO MELBOURNE  VIA AIR ASIA

Seminggu sebelum depart kami dah pun packing baju baju kami. Maklumlah, winter kan bajunya tebal tebal. Since we only have 20kg for checked in luggage, deifinitely  we need to carefully budget its weight for our backpack. We packed everything into our 55 litre Karrimor backpack and weighs it. Alhamdulillah, 12 kg saja. Satu lagi carry on bag yang packable berisi kasut dan foods stok. Baru teringat, tak senonoh letak kasut dgn makanan. Tapi kasut baru lah. Tak payah nak skema sgt eh. All foods were pack in a proper plastic wrap. so? OK jeeee..

Its unbelievable to see clothes for 2 peoples for 14 days can fit into one backpack and its winter. Dengan down jacket yg tebal, 3 in jacket yang gedobos. But we did it. Percayalah, travel tak semestinya kena bawak baju sampai berdozen dozen. Cerita dia, trip mcm ni bukan masanya nak melawa dan mencantik. 

Packing
 Ada tips untuk shopping murah winter gear. Saya and husband kaki selam bundle, semua yang untuk winter kami hanya dapatkan di bundle sahaja. Berbulan bulan sebelum kami dah start menyelam.

Tak perlu kot beli yang brand new mahal mahal semua. Nama pun budget! kalau hampa memang ada duit tak apa, silakan. Seronok wey, dapat 3 in 1 jacket yang lawa gila, brand Eddie Bauer hanya RM 10. hehe..Belanja ikut kemampuan ya. I do believe there are many ways to save money to enable yourself to go out and travel. Yang baru hanyalah weather tite boots from Karrimor, beli time promotion, RM 229 sahaja. Kasut yang sangat berguna, it keep us warm masa kat sana. 
Kalau ikut cara beli yang baru, silap haribulan shopping barang winter sahaja boleh cecah ribu ringgit. Well, apapun terpulang pada individu.

Foods? Kami masak hari hari kat sana. Terima kasih kepada Pak Brahim's. Kami hanya bawa perencah Brahim's cukup cukup untuk 14 hari, sebungkus kecil serbuk kunyit dan kiub ayam maggi. Yang lain such as beras, gula, garam and others beli di sana.

Please take note untuk declare semua makanan yang hampa bawak ye. Boleh baca my previous posts.

Flight kami ke Melbourne pada 19 August 2015 pukul 1.35 pm. Sebab kami parking kereta di Putrajaya Sentarl, kami decide keluar rumah awal takut nanti tak ada parking. Alhamdulillah, parking banyak kosong pulak hari tu. By the way for information if ramai yang belum tahu, kat Putrajaya Sentral ada 'park and ride'. Boleh park kereta and naik train KLIA transit ke KLIA2 pada harga RM 6.20 saja one way. Kadar parking untuk overnight ialah RM 4 satu malam. Murah kan???? Naik teksi lagi mahal kot, rasanya teksi ke KLIA dari rumah saya tak silap RM 70-80 one way.Total kami bayar parking untuk 16 hari di Putrajaya Sentral, RM 66. Wow! Murah.

Dalam flight sesungguhnya tak boleh tidur sebab excited sangat kot. Tak tahulah. Flight 8 jam diisi dengan borak borak dan tengok Running Man dalam iPad. 

Membunuh masa.......
Kami landed Tullamarine Airport, Melbourne pukul 11.45 pm local time. Waktu Australia, 2 jam ahead Malaysia. Dah lewat, kami tak ada ambil apa-apa accomodation untuk malam tu so hanya lepak airport sahaja. Dalam arrival card kami siap siap tulis hanya transit sahaja. Selalunya kastam akan tanya next flight pukul berapa tapi kami ni tak ditanya. Mungkin dah lewat, depa pun tak larat dah nak bersoal jawab. 

Arrival card. if unsure, please tick 'YES'.

Arrival card.

Makanan semua lepas. Apa yang saya dengar orang cakap Australia strict bagai tu ada betulnya dan ada yang exaggerate ja kot. Tak tahulah. Masa keluar dari cop passport sudah ada first fliter oleh officer. Dia akan mintak arrival card and tanya, 

Officer: Do you have anything to declare?
Us: Yes.
Officer: What did you have?
Us: Food paste for cooking and we have shoes, but its new. Never used before. 

Officer tu tanda kat card and kami pun jalan. Then ada satu lagi lorong, ada kaunter kaunter. Sebelum lalu lorong tu, ada pegawai tengok kad kita, kalau ada tanda huruf apa ntah, dia suruh kita masuk lorong yang ada kaunter. Kalau ada cop hijau, kita boleh terus keluar. Kami of course kena lalu lorong ada kaunter. 

Proses kami berjalan lancar. Cuma husband tersalah cakap kami bawak meat padahal bukan meat, tapi paste rendang untuk masak meat. Sekali bukak beg, tunjuk, officer tu tengok sekilas terus dia kata, OK BYE!. Eh?
Maybe dia dah selalu sangat tengok Brahim's kot. Hermm.. Alhamdulillah, lega, lepas satu cerita.

Yang pertama kami cari ialah KOPI. Uhuuuu... Melbourne coffee is the best babeh. They claimed they have the best coffee in the world. Ya, indeed. Walaupun depa tak produce biji kopi pun, mungkin cara buat tu kot yg jadikannya sedap. Plus, murah sangat!!!! You will never get it in Malaysia.

Maka selepas itu, kami pusing pusing airport cari tempat lepak dan terjumpa prayer room. Ada group gadis gadis Malaysia jugak kat situ. Sembang punya sembang mcm dah kenal lama. Gitu...

Well, tak dapat tidur lena jugak sebab sejuk ya amat even kat dalam surau. Tak tau celah mana datang angin. heerrr..Actually, tidur sekitar kawasan dalam airport yang ada tempat duduk way warmer dari dalam surau. Kami dah test masa balik dari New Zealand di mana kami terpaksa spent tidur lagi satu malam kat airport Melbourne before fly ke KL. haha.

Esok paginya satu hari kami tour Melbourne city. Badan tak cukup tidur, penat tapi semangat yang datang entah dari mana, kami gagah jugak berjalan keesokannya. huhu.  

Saya sambung next post pasal jalan jalan Melbourne CBD. InsyaAllah.

Many thanks for reading and see ya.

Lots of love.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...