Salam semua. Entry kali ni daku nak berkongsi cerita pasal percutian daku bersama keluarga di Thailand.
Kami berada di Thai selama 3 hari 2 malam. Percutian yang sangat best, rileks dan menarik. Ini adalah kali yang ke-5 tak silap daku ke sana. Daku mempunyai saudara di sebelah Siam sana. Kedua-dua mak dan ayah daku memang asalnya dari sana sebab nenek moyang kami adalah Siamese. Makna kata, daku ini berdarah Siamese gitu. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk menziarah saudara-mara di sana di samping makan angin. Ayah menyusun perjalanan kami untuk ke Songhkla terlebih dahulu sebelum pergi melawat saudara kami yang tinggal di Satun dan Tammalang.
Jom kita ikuti perjalanan kami sekeluarga ke Siam.
Day 1 : From Bukit Kayu Hitam - Hadyai - Songkhla
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengah hari. Setibanya di Bukit Kayu Hitam, ayah turun pergi menguruskan hal insurans kereta dan buat reservation hotel. Kali terakhir daku pergi ke Siam, kami masuk ikut Wang Kelian, Perlis. Waktu itu tidak banyak kereta yang queue untuk masuk sana. Berbeza di BKH banyak sangat kereta yang queue. Pendek kata, jam lah kat situ. Kami bajet sebab BKH lebih known di kalangan pelancong jadi ramai yang masuk melalui BKH.
Hendak di panjangkan dan di payahkan lagi perjalanan kami, semasa hendak declare kereta untuk masuk ke sana berlaku sedikit masalah dimana kami di denda sebanyak RM 200. Menurut rekod immegresen pihak Thailand semasa kali terakhir kami keluar dari Thailand kami tidak mendaftar keluar kenderaan yang di bawa masuk. Huh... memang agak tak puas hati daku masa itu. Hendak tak hendak terpaksalah bayar RM200/ 2000 baht, kalau tak kami tak di benarkan masuk. Rugi..rugi.
Hampir sejam lebih kami berpanas di situ menguruskan masalah denda tu. Dahla kena beratur panjang. Memang mencabar.
Bila dah settle semua baru lah boleh masuk. Alhamdulillah, segala masalah settle dengan cara baik.
Kereta Toyota Altis ayah meluncur laju di jalan raya. Apa yang best dengan jalan highway disana ialah Thailand tak ada tol. Walaupun tak ada tol, kualiti dan kondisi jalan raya disana sangat baik. Layan kalo nk drift. haha..
Untuk pengetahuan anda sekalian, orang Siam memang suka memecut diatas jalan raya. Payahlah nak jumpa yang bawak kereta macam semut sepertimana yang kita selalu jumpa di M'sia ni. Ini lagi satu yang daku nak puji. Bila semua bawak dengan kelajuan yang constant barulah perjalanan lancar.
Kami singgah solat jamak zohor asar di masjid. Kemudian perjalanan di teruskan sehingga memasuki pekan Hadyai. Masa yang di ambil untuk sampai ke Hadyai tak ada lah lama. Lebih kurang macam Alor Setar ke Penang macam tu lah tak silap.
Kami singgah di Hadyai untuk cari kedai makan muslim tapi nasib tak menyebelahi kami. Bukan tak ada kedai makan muslim ya. Ada memang ada tapi kena masuk dalam lagi kalau nak cari.
Hadyai
Kami tidak mahu membuang masa mencari yang tak pasti. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Songhkla.
Alhamdulillah, kami berjumpa dengan sebuah restoran makanan melayu. Lega rasa perut bila dapat makan. Kami masing-masing memang kebulur. huhu..
Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Songkhla. Kami tiba di hotel BP Samilla Beach Hotel pada pukul 7 petang waktu Malaysia manakala 6 petang waktu Thailand.
Hotel ni sangat besar, bersih dan sangat cantik. Terletak strategik di tepi pantai Samilla.
Ayah membuat tempahan untuk 2 bilik pada kadar harga RM 140/per room. Hotel di Thailand ni sangat murah ye rakan-rakan. Anda boleh dapat bilik hotel dengan harga serendah RM30. Selesa ke?Selamat ke?
Jangan risau. Memang macam tak logik tapi inilah kenyataannya. Perkhidmatan dan facilities pun bagus pulak tu walaupun murah.
After checked in kami pun masuk bilik. Kami berehat, solat dan siap-siap untuk pergi dinner pulak.
Kami singgah di tepi pantai sekejap untuk tengok-tengok dan makan cucuk-cucuk kat situ. Sedap! Tapi yang tak best banyak anjing datang kacau. Thailand seriously banyak anjing terbiar. eeuuuwwww..
Then, we all pergi dinner dekat sebuah kedai makan muslim yang terdapat berdekatan dengan hotel di tepi pantai.
Menu Makan Malam, Bihun Tom Yam dan Udang Goreng Tepung.
Diluar kedai makan. Tengah tunggu ayah borak-borak dengan kawan baru kenal dari Malaysia jugak.
View dari balcony bilik hotel.
Ok guys..Ini saja untuk part 1. Daku akan sambung lagi cerita untuk part 2 very soon ok.
See ya!
Regards,
SitiSakinah
Regards,
SitiSakinah