Tuesday, December 7, 2010

Apa itu cantik?



Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga muka surat 210, definisi cantik ditakrifkan kepada dua, iaitu:

Cantik I : sangat menarik apabila dipandang (bukan orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yang ~; barang-barang perhiasan yang ~;.........

Cantik II : Mn(minangkabau) biang, gasang, gatal.

Nak tau gasang tu apa? Jom lari tajuk sekejap..hehe..

menurut kamus dewan..

Gasang I : 1. sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu; 2. Kl(kelantan) kasar (kelakuan), bengis, 3. Pr(Perak) memakai barang dengan tidak cermat.

Gasang II : Mn(minangkabau) tergesa-gesa;- gasar ganas dan kasar.

beralih kepada bahasa inggeris pulak ye rakan-rakan..

Maksud beautiful menurut kamus yang dalam ipod daku:

Adjective

1. Delighting the senses or exciting intellectual or emotional admiration - a beautiful child - a beautiful country - a beautiful painting - a beautiful theory - a beautiful party

2. (of weather) - highly enjoyable - what a beautiful day.

Itu la dia ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian definisi cantik. Baru daku tahu ada bahasa minangkabau dan segala itu.

Definisi cantik bagi daku adalah sesuatu yang sangat macam waaaa.....(sampai mulut ternganga dan terkeluar air liur.haha), yang jarang di lihat (rare), cantik budi bahasa dan akhlak(cakap penuh dengan beradap. Tak berambuih ikut suka hati), jiwa yang bersih(hanya Allah Maha Mengetahui) dan barang atau perkara yang sedap mata memandang dan nak pandang lagi serta hati rasa sejuk dan tersentuh malah enak di dengar sebagai halwa telinga.

Banyak songeh plak daku. Kan senang kalau cakap semua cantik. huhu. 
Bagaimana dengan anda di luar sana? Pasti lebih kurang macam daku saja kan..
Kalau sama kira 1 geng la kita.aci? Thumbs up!

Daku harap info di atas dapat menambahkan lagi koleksi vocabulary kalian. InsyaAllah.


Love,

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...