Dikalangan kita manusia.......
" Menyampah aku dengan budak tu. Nasib baik lawa,cun.
Putih pulak. Kalau tak,tak hingin aku nak layan."
" Ish! dah la hitam, perangai gedik pulak tu.
Memang tak sedar diri!"
Dikalangan mereka haiwan.....
" Kucing aku nama dia Gibu. Bulu dia semua putih.
Gebu pulak tu.Comel!"
" Eeeeiiii! tak mau la kucing tu. Tak comel,
bulu hitam melegam."
Uit...
Asal putih mesti cantik ke? Biar hidung senget,kembang kuncup janji kulit putih. Kan?
Kenapa ya orang kita obsess dengan kulit putih ni. Walhal kalau dibandingkan dengan seorang lagi kawannya yang berkulit gelap tapi matanya bulat dan bundar, hidung yang mancung, bulu mata yang lentik kemudian bibir mulut menawan lagi cun kot. Tapi sebab kulit hitam orang tak mau ke ia.
Aduh! Kesiannya. Patut ke kita judge orang macam tu?
Mungkin taste orang ni lain-lain.
Daku selalu mengadili orang dengan melihat rupa paras dari segi bentuk mata, hidung dan bibirnya. Bukan kulitnya.
Selalu terpacul ayat ini dari mulut daku,
"Ala..dia cantik pun sebab kulit putih ja. Cuba kalau dia hitam."
Kadang-kadang mulut daku pun boleh tahan juga. Tapi betul la kan?
Kenapa mesti kena putih baru cantik?
Sesungguhnya setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Fikir-fikir lah sendiri.
Kalau dah taste tu kulit putih janganlah merendahkan orang yang kulitnya gelap.
Cuba orang yang memang taste nya hitam manis. Dia tak pula kutuk orang yang kulit cerah kan.
Dah tu masalah hitam putih ni berjangkit sampai ke binatang pulak tu.
Kucing hitam, anjing hitam, kuda hitam mesti hodoh. Tak cute.
Ini mungkin mentaliti yang wujud secara semulajadi dikalangan kita. Mungkin!
Daku sendiri pun tak pasti.
Terserahlah kalian mahu membuat penilaian dengan cara apa.
Yang penting kecantikan luaran tidak menjamin kecantikan di dalam. Budi bahasa, akhlak yang mulia, agama dan pendidikan lebih penting dari rupa paras yang cantik.
Jangan ingat nak cari yang hot dan gorgeous serta kulit putih melepak ja tapi sembahyang entah kemana, aurat sangkut, asal buka mulut nak maki hamun orang dan tak kurang yang malas dan suka melawan cakap ibu ayah.
Memang ada lelaki yang sanggup tahan dengan perempuan macam ni sebab dia cantik,hot and gorgeous kulit gebus. Hoii lelaki, hang ni memang buta hati bukan takat buta mata, hidung dan kepala lutut hang pun buta.
Biar sedap mata memandang baru hati senang.
No comments:
Post a Comment
Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.