Wednesday, October 31, 2012

ALKISAH MASUK MAGAZINE.



Wah.tajuk nak grand kan. Saya tahu saya ni tak cantik,tak cun,tak gorgeous, tak fashionista (maneh tu ada sikit..puiiii..) mana la ada tanjak nak masuk magazine kan tapi orang kata peluang tu ada di mana-mana. Di mana?? 
One of my best schoolmates bekerja dengan hijabista. One day, she posted a status on her timeline. I just randomly comment on it. Never expected that it would be used as a opinion in one of many slots of HIJABISTA magazine. 
All of sudden, kawan kita sorang ni mintak gambar, eh? terkejut memula. Nak buat apa Nasyie oiii? And she explained bla..blaa..blaa.. and I was like oooo. Okey, so bagi jelah. Untung-untung keluar majalah. Bukan selalu. Seumur hidup. Keluaq surat habaq banyak kali tapi muka senoooi ja. Orang tengok pun mendenguih ja. kikiki.

Nasyie remind me to buy Hijabista edition November (as in picture above) with Shila Amzah as their covergirl. Puas mencari banyak kedai tak jumpa. Memula frust jugak. At last, I found it at news.com Mydin MITC Melaka. Say what? ada satu buah ja uols. Punya la laku kan..Larisss!

So, silakan lihat komen yang sya beri di FB. Ayat punya la tak formal sbb igtkan saja suka2. hihi.

And that comment above ended up with this,,,,,


Well, ayat-ayat sempoi saya telah di ubah but still maknanya sama. hehe. Tidak kurang dari itu juga, post ini telah mendapat hits, boom boom bastik mr loba loba di Facebook saya. hahaha. Dah jadi retis uooollls.. 
Please, itu bukan anjing betul ya. Antara banyak gambar yang aku bagi kat hang Nasyie, yang pegang patung anjing ni jugak hang pilih noh. Saja nak bikin kontrobersi kanh??? 

Dah nama masuk magazine, excited bawak magazine balik umah time raya haji lepas, tunjuk kat mak, kakak, kakak ipar, anak buah, adik, mak cik, sepupu, jiran, eh...tipu, jiran tak tunjuk.kiki... Ayah? dia siap perli kita. Kononnya cari gambaq tak jumpa. Dia kata ingatkan yang besaq-besaq rupanya hat kecik. heh? 
Ayah, anak ayah ni memang tak sesuai nak jadi watak utama dalam majalah. Sedaq diri.. :P

That's all..Thanks. Jangan lupa follow.Daaa..

Regards,
SitiSakinah

Tuesday, October 30, 2012

AQUARIA,KLCC

Assalamualaikum kawan semua. Rancangan nak ke Aquaria KLCC ni dah lama tapi asyik tertunda dek kesuntukan masa dan of course, ongkosnya juga. Sekali masuk mau RM35 untuk dewasa.. Semasa hendak membeli tiket, cik kaunter tu pun bertanya, 
" student ke? ada student card?" hehe. 
Kemah keming boh. Nampak sangat kami berdua ni masih muda remaja. ehem.ehem.
Kalau ada student card dapatlah diskaun RM5. Kira OK la tu kan..?

Well said, RM35 itu sangat berbaloi untuk di spend kan dekat Aquaria berbanding Wonderland Dataran Pahlawan, Melaka. Walaupun saya tak pernah masuk Wonderland tu tapi bila tengok dari luar nya pun nampak sangat tak menahriknya. Jangan tiru cara saya okey. Kalau rasa nak masuk, masuk ja lah.

Aquaria KLCC terletak di KLCC le, mana lagi. heh! Kalau parking dekat KLCC boleh lalu ikut pedestrian tunnel tu and it will lead you to the Aquaria entrance. Before tu, you akan jumpa foodcourt dulu yah.

Sekarang, tibalah masanya mencuci mata..Lets...



Red Belly Piranha.

Grrrrr....Sekali dia gigit, hilang ibu jari. Tau??
Electric Eel... eee..

Rama-rama yang telah diawet. Beautiful.

Lupa dah apa nama menatang ni, tp ianya spesies katak ye adik-adik.

Kura-kura Albino.

Ikan Lampam. Banyak sungguh.

Expression ni bukan dibuat-buat na. Kononnya nak bergambar sama ini Arapaima Gigas, sekali toleh dia menguap bak hang, melolong aku. huhu.

Heeerrrrr...Jawwwsss!


Apa yang menarik di Aquaria ialah dapat melihat wajah kanak-kanak yang sangat gembira and full of curiosity. Macam-macam ragam ada. Ada yang terkedu, takut dan tak kurang ada yang tanya soalan pelik-pelik dengan parent mereka. So cute. I'll bring my kids here one day. Insyaallah.
They are having so much fun there and the kids can at least learn something and experience the habitat of sea creatures. Ada eloknya ibu bapa membawa anak mereka ke tempat sebegini daripada duduk rumah ngadap TV and main Ipad ja. Otak pun tak berkembang. Di samping dapat meluangkan masa bersama anak-anak (especially ibu bapa yang busy memanjang) anda juga dapat la belajar sikit benda baru. Jangan ingat orang dewasa macam kita ni tahu kesemua. Saya ni pun masa p jakun jugak. Excited terlebih.


Ikan ni spesies eel tapi hidup dalam pasir. Dia boleh jerluih melalui pasir tu. Badan dia pulak meliuk-liuk, lembik. Apa nama pun saya dah lupa. hurrmm.. Nampak sangat dah tua!



Sea horse. Lawa kan..kan..kan?Pandai posing pulak dia.
Tapak sulaiman.
Tengok, ikan pari ni seolah olah senyum dekat kita. Comel sangat.


Jadi, apa tunggu lagi..? Cuti sekolah pun dah tak lama lagi kan. Boleh lah rancang untuk ke Aquaria nanti. Pastinya anda akan dapat melihat keindahan alam lautan dengan mata sendiri. Terasa seperti menyelam dalam laut walhal hanya melihat melalui cermin. Its so real people!

Enough here. Till next time. Insyaallah. Daaa..

Regards,
SitiSakinah.

Wednesday, October 24, 2012

BISOU AND WILLIAM'S CORNER.


Assalamualaikum. Lama jugak rasanya tak bercerita kat sini kat. Last entri cerita pasal kuih kan? Amacam? Dah try kah? hehe
Kali ni pun pasal makan jugak. Actually, banyak cerita nk kongsi kat sini tapi kena pilih pilih. Tak boleh tulis semua nanti orang tanak baca kalau panjang sangat kan. Tak suspen la kalau sumbat semua dalam satu entri. Gelojoh orang kata. hehe
Last weekend, saya balik KL atas tujuan nak meraikan sahabat baik dunia akhirat saya yang bergraduasi di UKM. Alhamdulillah, dapat jumpa beliau. Am so happy for her.


Okeh, konvo ni cerita hari ahad sebenarnya. Cerita makannya hari sabtu. Hari sabtu lepas saya sempat ke Aquaria KLCC. Amazing sangat uolls. Nanti-nanti lah cerita pasal aquaria tu k. :D

Selepas penat pusing aquaria perut pun terasa lapar tapi tak kuat sangat sebab masih ada isi nasi lemak time breakfast pagi tu. Jadi, jalan-jalan singgah la Bisou corner kt KLCC tu. Dah alang-alang teringin nak makan red velvet, saya pun rembat la satu cup. Satu cup sudahhhhhh..... Banyak-banyak nanti boolaaat mcm cupcake tu baru tahu. kikiki.



Okey, ini tipu punya k.Replica for display je.haha

Haa...ini baru botul botul punya.

Ah.....I wantttt!


Red velvet..

Cappucinossss!!!

Sedap sangat-sangat. Macam nak angkut banyak-banyak tapi bugdet tak mengizinkan. Satu cup RM6 tahu??? Tapi puas hati.

Di sebelah petang pulak, dari KLCC tu shoot pegi Damansara semata-mata untuk iniiiii....I'm craving for this carbonara. Nyummm!
Ini dekat WILLIAM'S CORNER Taman Mayang, Damansara. Rasanya ini dah kali ke berapa puluh pun tak ingat dah pergi William. Dari zaman diaorg meniaga kat warung bangsal kayu sampai la berpindah ke shoplot yang satu bangunan dengan kolej Lincoln tuh.Sebab, rasanya tak pernah mengecewakan, saya tak boleh berhenti dari tidak pergi. hehe
Gambar yang saya snap sebelum2 ni missing in action, so tak dapat nak post banyak. Maaf ye. Nanti at the end of this post, saya letak link blogger lain keyh?

Ini makan tiga orang pun boleh. Tapi perut saya kata boleh share 2 orang je. hehe.


Beef Risotto. Ini first time saya try. Dagingnya seriously sedap tapi nasik tu muak sikit. huhu..


Soda herbs. Awesome baq hang..

William's Corner ada satu lagi cawangan di Danau Kota. Tapi saya belum sempat nak ke sana. Ceritanya kat sana lebih proper. Ada buku menu lagi. Instead of yg kat Taman Mayang, dia conteng2 kat papan hijau je. Tapi I like it actually. Old skool gitu.  Memandangkan mereka bukak dekat shoplot, 2 tingkat pulak kan. Lebih kemas dan selesa. So, apa tunggu lagi orang Danau Kota. P la lekaihhhhhh...

Ini link yang korang boleh tengok-tengok....
3. Facebook William (ada banyak gambar dlm album menu. Checkidauuuttt)

Okey.thats all untuk kali. Next time kita tulis lagi yeh. Daaaa

Regards,
SitiSakinah

Thursday, October 18, 2012

Perhentian Kuih Kampong, Ujong Pasir Melaka



Assalamualaikum.Hye ollss. Tak lain tak bukan, entri kali ni juga pasal makan. Sorry ye, ampun ya sebab selalu buat hampa semua dalam keadaan lapar dan teringin. hehe.
Entri kali ni memang pasal makan tapi lain sikit menu dia..ha teddddiiiiiiaaaaa.. Sejajar dengan nama warong ni, Perhentian Kuih Kampong, mereka memang menyajikan pelbagai jenis kuih tradisional. Paham-paham je la kan, sekarang ni memang agak sukar nak jumpa kuih-kuih zaman tok nenek moyang kita ni. Especially nak cari yang betul-betul sedap macam arwah tok dok buat dulu-dulu.
Pencarian saya kali ini memang tidak sia-sia kerana, kuih-kuih di sini memang the right one. The one yang dicari-cari, akhirnya ku temui juga. If di Alor Setar, ada satu warong yang menjual pelbagai jenis kuih talam tapi yang kat sana tu warong kecil saja. Yang ini memang besar, dan variety kuihnya juga pelbagai serta banyak and berwarna warni gituuuu.... Apa yang penting sekali, rasa dia memang sedap. 
Kalau dapat bawak mak ayah mai sini, mesti depa suka. Cek berani jamin....hehe.
Warong ini terletak di Ujong Pasir (sebelah penjara lama).

Jadi, jom kita tengok sikit gambar yang saya ambik nih. Kalau teringin, esok boleh pergi. Selain kuih, di sini juga ada makanan lain seperti, nasi lemak, asam pedas, nasi ayam, pisang goreng and etc. Pendek cerita segalanya ada. Boleh pilih...pilih...pilih...
Takmau tulis panjang sebab tau dah, orang bukan nak baca sangat. Kita biar gambar yang menceritakan segalanya. Macam Yuna kata tu, setiap gambar ada cerita. haaaaaa... :D


Barisan kuih talam.Ada talam ubi keladi,jagung,ubi kayu,kacang hitam.Banyak lagilah





Kuih kacang nyonya. Tak sempat nak rasa hari tu. Next time will do.


Jangan buat main, siap masuk paper lagi kot...


Pelancong di luar sana, ini pun boleh jadi salah satu tempat yang wajib di lawati..Confirm puas hati. Okey,till next time. Bye. :D

Regards,
SitiSakinah

Tuesday, October 16, 2012

Sight-seeing Jonker Walk


Jonker Walk is one kind of most popular place in Melaka. By maintaining the old building structure, it has a vintage value that attracts thousand tourists. There will be a night market along the street during  weekend.  
I just love the environment there especially at night. The lighting and crowded really give a mood of street life. 

Traditional wear. :)


Kids will love this, even the adults also stop to look over. hehe
Antiques stuff. 



This remind me of my childhood. I also kept the cap instead of throw it away.
Sangat rare!

There are so many opportunities in life, that the loss of two capabilities is not necessary debilitating. As they can do something for living, that mean we are all the same. Sometimes, perfect people used to be weaker than them, especially from the part of live spirit and attitude.


Toka Yaki and Quail Egg Balls. Didn't try it yet. 

What I got that night, running man Lee Gwang Soo and Kim Jong Kook. 
Yeah, I'm Kpop!



If you plan to spend your holiday in Melaka, make sure you put Jonker Walk on your schedule. It is a must! You will enjoy  night street life there. :D

Regards,
SitiSakinah.

PREPARATION: CAMPERVAN ROAD TRIP KE SOUTH ISLAND NEW ZEALAND - WINTER 2015

Assalamualaikum. Those yang follow my IG and facebook may aware that I have been to New Zealand recently for my honeymoon adventure for...