Monday, October 8, 2012

Makan Best Melaka!

SIGNATURE OF MELAKA.

Assalamualaikum everyone. 


Well, before ni saya pernah post pasal medan ikan bakar Muara Sungai Duyung. Di sebabkan asyik pergi tempat yang sama berulang kali so kali ni saya bertukar arah ke Crystal Bay pulak. Melaka mempunyai banyak port ikan bakar yang terkenal seperti, Umbai dan Alai. Memula plan nak pergi Muara Sungai Duyung tapi, ada orang tu cakap, apa kata try Crystal Bay pulak sebab ini dah tahun terakhir nak tinggal kat Melaka. Alang-alang, jom pergi tempat yang belum pernah pergi.. 

Medan Selera Ikan Bakar Crystal Bay ni ada banyak-banyak gerai, so kena pilihlah yang mana berkenan. Seperti biasa pelayannya akan cuba menyakinkan pelanggan untuk singgah makan di gerainya. Kami memilih makan di gerai no.2. Maybe, next time pergi kena try gerai lain pulak. Insyaallah. :D

Kemudian, pencarian sajian pun bermula. Berlakulah perbincangan nak msaka apa dan apa. Memandangkan kami berdua je, so tak dapatlah nak ambik banyak-banyak. Satg tak habis membazir.. haipppp. Sapa tau tu ikan apa? Kalau teka betul, dah boleh kahwin la tu.

Time duduk tu, tiba-tiba je my partner tu rasa apa yang kami ambik tadi mcm tak cukup. Dia pun bangun dan tambah sotong dua ekor. Takpalah, kebetulan perut memang banyak free space. hehe.


Ikan Jenahak, udang dan ketam. Aummmm!
Ini wajib kena ada k!
Side dish, Jelly Kelapa. Eh! dah mcm kat Nandos pulak.
Ketam goreng..Rangup gitu. Sodap!
Ikan Jenahak masak 3 rasa. Meleleh! (sebelah lagi masak bakar cili)
Haaaa...ini special, menu baru. Udang Bakar Season. Bomb sangat!
See,, isi dia so pejal. Guarantee fresh dari lautan!
Sotong goreng tepung. (seriously, ini better dari Muara Sg. Duyung)
Ini untuk 2 orang makan. Sah-sah perut tong. haha!


Sebelum pergi melahap, saya sempat singgah kejap ambik angin dekat tepi pantai. Agaknya, itu la dia Crystal Bay nye.. Jangan tanya, ada crystal ke tak na... hoho.



Apa tunggu lagi? Nanti datang Melaka boleh lah cuba yea. Rasanya memang sedap, memuaskan hati. Harga pulak berpatutan. Hari tu, perut memang full sampai ke tengah malam.. Tidur pun lena. haha.
Insyaallah, nanti saya akan update lagi beberapa entri pasal tempat makan jugak. 
See ya.


Regards, 
SitiSakinah

Friday, September 21, 2012

QUOTES.


"You are about too excited about

something but suddenly that things

just cant happen the way you think it

might happen. Of course, it kind a

disappointing. So, thats is the fact what

life is all about. Things will sometimes

happen out of your expectation."

Siti Sakinah Munirah Ishak. 

Thursday, September 20, 2012

HOLIDAY VILLA BEACH RESORT & SPA CHERATING.

HOLIDAY VILLA BEACH RESORT & SPA CHERATING.


Beberapa kurun yang lepas saya telah mengikut parent saya ke Terengganu atas urusan kerja. My ayah je lah yang bekerja, my mak and me duduk hotel je mandi manda dan golek-golek dalam bilik. hoho.
Kebetulan masa tu saya tengah bercuti selama seminggu sebelum memulakan latihan industri. Yes, ini memang cerita lama tapi saja nak share sikit gambar kat sana. Kami stay dekat HOLIDAY VILLA BEACH RESORT CHERATING. Mungkin dengan beberapa perkongsian ini boleh memberi anda inspirasi untuk anda merancang percutian anda. Kebetulan semasa kami ke sana, kebanyakkan hotel dan penuh. Holiday Villa je ada kosong.. hurmm... baru berangan nak duduk resort yang exclusive sikit. Aish...Tapi holiday villa pun ok what... hehe.

Holiday Villa Cherating.


Sesiput...

Ini kerja si ketam..

Ini ketam dia..

Sunrise

Beach Restaurant

The restaurant

The Pool

The Daughter



Well, itu dia. Seronok sekali sekala dapat pergi bercuti macam ni. Actually boleh selalu kalau saya ni duduk rumah je sebab ayah saya akan pergi outstation almost every week. Merata Malaysia pergi. And peneman setia ayah mesti lah mak. Mak mesti ikut mana ayah pergi.haha.so sweet..
Time ikut ayah kali ni, saya jadi driver. hoho. Dari Alor Setar-KL-Terengganu-KL lagi.hehh..

See ya...

Regards,
SitiSakinah

BE HELPFUL, HANDFUL, FULL OF HANDS...

BE HELPFUL, HANDFUL, FULL OF HANDS...


Assalamualaikum.fuh...fuh...jampi sikit keyboard nih, mudah mudahan akan jadi semakin rajin untuk update blog.hehu.

Entri kali ni lebih kepada nak menasihati, complaint dan seangkatan dengannya. Orang Malaysia memang kaya dengan budi bahasa dan sifat bekerjasama yang utuh dan mapan ibarat aur dengan tebing..

Terima kasih kepada mereka yang membuat Malaysia dikenali dengan sifat sedemikian. Tetapi tidak kurang ada orang yang suka merosakkan susu sebelanga yang nenek saya buat dengan setitik nila. Ciss, kurang hajaq hang noh.

Mereka ini hanya segelintir sahaja namun mereka berjaya mempengaruhi orang lain untuk turut serta menjadi pemalas macam mereka. Saya sangat tidak faham kenapa orang boleh jadi malas semalas malasnya. Mana mai pun tak tau orang macam nih. 
Sebenarnya dalam nak menjad helpful, handful and full of hands ni tak susah. Bukan semua orang mampu membantu dari segi duit ringgit dan harta benda. Kita boleh menjadi helpful dengan pelbagai cara lain.

Hampa semua mesti pernah pergi shopping mall kan? Tecso, Giant, Jusco and yang paling dekat dengan rumah sewa saya di Melaka ni Mydin lah.
TROLI....Susah sangat ka nak kembalikan troli yang hampa guna ke tempat dia balik. haish, yang ni lah part yang paling saya tak suka orang Malaysia selalu buat.
TROLI barang dibiarkan bersepah, kadang-kadang dia tinggal ja belakang kereta orang lain. Silap hari bulan tayar troli tu berpusing, terkena pulak kereta orang. Ya Allah. malas sungguh hampa ni. Tak paham akuh. Marah ni marah!
So, lepas ni please lah tolong kembalikan troli tu. Apalah salahnya tolong brader bangla tu. Tak rugi malah dapat pahala lagi. Hampa sedaq tak bila hampa mula tinggal troli tu, orang lain akan mula anggap perbuatan itu boleh. Sah di sisi undang-undang. Orang akan kata macam ni, " Eh, dia tinggai troli rata-rata boleh ja." Habis semua orang ikut perangai buruk hang. Kalau hang buat benda baik, orang ikut insyallah sampai ke kubur pahala hang dapat.. Tak gitu??

So, kakak-kakak, abang-abang, adik, mak cik pak cik, tunjukkanlah sifat tolong menolong yang digembar gemburkan selama ni. Jangan hanya menjadi seperti indah khabar dari rupa. Buang lah sifat pemalas tuh. 

Bukan susah pun nak jadi,, 
HELPFUL, HANDFUL and FULL OF HANDS.



Chill..Bye.Assalamualaikum.

Regards,
SitiSakinah

Thursday, September 13, 2012

Makan Marathon!

MAKAN MARATHON!


Assalamualaikum. Kepada yang sedang berpuasa 6, Selamat berpuasa. Saya dah raya.! Yayy..Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang serta kesihatan yg baik untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal..

Memandangkan saya sudah lama tak post meng'post' pasal makanan sejak sebulan lepas, ini saya nak share kisah berbuka puasa saya di Restoran FULL HOUSE, SUNWAY PYRAMID.


Jus dragon fruit yg sgt awesome uolls.Jelly tu paling best sekali cause it pop in ur mouth.

Sorry, saya sgt tak igt ini apa. Dia lebih kurang mcm chicken chop with black pepper sauce. Nice!

Lamb shank. Rasanya marvelous. Cuma saya kurang berminat dengan tekstur shank tu. Mash potato and vegie  was so nice. Nyummy! 

Mushroom room soup. So creamy and taste so gooooddd..


Regards,
SitiSakinah

Monday, September 10, 2012

New Semester is IN!!

New Semester is IN!!!!


I am SUPER SENIOR. Yeay! boleh buli adik junior..opss,  im not that cruel ok. Sya sgt penyayang yah. please noticed that..hoho.

Assalamualaikum adik-adik ku sayang.eh..ehehehee..
So, starting 10 of August, it will be my final year for my first ever bachelor degree.. Kinda excited, fascinated, nervous, overwhelmed and all feelings are blend in together right now.. 

I just hope to end up my degree with good result. of course!!!!! that's why wollss all kena ada azam baru. ok, azam baru! 
I pray to score for these final two semester. DEAN List is a must, compulsory. Insyaallah. Mak, ayah, i'll try my best and i'll make both of you proud. And, to ayah, cek tau ayah nak cek smbung master, so yeah, cek akan smbung. Ayah doakan semua berjalan dgn lancar. OK? 

Another new 'azam' is nak rerajin update blog ni.. Sebab lately ni sya dpt mengenal pasti ada orang suka follow blog sy nih. OH maiiiii. terujanya iollsss!!!

actually, ada banyak post yg terkubur menjadi 'draft' disebabkan kekangan masa. 'KEKANGAN' oke, bukan sebab malas OK!! (*padahal malas nk mati.)
(>.<)

Insyaallah, ada masa nanti, sya akan buat marathon update. Ada few makan place yang sya pegi and nak share sikit cerita raya dan barang baru. hehe.

Finally, please pray for my success and i wanna let uols know this, i always pray for all of you..BELIEVE ME! Its true!


Huarrghh. mengantok sudeyh. jom tidoqqqq. GOOD NIGHT everyone. 

Till next meeting ya darlinggsss. 
Assalamualaikum.



Regards,
SitiSakinah

Monday, August 6, 2012

Ceritera Hujung Minggu

Ceritera Hujung Minggu.

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua. 

To those yang bercuti, nikmatilah cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat dan kepada yang bekerja, buat lah kerja tu dengan penuh dedikasi yea..

Hari ni aku kerja oke, tapi sedap ja menga'update' blog kan.haha. Nama pun intern, kerja apa lah sangat.

So, aku nak bercerita mengenai menu berbuka puasa kami adik-beradik pada hujung minggu yang lepas nih. Siang-siang cenggini suka pulak nak kongsi pasal makanan kan. Aku ni sangat beruntung sebab kakak ipar aku suka nau dengan memasak. Hari-hari pun makan kat rumah. Seronok! Walaupun dia bekerja dan berbadan dua sekarang ni tapi masih lagi kuat dan rajin masak untuk kami ni makan (aku, abang aku a.k.a suami dia). Semoga Allah memberkati dan merahmati kakak ipar ku, Suhaida Azmi.. Aku ni tolong tengok ja. haha

Sebab portion yang akan di masak tu sikit so tak banyak yang aku boleh tolong. Setakat tolong cuci pinggan dan mengemas meja je. ekekeke. okey lah tuh!

Hari sabtu, kak ida masak kari kepala ikan. Amek hang.. sedap ooo..Kuih pulak, pagi-pagi lagi kak ida dah sibuk tanak pulut untuk buat pulut panggang versi terengganu. Penyediaannya sama macam dengan pulut udang dan pulut pisang (orang utara panggil pulut dakap) cuma berisikan ikan. Meh, cuci-cuci mata dan air liur tuh....



Dan seterusnya makanan ruji kami,hahaha...Peria katak goreng. Hari-hari abang aku goreng peria ni. Sedap! Rasanya crunchy sebab digoreng bersama tepung. Penyediaannya pun mudah, Potong peria nipis-nipis. Kemudian basuh dan rendam dalam air garam untuk buang pahit peria. Kemudian sediakan tepung untuk mengoreng (kami guna tepung cap tangan), tepung tu campurkan dengan serbuk rempah. Gaulkan kan kepingan peria yang dipotong dan gorenglah ia garing-garing. Memang marvelous... 

Kemudian hari Ahad pulak, menu special NASI DAGING.
Nasi daging ni mostly ada dekat belah utara sana. Kot sebelah selatan ni memang payah nak jumpa. Mak aku selalu buat nasik ni masa zaman-zaman aku sekolah dulu..

Ini adalah cubaan kali kedua kakak ipar aku membuat nasi daging. First time buat kurang menjadi, rasa memang sedap cuma nasi kembang sikit. Tetapi kali ini berbekalkan pengalaman pertama, nasi daging kami menjadi...Yehuuuuu...Memang peroi elok dan rasanya memang tiada tandingan. Walawehh..lepas berbuka, mata semua ke bawah, mengantuk sebab ceduk nasi tak hingat. Beras basmathi pulak lagi. huhu.


Nasi daging.

Ini daging masak kurma. Lapaq la pulak aih.

Ini pulak sambal cicah dengan kerisik. Sedap..sedap..sedap!



Walaupun di perantauan, tetapi aku tetap rasa seperti berada di rumah. Terima Kasih yang tak terhingga buat kakak ipar tersayang. Jangan jemu memasak yea. hihi. 
Aku ni dikira beruntung, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang suka masak dan makan.hihi. Mak pandai masak, kakak aku sendiri juga merupakan chef yang tak kerja sebagai chef. Sebab kakak aku ni ambil diploma bidang masakan tapi kerja customer services. Dapat pulak kakak ipar, superb dalam memasak.  Aku ni pulak boleh la jugak memasak..Tak daklah pandai tapi boleh la masak yang ala kadar. Kalau aku tak tau sangat, ada banyak tok guru aku boleh mintak tunjuk ajar. :D
Untuk mendapatkan resipi boleh la visit blog masak kakak ipar aku nih. Ada banyak jenis masakan yang dia kongsikan dekat blog masaknya tu. Cuma, aku tak pasti resipi nasik daging dengan pulut panggang tu dah di update or belum. So, checkitdout!  daridapurkecah


Regards,
SitiSakinah

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...