Friday, December 3, 2010

Kerjaya Yang Tak Ada Pencen.


Siapa boleh boleh jawab soalan ini, angkat tangan! Aha....Terlintas sesuatu di fikiran daku tatkala melihat ibu yang sedang berada di dapur. Memandang wajah mak yang kian di mamah usia itu tetap bekerja bertungkus lumus demi memastikan makan dan pakai anak-anak serta suami + menantu + cucu-cucunya terjaga. Acap kali mak merungut, 

"Bila la hidup mak nak senang?"
wohooo...sedih dengar bunyi macam tu wei..

Tapi daku tahu jauh di sudut hatinya, mak tak bermaksud untuk membuatkan hati anak-anaknya terasa bila mengeluh sebegitu.
Yalah, kalau daku pun pastinya mengeluh. Itupun sekadar di mulut saja tapi di hati, tak sanggup.
Daku sedikit pun tak terasa dengan kata-kata mak itu sebab daku memahami betapa penatnya bergelar suri rumah.

Ya...itu la jawapannya. Kerjaya yang tak pernah ada pencen ialah SURI RUMAH. Tiada gaji bulanan, tiada KWSP mahupun EPF (bukan sama ja ka dua-dua tu?).
Walaupun tiada pendapatan bulanan tapi kerjaya ini yang mampu membawa seorang wanita itu ke syurga. 
Sebab apa kalau dalam agama Islam sendiri pun wanita diharuskan bekerja bukan diwajibkan?

Credit to brader Google.


Maklum saja la kita ni kaum wanita macam mana. Emosi kita ni macam mana? Tahu kan?
Bila kita dah pergi kerja jumpa kawan-kawan ofis tu almaklumlah. Hang bukak cerita laki hang, aku bukak cerita laki aku. Aku cerita pasal anak aku, dia cerita pasal anak dia. Tup..tup sat lagi 'Kak Piah' bukak cerita pasal mertua dia la, biras dia la.. 

Siapa yang kat sini rasa dia tak pernah cerita benda-benda macam ini?
Jangan nak tipu la tak ada sebab daku pun kadang-kadang terbukak jugak...haha..

Tapi kat sini daku nak beritahu pasal betapa mulianya kerja sebagai suri rumah. Biar orang kata suri rumah itu orthodoks, duduk saja kat rumah tak tau pasal dunia luar.. Hoiii kamu, bila perempuan duduk rumah dia telinga dan matanya terpelihara dengan lebih baik dari kamu tau..

Bukanlah daku nak cakap semua perempuan bekerjaya itu tidak baik.. Baik-baik semuanya. Cuma kadang-kadang itu beringatlah kita pergi kerja mencari rezeki yang halal. Janganlah pulak dok pergi jaja cerita rumah tangga. Tak gitu?

Daku cukup marah bila orang bertanya kepada suami-suami.

"Isteri kerja apa?"
Suami itu pun jawab, "Orang rumah tak kerja. Dok kat rumah saja."

Oh! Please..duduk saja kat rumah? 
Habis tu yang isteri dok jaga anak-anak, masak makan pagi, tengah hari, malam. Basuh kain baju, kemas rumah lagi, jaga makan pakai si suami tu bukan kerja ke?

Daku agak kecewa bila kebanyakan lelaki berpendapat isteri yang tinggal di rumah ini langsung membantu. Mereka nampak wanita bekerja lebih baik sebab itu sampai ada yang sanggup kahwin lagi satu. Kenapa? 

"Saya nak isteri yang bekerja. Boleh bantu dalam perihal kewangan."

Selepas itu tak pasal-pasal suami kena basuh baju sendiri dan makan nasi bungkus.

Kebanyakan cerita yang saya dengar dan lihat dan kaji, suami yang mempunyai isteri bekerja lebih ringan tulang dan kurang merungut berbanding dengan suami yang beristerikan wanita yang tidak bekerja. Kenapa ya? 
Adilkah begitu?

Jadi renung-renungkanlah..Pilihan di tangan anda. Pada mereka-mereka yang tidak menghargai suri-suri anda silalah jaga mereka. Suri macam ni bukan boleh jumpa di mana-mana dengan mudah. 
Susah nak cari perempuan yang rajin sekarang. Dunia zaman ini lelaki dan wanita sama-sama malas. 
Malahan ada lelaki yang lebih rajin dari wanita. Alhamdulillah kalau sesiapa bertemu dengan lelaki type ni. Bertuah badan.

Tujuan daku disini adalah untuk mengajak rakan-rakan menghargai jasa seorang ibu mahupun isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Sungguhpun bekerja seharian tanpa gaji mereka tidak pernah merungut. Alih-alih yang bekerja di pejabat berhawa dingin serta bergaji itu lebih kerap merungut. Tahukah yang kita selalu terlepas pandang perihal keperluan mereka.

Siapa di dunia ini sanggup memerah tulang empat kerat mereka untuk sesuatu yang tidak berbayar kalau bukan suri rumah.

Syabas daku ucapkan kepada wanita yang bekerja tetapi tetap melakukan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan cemerlang dan berdedikasi. Walaupun bekerja tetapi anda tidak pernah mengabaikan keperluan suami dan anak-anak. Ini barulah isteri yang rajin dan solehah. Thumbs Up+Tabik Spring!


Mak, terima kasih kerana telah menjaga kami adik beradik dengan sempurna. Setiap titisan peluh yang mengalir dari keringat mak demi membesarkan kami 8 beradik adalah suatu pengorbanan yang cukup besar dan ianya membuktikan betapa mak sayangkan kami semua. Biarpun seribu tahun kami hidup, kami tetap tidak dapat membalas jasamu sebagai seorang IBU.



Love,


No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...