Tuesday, October 9, 2012

THAILAND PART 1


FAMILY'S FAVOURITE STALL&WATER RAFTING.

Assalamulaikum.

Hari ni tiba-tiba ada banyak kelapangan masa sebab satu-satunya kelas pada hari ini dibatalkan. hehe. Horass!

Jadinya, masa free ni saya nak share sikit pasal trip saya ke Thailand ketika cuti raya cina awal tahun ini. Ya Allah, berkurun lama dah tu baru sekarang nak share. Bukan apa, dulu belum ada blog. Eh! ada, tapi malas. wehee. Saya memilih untuk buat entri pasal Thailand ni kerana keluarga saya kerap sangat ke sana. Hampir setiap tahun kami sekeluarga ke sana. Dah jadi acara tahunan. Kami just tukar daerah je.
Insyaallah, tahun hadapan ke Chiang Mai pulak kot.hehe. Blog lah yang menjadi tempat untuk saya mencatat pengalaman peribadi saya disamping berkongsi bersama pembaca yang lain. Kisah saya ni mungkin tidak semenarik blogger yang lain, tapi sangat terkesan bagi saya. 
Okeylah, untuk part 1 ni saya nak story pasal kedai kegemaran kami setiap kali masuk Thailand. 

Mak,ayah,abang,kakak ipar,adik semua mesti akan suarakan tentang kedai ni bila hendak ke Thailand. Kedai wajib singgah katanya. =D
Alamak, time-time nak update ni la boleh terlupa apa nama tempat ni. Nanti bila ingat saya update okey. Tempat ni tak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian. Hanya lebih kurang 30 minit sahaja. Nak pergi hari-hari pun boleh.hoho.
Masakan mereka sangat sedap especially sup daging. Sedapnya ya amat! Tak boleh diekpresi dengan kata-kata. Kena cuba sendiri baru tau. Saya jamin, kalau hampa semua try sekali, mesti nak lagi. Confirm!!

Sehinggakan paksu dan maksu saya yang pertama kali join trip Thailand dengan kami sekeluarga pun cakap mesti datang lagi nih. haaa..well,well,well......
Masakan kampung mereka sangat superb, dengan ulaman yang pelbagai jenis. Memang mengamit nostalgia zaman tok nenek kita dulu. 


 Ya Allah,buruknya muka. Anak sapa la ni? hehe

Riak wajah Mak Su yang ceria membuktikan betapa sedapnya makanan kat sini. =D



Apabila ke sempadan, kami mesti singgah di air terjun Wang Sai Tong yang terletak di daerah Manang, kira-kira  satu jam setengah perjalanan dari sempadan Wang Kelian. Apa yang bestnya air terjun ni sampai mesti drop by tiap-tiap kali pergi Thailand. hehe.

Jeng..jeng..

Aktiviti wajib kami ketika di Wang Sai Tong iaitu water rafting. 


Sudah dua kali saya ber'water rafting' di sini. Memang seronok sangat. Terasa puas sangat dapat bermain air. Aktiviti ini agak lasak, sebab apa? Confirm tenggelam dalam air. Kayak mesti terbalik. Pertama kali pergi memang asyik terbalik je sebab tak pandai lagi. Kali ini dah pandai mendayung. 
Saya rasa sangat puas kerana dapat melihat keindahan alam serta mendengar deruan air sungai. Jika hendak dibandingkan dengan water rafting di tempat lain, di sini agak light, sesuai untuk orang muda dan tua. Ayah saya yang umur 57 and paksu umur 54 tahun pun join tapi pancit separuh jalan. kikiki.. =P
Arus sangat deras ketika ini disebabkan hujan. Well, baru mencabar kan?

 Muka happy dapat main air.


Antara moment yang saya tak dapat lupa waktu ni, kayak yang dinaiki saya dan adik terlanggar pokok besar dan kami terbalik masuk ke dalam air. MashaAllah, ingatkan dah nak mati waktu tu sebab dah tertindih dengan kayak. haha. Setelah berjaya menimbulkan diri kami cepat-cepat berpaut pada batang pokok.Waktu ni,arus sangat deras. Saya hampir terlepas dari berpaut di batang pokok tu. Mujur ada guider datang rescue. 
Kayak dan pedal kami dah hanyut dan sudah lah tak reti berenang, boleh buat berani pulak. Tapi inilah antaranya cara-cara nak belajar survival. hoho. Bila teringat semula, memang boleh tergelak sorang-sorang.
You all must try! I guarantee you will enjoy it. hehe.

Cukup dulu untuk part 1 ni. Insyaallah, nanti kita sambung cerita pasal activiti snorkeling saya di KRABI pulak. Hoyeaaahhh!

Regards,
SitiSakinah

No comments:

Post a Comment

Hye... Lets have some conversation here. Drop your comment.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...